Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langit Petang

Rate this book
Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur kerana masih dapat bernafas di atas bumi merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas pejuangannya dulu.

Hafiz pula bekas wartawan. Dia berhenti kerana menghidap penyakit kronik. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya.

Zakiah pula seorang wanita yang berdendam dengan lelaki kerana kejadian waktu silamnya.

Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.

143 pages, Paperback

First published January 1, 1980

28 people are currently reading
356 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
94 (30%)
4 stars
116 (37%)
3 stars
74 (24%)
2 stars
18 (5%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews339 followers
September 24, 2025
Novel ini adalah sebuah perjalanan emosi yang sangat menyentuh hati. Ia mengisahkan tentang 3 individu yang terikat oleh takdir dan pencarian makna hidup di tengah pergolakan batin masing - masing.

Pak Ariff, seorang veteran pejuang kemerdekaan, hidup dalam kesederhanaan dan dihantui kenangan masa lalunya. Hafiz, seorang jurnalis yang sudah mengundur diri, escape dari penyakit kroniknya dan menetap di sebuah desa pantai. Zakiah, seorang wanita yang menyimpan luka masa lalu, berusaha menemukan kedamaian dengan hidup menyendiri.

Pertemuan dorang di desa pesisir tersebut membuahkan persahabatan yang unik dan penuh makna. Dorang saling berbagi cerita, pemikiran, dan perasaan, menciptakan ruang untuk refleksi dan introspeksi diri.

Novel ni pada mata kasar adalah kisah cinta segitiga yang rumit, kau tak boleh baca untuk menghayati, kau kena renung sebab eksplorasinya mendalam tentang eksistensialisme, pencarian jati diri, dan makna hidup. Pak Samad dengan indah menggambarkan pergolakan batin ketiga - tiga karakter, tentang keraguan, penyesalan, dan harapan dorang dengan cara yang realistis dan menyentuh.

Bahasa Pak Samad puitis dan mengalir, menghadirkan gambaran yang jelas dan hidup tentang suasana desa, keindahan alam, dan gejolak emosi.

Langit Petang kali ini mengangkat tema - tema berat seperti kematian, cinta bertepuk sebelah tangan, dan pencarian makna hidup. Baca pada tahun 2021, aku rasa sedikit lapuk, dan penghayatan aku sedikit terganggu sebab adakalanya kosa dan kata yang terlalu tinggi kelas bahasanya membelenggu pemahaman aku. Ya lah, nama pun karya seorang SN kan.

Meskipun temanya berat, ia menyentuh hati. Ini novel yang luar biasa dan patut dibaca kalau dah pena dengan novel picisan yang ada dan kau mencari cerita yang mendalam dan penuh makna.

4 / 5 stars
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
August 6, 2017
Dosa paling besar buku ini (edisi terbitan semula Lejen Press) adalah spoiler yang terdapat dalam sinopsis di belakang buku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
July 13, 2017
Langit Petang adalah kisah senja tiga manusia, yang mengharungi kehidupan ini dengan berbagai dugaan dan cabaran. Kisah senja ini adalah berkisar tentang senjanya pengalaman dan bukanlah diukur atas senjanya usia mereka. Karya ini sebenarnya mengandungi falsafah yang amat berat; tentang makna kehidupan itu sendiri. Sesungguhnya kehidupan ini adalah singkat, hanya mereka yang benar-benar menggunakan setiap detik saat dengan sebaiknya adalah manusia yang beruntung.

Langit Petang dengan watak Hafiz seperti ingin mengingatkan saya bahawa kerja mengembara bukanlah semata-mata berjalan melata di atas dunia melihat keindahan alam sambil menghabiskan wang ringgit, sebaliknya alam itu perlu dicermati, diamati dan diteladani. Alam ini sungguh rumit, namun mempunyai aturan yang tersendiri. Maka beruntunglah manusia yang dapat mencari hikmah menggunakan akal fikiran disebalik aturan alam yang diciptakan Tuhan itu.

Pak Arif pula yang meniti senja usianya, kaya dengan pengalaman dalam perjuangan. Dia banyak menyoal dirinya sendiri tentang apakah usianya yang lanjut itu telah diisi dengan sebaiknya dan apakah yang telah diperoleh dengan perjuangannya selama ini? Sudahkah dia merasa hasil dari perjuangannya itu? Dan persoalan-persoalan ini mengingatkan saya pada puisi Masuri S.N.;

‘apakah jasa dan dosa yang telah kurasai
dalam bernafas berlari dan berhenti
di daerah bakti?’

Watak Zakiah pula seperti memberi semangat dan harapan, bahawa kisah silam yang jijik dan hina mampu menjadi motivasi buat menempuh cabaran yang mendatang. Dan pengajaran terpenting pada watak ini adalah; menaruh dan membalas dendam tidak akan sesekali memuaskan hati sebaliknya ianya hanya menukar sang mangsa menjadi pemangsa. Begitulah jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, selamanya tidak akan berkesudahan.

Pun begitu, karya ini mungkin tidak akan digemari oleh mereka yang lebih sukakan perkembangan watak dan plot cerita kerana karya ini lebih berkisar akan hal-hal tentang pemikiran pada kehidupan. Sungguhpun begitu, inilah kelebihan Pak Samad, yang membangkitkan soal falsafah dalam karya seni tanpa perlu menghamburkan kata-kata mana-mana filusuf!
Profile Image for hans.
1,159 reviews152 followers
August 29, 2019
Berlatar tahun 70an ini amat klasik dari personaliti karakter hingga ke adegan perbualan dan topik harian. Janggal, sebab jarang menghadap klasik melayu dalam naratif kisah harian begini (selain menonton filem). Watak Hafiz, Ariff dan Zakiah, tiga yang utama menggalas Langit Petang menghubung persahabatan dari variasi kehidupan dan umur. Awalnya agak perlahan tapi pertengahannya agak menarik dengan pelbagai konflik harian dan minta perhatian, hal masyarakat dan isu-isu sosial, perihal sejarah dan pengorbanan, cita-cita dan masa depan. Babak Zakiah ada yang nakal, Ariff banyak berfikir dan melihat juga sebagai 'orang tengah', Hafiz yang paling berani dan mahu melihat tanahair sebelum segalanya diragut. Kisah orang-orang mencari tuju hidup, tak ada yang penting tapi cukup untuk buat kita melihat semula ke masa lalu dan peribadi/perangai sendiri.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 27, 2016
tak layak rasanya memperkatakan mengenai naskhah karya sasterawan negara ini.

terlalu banyak falsafah hidup yang diterapkan
terlalu banyak ilmu alam yang dipaparkan
terlalu banyak kenangan lalu yang sengaja kita lupakan
terlalu banyak perkara2 yang kita abaikan

sudahnya, nikmatilah hidup ini selagi bernyawa
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 10, 2018
Patut la pts tak terbitkan semula buku ni, ni buku "dewasa" rupanya, thank you Lejen. Aku beli RM5 je kat Bookcafe time promosi dan aku rasa berbaloi je sebab permulaan buku ni agak boring dan slow meyebabkan aku tertidur time baca, cuma bab Zakiah je yang hilang mengantuk sedikit, nakal betul sasterawan negara ni (patut la dia join ASAS 50).

Walaubagaimanapun, makin lama penceritaannya makin menarik buat aku kisah akan watak Hafiz, Pak Arif & Zakiah. Beri motivasi juga untuk kita manfaatkan kehidupan kita dengan sesuatu yang berguna. 4 bintang sebab bermula slow tapi berakhir best.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 27, 2019
Aku suka cerita ni. Moodnya mendatar, agak perlahan dan tidak ada konflik besar sehingga ke penghujung walau dileraikan dengan mengapa Hafiz jadi begitu. Aku fikir kalau panjang sedikit dan lebih detail aku pasti akan kasi 4 bintang.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
July 1, 2020
Langit Petang mengheret pembaca melihat percikan-percikan dan kilatan-kilatan falsafah yang cuba dibawa oleh Pak Samad. Kendatipun inti falsafinya tidaklah seruncing perbahasan metafizika dalam buku-buku falsafah dan kocakan-kocakan pertarungan nafsu manusianya pula tidak berhemah, namun karya Pak Samad ini masih mempunyai tempat sebagai satu lembaran renungan kehidupan persis Terusir karangan Hamka (yang mungkin lebih terpelihara plot penceritaannya).
Profile Image for Shaznie Mardhiah.
88 reviews
August 26, 2016
"Dia juga y menjawab; aku lebih senang menjadi pengembara - byk melihat, byk membaca, byk merasa & byk menulis"
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
July 14, 2017
Karya Pak Samad yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1980 ini kaya dengan falsafah hidup.

