Miris membacanya, seorang Gadis Kecil - Palestine (12thn) yang kehilangan Ibu dan 2 orang saudaranya di depan matanya akibat serangan Israel. Ayahnya yang seorang Hamas Palestina ditahan oleh Israel dan si Gadis Kecil ini terus bertahan hidup untuk mencari Sang Ayah, perjuangannya mencari sang Ayah sangat mengharukan.
Subhanallah! This book is so beautifully written. More people should get their hands on this book or they will miss such a great execution on a very depressing topic.
My heart goes out to those who are suffering from the effect of wars or for those who are in wars, not only the Palestinians but the Syrians, the Rohingyas and every other people concerned as well. Not a day goes by without a pray been sent to them all.
This book makes me think how far would I go to actually help these unfortunate people. It is so heartbreaking to think how youth nowadays would rebel against their parents or teachers to get something that they want, but those children and youth in Palestin are battling every single day to stay alive while some of them are striving to just be with their family, as seen in Palestine's(the protagonist) story. She is really a girl with a very big, strong heart who would do anything to do one thing that she have set her heart to, that is meeting her father.
4.5 stars and highly recommended for those who would like to have more insight about the unresolved war in Palestine.
Hampir sepuluh hari baru habis dibaca. Bukan tidak menarik malah penuh dengan pelbagai rasa tapi kerana banyak sangat agenda sepanjang tempoh tersebut sehingga terseret sebegitu lama.
Membaca novel ini membuatkan perasaan marah dan sedih bercampur baur. Kuatnya hati kecil Palestine menghadapi kematian ahli keluarganya dan sungguh beraninya Palestine menentang kekejaman Yahudi latnatullah…
Novel ini menceritakan tentang, gadis berusia 11 tahun bernama Palestine. Rumahnya di bom oleh tentera Israel dan mengakibatkan ibu, abang dan kakaknya terbunuh. Ayahnya, Yahded Haidar, seorang pejuang Hamas. Palestine kemudianya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan.
Yanaan, seorang budak lelaki yang ditugaskan menjaga kanak-kanak di pusat perlindungan berkali-kali mendesak Palestine menukarkan namanya demi keselamatan. Palestine tidak peduli dan terus berbangga dengan nama tersebut. Yanaan juga sering bertanya, siapa bapa Palestine. Palestine tetap mendiamkan diri kerana pernah berjanji dengan ayahnya untuk berbuat demikian.
Palestine berkawan rapat dengan Adeeba, seorang kanak-kanak yang dikatakan gila kerana tekanan perasaan. Adeeba seolah-olah boleh meramal masa depan dan memberitahu Palestine ayahnya telah ditangkap dan dipenjarakan.
Palestine dan beberapa kanak-kanak yang lain mengepalkan tahi kuda pada batu-batu kemudiannya melemparkannya kepada askar-askar Israel yang sedang berkawal. Akibat daripada itu, dia di tembak dibahagian dada. Sewaktu bertarung dengan nyawa, ayahnya dapat membebaskan diri dari Askar Israel dan telah menyamar untuk masuk ke hospital dan melawat Palestine. Namun,a apabila Yahded Haidar cuba mendapatkan makanan dan minuman untuk Palestine, dia ditangkap semula.
Kerana terlalu merindui ayahnya, Palestine nekad untuk mencari ayahnya di penjara. Dia memberitahu Hebrew, askar yang pernah menembaknya tentang ayahnya dan Palestine diculik. Hebrew kemudian meninggalkan Palestine di sebuah rumah kosong dalam keaadaan terikat. Palestine diselamatkan dan dibawa pulang oleh seorang nenek untuk berkawan dengan cucunya yang cacat, Iffat.
Apabila nenek Hajna dan Iffat pergi melawat ibubapa Iffat dipenjara, Palestine turut dibawa dan dia mengirimkan surat untuk ayahnya. Perkara tersebut, kemudiannya diketahui oleh ketua penjara dan ayah Iffat terus di penjarakan, hanya ibunya sahaja dibebaskan. Ibu Iffat menyalahkan Palestine dan bertindak menghalau Palestine.
