Jump to ratings and reviews
Rate this book

Arca Impian

Rate this book

46 pages, Paperback

First published January 1, 1997

Loading...
Loading...

About the author

Suhaimi Haji Muhammad menerima pendidikan Melayu dan Inggeris hingga lulus Sijil Senior Cambridge dan menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim bermula 1951 hingga 1954. Dilahirkan di Kuala Kangsar pada 8 Februari 1934.

Setelah mengajar di pelbagai sekolah rendah dan menengah lebih 20 tahun, iaitu sehingga 1975, beliau berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur sehingga 1989.

Beliau terkenal sebagai penyair surealis dan mistik Melayu akhir abad ke-20 dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Mulai 1960 hingga 1980, beliau memberikan dedikasinya terhadap penulisan puisi surealis dan mulai 1980, belia memberikan dedikasi terhadap penulisan puisi mistik hingga ke hari ini.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (33%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
June 3, 2018
secebis puisi penyair yang ditaburkan ke masa lalu dan dari zaman kanak-kanak remajanya. supaya tidak hilang masa lalu yang amat kenangan itu.

berbeza dengan Nyanyian Undan yang pertama sekali saya baca dari naskah karya penyair.

penyair menghantar saya kedalam desa dan rumah pondoknya. tanpa mahu dan rela sekali, telah terikut dan mahu keluar cepat sekali. sebab tiadalah hak kita untuk menyalahkan rindu pada kenangan orang lain.

akhirnya, penyair cuma mahu orang lain mendengar siulan dari masa silam bersamanya.

"bernyanyilah engkau dengan suara aslimu
aku akan mendendangkannnya kembali"
Profile Image for Zalila Isa.
Author 15 books54 followers
August 13, 2020
Selain Zaen Kasturi (sajak-sajak awalnya dulu), Suhaimi Haji Muhammad merupakan penyajak lelaki yang saya sukai walaupun sajak-sajaknya agak sukar ditanggapi oleh fikiran pembaca biasa seperti biasa.

Seperti mendengar alunan muzik yang sedap, begitulah sesekali saya menikmati puisi-puisi awal Suhaimi (al-Fatihah) walaupun terpaksa membaca beberapa kali pada beberapa sajaknya. 42 sajak dalam buku ini dikatakan bersifat surealis dan tentunya ia mengandungi pengalaman paling peribadi buat penulis dalam menyampaikan segala apa yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, estetika yang dirasai tetap ada walaupun imej-imej yang disampaikan agak asing dalam pengalaman dan pengetahuan saya.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews