Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kan Kukejar Cinta Kamu

Rate this book
Kan Kukejar Cinta Kamu


































































I cinta kamu
" Hisy! Aku nak kena mulakan. ke? Hmmm...buat muka selenge.
Eh! Tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat. Ya lah cuba goda dia.
Eh...eh... nanti dulu. yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat. kan?
Jadi perempuan baik? Lemah-lembut. sopan-santun? Lagi bosan kot.
Argh! Tak boleh jadi ni! "
- Alma

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

795 pages, Paperback

First published January 1, 2012

553 people are currently reading
5652 people want to read

About the author

Fauziah Ashari

14 books310 followers
Famous novelist become a phenomenon in Malaysia with his "Ombak Rindu" which was adapted to the screen.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
630 (40%)
4 stars
363 (23%)
3 stars
238 (15%)
2 stars
165 (10%)
1 star
163 (10%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 11, 2019
Disclaimer: PENAT dah nak jawab komen yang datang sini semata nak baca buku ni secara PERCUMA. Tuan / Puan, sini bukan tempat baca buku / free reading ebook. Sini tempat kami ulas / review buku yg kami dah baca. Nak baca buku atau tahu jalan cerita sepenuhnya silalah cari buku ini di kedai-kedai buku berhampiran. Sekian, terima kasih!

****

Kan Kukejar Cinta Kamu (KKCK) ni nampaknya membawa kita menyelami perkahwinan tanpa restu keluarga. Tambahan pula kedua keluarga saling bermusuh sejak sekian lama atas suatu salah faham yang tidak dileraikan.

Alma Hakim (Alma) berkahwin dengan Mukramin Raiyan (Ray) di Ireland 3 bulan sebelum mereka kembali ke Malaysia sejurus selepas menamatkan pengajian. Yang tragiknya, sehari selepas mereka kembali ke tanahair, Ray mengalami kemalangan dan disahkan amnesia. Kat sinilah cabaran macam mana Alma nak kembali ke dalam hidup Ray. Nek bonda (atau dipanggil Nenek Hitler), orang yang punya kuasa veto dalam keluarga Raqib tahu Ray dah berkahwin dengan Alma tapi sebab berdendam dengan keluarga Alma, Nek Bonda berusaha merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Sejarah hidup Ray pun habis di ‘alter’nya semata-mata mahu menafikan kewujudan Alma daripada hidup Ray.

Usaha demi usaha Alma berbaloi, bila dia berjaya menemukan dirinya dengan Ray di kelab malam yang biasa dikunjungi oleh Ray untuk menemukan semula memorinya yang hilang. Pertemuan kedua kalinya lepas tu pula menemukan Datuk Seri Hakim (bapa Alma) dengan Nek Bonda Ray. Dari situ Ray tahu keluarganya ada masalah dengan keluarga Alma. Tapi dalam masa yang sama Ray ada terasa ‘sesuatu’ antara dia dan Alma.

Alma ni pula memang jenis selamba. Dia suka buat sesuatu perkara ikut rasa hati dia je. Jadi, bila tahu Ray amnesia, dia berusaha menggoda Ray sampai berjaya buat Ray tewas dengan godaan dia. Heh. Yang kejamnya, Ray dah siap sedia dengan video camera untuk rakamkan adegan intim mereka tu. Bila keluarga Raqib berjaya beli saham syarikat bapa Alma, Ray gunakan video tu untuk mengugut Datuk Seri Hakim supaya melepaskan pegangan sahamnya dalam syarikat tu. Datuk Seri Hakim sangat kecewa sampai kena serangan jantung. Adik Alma, Faris pun kemalangan dalam masa yang sama angkara orang upahan Nek Bonda. Alma yang rasa dia patut bertanggungjawab atas semua kejadian yang menimpa keluarganya, menghilangkan diri selama 2 tahun. Sebelum tu dia sempat mengamuk di pejabat Ray dan berterus terang dengan Ray tentang status hubungan mereka.