Palestine tidak tahu dia harus kemana dan dia juga sering sakit dada kesan daripada luka tembakan. -Sad Ending-
Kisah seorang anak kecil Palestin bernama Palestine. Nama yang unik. Wataknya cekal, jiwanya kuat meskipun seluruh ahli keluarganya telah tiada akibat serangan bom oleh Israel dan ayahnya pula entah ke mana kerana membawa misi Hamas.
Meskipun fiksyen, namun penulis berjaya menggarap dengan baik suasana di sana dan paling penting mesej keamanan dan kecekalan hidup penduduk dan pejuang Palestin.
Pelbagai emosi bermain ketika membaca novel ini. Namun pasti tidak sama dengan situasi sebenar mereka di sana!
Ya Allah, berikan kekuatan kepada umat Islam untuk bersatu dan menentang kezaliman bangsa Israel itu!
Mesti baca. Sungguh bererti kisah perjuangan Palestine yang memiliki hati yang sangat kuat untuk mempertahankan kecintaan kepada keluarga dan negara walaupun digugat dengan macam-macam dugaan dalam menghadapi tentera Zionist yang sungguh KEJAM. Namun kehilangan Palestine sungguh memberi impak kepada sesiapa yang membaca kisahnya.
Kisah ini telah menggambarkan kehidupan di Palestina yang telah hancur oleh Israel. Sungguh kisah yang memilukan hati, gadis kecil bernama Palestine sangat berjuang untuk hidup usai tempat tinggalnya dihujani bom yang menyebabkan ibu dan 2 saudaranya pergi untuk selamanya akibat reruntuhan. Hanya dia yang selamat, sedangkan ayahnya terpisah dan tidak tau dimana. Palestine berusaha mencari hingga menjadi gelandangan dari Gaza sampai ke Yerusalem, dibuang, terlantar, hingga diusir dan dikembalikan lagi ke Gaza. Sampai maut menjemput ayahnya dipenjara Israel dan tubuhnya dimakan oleh anjing - anjing liar Israel yang ganas. Sungguh nasib begitu malang untuknya. #savepalestine
This entire review has been hidden because of spoilers.
“The Messenger of Allah (may Allah bless him and grant him peace) said, ‘A group from my nation will remain adhering to religion victorious by it, and conquering their enemy. Not (the least) harmed by those who desert them, except for the hardship they suffer until the Command of Allah (the Last Day) comes to pass while they are still so.’ They (the Companions) asked, ‘O Messenger of Allah! Where are they? He answered, ‘In Baitul-Maqdis (Jerusalem) and the environs of Baitul-Maqdis.’
Honestly, this is the best Malay language book I've read so far. The language used in this book is heart-wrenching, frank, beautiful and poetic at the same time. Every chapter will raise goosebumps and overwhelm you with all sorts of emotions; hopeful, angry, in denial, sad, amazed. This book I believe, was not written without any basis although it's considered as 'fiction'. Almost all the incidents in it has actually happened (and is still happening) but it is being told in the form of fictional characters. Speaking of which, the characters in this book definitely breathed life to it. Palestine, Yanaan, Adeeba and Yahded seem all real to me.
Those who are clueless on the conflicts in Palestine should get their hands on this book.
Now I'm really tempted to name my future daughter (God willing) Palestine :)
Resensi Novel gadis Kecil di Pinggir Gaza (Purnama Untuk Palestine)
Judul : Gadis Kecil di Pinggir Gaza (Purnama Untuk Palestine) Penulis : Vanny Chrisma W.