Agak lama masa yang aku ambil untuk mengkhatamkan novel yang tidak sampai rumah 200 halaman ini. Ada dua faktor. Satu, timing. Dua, aku cuba hayati bait-bait kata yang digunakan.

Memang berbeza karya sasterawan negara ini. Walau plotnya sedikit perlahan, aku suka cara tulis pemerhatian dan pemikiran dalam kisah ini.
Profile Image for Amin H.
18 reviews4 followers
April 13, 2016
Terlalu banyak typo dalam terbitan Lejen Press ini, tanda baca tidak kemas dan salah eja, malah ada baris yang terulang.

Mengulas tentang Langit Petang pula, saya fikir ini bukanlah tulisan yang terbaik dari A. Samad Said. Penceritaannya lemah, terawang-awang dalam bentuk kenang-kenangan lampau dari khayal Ariff ke Hafiz dan berbalik semula ke Zakiah. Falsafah merenung alam dan ombak laut terasa begitu dipaksakan, berterusan dari mula hingga ke muka akhir. Tidak ada persoalan utama yang menyangkut minat untuk kau teruskan membaca di pertengahan buku. Awal cerita ini aku sangkakan Langit Petang sebuah kisah seorang pejuang tua zaman Malayan Union yang tidak dapat meneguk nikmat hasil perjuangannya. Namun pada penghujungnya, tiba-tiba cerita dialihkan kepada misteri kenapa Hafiz mendadak berhenti kerja - satu misteri yang tidak berapa misteri kerana berhenti kerja bukan perkara besar sangat pun.

Kita diberitahu bahawa Hafiz sakit leukimia, satu penyakit yang begitu popular untuk menamatkan riwayat karakter dalam drama-drama Melayu (kulit belakang buku telah pun dinyatakan Hafiz "menghidap sakit kronik". Spoiler?). Apakah A. Samad Said orang yang pertama mempopularkan leukemia dalam karya tempatan atau hanya menumpang sebuah klise, tidak dapat kita pastikan.

Profile Image for Miyuke.
193 reviews2 followers
May 10, 2025
Agak sulit menyelesaikan naskah ini memandangkan intro yang agak perlahan.

Mengetengahkan watak utama Hafiz yang mengambil keputusan untuk mengembara ke negeri di Pantai Timur tanpa menitipkan alasan kepada watak - watak yang dekat dengannya (Ariff, Zakiah serta Rasul).

”Tapi bukankah dunia ini penuh dengan ketakjuban dan keganjilan yang selalunya hampir secara tidak logik mengakhirkan seorang penipu dan pembelit, kaya dan dihormati, dan mengakhirkan pula seorang yang jujur mematuhi segala undang - undang alam sesetianya, papa dan merempat.”

Nota :

16 Feb 2025 : Telah meminta bantuan daripada pasukan pustakawan Goodreads untuk mengemaskini edisi baharu Ogos 2023 ditambah kepada judul naskah ini.

19 Feb 2025 : Edisi baharu telah selesai dikemaskini oleh pasukan pustakawan Goodreads.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
December 23, 2017
Menuju ke pengakhiran novel Langit Petang, saya sedikit gelisah dan risau melihat kepada plot cerita yang mendatar. Seakan-akan tidak akan ada klimaks, perwatakan yang tidak berkembang, namun di akhirnya kegelisahan tersebut dimatikan apabila SN A. Samad Said merungkai segala-galanya persoalan yang bermain terhadap watak utamanya. Langit Petang terbitan Lejen Press ini merupakan terbitan semula Dewan Bahasa dan Pustaka yang diterbitkan kali pertama pada tahun 1980.

