Jump to ratings and reviews
Rate this book

AdaMaryam

Rate this book
Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.

Lelaki itu ada segala-galanya – pangkat, rupa, akal, juga digilai ramai gadis kilang. Tapi lelaki yang pernah digelar ‘playboy pencen’ kini akhirnya tersungkur dengan Maryam yang payah diduga hatinya. Bagi Adam, Maryam lain daripada beratus-ratus ‘minah kilang’ Matsushirota Elektronics (M) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang itu.

Siapa Maryam sebenarnya?

Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta; baik dengan Adam mahupun dengan Bani. Maryam menyenangi Bani, juruteknik dari Kelantan yang gila-gila dan sering buat dia tersenyum.

Jeng... jeng... jeng!

... apabila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua jadi terancam, Maryam mesti segera buat keputusan. Perlukah dia letak kepercayaan dan cintanya pada Adam?

Kenapa Adam lari? Siapa yang mengancam nyawa mereka? Apakah Code X itu sebenarnya?

* * *

XARINE seorang jurutera yang sering bereksperimen dalam penulisannya. Anda kena baca Adamaryam kerana semua ‘rahsia’ akan terjawab di dalamnya. Karya suspens-santai ala-ala thriller ini pantas dan penuh debaran!

504 pages

First published November 1, 2011

4 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Xarine

3 books4 followers
Nama pena Khairi Mohd

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (16%)
4 stars
26 (54%)
3 stars
11 (22%)
2 stars
2 (4%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
March 11, 2013
Kredit pada Ulatbuku kerana ini bingkisan daripada mereka tapi siapa sangka aku boleh peram buku ni bertahun lamanya [amboi! exaggerate! ;P]. Dan saat menghadam novel ni, aku terasa sedikit kesal kerana membiarkannya. Sepatutnya aku baca daripada awal.

Jujurnya aku tak faham satu apa pun tentang eksperimen dan kajian dalam bidang kejuruteraan yang dipaparkan. Tetapi penulis berjaya buat aku macam faham. You know... Ala... macam mana nak cerita *rolledeyes*

Permulaannya agak mendatar. Mungkin kerana fokusnya pada sang heroin – Maryam. Si gadis yang sedang cuba mempelajari cara dan gaya kerja di kilang elektronik. Seperti Maryam, aku juga turut tak ketinggalan untuk membayangkan apa itu bau asbestos, plastik, production line, bunyi loceng, kafe dan pastinya keterujaan melihat jurutera-jurutera lelaki kacak kih5

Namun bukan itu saja yang Maryam akan tempuhi. Siapa tahu di kilang itu, di saat dia diambil menjadi salah seorang daripada pasukan yang menyiapkan formula Code X, dia dihimpit dengan pelbagai tragedi. Satu per satu hingga dirinya juga hampir dirogol! Jeng jeng jeng...

Adam - si playboy pencen dan merupakan jurutera genius yang mencipta formula Code X itu. Sememangnya gaya, pangkat dan rupa menjadi kegilaan gadis-gadis kilang. Tetapi hatinya jatuh tergolek saat pertama kali bersua dengan Maryam. Cuma masalahnya sekarang, dia harus bersaing dengan Bani. Sudahlah bersaing untuk mendapatkan hati Maryam, kini harus bersaing untuk menyudahkan Code X.

Keadaan makin serabut bila Bani dipukul dan Adam puncanya. Lagi haru bila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua terancam. Kenapa Adam lari dan apakah Code X yang dikatakan bakal mengubah kehidupan manusia seharian itu sebenarnya?

Tak dapat dinafikan ini karya suspens ala-ala thriller yang pantas dan menjadi. Cuma kurang satu bintang sebab bila adanya Mr Ong semasa insiden cubaan membunuh Adam, aku sudah dapat meneka dalangnya. Opps! ;P Satu lagi tentang kisah Adam-Lina yang buat aku kepingin tahu apa yang terjadi pada mereka berdua sebelum ini. Apa pun aku memang tak sangka dengan beberapa perkara, Lina misalnya. Dia mungkin gadis gedik annoying tapi dalam hatinya masih ada nurani. Yay!

