PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Kalau dikisar kembali, kisah cinta antara Ainnur dan Ashraf ni dah banyak kali diguna semula temanya. Kisah nikah paksa, cinta bertepuk sebelah tangan, dulu benci sekarang sayang. Tapi kelainannya adalah dari segi garapan yang sedari awal memang kelakar dan bersahaja.
Ainnur dan Ashraf adalah sepupu yang jarang berjumpa sebab seorang di kampung dan seorang lagi pula di bandar. Sikap Ashraf yang anti dengan segala macam bentuk kekampungan, menyukarkan lagi keadaan. Ainnur kerap diejek, dihina dan dicerca oleh Ashraf dan dia nekad untuk merubah diri menjadi lebih baik.
Keluarga kedua-dua belah pihak pula beria menjodohkan mereka dan walaupun terpaksa, Ashraf ikutkan juga. Kali pertama bertemu Ainnur, hati Ashraf sudah mulai terpaut dengan kecantikkan ciptaan Tuhan itu. Tetapi dek kerana anti punya pasal, dia terang-terangan menolak jodoh yang telah ditetapkan.
Semasa menghantar Ainnur di lapangan terbang, bertemu pula dengan senior Ainnur yang sedari dulu memuja gadis itu. Sebab cemburu, yang awalnya kata tak terus jadi ya. Siap beli cincin lagi. Tergolek-golek saya gelak sebab walaupun bunyi agak serius tapi garapan penulis berjaya mengkomedikan babak ni.
Di malam pertama, Ashraf mengetahui yang Ainnur bukan gadis bodoh seperti sangkaannya tetapi lulusan luar negara. Hambik kau. Dia yang konon-konon hebat pun tak pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi ego Ashraf tetap tinggi. Tetap tak mau kalah walaupun hati dah mula suka.
Tapi sempoi sungguh Ainnur ni. Betul juga katanya. Dah suami isteri yang sah, kenapa nak tidur bilik asing. Ainnur ni memang hebat sebab bertahan dengan sikap Ashraf yang dingin beku ni.
Cinta hati lama yang muncul kembali, membuatkan Ashraf keliru. Sedih juga sebab gadis yang dicintai waktu dulu itu, tak pernah cintakan dia malahan dah lupa akan kewujudan dirinya. Senior yang memuja sang isteri pun menambahkan lagi rencah.
Apabila si ego Ashraf mula berubah jadi Mr Romantik, senyuman lebar saya tak pernah lekang. Lucu sungguh melihat orang kemaruk cinta ni. Tapi si Ainnur pula jual mahal sebab dah jauh hati dengannya. Tapi Ashraf yang keras hati ni ada kisah? Takdenya.
Novel ni pun dah didramakan. Jadi tak perlu kot saya ulas panjang lebar lagi. Cukuplah dengan 5 bintang untuk menggambarkan betapa saya suka novel ni dan semua watak yang ada. Bukan senang nak buat saya suka watak tu semua dengan-dengan antagonis pun saya suka.
Antara buku yang buat saya enjoy membaca hingga ke akhirnya. :)
Kisah si egois Ashraf Khairi (Ashraf) yang bermati-matian menolak Ainnur Azmi (Ain) untuk dijodohkan dengannya. Diorang berdua ni sepupu. Ashraf ni pula memang sejak azali suka pandang rendah pada orang kampung, lebih-lebih lagi pada si Ain yang suka menempel dengan dia dari zaman kanak-kanak lagi. Serius memula baca memang rasa sangat 'annoying' dengan Ashraf ni. Ego tak bertempat. Sebab dia rasa Ain tu orang kampung, tak sepadan dengan dia (mungkin tak belajar tinggi macam dia), jadi memang awal-awal lagi Ain tu bukanlah calon utama pilihannya untuk dijadikan isteri.
Ain ni pula memang kuat semangat. Sejak dari zaman remaja lagi dia memang syok sangat dengan Ashraf ni. Jadi bila Puan Mazlin (ibu Ashraf) bercadang untuk jodohkan Ain dengan Ashraf, memanglah Ain terima dengan tangan terbuka kan? Dalam masa yang sama Ain berpakat dengan semua ahli keluarga terdekatnya supaya merahsiakan pekerjaannya sebagai guru tu daripada Ashraf. Yela, Ashraf kan suka pandang rendah pada orang kampung? Dia memang tak pernah ambil tahu tentang sepupu dia yang seorang ni. Jadi jangan pelik bila dia tak tahu yang Ain tu graduan dari New Zealand.