Langit Petang mengisahkan tentang tiga watak utama iaitu Arif, Hafiz dan Zakiah dalam mencari makna kehidupan. Setiap daripadanya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana seseorang itu memaknai umur yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Arif merupakan seorang bekas pejuang kemerdekaan, menghabiskan masa hidupnya dengan bercucuk tanam dan bertanggungjawab memberi pencerahan tentang sesuatu isu di sekitar surau kampungnya. Hafiz pula yang dianggap sebagai anak oleh Arif, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai wartawan lalu merantau ke Terengganu untuk mencari angin baru. Zakiah merupakan teman rapat kepada Hafiz, seorang perempuan bernasib malang yang pernah ditinggalkan oleh kekasihnya dan hampir diperkosa oleh bapa tirinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupannya. Lalu dengan kisah silamnya itu, Zakiah nekad membalas dendam terhadap semua lelaki yang dijumpainya.

Judul ‘langit petang’ itu sering berkait dengan keadaan senja atau penghujung waktu yang mana ‘hari’ yang kita lalui akan berakhir pada waktu petang sebelum memasuki hari yang baru. Begitu juga dengan kehidupan seperti manusia dan haiwan lazimnya dikaitkan dengan pulangnya ke rumah pada waktu petang setelah seharian mencari rezeki. Penulis cuba menggambarkan bahawa manusia ini pada suatu masanya nanti pasti akan memikirkan bagaimana masanya dihabiskan, bagaimana hartanya dihabiskan, bagaimana hidupnya dihabiskan dan sebagainya.

Tidak kira usia sama ada tua atau muda, kaya atau miskin, punya pangkat atau kuli, persoalan itu akan muncul pada waktu-waktu tertentu. Jawapan kepada persoalan yang timbul ini hanya mampu dijawab oleh diri sendiri, bukan orang lain. Oleh sebab itulah setiap daripada kita punya cara yang berbeza dalam mengisi kehidupan. Tidak perlu untuk mempersoalkan dan memperkecilkan kehidupan seseorang yang akhirnya menimbulkan perasaan syak wasangka yang tidak baik. Belajarlah untuk menerima dan memberi.

Manusia juga sering kali terlupa bahawa belajar dengan alam merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada makhluknya. Digambarkan bahawa manusia ini tidak segan silu dalam melakukan kerosakan alam seperti meruntuhkan bukit, merebahkan hutan, mencemarkan sungai, yang akhirnya membawa kerosakan kepada kehidupan manusia itu sendiri. Alam itu sendiri menyimpan ribuan rahsia yang perlu ditenung dan dibaca (fikir) agar manusia itu sendiri sedar betapa kerdilnya jika hendak dibandingkan dengan Pencipta alam.

Secara keseluruhannya, Langit Petang merupakan sebuah novel falsafah tentang kehidupan, walaupun falsafah tersebut tidaklah dijelaskan secara terus dan terang, tetapi ia mengajak kita untuk sering berfikir dan belajar (membaca) bagi menjelaskan sendiri apa makna itu kehidupan. Bagi sesiapa yang mahu membaca terbitan Lejen Press ini diminta jangan membaca ‘blurb’; penjelasan singkat yang terdapat pada belakang buku, disebabkan terdapat spoiler cerita. Diharapkan juga ada penambahbaikan dari segi penggunaan tanda baca yang sedikit mengganggu pembacaan.
Profile Image for Wan Ashraf.
8 reviews1 follower
May 3, 2016
Pertama sekali, ingin saya berterima kasih dengan penerbit Lejen Press yang telah menerbitkan semula karya lama Sasterawan Negara A Samad Said ini.

Amaran juga bagi yang berhajat membeli terbitan baru Lejen Press ini, kerana blurb di belakang novel ini mempunyai spoiler yang agak besar bagi cerita ini.

Walaupun plot cerita ini agak lemah, namun Pak Samad telah meletakkan tiga watak yang berjaya membuat cerita ini menarik. Pak Ariff, pejuang kemerdekaan yang menghabiskan sisa-sisa kehidupan berkeseorangan. Hafiz, seorang wartawan yang bercita-cita untuk mengembara ke pantai timur. Dan zakiah. Pada asalnya saya menganggap zakiah adalah satu lagi watak pelacur yang berhati mulia. persis salina. Namun zakiah adalah watak yang langsung berbeza, dan jauh lebih menarik karakternya berbanding salina. melalui zakiah, Pak Samad menunjukkan satu wanita bergelumang dosa yang dipenuhi dengan pemikiran yang liberal progressif. Pak Samad tidak menghukum wanita tersebut dalam novel ini, dan menyerahkan penghakiman tindakan zakiah seratus peratus di tangan pembaca.