Aku senang dengan gaya bahasanya. Tak terlalu berbunga-bunga dan tidak santai sangat. Cukup seadanya padaku. Kalau anda suka kisah cinta-cintun terlebih gula, ya ini memang bukan untuk anda tetapi kalau rasa-rasa nak keluar dari kisah stereotaip novel Melayu apa kata cuba ;D
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
December 27, 2012
boleh dikatakan, plot penceritaan beliau menepati citarasa aku gak...
30 bab terawal banyak menceritakan perihal maryam yg bekerja di kilang semasa cuti sem...

berkenalan ngan 2 jejaka yg berjaya menyentuh hati dia...Adam & Bani yg mempunyai karektor yg berbeza...bab2 terawal nie membuatkn aku kekadang gelak@senyum sorang2...dengan keletah Bani & Beghi(sabri) bila diaorang menyakat Maryam...2-2nya orang Kelantan...

selepas tu...baru la graf pembacaan aku naik demi 1 per satu...
apabila ada orang cuba sabotaj Code X yg di cipta oleh Adam hingga melibatkan Maryam & rakan sekerjanya...maka berlaku la pembunuhan, penculikan, pengkhianatan ada dalam plot seterusnya...
di penghujung cerita, kita x sangka rupa2nya orang dalam kilang tu juga yg menjadi dalang untuk menjual Code X tu...

cuma banyak term2 engineering dalam nie...
Profile Image for Rosli Ab Rahman.
55 reviews1 follower
April 17, 2014
Cerita yang menarik untuk dibaca kala mood membaca merudum hehehe

Tiga watak utama yang ditonjolkan, Adam, Maryam dan Bani berlatarkan projek Code X berjaya menarik saya untuk menghabiskannya dalam masa satu hari. gaya penceritaan yang saya rasa tak la berat sangat kecuali bab engineering yang mungkin susah nak paham. Namun itu tidak mencacatkan jalan cerita. Diselitkan adegan yang membuatkan saya tersenyum, tergelak sorang pun ada.

Mengisahkan konflik cinta Maryam antara Adam seorang jurutera dan juga perintis projek Code X dan Bani, tehnician di syarikat elektronik tempat Maryam bekerja sementara cuti semesternya. cerita bermula bila Code X disabotaj dan Adam dituduh sebagai penjenayah. Bani dipukul sehingga terlantar dihospital dan macam senario yang diolah penulis berjaya menarik saya untuk menghabiskannya ...4* untuk penulis

pada yang nak tahu kesudahannya... sila2 la teropong kat kedai buku berhampiran.
Profile Image for Dayang Noor.
Author 17 books74 followers
May 31, 2012
To me this is an action thriller book which we don't usually find written in Malay. Congratulations to the author who put together a very nice piece of informational and action packed story, successfully.

The story started rather slow, dominated by the rectangular love story between the main characters. Code X, the heart of this story only appeared after I started wondering where is this love story heading. Frankly speaking I was not really interested in the love story and if it's eliminated altogether, the thrilling part can stand on its own. (Oh, ok for younger women the 'love story' might appear as the thrilling part, lah..)

The 'tech-talk' parts really brought back my uni days memories as I was studying Electronics and Computer engineering. If I didn't decide to do IT, I might be one of Adam's colleague!

So, this Code X turns out to be a multi million dollar project that in the end, costs lives. The last 1/4 of this book is where all the action takes place. So, if you find the first 1/4 rather dragging, don't put it down yet. The best has yet to come.

I must say this is a rather a successful experiment (in fiction writing, of course).

Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
June 4, 2013
thriller yg disulam perasaan manis dalam kisah Adam-Maryam-Bani. Tajuknya sudah menyerlahkan siapa pilihan Maryam. Tajuk tu merupakan keyword yg amat besar dalam kisah ini.

Syahadah (yg kadang2 kita lupa nak lafazkan dgn sepenuh hati ketika hidup) menjadi penyelamat ketika di ambang kematian. Sesiapa sahaja yang bermula sebagai seorg yang baik atau telah berubah kepada kebaikan,janganlah akhiri perjalanan hidup yg sudah baik itu dengan keburukan yg membawa ke neraka.