Lawak masa scene Ashraf kantoi dengan Ain kat office tu. Kononnya nak buat Ain batalkan pertunangan bila kenalkan Ain dengan girlfriend upahan dia tu. Alih-alih rupanya si girlfriend upahan merangkap setiausahanya tu kawan baik Ain dari zaman kanak-kanak. Haha.
Bila terserempak dengan Faisal yang memang syok gila dengan Ain kat airport terus Ashraf mengaku yang dia bakal suami Ain. Nampak sangat egonya tu. Haih.
Elok je lepas majlis perkahwinan diorang ni, Ashraf dapat tahu yang Ain tu graduan Victoria University. Malu juga la. Tapi dia kan ego. Makin banyak pulak ayat-ayat menyakitkan hati keluar dari mulut dia. Sabar sungguh Ain melayan kerenah si Ashraf ni. Memang sabar yang berbaloi bila Ashraf dah jatuh tergolek-golek dengan Ain. :)
Siapa yang berjaya buat Ashraf berubah? Macam mana pula dengan Faisal? Ada juga scene gaduh-gaduh 'manja' Ashraf-Faisal dalam buku ni.
Bacalah, tak rugi! :)
Komen saya : Serius kagum dengan Ain! Betul la tu, kuasa cinta boleh buat kita kuat menghadapi segala cabaran. Tahniah Umi Kalsom untuk kisah yang santai dan manis ini. :)
Buku ni cerita tentang Ashraf yg kena paksa dengan mama dia kahwin dengan Ain (si Ain ni cousin si Ashraf tau) and nak buat lagi best cerita dia sebab si Ashraf ni tak suka Ain eh benci lah senang cerita. Sebab? rasa-rasa apa? wehh sebab si Ain ni budak kampung😕 macam ehhh kau nii bang kecik beso je aku tengok tau😑
Best part bagi Ad is bila time Si Ashraf tu tak tahu yg sebenarnya Ain ni bukan kampung girl bashe bashe tapi 🤭 tak naklah spoil🙈 ha pastuuu bila Ashraf dapat tau 'something' tu Ad punya reaction "ha padan muka ha hamek kau!"🤣 tapi sumpahhh sumpah comel je, comel bila dah suka tapi ego tak sedar😉 bila part dh shayang tu haih Ad tak boleh stop senyum eiii nasib baik parents tak tegur😂
Overall, novel ni ringan je😍 Ad sukaaa sangat, and ni memang buku Ad re-read🙈 sebab rindu pulak dengan dorang😜 haa siapa yg tengah stress baca buku pain atau kepala dah sakit ha baca ni sebab buku ni gula dia Ad yg blushing😝 best comel sweet & banyak unsur nasihat & agama author mention✨ Ad suka sangat ada info info macam tu. Baca tau tak rugi💕
Childish. Membuatkan Yuni tertanya-tanya umur pasangan ini. Serius ke seorang dah 26 dan lagi satu 28?
Conflict yang tak berapa rumit. Yuni mulakan pembacaan dengan harapan penuh drama tetapi alahai....
What else you expected, Yuni? You get it free sebab beli buku dengan kuantiti yang banyak masa karya seni buat roadshow kat Plaza Angsana. So, yeah. That's it.
Novel ini merupakan novel pertama daripada Umi kalsom yang aku baca and I think this is her first novel, probably her only novel. Correct me if I'm wrong sebab malas nak google.
I really enjoyed reading this!
The main reason why I'm attracted to this book -- because I heard the drama adaptation of this novel is about to be aired. Tak tahu bila, tapi memang dah ada gambar yang di spread online. From the back cover, sinopsis pun not bad. I memang suka bab kahwin terpaksa ne.