Novel ini menceritakan kehidupan seorang gadis kecil bernama Palestine yang hidup di Gaza. Seorang gadis yang ingin membalaskan dendam keluarganya yang telah meninggal di tangan Israel. Bahkan dia tanpa ragu menerima ajakan dari Khalifah Al-Barra dan Muslim ikut dalam penyerangan terhadap tentara-tentara Israel. Palestine rela tubuhnya dipasangi rakitan bom bunuh diri dan akan meledakkan pasukan Israel. Meskipun aksinya berhasil digagalkan oleh Ketua Fasakh, tekadnya untuk berjihad demi Palestina tetap tidak habis. Hadirnya tokoh-tokoh tambahan seperti Papillion Bonansacha, Restu, dan Kumari Khan akan semakin mempertegas kekejaman Israel. Meskipun tanpa hadirnya mereka, kejahatan Israel telah sangat nyata. Novel yang dapat mendorong rasa sosial dan solidaritas bagi pembacanya tentu cocok untuk dijadikan bacaan bagi remaja maupun orang dewasa. Diselingi kisah cinta segitga antara Palestine, Khalifah Al Barra, dan Yanaan akan semakin membuat novel ini menarik.
Buku ini mengisahkan tentang seorang anak kecil bernama Palestine yang hidup di tengah zaman pergolakan Gaza. Keluarganya telah mati dibunuh kejam oleh tentera Israel. Semangat Palestine membuatkan saya terfikir di mana agaknya perjuangan saya.
Saya paling terkesan dengan dialog ini;
“Jawab pertanyaan saya, adakah batu ini dapat menghancurkan Israel? Jawab!”
Saya bagai nak menangis. Membaca buku sahaja sudah membuatkan hati sakit, apatah lagi anak-anak dan pejuang di Negara sana, pasti lebih hebat menanggung. Meskipun penulisannya agak biasa,namun saya tetap kagum kerana menulis kisah berkenaan suasana di Palestin tidak mudah. Saya kagum dengan usaha penulis dan berharap banyak lagi penulisan seperti ini diterbitkan.
Buku terbitan lama yang baru berkesempatan untuk dibaca. Permulaan cerita agak baik yang memfokus kepada kanak-kanak perempuan Palestin yang bernama "Palestin". Menggunakan teknik penceritaan melalui watak mengikut chapter. Namun dipertengahan dan penghujung novel, perkaitan antara watak menjadi longgar dan hilang kekuatan yang menghubungkan antara satu sama lain. Malah sehingga ke titik terakhir saya seolah-olah 'sesat' dalam menjalinkankan titik-titik tersebut. Bad ending pada pemikiran saya.
Walau bagaimanapun, menulis kisah berkenaan suasana di Palestin tidak mudah. Saya sanjung usaha penulis dan berharap banyak lagi penulisan seperti ini diterbitkan.
alhamdulillah...akhirnya buku ini berjaya dihabiskan. menyelusuri setiap halaman buku ini membawa saya merentas benua merasai keperitan masyarakat palestin. namun begitu, segala kesakitan, dendam dan penderitaan yang sempat saya rasai selama lebih kurang 1 minggu pembacaan buku ini tidaklah sebanding dengan perasaan sebenar yan dialami bertahun-tahun oleh masyarakat palestin.
semoga semangat untuk memperjuangkan palestin terus mekar dan bukanlah hanya hangat-hangat tahi ayam.
Second book of Vanny Chrisma W. after Wo Aini Allah. The storyline is touching, gives 'real' imagination and keeps you going till the end, like I need to know what happens next. And, touching.
To my opinion, the author ways of describing or bringing readers into the story is pretty much hiperbola/hyperbolic or a little over to the top, but I guess that's just the author's way of writing. Wo Aini Allah was hyperbolic-er so I think this book is quite fine and enjoyable.
sungguh tabah seorang anak gadis yang bernama Palestine. Tidak pernah takut untuk menghadapi kekejaman zionis. Saat membaca novel ini pelbagai perasaan yg hadir, sedih, campur marah..
Inilah novel yg mampu membuka minda kita untuk tidak takut melawan kekejaman,seperti Palestine.
~Kita perlu ambil tahu tentang Palestin, kerana sejarah Palestin ada kena mengena dengan setiap muslim
penulis ceritakan penderitaan rakyat palestin dari sudut kemanusian,bkn dari sudut islam sngt.ok la tu.bg sy buku ni boring,tp kebanyakan review kata buku best,mesti menangis kalau bc.sy x rasa pun.hhaha
i cried again n again. i believe there are "palestine" everywhere in Gaza. each of children in Gaza has the same spirit as "palestine" :) May Allah bless palestinian