Memoir ini merupakan kenangan hidup penulis tentang perjuangan politiknya untuk menegakkan keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat. Ia menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat. Pengalaman semasa kecil, pengaruh ibu-ayah serta suasana kekeluargaan, pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup penulis, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.
Soal politik yang ditumpukan di dalam Memoir ini berpusat kepada catatan-catatan tentang penyertaan dan pengalaman penulis serta sikap, pandangan dan fikirannya terhadap beberapa isu, perkembangan, peristiwa dan kontroversi politik yang berlaku dalam parti dan negara. Memoir ini memberi latar belakang dan menjelaskan beberapa perkara, seperti: apa berlaku selepas kemenangan parti-parti pembangkang di lima negeri, pembentukan PAKATAN, percubaaan UMNO-BN untuk menjatuhkan Kerajaan PAKATAN, terutama Selangor, percubaan Anwar yang dianggap gagal berkaitan 16 September dan sebagainya.Memoir ini mendedahkan banyak juga hal mengenai pertimbangan yang tidak diketahui umum tentang mengapa dan bagaimana sesetengah keputusan politik telah diambil.
Antara buku yang dibaca baru-baru ini. Mengisahkan lebih lanjut tentang kehidupan dan latar belakang Syed Husin Ali sebelum terjun ke dalam dunia politik yang serba liku kancahnya. Antara yang harus diberikan perhatian dan agak sensasi adalah tentang percantuman antara Parti Rakyat Malaysia dan keADILan. Dulu saya ingat apa benda tu eja "keADILan" macam tak sekolah. Rupa-rupanya bukan begitu. Dan hasil percantuman (merger) ini, menjadikan Parti Keadilan Rakyat. Dan itupun ada juga percekcokan di mana-mana, tentang Keadilan dapat satu perkataan, Parti Rakyat dapat dua perkataan. Agak 'dahsyat' perdebatan sebegini. Dan akhirnya Parti Rakyat yang mempunyai sejarah yang gilang gemilang semenjak dari diasaskan oleh Ahmad Boestamam, bersama pengikut-pengikutnya yang kental seperti Cikgu Ishak Surin, telahpun rontok. Bagaimanapun jika diikutkan lagi, lebih awal, di bawah Kassim Ahmad, Parti (atau Partai) Rakyat telah dibelahkan dengan nama PSRM - ya sekali lagi pergaduhan pada tetek bengek 'huruf' juga 'perkataan'. Dan apabila dikembalikan semula PRM dengan buangnya huruf 'S', maka kemudian wujudlah PSM.
Interesting read. Minor spelling mistakes at times. It shouldn't be there. After reading this book, I have the impression that SHA is an underrated politician. His politics is about the people. It's not about power,wealth and fame. He opened the reader's eyes on unsung heroes such as Ahmad Boestamam, Pak Sako and others who were also nationalists but has been given a bad light because their philosophies are different from the current government.
Buku ini merupakan karya terbaik Syed Husin Ali selain buku Dua Wajah. Buku ini dimulakan dengan latar belakang penulis, pengalaman awal, latar pendidikan, sumbangan dalam berpesatuan sehinggalah penulis berkejaya di universiti. Penulis secara umum menceritakan pengalamannya semasa melibatkan diri dalam kancah politik, penglibatan bersama Parti Rakyat Malaysia sehingga kemuncak bersama Parti Keadilan Rakyat. Penulis memerihalkan hubungannya bersama tokoh-tokoh lain yang berbeza latar seperti Keris Mas, Usman Awang, Asmah Omar, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman, Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah, Ungku Aziz, Syed Hussein Alatas, Syed Muhammad Naquib al-Attas, Kassim Ahmad, Mahathir Mohamad, A Samad Ismail dan ramai lagi. Ralatnya, terdapat kekurangan dalam buku ini seperti kesalahan ejaan dan teknikal yang lain. Diharap cetakan untuk edisi baru perlu diperbaiki bagi melancarkan bacaan.