Jika anda berminat dengan karya lain Pak Samad, Lejen Press juga akan menerbitkan novel popular Pak Samad, Salina pada bulan Mei 2016
Profile Image for Al Waie.
15 reviews2 followers
February 23, 2017
Bahan bacaan ringan namun membuka minda pembaca tentang falsafah kehidupan dlm babak-babak santai dan serius. Realiti kehidupan yg digambarkan melalui karakter-karakter semi-antagonis dlm cerita ini juga membuka minda pembaca agar melihat manusia lain yg mungkin tidak dirahmati dgn cahaya iman drpd sudut pandang yg tidak prejudis pd susuk mereka secara umumnya.

Setiap org, baik atau tidak, mempunyai falsafah hidup masing-masing yg mungkin dpt memberi pedoman kpd semua. Pengajaran. Ada ketika aku sendiri berasa sedikit dilema tentang pilihan-pilihan yg ada sama ada mencari makna hidup semata-mata utk memaknai kehidupan peribadi, atau mentafsir alam utk jauh lagi mendalami ilmu alam, atau apa sebenarnya yg utama tujuan hidupnya kita di dunia.

Jawapannya tak ada pd buku ni. Jalannya mungkin terselit dlm satu dua babak.

Jalan cerita yg jarang aku baca. Pernah juga baca karya-karya A. Samad Said, sasterawan seperti Sharon Ahmad dan lain-lain. Sentiasa segar idea mereka merentas zaman.

P/s. Tak mcm tulisan Pak Samad. Mungkin dia cuba masuk market mainstream yg lbh kpd bahasa rojak, santai yg penting mesej sampai.
Profile Image for Qayiem Razali.
889 reviews85 followers
September 3, 2022
6/22

Langit Petang - A. Samad Said

Cerita ini tiada konflik yang terlampau. Cuma sekadar menceritakan kisah hidup masyarakat biasa. Bolehlah bagi saya. Novel ini saya kira boleh dibuat untuk mengisi masa terluang.
13 reviews36 followers
May 11, 2018
The synopsis actually contained some spoilers but since I read it afterwards it's all good. :)
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
October 21, 2021
Saya mintak maaf banyak banyak sebab ini kali pertama saya baca buku A Samad Said dan sekarang baru nak baca Langit Petang. Tapi lebih baik terlambat daripada tidak langsung. Sebelum itu, boleh saya tau kalau buku ini diterbitkan dulu di majalah atau surat khabar atau memang terus wujud dalam buku? Sebab bab bab dalam buku ini macam seragam untuk jumlah muka surat. Novel(a?) ini penuh dengan perasaan dan persoalan yang wujud dalam benak manusia. Cerita yang disampaikan diwujudkan oleh watak dan perwatakannya dan sedikit pengaruh latar. Saya juga suka banyak quotes dalam buku ini macam orang tidak lagi berjuang, orang menangguk hasilnya dan beberapa lagi quotes yang sangat sedap didengar dan untuk tunjuk pandai dengan kawan kawan. Akhir sekali, saya rasa tidak terlambat lagi untuk saya menyarankan buku ini dibaca oleh semua orang lelaki dan perempuan remaja dan orang dewasa kecuali kanak kanak tidak matang.
19 reviews
March 25, 2020
Manusia yang tahu erti perjuangan ini saja yang dapat menikmati bunyi keretapi, burung melayang, calar-calar awan dan jalur-jalur cahaya mentari. Manusia seperti ini sentiasa berterima kasih kepada Tuhan atas apa saja yang dapat dilihatnya, sekecil mana pun.