Cerita yg memberi perspektif berbeza kepada pekerja kilang elektronik. Hidup mereka mencabar dan menarik :)
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 27, 2018
[BOOK 127]

AdaMaryam by Xarine.
.

Wahhhh... Ku rasa kan, penulis ni mesti hebat orangnya. Dan, psstt, ku rasa penulis ni lelaki. Entahlah betul ke tak firasatku itu.
.

Novel ni 504 m/s je pun, tapi ku rasa macam bercinta nak habiskan. Tak, bukannya buku ni tak best, tapi sebab banyak sangat ilmu yang penulis share, so, walaupun ku cuba skip, tapi tak boleh sebab dah jadi habit untuk baca word by word, cover to cover.
.

Adam, seorang jurutera di Matsushirota di Penang. Sekarang, dia tengah dalam misi siapkan Code X. Maryam pulak pekerja baru di Matsushirota. Kiranya pekerja kilang kat situ. Tapi, Maryam ni pun salah seorang yang terlibat dalam Code X tu.
.

Di permulaan cerita, agak slow. Sebab penulis cuba memperkenalkan kesemua watak yang terlibat dalam ni. Dan masa ni lah, wujudnya cinta bersegi-segi antara Adam, Maryam, Bani, Suli dan juga watak Lina. Dan, disebabkan penulis ialah seorang engineer, banyak sangat input yang cuba dimasukkan. Ku rasa, orang-orang engineering mesti suka. Tapi, aku ni terkebil-kebil tak faham. Ku rasa dalam 50% je kot yang ku dapat hadam.
.

Dan cerita makin best bila Code X tu failed. Sebenarnya, Code X ni ialah DVD Player yang portable, kecil, tahan bateri dan boleh dipancarkan di mana-mana sahaja. Kalau bawak masuk toilet pon boleh layan movie. Tapi, masalahnya, Heat Test yang dorang buat, asyik failed. Tetiba, bos dorang panggil dan tunjukkan yang China dah pon keluarkan Code X versi China yang merupakan 70% sama macam Code X dorang yang tak siap lagi nih. So, siapa yang pecahkan rahsia Code X ni? Dan semestinya Adam, yang in-charge benda ni la yang dituduh.
.

Pada masa yang sama, Adam turut diburu oleh Geng Mafia yang terlibat dalam Code X tu, sebab masterpiece yang membezakan Code X Matsushirota dan Code X China ialah baterinya. So, dorang cuba dapatkan formula tersebut.
.

Dan, Adam dibawa oleh ketuanya, Mr Ong ke Algeria untuk proses inspection bateri tu la. Dan di situ, dorang diserang. Cisss, ku sangkakan si A yang bersalah, rupanya si B. Tapi, Adam rela mati daripada serahkan formula tersebut. So, di Malaysia, geng Mafia tu tangkap Maryam sebagai tebusan.
.

Kesian Bani. Ku nangis bila dia mati. Ya, dia juga bersalah, tapi dia terdesak.
.

Ya, yang 50% yang ku faham tu, pasal Code X tu la. Segala jenis technical term lain tu, memang ku tak faham.
.

Ku suka Adam ni. Dia hanya bercakap benda fakta je. Tu yang buatkan dia nampak handsome dan bijak. Kalau setakat gosip, dia senyum je. Cumanya, Adam ni kononnya playboy pencen. Sebab pernah bercinta ngan Lina. Mungkin boleh dipanjangkan sikit part Adam-Lina ni, sebab ku curious tentang hubungan silam dorang.
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
July 31, 2022
Mengisahkan tentang Maryam yang bekerja sambilan semasa cuti sem di sebuah kilang elektronik bersama kawannya(?), Suli. DI kilang tersbeut Maryam berkenalan dengan Bani, seorang juruteknik QC dan Adam, seorang jurutera yang mengetuai pembangunan Projek Code X.

Saya rasa cerita utamanya berlaku apabila Projek Code X menemui jalan buntu. Semua ujian yang dilakukan terhadap model yang dibuat berakhir dengan keputusan gagal. Kemudian, Adam dituduh telah mensabotaj Projek Code X dan menjual projek tersebut ke pasarana gelap untuk diciplak oleh syarikat lain di China. Macam tu lah lebih kurang.