Kisahnya bermula apabila Puan Mazlin memaksa Ashraf untuk mengahwini calon pilihannya, Ainnur yang juga merupakan sepupunya -- sepupu yang memang dibenci sebab Ainnur tu budak kampung. I really don't get why dia benci sangat dengan Ainnur... macam tak logik dia benci hanya kerana Ainnur tu budak kampung. I guess EGO lelaki ne memang tahap yang Nauzubillah -- yalah, kalau dah dari kecil dia hanya tau mengejek sepupunya ne, takkan nak dijilat balik apa yang sudah diludahkan.
Lain pulak ceritanya dengan si Ainnur. Sejak kecil, dia memang suka dengan si Ashraf. So dia memang terima dengan hati yang berbunga-bunga la plan Mummy si Ashraf untuk menjodohkan mereka.
Dari perwatakan Ashraf, I can see that he's really not such a bad guy... Cuma when it comes to Kampung Girl ne, dia jadi stress and gila. Aku suka part when semua ahli keluarganya menyokong Ainnur -- Mummy, daddy, abang Adamnya and kaka iparnya. Termasuk juga anak buahnya Aiman... then part hati dia yang berpaling tadah tu, HILARIOUS.
Part yang very funny ialah semasa Ashraf meminta tolong dengan Anissa untuk menyamar sebagai girlfriendnya tetapi terkantoi sebab Anissa merupakan best friend Ainnur. Brilliant I tell you! I didn't see that coming.
Bab Faisal and Ain Airina tu menjadikan this story some sort of cinta empat segi. Si Faisal suka Ainnur, Ainnur suka Ashraf, Ashraf suka Ain Airina, Ain Airina suka Faisal... And then, in the end, situasi dua couples ini serupa. Perempuan got who they want and the guys learn to love their other half.
I like how the author highlights the title of the book. Dari satu gelaran yang bertujuan untuk mengejek then end up being some sort of term of endearment. :)
Style penulisan yang okay. Cuma I tak berapa suka penulis menggunakan more than one perenggan untuk dialog orang yang sama. Kacau, in my way of thinking.
Bahasa Inggeris in this novel is okay. I'm not sure I like the way Ainnur selalu menggunakan formal way of talking sebab macam mouthful... ada wrong tense and error here and there tapi not really big deal. It still made me laugh though...
Much recommended. Tak menyesal beli.
Sinopsis:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah. Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Selepas Ada Di Hati, ini satu lagi kisah cinta yang sweet. Memang ini sebenarnya salah satu genre yang aku minat. Kisah cinta yang sweet yang buat aku tak henti-henti tersenyum dari mula sampai ke akhir cerita. Tak kisahlah orang nak kata aku minah jiwang ke karat ke, peduli la kan? Memang ini my taste kih5 :P
Kenapa aku suka KG? Kerana ia kisah yang santai. Sememangnya salah satu sebab mengapa aku lebih ke arah novel kerana aku ingin kisah yang simple, santai dan sweet begini. Kisah yang tidak ada jalan cerita yang memeningkan. Tiada konflik yang kusut. Dah penat bekerja, lelah dengan kehidupan yang penuh pancaroba, aku lebih berminat dengan cerita yang indah-indah saja. Barulah boleh jadi my sweet escape :)
Ikutkan KG menggunakan tema yang cliché - kisah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Tetapi pengolahan penulis menjadikan ia kisah yang seronok dibaca. Dengan lagak bakal pengantin lelaki yang tak sukakan pengantin perempuan. Si pengantin perempuan pula yang tak henti-henti berusaha memikat si bakal suami. Adegan-adegan lucu dan manis yang terselit. Ia sangat menghiburkan.
Dari kecil sehinggalah dewasa, Ashraf memang tidak pernah menyukai Ainnur, sepupunya sendiri. Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan. Lebih malang, bila keluarga sendiri yang mengaturkan. Ainnur akan menjadi isteri Ashraf! Gamat! Puas Ashraf menolak tetapi lain pula jadinya. Ainnur pula makin berbesar hati. Abang Ashnya akan ditawan.
Dalam mengira hari mereka disatukan, Ainnur pula yang gelisah. Ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Dan bila ia dibongkar, kemarahan Ashraf meningkat dua kali ganda. Kelu lidah Ainnur untuk menyangkal. Salah faham dan pertelingkahan membuatkan hubungan mereka bertambah kusuh. Ashraf makin menjauh, Ainnur sendiri merasa jauh hati.