Lepas 2 tahun Alma kembali untuk menuntut cerai daripada Ray sejurus lepas akhbar siarkan berita yang Ray akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Dah tentulah dengan gadis pilihan Nek Bonda si Dilaila tu. Yang menjadi masalahnya sekarang, perkahwinan mereka belum didaftarkan. Jadi, macam mana nak failkan perceraian? Masa inilah Ray memerangkap Alma dengan perjanjian yang agak berat sebelah, tapi sebenarnya bawa banyak kelebihan untuk Alma dalam usaha nak ‘mengikat’ Ray semula.

Masa inilah Alma berusaha mendekatkan diri dengan Ray walaupun banyak sangat prasangka daripada pihak Ray. Kesian Alma, dahla kena buang keluarga, Ray pulak asyik ingat Alma berkahwin dengan dia sebab nak perangkap keluarga dia. Dalam masa yang sama Alma berusaha mencari punca dan menyelesaikan masalah kedua-dua buah keluarga. Tabah betul Alma ni.

Siapa agaknya yang membongkar rahsia keluarga Raqib? Bagaimana penerimaan Nek Bonda bila kebenaran terbongkar? Berjaya tak agaknya ingatan Ray dipulihkan? Dapatkah perkahwinan mereka diselamatkan? Hehe. Kisah kali ni diakhiri dengan scene yang agak nakal. ;)

Komen saya: Suka dengan watak-watak sampingan yang banyak membantu mewarnakan KKCK ni. Lebih-lebih lagi Kalsom yang selamba dan Huzail yang agak lurus bendul tu. :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 9, 2019
My own story. Mother and daughter.

Saya kat rumah dah macam storyteller. Setiap drama petikan dari novel pasti di tanya bagus ke tidak, next episode apa jadi. Ipar2 pun sama. Husband2 sama naik. Tapi diorang tahu saya mmg tak tengok drama, jadi diorang highlight drama tu dan saya akan beri sedikit gambaran on what's going to happen next. Kalau tak sama diorang tanya, novel tak tulis ke? Alahai..

Ternampak pula tajuk ni dan gambar Amyra, langsung tanya cerita ni best tak? So saya kata baguslah. Eh! Jangan tengok. Sakit jiwa dan mental korang nanti!!! Why?? Ini author Ombak Rindu tau. Itu kalau tak boleh bertahan, ni pun mungkin lagilah tak boleh tahan. Anak kata, "But I love Ombak Rindu. Cerita dia bagus. Sedih tau." Anak dan kakak ipar dan biras saya kesemuanya mmg peminat Ombak Rindu. Im the odd one out. Anak saya pula masih kecil masa tengok drama ni. 9 tahun. Macam faham je.

So saya pun mula bercerita dengan anak sulung. Tentang 2 org fall in love but family bermusuhan kerana fitnah manusia. Angkara keluarga lelaki. Nenek pula macam bajet bagus gitu tak sedar arwah suami dia lah besar punya hantu jembalang dalam cerita ni. Kebetulan hero hilang ingatan tak ingat dia sudah beristeri. Nenek dia pun pusing cerita konon belajar somewhere else instead of luar negara. Dia pun cakap keluarga heroin ni yg bermasalah. Dia pisahkan the hero and heroin dari awal lagi. Then buat percubaan membunuh atas keluarga heroin. Kesian heroin, bapa kena heart attack, adik pula sampai tak boleh jalan. Kena buang keluarga pulak tu.

"Then siapa yg kejar siapa ibu?" Isteri dialah. Kental betul si kak Amyra tu, ya bu. (Note bukan Alma yg dia sebut. Kesian character novel di pinggirkan sebab pelakon yg semakin cantik ni.)

Mula2 tu diorang berpisah lagi berapa tahun, then she came back nak minta cerai. Si suami tu, ya ampun akak, macam s****. Maaflah menyumpah. 😅 Macam2 syarat dia letak, berat sebelah pulak tu. Oh kesiannya Kak Amyra. (Anak kesiankan watak tu. 🤦‍♀️ sebab 20% punya pasal. Harta keluarga.) Macam2lah si heroin tu buat nak tarik perhatian suami dia. Kalau ibu dah lama give up. Ibu kecewa babe. Sakit hati pun ya dengan suami perangai yg macam lalang. Tak semenggah betul.