Terim kasih atas karya yang hebat.
Profile Image for LongYC.
9 reviews1 follower
February 5, 2018
Sebuah karya Pak Samad yang menyampaikan pandangan dan falsafah watak-watak dengan tahap bahasa dan seni yang mengagumkan. Membaca dari awal cerita hingga tamat bagai mengikuti air yang mengalir perlahan dari sebuah sungai yang halus dan bercabang-cabang lalu bercantum di sebuah air terjun kecil dan akhirnya tiba di lautan luas. Namun, jarak masa kejadian antara peristiwa yang berlaku tidak berapa jelas walaupun sejarah kemerdekaan Malaysia boleh memberikan sedikit konteks kepada para pembaca.

Bahan baca yang sesuai untuk masa tenang dan senyap. Malangnya terbitan ini mengandungi banyak kesilapan ejaan dan perulangan ayat. Ilustrasi yang digunakan juga tidak berapa tepat dengan watak dan cerita.
80 reviews1 follower
March 5, 2024
📚Langit Petang
✍️A. Samad Said
Berlatar belakangkan zaman 70-an, Langit Petang membawa kita ke dalam hidup tiga watak :
Hafiz, jejaka 27 tahun yang mengambil keputusan mendadak berhenti kerja. Tak mahu terus terikat dengan tugas yang membataskan peluangnya menangguk hidup secara lebih bebas dan bermakna. Daripada pemberita sambilan kepada penganggur yang mengembara ke Pantai Timur.
Zakiah, wanita 28 tahun yang nakal dan mempunyai dendam dengan lelaki. Dia benci kepada lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan.
dan
Arif, orang tua 62 tahun, seorang yang kuat berfalsafah & pejuang kemerdekaan tanah air. Menjadi orang penting kepada tunduknya Malayan Union tidak menjamin jasanya diingat orang (atau dirinya yang tak mahu dikenang orang).
Langit Petang memang bukan kisah yang banyak konflik dan saya akui alur ceritanya perlahan, tetapi naskhah ini banyak kali membuat kita merenung diri, alam dan juga kehidupan yang dilalui menerusi watak-wataknya. Sangat padat dengan falsafah.

Tindakan Hafiz berkelana ke Kuala Terengganu, menjadikan dia seorang lelaki yang semakin terpukau dengan manusia, masalah dan tempat. Masuk pada bab-bab terakhir, barulah saya mengerti kenapa Hafiz ambil keputusan untuk kembara ke luar kota. Dalam LP, bahagian Hafiz paling saya suka, mungkin kerana di situlah yang banyak membuat saya berfikir tentang erti hidup. Begitu juga dengan bahagian Arif. Ayat Arif tentang perjuangan ;
"Orang kini tidak berjuang lagi, orang kini menangguk hasilnya saja," benar-benar menampar hati.
Zakiah, kecantikan yang ada dimanfaatkan dengan cara yang kotor. Padanya, semua lelaki sama, kecuali Hafiz yang baginya paling memahami. Cuma sayang, cara dia berjuang tentang hak diri dan yang senasib dengannya tetap salah. Bahagian kisah hidupnya menggambarkan bagaimana bobroknya keadaan sosial ketika itu. Dan kisah Zakiah memberi kita pelajaran, jangan nodai kemudaan.

Untuk yang sukakan cerita yang sarat dengan nilai falsafah, tidak berat konflik dan mampu membawa kita merenung diri, silalah baca Langit Petang ini.

#langitpetang#asamadsaid#fiksyen#sasteramelayu
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
November 10, 2020
Sebagai buku sulung dari Pak Samad yang dibaca.Terasa berat nak hadam, buku 177 muka surat macam nipis kejap boleh habis tapi bila apa yang terkandung dalam ini mood jadi turun naik nak sesuaikan diri gaya penulisannya. Ada ayat-ayat falsafah yang buat aku 2 3 kali ulang baca untuk fahami maksudnya.
**
Kisah 3 watak utama yang berjiran sangat memberikan banyak falsafah tentang kehidupan dari sisi watak masing-masing.

Ariff
-Bekas pejuang kemerdekaan tanah air namun tidak mendapat penghargaan sewajarnya tapi dia tetap bersyukur jalani sisa-sisa hidupnya. Jalani hidup pencen dengan berbakti pada tanah. Di samping menceritakan pahit perih perjuangan dalam capai kemerdekaan.

