Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
Permulaan cerita yang agak menarik, penulis berjaya memancing aku untuk meneruskan pembacaan, tapi malangnya sedikit demi sedikit graf membaca menjunam turun ke sifar...Novel setebal 348 m/s ini mengambil masa 2 minggu untuk ku hadam....fuhhh...itupun gigih membaca untuk mengetahui siapa yang terbunuh sebenarnya....
Kisah rumahtangga Fakar & Hartina yang di bina atas dasar cinta...rupa2nya itu semua hanya mengabui mata Hartina sahaja...Fakar mula merancang sesuatu ke atas Hartina demi membolot harta & kekayaan Hartina...Menjadikan sedikit suspen adalah kemunculan Hartini, adik kembar seiras Hartina sebelum satu kejadian pembunuhan menimbulkan perasan teruja buat pembaca...Siapa yang kena bunuh & Siapa pembunuhnya...
Elemen suspen ini tidak di teruskan oleh penulis & ia menjadikan bab seterusnya sedikit hambar...Walaupun ada elemen seram yang di tonjolkan dengan kemunculan Hartina mengganggu hidup Fakar...seramnya biasa2 shj..malahan di ulang2 plot sedemikian dengan cara gangguan yang berbeza...Ku sangkakan novel2 terawal beliau tiadalah "trademark" nya...malang sekali...Ini merupakan novel KELIMA beliau dengan ALAF 21...
Elemen suspen di awal ceritanya sama juga dengan Novel Bilik 616...sedikit shj... Maaf cakap, sebenarnya ku dah serik dengan karya2 beliau...tapi novel ini di hadiahkan oleh seorang teman, jadi ku gagahi juga membacanya...sedikit unik novel ini, di mana terdapatnya renungan firman Allah SWT buat pembaca mengenai membunuh & bunuh diri di penamat cerita...
Ini novel pertama oleh penulis Zaifuzaman Ahmad yang saya baca sebab ia bukan kisah mistik atau cerita seram. Permulaan cerita dah best. Tak boleh nak letak. Fakar berkahwin dengan Hartina bukan kerana cinta tapi kerana Hartina kaya dan berharta. Bila Fakar jatuh cinta dengan Dahlia, setiausahanya sendiri, Hartina sedih dan kecewa kerana dia sangat menyintai suaminya. Selepas berpuluh muka surat, pembacaan saya merudum dan jadi perlahan. Agak lambat nak teruskan namun saya paksa diri juga nak habiskan. Watak Nazri dan Dina tidak banyak membantu untuk menguatkan jalan cerita. Watak sampingan lain pun kurang impak. Hartini, kembarnya Hartina sekejap saja munculnya. Kenapa keseluruhan cerita macam fast forward saja? Persoalan dan kemusykilan berputar di fikiran saya. Berapa usia Hartina dan Fakar? Nazri, kawan baik Fakar bukan sebaya pun sebab Nazri ada anak yang menuntut di universiti. Bagaimana Hartini dibunuh masih samar-samar. Kes polis terus senyap. Fakar mati dalam rumahnya dan mayat Dahlia dijumpai dalam gaung pun kurang padat. Kenapa tak ada siasatan polis? Semuanya tergantung sepi. Sayang sekali. Plot yang cantik tak dikembangkan jadinya banyak bab yang lopong dan longgar sana sini. Garapan dan olahan yang kurang mantap jadikan cerita ini hambar serta mendatar. Saya berharap semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi selepas ini.
Dendam Semalam. Watak utama Fakar. Tamak, kaki perempuan & pembunuh. Pastu penakut. Sanggup bunuh bini sendiri sebab nak bolot harta. Fakar & Dahlia sama je. Kaki kikis.
Aku dah la penakut, tapi berjaya juga habis. Watak Hartini nampak macam sekejap tapi banyak fungsi. Takkan sesaja Hartini tu wujud. Mesti kalau tak jadi hantu, jadi pendendam. Endingmacam dah agak. Hartina berjaya wat Fakar cuak. Aku pun cuak.
Cuma ada beberapa kesalahan watak. Patut Nazri cakap, tapi ditulisnya Fakar, dah aku keliru kejap. Pastu, ada banyak benda berulang, means situasi tu diceritakan berulang kali. Sampai nak naik hafal dah. Ape pun, bukunya best. Berjaya habis dalam masa 24 jam.
Angkara harta Fakar sanggup berkahwin walau tanpa rasa cinta. Angkara harta juga Fakar sangggup membuat rancangan untuk membunuh isterinya sendiri. Fakar kemudiannya diganggu "arwah" isterinya.
Rentak penceritaan agak laju namun jalan cerita dapat diagak. Unsur seram yang cuba ditimbulkan kurang menjadi. Macam kurang rencah. Tak meremangkan bulu roma.
Rasa agak triggered bila ada fakta yang SH rasa kurang tepat tentang Fakar sebagai pengidap asma. Sebabnya SH sendiri adalah pengidap asma. Dalam ni dia ceritakan Fakar ambil ubat bila diserang asma tapi untuk SH, kita akan ambil inhaler bukan ubat. Sebab inhaler berfungsi dengan lebih cepat. Ni cuma my concern as one of asthmatic person. Dan dalam ni juga dia mentioned Faqar ambil mentoline. Setahu SH ubat/inhaler asma ni adalah salbutamol. Dan ventolin merupakan salah satu brand untuk salbutamol. Btw SH ada je Google untuk tau pasal mentoline ni. Yela kadang2 tak semua benda kita tau kan. Tapi mentoline ni tak disebutkan dalam ubat/inhaler asma.
Walaupun plot twist dalam cerita ni dapat diagak namun masih ada elemen menarik dalam novel ni untuk menikmati pembacaan.
Buku terakhir untuk tahun 2020.. Kisah pengkhianatan seorang suami hanya kerana tamakkan harta.. Namun yang jahat itu pasti akan selalu terhukum dengan kejahatan yang dilakukan..
Allah S.W.T berfirman: "Barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Neraka Jahanam. Kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar." (Surah al-Nisa':93)
Kalau nak diikutkan, jalan cerita dah menarik tapi penyampaiannya kurang. Hambar dan tak mencabar. Seram pun tak. Banyak sangat ayat yang berulang-ulang membawa maksud yang sama jadi boring. Rasa macam nak skip jer.
Banyak persoalan mula-mula pembacaan, trick yang menarik untuk terus menyelak helaian berikutnya tapi bila satu demi satu dah tahu, endingnya terus dapat agak dan disitu timbul bosan tiba-tiba. :p