Namun bila jauh di mata, terasa dekat pula di hati. Walaupun ada rasa benci, terselit juga rindu pada sang isteri. Apatah lagi dengan kehadiran Abang Faisal yang buat Ashraf makin gelabah. Apa kesudahan rumah tangga Ainnur dan Ashraf? Mungkinkah si lelaki bandar akan jatuh hati pada kampung girl? Hanya novel ini ada jawapannya.
Novel ini bergerak pantas. Padat. Watak antagonis pun tiada. Itu lebih memudahkan aku untuk menghadam kisah sebegini. Gaya penulis ini mengingatkan aku pada Kak Yati. Menyelitkan kata-kata nasihat di sebalik drama yang dipersembahkan. Ada panduan yang boleh diambil teladan. Teruskan berkarya. Selamat maju jaya!
Dulu... Ashraf: Aduh! Masalah sungguh. Siapa yang minta dicarikan calon isteri? Mummy memang sengaja! Mana yang dia tak suka, yang itulah mummy hendak. Ainnur.. Aduh! Lagilah rasa hendak lari berekar jauh! Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan mummy? Aku tak nak! Aku tak suka!
"Sekali aku cakap tak suka, sampai bila-bila pun aku takkan suka. Tak kiralah kau ni graduate oversea ke, kau ni cikgu cemerlang ke, semua tu tak dapat nak ubah fakta, yang kau tu budak kampung!!!"
Aduh! Mulut si Ash ni, celupar bebenor!!
Ainnur: "Abang Ash, tolong jangan nak ikut kepala Abang Ash saja, boleh tak? Abang Ash tau tak dalam masa tak sampai dua bulan kita jadi suami isteri, berapa banyak perkataan yang Abang Ash ucapkan tu dah menyakiti hati Ain? Berapa banyak kali Ain menangis sebab teringatkan semua kata-kata Abang Ash pada Ain? Pernah Abang Ash fikirkan perasaan Ain? Untuk sedetik, pernah tak Abang Ash fikir apa yang Ain rasa..."
"Being hate by someone can give courage too...that's how I feel towards you. I always go for something that can make me the best rival to you. You are ashamed to have this typical kampung girl as your wife aren't you?"
"Abang tak perlu cakap sekarang. Abang tak perlu ucapkan sekarang, sama ada abang sayangkan Ain atau tidak. Ain faham. Abang masih dalam proses nak mencuba. Ambil masa, sampai abang betul-betul dah bersedia, Ain akan tunggu. Ain akan tunggu orang yang Ain sayang, sampai bila-bila..."
Kini... "To my dearest kampung girl... having you as my wife is a bless in my life. Loving you is the biggest pleasure and I will always love you..." ;-)
Suka novel yang menyelitkan nasihat, panduan & peringatan, dan yang paling utama tentang agama..
Tertarik dengan Petua 8P dalam kehidupan rumah tangga:- 1. Puji (masak sedap, nampak cantik, baju cantik, dsb) 2. Peluk 3. Penghargaan 4. Perhatian 5. Persefahaman 6. Pergaulan 7. Percutian 8. Permohonan (doa)
done! Okey kisahnya yang santai,boleh buat i ketawa,dan menghiburkan. Ringan kepala, bolehlah dijadikan bahan bacaan untuk release tension pasal tak berat. Kahwin paksa? Rasanya tak adalah typical kahwin paksa mcm sesetengah novel,asal kahwin paksa aje nak kena tidur bilik lain,sedih2,tidur bawahlah.. Suka usaha Ainnur untuk memikat hati suaminya, Ashraf yang memang kayu, xda perasaan kononnya,jual mahal, nahhh,.,bila si Ainnur merajuk padan muka kau Ashraf! I suka novel ni pasal tak ada scene tangis leleh menayangkan yang perempuan tu lemah gila. Asyik nak kena mengalah aje dengan lelaki. Novel ni dah lama beli,tapi baru terniat hati nak baca. Dah ada drama tapi i tak tengok pun.