Saya sebenarnya lebih berminat nak tahu pasal Projek Code X tu berbanding kisah cinta tiga segi Bani-Maryam-Adam. Kalau buang bahagian cintan cintun tu pun, Adamaryam masih lagi sebuah novel yang baik. Suka bila Adam dan jurutera lain bersembang pasal benda-benda teknikal. Rasa macam bijak sikit.

Plot twist nya agak tak terjangka. Haha. Saya sangka si dia yang bocorkan rahsia Code X. Rupanya si dia. Ish ish demi duit kan. Manusia sanggup buat apa saja.

Cuma saya sikit terganggu dengan dialog bila Mr.Ong cakap melayu dengan pelat cina. Bukan Mr. Ong je. Semua watak-watak yang berbangsa Cina pun macam tu. Cringe sikit. Sikit je.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
Novel ni betul betul mengigatkan aku tentang thesis final year aku di U dulu. PCB, Heat Sink, Temperature test. FAILED!!! Gila. Memang boleh gila bila buat test dan keputusan ko FAILED.

Selalu engineer neh pandai tulis report je kan. Ko nak tau cam mana sorang engineer menulis cerita? Try la baca buku neh.
Profile Image for Fikrib.
26 reviews3 followers
November 14, 2014
Novel ini antara yang lama pending kat rak,rugi tak baca awal-awal Adamaryam ni ceritanya menarik.Aku dapat kepuasan dan banyak input bermanfaat.

Bahagian pertama berkisar cinta tiga segi dan alam kerja kat kilang,tengahnya konflik dan diakhiri aksi,pembongkaran dan penamat yang baik.Permulaan bacaan memang sedikit mendatar tapi teruskan pembacaan kerana bagi aku cerita ni menarik.Ianya adunan cinta,persahabatan,kelakar,pengkhianatan,aksi,bunuh dan penyiasatan.

Antara perkara yang aku suka:
-penulis meninggalkan persoalan dan menjawabnya dengan teknik/gaya tersendiri
-gambaran suasana dan aliran proses kerja kat sebuah kilang high tech
-aku belajar banyak term kejuruteraan elektronik,mekanikal,kualiti,R&D dan marketing.aku suka ungkapan ni "setiap benda tercipta dua kali"
-adegan Evo 9 vs Skyline GTR
-lawak dan ejaan loghat Kelantan Bani&Beghi menceriakan cerita
-aku suka penulis mewujudkan masalah bahasa bila mana watak berbeza negara bangsa sedang berkomunikasi.Sebelum ini banyak juga novel yang aku baca aku mempersoalkan bagaimana komunikasi berlaku bila berlainan bahasa(penulis itu tidak menjelaskan,hanya menyatakan dalam bahasa Melayu)
-watak dan perwatakan ada sisi baik dan buruk(cth Bani dan Lina)

Pada pandangan aku,penggunaan banyak term engineering ada pro dan kontra,penerimaan pembaca berbeza.Aku kurang berminat cinta tiga segi tu kalau dikurangkan lagi ok,bahagian thrillernya dah boleh berdiri sendiri ada kekuatan.Kesalahan kecil ejaan watak Brago-Broga dua tiga kali tidak mencacatkan pembacaan.Selepas ini aku boleh membaca karya lain(yuda...&kasyaf) penulis ini.
Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
Okay!honestly, saya baca cerita ni berskip-skip di 10-20 bab terawal. Agak banyak engineering term yang membuatkan kepala saya ting-tong awal-awal. disebabkan itu, saya tak ambil masa yang lama untuk baca. cuma 2 hari je sebab saya banyak skip-skip dan honestly (sorry to writer), saya tak boleh langsung menghayati cerita anda. mungkin minda saya tahap bawahan je sampai tak boleh hadam cerita anda yang level engineer tu. saya baca sampai habis pun just nak tahu ending dia je. so, saya langsung tak boleh nak masukkan emosi saya dalam cerita ni. 1.5 stars :)
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
October 31, 2012
Menarik..suspen dan mendebarkan...
Adam & Maryam..
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
November 18, 2016
Teringat teori kehilangan MH370

Samsung Galaxy Note 7

hmmmm
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.