Hafiz
-Bekas wartawan yang berhenti kerana mahu hidup bebas dari tugasan yang bercanggah dengan hatinya. Dia mahu mengembara-menulis-menikmati hidup dengan menghayatinya melalui unsur alam. Bawa diri ke Kuala Terengganu dengan satu rahsia dipundaknya. Dia mahu kebebasan tanpa batasan.Seperti Zakiah aku tertanya sejenis apa kebebasan diri sendiri, tindakan sendiri dan dalam sikap sendiri.

Zakiah
-Perempuan yang sangat berdendam dengan namanya lelaki dek kerana masa silamnya. Dia hanya anggap lelaki sebagai kasut layak diletak di tapak kakinya saja. Cuma lelaki bernama Hafiz saja yang layak digelar lelaki bukan jantan. Hafiz teman baik tanpa sengajanya.

Antara petikan yang tertarik :
“Walau sungai tak sentiasa lurus, lautan tak sentiasa tenang. Dalam diri setiap orang mesti ada sinar murninya” -Hafiz

Penuh dgn pandangan dan falsafah hidup. Ayat beliau memang diakui 3 watak utama banyak ajar tentang kehidupan. Buku ini membuat plotnya berkisarkan tentang pemikiran hidup. Suka kerana pada akhirnya mengajar apa kita mahu dan jalani hidup ini dengan penuh bererti.
Profile Image for H S. A.
115 reviews
June 27, 2021
18/365📚 : Langit Petang - A. Samad Said
Sudah agak lama saya tidak membaca tulisan sastera dalam Bahasa Melayu; kali terakhir rasanya lebih sepuluh tahun sudah.
Langit Petang, tulisan yang berkisarkan tiga watak utama iaitu Ariff, Hafiz dan Zakiah yang pernah sama-sama tinggal di satu kawasan perkampungan setinggan, dan latar masanya dalam tahun 70-an.
Ariff, seorang pejuang zaman kemerdekaan, kini menghabiskan usia senjanya menjadi petani kecil kecilan namun ada masanya terfikir; adakah berbaloi segala perjuangan masa mudanya jika tidak dihargai?
Zakiah, gadis yang berfikiran moden dan tidak mahu menjadi hamba kekangan institusi rumah tangga; semua lelaki adalah mangsa baginya. Namun, semakin meningkat usia tanpa ada penghujung jelas, siapakah yang sebenarnya mangsa pabila senja usia itu tiba?
Hafiz, wartawan sambilan muda yang nekad berhenti kerja untuk meneruskan hidup menjadi pemikir, menjadi orang yang merasa segala keajaiban alam kerana pada nya usia kita ini sayang jika disia-siakan tanpa melakukan apa yang kita gemari. Namun, sebenarnya dialah yang menjadi kunci cerita ini.
Bukan novel berbunga bahasa sastera, lebih kepada mengajak kita berfikir kembali, apa sebenarnya definisi senja di kehidupan ini. Begitulah.

Penilaian peribadi : 4⭐️/5⭐️ Tidak rugi saya memasukkan tajuk ini dalam pembelian buta di Lejen Press website setahun lalu 😉
3 reviews
July 14, 2017
First time baca karya A. Saad Said, so aku baru nak familiar dengan style penulisan dan penceritaan yang agak.. klasik (klasik?). Sebab aku tak biasa dengan ayat puitis macam ni, jadi aku boleh katakan aku agak kurang menggemari style penceritaan dalam buku ni.

Sorry untuk aku katakan aku tak dapat 'umphh' yang aku cari untuk buku ni. TAPI, aku ambik positif buku ni sarat dengan pengajaran.

1) Hidup ni ambiklah peluang untuk mengembara. Even dalam negeri sendiri pun. Belajar tengok tempat orang. Kan nice?
2) Pengakhiran hidup yang kita tak dapat duga macam mana ia akan datang. Muda atau tua, lamabat atau cepat.
3) Manusia berubah. Yang buruk kepada baik (yang ni aku nampak pada Zakiah). Yang baik kepada lebih baik (yang ni macam watak Jamal).

Dan, yang terakhir ;
4) Kawan setia tiada ganti.
Profile Image for Jasmin Mohd-zain.
358 reviews11 followers
October 13, 2023
I was on this earth already in early 1970s when the new malays opened their eyes to possibilities available to them. Although I can't remember much of the May 13 riots that was mentioned in LP but the effects of it could still be felt when I was in primary school. And LP made many references to those times.