Okay to be honest, I didn't even finish reading this book. There were too many unnecessary details and the reason Ash hated Ain is because she is from "kampung"? Ash also had lots of repetitive lines that it gets annoying. The plot is also typical. Kahwin paksa - benci - start rindu - suka - konflik - gaduh - suka - end. Finally, English berterabur. Ain is supposed to be a TESL graduate from the UK or something, right? I skipped so many chapters and I consider myself done when I reached the final chapter. Maybe I'll try reading it again but for now, I need to stop and refresh my brain. Good effort, but it needs something more.
Pengumuman!! Sis nak jual buku ni dengan harga RM13, berminat boleh PM..
3.60 star je kot. It takes me 2 weeks to finish this book. Banyak sgat halangan dan rintangan nak habiskan buku ni. Watak Ash tu awal2 agak sakit hati. Meluat pon ada. Geram je, tapi Ain ni baik je, bersabar sgt sebab dia sayang sgt dekat Ash tu. Takda lar manis2 sangat cita ni, tapi okay lar.
Saya pernah menonton drama bersiri yang diadaptasi dari novel Kampung Girl ini, dibintangi Nad Zainal & Akim Ahmad sebagai terjau utama.
Perkara utama yang paling saya kurang menyukai adalah tajuk novel dicampur aduk bahasa melayu dengan bahasa inggeris, sepatutnya lebih menarik dan indah jika digunakan GADIS KAMPUNG. Ramai di luar sana tidak berbangga dengan bahasa melayu, lebih suka menggunakan 100% bahasa Inggeris ataupun bercampur aduk dengan bahasa inggeris(rojak), adakalanya bercampur dengan bahasa indonesia. Di manakah bahasa melayu jika bangsa Melayu sendiri enggan menggunakan bahasa ibunda dan tidak berbangga dengannya.
Di pasaran semakin melambak novel menggunakan tajuk bahasa Inggeris dan membuatkan kekeliruan, menyebabkan terpaksa membaca ringkasan cerita di belakang novel barulah mengetahui ianya novel tempatan.
Bukan itu sahaja syarikat penerbitan di pasaran kebanyakan tidak bertanggungjawab, malah di hujung jari, iklan, drama/filem, lagu, berita, nama kedai/syarikat/jenama dan lain-lain semuanya banyak mementingkan bahasa rojak. Itu belum lagi istilah moden yang mengarut digunakan seperti ' membawang, laku keras, bersemut dan sebagainya "
Tema novel ini biasa digunakan hampir kebanyakan novel kisah cinta di pasaran, perkahwinan paksa tanpa percintaan. Cuma yang saya kurang menggemari adalah perkahwinan di antara sepupu yang digunakan dalam novel ini, mengikut ajaran islam perkahwinan dengan sepupu kurang digalakkan sama sekali.
Jalan cerita di dalamnya bolehlah tahan menarik, namun novel ini semestinya bukannya dalam senarai novel kesukaan saya. Sekadar membeli melebihi sedekad yang lalu kerana waktu itu kemaruk dengan novel cinta, namun bukannya sekarang ini. Sudah kebosanan dengan novel cinta picisan yang tidak menguji fikiran, lebih menyukai tema seram, ngeri dan misteri.
Nak bagi 3 bintang tapi tolak satu pasal english ada sikit kureng - macam baca ayat google translate pun ada, tapi keseluruhan memang dah ok sesangat, takde serabut konflik ntahapahapa - mungkin kebatuan hati hero tak berapa jelas dicernakan (sastera... heh).
Apapun memang banyak benda boleh dinikmati dalam buku ni terutama kepada penggemar genre rom-com (macam aku), ada banyak jugak tazkirah yang disampaikan dalam gaya santai (tudung, solat etc.), takde adegan rajuk melampau, watak-watak utama yang positif dan watak sampingan yang sempoi - untuk karya pertama ini memang boleh dibanggakan dan dipuji!
Typical storyline. I skipped almost 2/3rd of the book towards the part where he starts coming to his senses. 😅
Apologies for that.
But, moving from there, it was quite cute and funny.
I also do hate annoying conflicts and childish behaviors. I read to escape from it. Not to think about it and reevaluate my situation. If it was more fluffy light with minimal conflicts, I might have loved it more.
