Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sejarah Hitam Islam #2

Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi

Rate this book
Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

403 pages, Paperback

Published January 1, 2011

38 people are currently reading
359 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
119 (44%)
4 stars
81 (30%)
3 stars
49 (18%)
2 stars
10 (3%)
1 star
7 (2%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Yuyu Yusof.
38 reviews11 followers
August 26, 2015
Keangkuhan, kuku besi, diktator, tipu daya, putar belit, boneka kafir; mengingatkan aku kepada situasi semasa. Ironi.
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
November 29, 2013
Walaupun masih agak keliru dengan terma novel sejarah, saya fikir masih boleh mengambil manfaat yang ada darinya. Kekeliruan tentang terma mungkin seputar disiplin ilmu sejarah yang bersandarkan fakta yang benar; yang sama sekali berbeza dengan novel yang berbentuk penceritaan (naratif) berbentuk rekaan (fiksyen). Fakta dengan fiksyen tidak mungkin boleh bersatu, tetapi demi mengambil manfaat yang ada atas semangat “hikmah adalah barang kaum Muslimin yang telah hilang, di mana saja ia menemukannya, maka ambillah”, marilah kita raikan penghasilan karya berbentuk sebegini dengan tindakan cermat dan fikiran waras.

Dilihat dari aspek positif, sekurang-kurangnya PTS telah merintis jalan kepada pembacanya untuk mempelajari ilmu sejarah, bermula dari peringkat awal. Adalah lebih mudah dan ringan belajar sejarah dengan novel ini, ia boleh mencetus minat dan merangsang daya usaha untuk belajar lebih tinggi dengan merujuk buku-buku sejarah yang lebih besar dan berwibawa. Buku ini sesuai dibaca kanak-kanak, remaja malah orang dewasa yang berminat dengan sejarah dan cerita, peristiwa besar yang pernah berlaku di dunia ini satu ketika dulu. Ia bercerita dengan gaya buku cerita; lengkap dengan urutan peristiwanya dan dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak dalam cerita tersebut. Untuk menghasilkannya, penulisnya, Abdul Latip Talib (Pak Latip) tidak semberono malah merujuk buku-buku tertentu selain pergi sendiri ke Turki demi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan. Selain menceritakan kejahatan Mustafa Kamal Ataturk, buku ini turut memasukkan sedikit cerita Abu Ayyub Al-Ansari Radhiallahu ‘anhu, sahabat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang panjang umurnya dan dapat berkhidmat kepada Khalifah Muawiyah dan anaknya Yazid dalam perang untuk membuka Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang berjaya membuka Konstantinopel 800 tahun selepas kesyahidan Abu Ayyub , dan Sultan Abdul Hamid yang disingkirkan dari istana oleh Ataturk.

Dari sudut yang lebih besar, buku-buku Pak Latip dilihat berperanan sebagai pengimbang kepada lambakan novel cinta picisan di pasaran yang menghancurkan pemikiran pembacanya. Genre novel Pak Latip nyata ada peminatnya sendiri dan mewujudkan satu riak budaya baru yang sihat. Seharusnya ia disokong dan ditambah baik di mana-mana yang perlu dengan harapan akan lahir dari kita golongan pembaca yang mencintai sejarah bangsanya, mengukuh jati diri seterusnya menjadi umat yang kuat dan tidak mudah tewas oleh gelombang pemikiran yang menyesatkan.
Profile Image for Anna.
6 reviews4 followers
April 13, 2012
Buku yang harus dibaca. Kamal Attartuk bukan sekadar membawa sistem sekular ke Turki- tapi malah menghapuskan segala apa yang keislaman. Wanita dilarang munutup aurat, azan dilaung dlm bahasa turki malah quran juga diarah tulis semula dlam bahasa turki. Keangkuhan ditambah dengan kejahilan menjadikan Kamal Attartuk tenggelam dengan keasyikan dunia penuh jijik dan dayus. Lari dari peperangan malah membelot. Umat Islam harus kenal siapa manusia ini dia bukan bapa pemodenan, Inggeris dan Paris menggunakan dia utk membolot kekayaan Turki malah mengangkat mama Kamal Attartuk.
Profile Image for faryna syaza.
76 reviews14 followers
December 22, 2021
Dia lelaki yang memberi kisah untuk kita renungkan,bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi dambaan.

Meluap-luap lah darah baca buku ni hahahahaha. Saya rasa buku ni perlu dibaca oleh semua anak muda pada zaman ini (termasuklah diri saya yang masih kecil ini hahaha) agar mereka tidak melupakan manusia seorang ni. Bukan kerana jasanya,tetapi kerana perangai dan balasannya. Overall, buku Pak Latip memang terbaik lah 👍
Profile Image for Damaisuria.
75 reviews13 followers
July 12, 2016
Mustafa Kamal Ataturk, sebuah nama antagonis yang menghitamkan sejarah peradaban dunia. Beliau dengan tanpa rasa sekulumit serba salah menjatuhkan kerajaan kekhalifahan kepada bentuk sekularisme. Usahanya membatalkan sistem pemerintahan beorientasi syariat Islam terus diingati sebagai titik hitam - serban tidak lagi dibenarkan diganti dengan topi, bertudung bukan kewajipan diganti pakaian menjolok mata, buku-buku bahasa arab dimansuhkan diganti dengan buku teks dari barat, masjid Aya Sophia diganti sebagai sebuah muzium, malah menukarkan laungan azan kepada bahasa Turki sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Alasan beliau yang jumud tetap serupa kerana Islam digambarkan sebagai sebuah agama menghalang erti kemajuan.
Profile Image for Wafa.
98 reviews21 followers
December 31, 2012
Pendedahan yang sangat menarik, karya Pak Latip yang paling saya suka.