Then what happen? Dia turutkan je, mula misi menggoda, suami tergoda. Tapi ada pulak halangan. Saya beri sedikit gambaran Delaila, cucu menantu pilihan nenek. "Ibu, Delaila ni mula2, kakak suka sekarang menyampah tau. Dia tak tahu ke suami orang tu?" Huh...err...eh tak lah. Nanti dia beri laluan pada isteri hero. Ooohh! So pelan2 aib keluarga lelaki terbuka. Kakak tengoklah sendiri. Jangan tanya lagi. Penat nak jawab cerita setiap episod nanti.

Sakit hati ibu ni tak habis lagi tau. Ending dia punya abrupt. Ibu lagi suka if husband dia tunjukkan rasa kesal habis2an tau. Grovel and begged for her forgiveness. Ni gitu2 je. "Hero drama melayu mmg gitu ibu. Lembik. Tunjuk kuat dengan orang yg dia boleh bully je." Perasan pulak kau ya. Nenek dia pulak tak sudah2 buat onar. Tak payahlah tengok drama ni. Baca je buku dia. Reading is more healthy. Tak 'cringey'. "Tak payah, kakak tak suka baca storybook. Tengok drama lagi best. Emosi dia feel giler. Ibu tak tahu kan..😘".

Alahai anak. Ibu punya drama masih berjalan lagi ni. Tak kuasa nak tambah drama. Novel berlambak tu nak pass down kat siapa nanti. Itu je harta dunia ibu ada. 🤣🤣
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 17, 2014
Novel ni makan jiwa raga juga...
kesian sgt kat Alma...mcm dia sorang je yg terpaksa tanggung penderitaan akibat pemusuhan antara keluarga dia dan keluarga suaminya Raiyan..ini pun sebab mereka yg kawin rahsia kat Ireland..konon nak bersemuka family masing2 bersama2..tanggung sama2 untuk beritahu rahsia tu last2..x sempat nk beritahu..Raiyan accident dan hilang ingatan..dah la family masing2 ada permusuhan dendam..

Nek Bonda tu nenek Raiyan tu memang kejam..grr..geramm..main lepas je ckp..smpai semua kena ikut telunjuk dia..smpai menghasut Raiyan untuk membalas dendam kat fmily Alma..

Patutlah tajuk Kan kukejar Cinta Kamu..rupanya Alma yg bersungguh2 kejar suami dia yg amnesia..tp byk dugaan yg Alma kena tempuh..smpai dia terpaksa hilang suami dan family nya buang dia..

Lepas setahun lebih dia pulang utk mintak dilepaskan tapi Raiyan tak nak lepaskan Alma tp dgn syarat..syarat tu memang berat sebelah..tp antaranya suruh Alma tinggal bersamanya selama 2 tahun..tp x sampai berapa bulan memang Raiyan tersungkur dgn godaan isterinya tu..tp disebabkan byk tukang cucuk..Raiyan ni mudah terikut dengar kata org..menyampah betul dgn Raiyan ni..suka dengar ckp org smpai diri pun terikut..lepas tu mula lah mabuk2..

Tapi penderitaan Alma x lama..satu2 telah terbongkar..rupanya kisah fitnah yg diperkatakan ayah Alma bukan fitnah semata2..
Profile Image for Julie.
Author 18 books17 followers
May 15, 2012
Kesilapan ejaan yang terlalu banyak mengganggu perjalanan membaca. Penceritaan tidak lancar dan ada kalanya terlalu meleret-leret. Kali pertama saya mengambil masa sangat panjang untuk menghabiskan sebuah buku (3 hari) sedangkan buku yang lebih tebal boleh dihabiskan dalam masa 1 hari sahaja. Plotnya walaupun menarik, tidak dipersembahkan dengan kemas. Duri dan Cinta Tiada Akhirnya jauh lebih baik.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 13, 2015
Penulis Ombak Rindu yang tidak asing lagi, kini tampil dengan genre cinta yang berlainan. Kan Kukejar Cinta Kamu penuh dengan konflik keluarga, dendam dan tamak haloba manusia membuatkan pembaca tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Alma dan Raiyan berkahwin di Ireland tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Harapan Alma dan Raiyan ialah untuk mengeratkan dan menyambung silaturrahim kedua keluarga mereka. Malangnya, belum sempat Raiyan mengenalkan isteri yang dinikahinya itu, Raiyan kemalangan dan hilang ingatan.