Cerita ni menarik bukan sebab banyak manners yang kita boleh ambil. Tapi banyak cara nak pikat bini. So, adalah lebih baiknya tak payah baca sebelum korang pula rasa nak kahwin sebelum sampai masanya. Sekian terimakasih.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ini memang best. Kelakar part Asraf cemburu dekat Ainnur sebab bertembung dengan abang Faisal. Asraf lepas jew jumpa abang Faisal, terus setuju nak kahwin dengan Ainnur. Lepas dah ikat terus taknak berenggang. Light read.
Antara buku yg menarik dibaca... tengok cerita dulu... baru kesempatan baca... walau agak childish.. tapi oklah xbosan...kelakar juga. ada ayat yg menarik dan tergiang... enjoy lah baca buku ni
Jalan cerita yang hampir sama dengan kebanyakan novel masa kini. Namun masih menarik minat saya untuk membaca. Tertarik dengan cerita ini ketika menonton (sebenarnya ter...) satu episode drama tersebut di TV3. Jarang saya dapat menghabiskan sebuah novel dalam satu malam sahaja seperti zaman dulu-dulu. Karya pertama penulis, sangat baik pada pandangan saya. Cuma bahasanya kalau mengikut tatabahasa, penggunaan perkataan dan susunan ayat masih boleh diperbaiki. Plot dikembangkan dengan baik walaupun ada sedikit yang terasa seperti tidak kuat ataupun tidak konsisten. Watak Ainnur sangat konsisten, watak yang saya paling suka. Mempunyai personaliti yang baik dan kuat namun saya kira bukan watak stereotype. Watak Ashraf juga pada pandangan saya seperti Ainnur. Cuma perubahan watak Ashraf saya rasa agak mendadak, bagaimana dan mengapa dia berubah tidak digarap dengan elemen yang meyakinkan. Tapi saya sangat suka dengan perubahan watak Ashraf. Daripada seorang yang sombong kepada seorang yang sangat manis. Watak Airina diperkenalkan terlalu lewat, terasa agak rushing memasukkan watak tersebut di pengakhiran cerita walaupun ada sedikit yang telah diceritakan pada pertengahan cerita. Penglibatan watak-watak lain terutamanya keluarga agak kurang selain daripada Puan Mazlin, ibu Ashraf. Watak Adam dan Abah Azmi saya kira agak menarik untuk diberi lebih perhatian/mendalam. Walaubagaimanapun, saya sangat terhibur dengan novel ini.
This book was okay..... Most of the time it's funny but some parts fell flat for my taste and in addition to that, I HAD to skip few scenes because they're too unnecessary, at least to me. I admire the main girl, Ain. I think she's one bad-ass woman. Ash on the other hand, annoyed me to death throughout the novel (sure he redeemed himself but whatever). He's too arrogant and there were some scenes in the novel where I felt like slitting his throat -- it was that extreme -- because of the crap that came out of his mouth. Another problem I had with the book was the transition from arrogant Ash to the love-strucked Ash . I think it was too abrupt.
Sy suka buku ni. Ye, sy suka!=) Sng nk digest, simple n xde konflik2 y xperlu n mleret2. Another book that makes me see things fr a different angle n view. Masa baca, keep on thinking, 'Is there any real Ainnur out there?' Kisah Asyraf n Ainnur y dijodohkan keluarga. Asyraf y perangainya sgt 'annoying', ended up dgn Ainnur, a girl thay he dont like d most (konon2) =p Bdk kpg, busuk, kaki pijak taik ayam, katenye.. =)
Xsemua y kte nk tu, baik utk kte.
If u try hard enough, you can do whatever you want. Walaupun bnda2 y bkaitan dgn hati & perasaan. If you open your heart, give a chance & try really hard, you can do it! Yeah~
Wowww.. best juga novel ni. Jatuh cinta dengan sepupu sendiri. Mula-mula asyik bergaduh je Encik Bandar dengan Kampung Girl.. Last2 tangkap cintan juga Encik bandar dengan kampung girl...Wajib ulang baca..
Sangat menghiburkan dan mengajar kita erti kehidupan dimana kita tidak layak untuk menghina sesiapa pun di atas muka bumi ini. Cerminlah diri sebelum mengata orang.
bahasa sangat santai. scene pun kelakar. but, i don't like watak utama. ainnur macam terhegeh-hegeh dengan ashraf tu. tetapi, novel ni bagi pengajaran, jangan sesuka hati nak kutuk2 orang jer.