So the main characters in LP were also undergoing transformation of the mind as the story progressed. Hafiz who young as he was haboured a dark secret abt himself, Zakiah who transformed herself into a feminist / femme fatale and Pak Ariff who neared his end of life. All of them faced the question - "what is the meaning and purpose of life".

And shaped their lives they did. In the best way they can. They all met their answers, as God wills it. A quote from the book :

"Hanya bila hidup berhenti baru kita katakan kita di hujung jalan." kata Hafiz
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
June 22, 2017
Kecewa dengan penerbitan Lejen Press ini. Banyak kesalahan ejaan dan ada juga barisan ayat yang berulang.

5 bintang untuk penulisan ini. Saya memang suka penulisan klasik dengan bahasa yang indah-indah, kosa kata yang banyak. Belum cerita gaya penulisan lagi, memang layak bintang penuh!

Sarat dengan falsafah. Bila ditenung kembali sememangnya berat untuk dihadamkan falsafah-falsafah tersebut. Saya seperti berharap cerita ini mengenai Ariff sepenuhnya namun, sesuai dengan penceritaan cerita, Hafiz menjadi tonggak utama. Saya mahu lebih tentang Hafiz dan saya mahu lebih lagi tentang Ariff. Zakiah pula bagi saya sempurna wataknya. Mangsa feminisme. Berjuang dengan cara yang salah.

Novel realism yang berkisar tentang pilihan hidup, pendirian diri dan falsafah. Berat tapi ringan.
Profile Image for Radzi Anua.
8 reviews
December 22, 2017
Kekuatan karya ini terletak di pembinaan karakter watak-watak utamanya, juga di garapan pintar kata-kata Hafiz dan Ariff dalam menjelaskan isu-isu dunia dan isi-isi alamnya. Sayangnya pembinaan jalan penceritaan novel ini tidak sekuat pembinaan karakter watak-wataknya. Plot cerita ini majoritinya mendatar dan menerawang tanpa matlamat khusus. Walaupun plot sebegini mungkin terpakai untuk perjalanan hidup sebahagian besar masyarakat kita, ini tidak menjadikan ceritanya berbaloi untuk dibukukan. Walaubagaimanapun, plot datar dan bosan itu akhirnya berjaya dirumuskan dalam klimaks yang segar, berhasil meredakan sedikit kekecewaan sepanjang sebelumnya.
Profile Image for Naliza Fahro-Rozi.
298 reviews13 followers
February 26, 2019
Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur kerana masih dapat bernafas di atas bumi merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas pejuangannya dulu.

Hafiz pula bekas wartawan. Dia berhenti kerana menghidap penyakit kronik. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya.

Zakiah pula seorang wanita yang berdendam dengan lelaki kerana kejadian waktu silamnya.

Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.
Profile Image for Ziad Razak.
46 reviews2 followers
September 1, 2017
Sebuah novel yang cukup mengesankan, malah lebih mendalam patos dan pengamatannya terhadap nilai dan tabii manusia, berbanding Salina yang baru saya selesai membacanya semalam. Keberatan jiwa Hafiz amat dapat pembaca rasakan, pergelutannya dengan kebobrokan nilai dunia moden begitu universal sekali. Saya amat menikmati novel ini, dan amat saya sarankan kepada sesiapa yang ingin berjinak dengan karya sastera moden Melayu.
Profile Image for Nik Hafiz.
2 reviews1 follower
May 25, 2025
Tiga watak berbeza yang mendukung Langit Petang. Ariff, Hafiz dan Zakiah. Keseluruhan novel berkisar seputar mereka. Tentang kehidupan mereka. Peristiwa-peristiwa yang membentuk diri dan mewarnai jalur hidup mereka.

Ada pengajaran dan falsafah hidup yang - kita sebagai pembaca - boleh mengambilnya dan dijadikan pedoman.

"Telah banyak yang boleh dipelajari daripada hidup, tetapi kita selalu melupakannya."

- Langit Petang, hlm 144 -
Displaying 1 - 30 of 57 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.