Tharwati, Nek Bonda yang digelar "Hitler" telah ketahui status Raiyan tetapi merahsiakannya. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. Betapa sedih dan kecewanya Nazurah, menantu Tharwati yang langsung tiada kuasa seorang isteri dan seorang ibu. Melihat dan memendam rasa dengan layanan anaknya sendiri Raiyan yang melebihkan Nek Bonda. Melihat dan membisu bila suami sendiri Muzzammil bertukar arah ke Mas Ellysya, bekas teman wanita Datuk Seri Hakim.

Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma takut untuk beritahu statusnya yang sebenar kerana tahu amarah bapanya kalau dia berurusan atau ada apa-apa kaitan dengan keluarga Datuk Raqib.

Berbulan tanpa khabar berita dari Raiyan, Alma terus mencari Raiyan tanpa pengetahuan Datuk Seri Hakim. Berbagai cabaran diharungi Alma sehingga hampir dibunuh Nek Bonda. Angkara Nek Bonda jugalah adik Alma, Faris ditimpa kemalangan.

Apakah rahsia yang tersembunyi menyebabkan Datuk Raqib membunuh diri? Mengapa Datuk Seri Hakim begitu benci dengan Tharwati sekeluarga dan sebaliknya. Apa pula yang terjadi dengan Alma, Huzail, Raiyan dan Dilaila? Inilah suspens yang mendebarkan untuk pembaca sekelian.

Walaupun ramai watak-watak dalam buku ini, jalan cerita yang tidak membosankan tetap dapat menghiburkan. Tahniah Fauziah Ashari kerana tidak jemu menulis kisah-kisah cinta yang didambakan pembaca.
Profile Image for Umi Kalsom.
16 reviews2 followers
August 29, 2012
buku ni best. tak dapat nak nafikan, sbb penulisnya. Berpengalaman. Cuma satu yang tak berapa nak best pasal cerita ni, mcm byk sangat 'scene husband-wife' alma n rayyan yg agak membantutkan mood.
dan banyak juga sakit-sakit hati dengan watak-watak dalam cerita ni, yang hampir membuatkan aku lelah dalam proses nak habiskan buku ni. Berjaya juga dihabiskan dlm masa sehari.
Profile Image for Fatin.
103 reviews
June 10, 2012
what i like: story line, the plot, and how the author introduce the character
what i dont like: fauziah ashari banyak sindir other author or publications. i know sometimes memang publications or author tu xbagus kan tp her writing skill pun xde la perfect. best tu best but not perfect. lagi satu, the explanation about sth yang not as important as the story tu banyak sgt smpai malas nak bace part tu haha.

but based on the story line, i rate this novel 5 stars.i dont wanna judge this novel from the skill since me too xboleh menulis dgn baik :)
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
May 4, 2012
Kenapa buku ni best.

- Watak Alma tak menghampakan, bukan cliche perempuan baik lemah lembut yang selalu dibaca dalam novel-novel melayu yang lain, so thumb up for this.
- Konflik yang tak sudah-sudah dan tidak bosan.
- Penulis ada banyak idea nak buat cerita jadi panjang tapi tak meleret-leret.
- Buku ni sangat tebal, almost 800 pages tapi serious cakap bila sudah baca susah nak stop, so al-kisahnya saya duduk lebih 4 jam hanya untuk menghabiskan bacaan sampai skip dinner, awesome.
- Tak ada watak yang terlalu jahat dan terlalu baik. Saya suka realiti hidup yang begitu. Life ain't perfect.
- Personally, much better than Ombak Rindu.
- Last but not least, ini buku pinjam...seronok baca buku pinjam. Tak payah beli. Teehee~
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
May 15, 2013
Dah baca lama dah, since baru diterbitkan.. Not bad.

Kisah suami-isteri yang terpaksa menempuh dugaan yang diciptakan oleh keluarga masing-masing. Demi kerakusan harta dan pangkat, mereka terpaksa mengalah, tetapi tidak kalah.....

Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2012/0...
Profile Image for Midori.
12 reviews
February 3, 2012
Novel Fauziah Ashari tak pernah mengecewakan. ... !!!!
Kan Kukejar Cinta Kamu.. best gila. Menarik. Tak rugi beli novel ni.:)
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
July 23, 2012

Karya FA memang tak pernah mengecewakan...
Profile Image for Sandal Leha.
19 reviews2 followers
Read
January 20, 2019
alhamdulillah .... nek bonda sempat sedar diri ... apapun ... kesian sangat kat alma ... batu besar kat kepala dia sorang ...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 19, 2019
Dah kiri kanan depan belakang bila baca discussion dalam group pencinta novel semua dok cari buku ni, saya si penjual novel pum terpaksa lah cari dan baca. Nak tahu jugak apa yang kechohnya. Ohh rupanya yang kalut tengok cerita drama dia kat TV... hmmm saya memang tak reti tengok TV patutlah ketinggalan. Novel ombak rindu yang pernah movie dia meletup tu pun saya belum sempat baca lagi. Anyway, tebal juga buku ni woo tujuh ratus lebih mukasurat boleh ke habis baca sehari? Ahh dah baca memang tahu la, boleh. Mula mula tu memang ada sikit berbuku dan berbulu sebab banyak benor pulak adengan yang macam-macam gedik, over dan married-couple-bedroom material. Bila dah masuk part yang Ray accident sampai hilang ingatan, cerita selepasnya memang melekap betul kat jiwa. Masih ada juga la adengan soft-soft tapi penulis ni bijak sangat, pandai dia cover dan balance kan dengan pengisian ilmu yang baik. Ada juga la saya berbisik sendiri, watak utamanya Alma ni macam jenis yang liar juga tapi rupanya dia bukan kaki pub atau suka membazir walaupun anak hartawan, dia tak sombong walaupun bapak dia famous, dia tak tinggal solat walaupun tak pakai tudung, dia baik hati dengan kawan-kawan walaupun mulut dan tangan dia laser... comel juga la character Alma ni.

Sampai ke helaian terakhir saya admire Alma. Part yang dia baling kasut kat pencopet tu lawak. Ray? Dia bukan lah watak lelaki yang ada banyak kelebihan bagi saya, cuma dia bertuah dicintai seorang Alma. Baca lah novel ni... lepas tu siapa lagi tak pernah tengok cerita kat TV tu macam saya, mungkin boleh google trailer dia. Saya pun akan... just nak tengok macam mana rupa watak Alma, Ray, parents dia orang, Adilia, dll. Saya paling suka selain Alma, watak Kalsom... baca celoteh dalam buku ni, memang terbayang-bayang la mulut dia. Mama tiri Alma pun bagi saya wholesome.

Sudah beratus ratus buku novel cinta yang saya telah baca, tak dapat dinafikan elemen ilmu dan mutiara kata melata... walaupun ada yang jalan cerita dia cliche. Dalam buku yang banyak adengan panas dan romantik "I cinta kamu" ni, juga ada diselitkan info bermanfaat. Ada satu benda yang first time saya baca... cuma dah tak ingat pulak. Aduhai nak cari semula berjahit ni
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
June 25, 2020
Review novel ni masa tahun 2012... Masuk ni da 5kali kot baca buku ni... sebab mmg OHSEM!! ❤️

"Hanya diperlukan waktu Seminit untuk Menafsir seseorang...Sejam untuk Menyukai seseorang...dan Sehari untuk Mencintai seseorang..Tetapi,diperlukan Seumur hidup untuk Melupakan seseorang".... I CINTA KAMU....!!

Sebuah perkahwinan yang tidak direstui kedua belah pihak baik family Alma mahupun Raiyan. Tentangan hebat keluarga masing masing serta ditambah lagi Raiyan mengalami amnesia tidak lama selepas mereka berkahwin, dibuang keluarga oleh bapa sendiri membuatkan Alma semakin kuat dan tabah untuk meneruskan hidup dan menawan kembali suaminya yang di bawah control Nek Bondanya yang ala-ala Hitler tu....

Kisah percintaan sepasang kekasih yang bertemu dan bercinta semasa diluar negeri dan akhirnya mereka berkahwin pon dia luar negeri.. yang menariknya plot cerita ni.. keluarga Mereka ni sebenarnya bermusuhan. Keluarga masing masing telah berpesan supaya menjauhi antara satu sama lain.. tapi cinta mengatasi segalanya.. kerana cinta juga alma dan rayyan berkahwin secara rahsia di luar negara. mereka berjanji akan menghadapi semuanya bersama sama apabila pulang ke malaysia

apa yang menarik di sini, konflik berlaku apa bila sehari selepas alma dan rayyan pulang dari luar negara. Rayyan mengalami kemalangan jalan raya dan hilang ingatan. rayyan langsugn tidak ingat akan diri dia sendiri apatah lagi nak ingat dengan alma kan...

lagi menyedihkan perhubungan mereka di halang keras oleh nenek rayyan.. nenek rayyan ni sebenarnya dah tau yang rayyan dan alma ni telahl berkahwin.. sebab dia terbaca surat nikah mereka.. so di tambahkan lagi dengan halangan dari nenek rayyan...
Profile Image for Fyda Adim.
20 reviews3 followers
August 4, 2019
Penulis Ombak Rindu yang tidak pernah mengecewakan. Novel ini memaparkan kisah konflik keluarga. Naskhah yang berat kerana konfliknya juga berat. Novel yang membuatkan jiwa raga terseksa ketika menghadamkannya. Mengisahkan percintaan Alma dan Raiyan namun percintaan mereka terhalang akibat dendam keluarga.



Satu-persatu penderitaan yang perlu Alma lalui seorang diri. Alma dan Raiyan yang berkahwin di luar negara iaitu Ireland tanpa pengetahuan keluarga. Hasrat mereka untuk mengeratkan silaturahim antara dua keluarga. Namun belum sempat mereka mengumumkan pernikahan mereka, Raiyan ditimpa kemalangan dan hilang ingatan.



Dalam cerita ini, watak nenek Raiyan iaitu Tharwati yang dipanggil Nek Bonda memang menjengkilkan. Dia seumpama 'Hitler'. Nek Bonda yang mengawal segala gerak geri Raiyan sehingga ibu Raiyan sendiri tidak berkuasa untuk melawan.



Novel ini menarik cumanya babak Alma-Raiyan itu agak membantutkan mood membaca. Jenuh juga aku mahu menghabiskan novel ini. Ada juga yang aku skip babnya kerana lelah dengan babak-babak yang tidak sepatutnya.



Novel ini pinjam sebenarnya jadi aku sedaya upaya juga menghabiskannya.





Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
December 11, 2018
Ceritanya ada isi dan pengajaran selain cerita dalam bilik suami & isteri. Juga banyak nasihat yang disampaikan melalui ayat-ayat pendek yang senang nak ingat. Contohnya, "beban membunuh impian". Cuma kurang berpuas hati dengan balasan untuk nenek 'hitler' tu je yang tak sesuai dengan kesalahan yang telah dilakukan. Insaf dan menyesali semua yang pernah dilakukan.
Profile Image for Siti Salbin.
27 reviews10 followers
February 5, 2019
Bila baca novel ni macam-macam perasaan yang bakal pembaca dapat lalui
Bermula dari perasaan yang manis bersama suami dan kemudian di uji dengan suatu tragedi yang mencabar kesabaran seorang isteri yang statusnya sebagai isteri tidak diktiraf dan harus berdepan dengan dugaan demi dugaan untuk mengecapi rasa bahagia ....
Profile Image for zay.
29 reviews
September 1, 2021
Honestly, it's quite hard to read. Quite cliche? Complicated? Idk how to explain but it took me a while to 'finish' this. Bought it because I missed the drama version. I have to say, the drama one is so much better than this one. Sadly, I can't find the episodes so I decided to buy this. But overall, I recommend to just watch the drama rather than reading the actual book. ┐(´ー`)┌
Profile Image for Ayuhashim.
73 reviews
December 31, 2018
Buku lama dh beli tp tk sempat baca..
Penat jgak nak abis baca.. Byk plot yg menarik tp still tktahu apa yg kurang
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
May 25, 2019
Aku lupa novel ni pasal apa. Yang aku ingat aku puas gila bila abis baca.
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.