Siapa sangka, seteruk itu kematian lelaki pengkhianat ini. Mustafa Kamal Ataturk, pada mulanya seluruh umat Islam mengangkatnya kerana apa yang dibawa, setelah tembelangnya pecah, seluruh dunia meraung kerana mereka tersalah pilih.

Sejarah hidup Mustafa Kamal Ataturk menunjukkan kepada pembaca, betapa wang mengubah hidup kita (bagaimana Mustafa Kamal memilih untuk lebih menyukai seorang lelaki entah sesiapa berbanding ibu sendiri)

Semestinya buku yang patut dibaca!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 8, 2017
Excellently written. Pernah dengar mengenai diktator turki Mustafa Kamal Ataturk sikit sana dan sikit sini. Waktu baca buku Rona Bosphorus oleh Zaid Akhtar, memang simpan niat nak tahu lebih terperinci mengenai Sultan Al Fateh dan Ataturk. Buku tulisan Tuan Abdul Talib ini, walaupun ringkas dapat memberi maklumat dengan begitu jitu dalam bahasa mudah dan menarik. Bermula dengan waktu Ataturk masih belum lahir (kelihatannya beliau anak luar nikah hasil perayaan ritual Yahudi Dunamah), hingga zaman kanak-kanak, zaman dewasa, zaman pemerintahan, hingga selepas kematian. Terdapat juga bab khusus mengenai sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Ayub Al Ansari, sebelum baca bab tersebut memang saya tertanya-tanya falam hati, apa yang menyebabkan nama beliau harum. Pertama kali tahu mengenai beliau melalui buku Travelog Mr Traveler. Ada juga bab khusus mengenai Badiuzzaman Said An-Nursi yang telah menghasilkan beratus ribu risalah dakwah tulisan tangan yg dinamakan An Nur. Saya dah jumpa link untuk baca An Nur yang diterjemah ke BI. Harap dapat baca serba sedikit nanti.
Profile Image for Shahriza Shahrom.
2 reviews
April 12, 2019
Buku ini lah yg menyebabkan saya mulai minat dgn karya sejarah. Buku ini lah yg menyebabkan saya mula menggali dan ingin mengenali tokoh2 sejarah baik di dalam mahupun di luar negara.. Tahniah & syabas..
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
May 25, 2021
Buku ini membawa kita menelusuri kehidupan Mustafa Kamal Ataturk dari kacamata fiksyen penulis.
Walaupun fiksyen, ada intipati yang diambil daripada realiti. Sangat menarik untuk dibaca untuk mereka yang tidak meminati genre non-fiksyen.
Keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca ketika minum petang.
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 10, 2018
Baca buku ni memang agak emosional. Bagaimana dikisahkan mengenai sisi Kamal Ataturk yang sering menjatuhkan Islam. Dia juga yang sebolehnya mahu menghapuskan Islam di Turki. Kena p Turki ni, hihi
Profile Image for Asyraf Ibrahim.
5 reviews
April 11, 2020
Jalan penceritaan yang menarik. Perjalanan hidup nya dari sebelum lahir (dari zaman ibubapa nya) hingga ajal sampai
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Afiqah.
45 reviews5 followers
March 18, 2013
First novel sejarah yang aku baca. Since aku memang tak pandai sejarah, buku ni memang sangat membantu. Sekarang, aku dah tahu dah serba sikit fasal Mustafa Kamal Ataturk dan Turki. Kenapa sikit-sikit? Sebab gaya penulisan penulis tak berapa kena dengan aku. Aku tak minat. Dan ayat kadang-kadang berulang dan susah nak faham (ulang baca: aku memang tak pandai sejarah).

Jadi, aku bagi tiga bintang. Isi padat tapi gaya penulisan kurang sampai. Apa-apa pun, kalau aku berkesempatan ke Turki, aku nak melawat Aya Sofia. (:
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
December 16, 2015
Banyak pengajaran yang kita boleh ambil sebagai ikhtibar daripada buku ini. Yang paling utama adalah laksanakan tanggungjawab kita kepada Allah dan agama terbelih dahulu. Utamakan akhirat insya Allah dunia akan menyusuli. Buku ini bagi saya agak hambar di tengah-tengah, tetapi kerana perasaan ingin tahu menyebabkan saya teruskan membaca hingga akhir. Saya juga baca buku ini kerana saya menyukai negara Turki dan ingin tahu serba sedikit sejarahnya daripada sudut perspektif pelbagai penulis.
Alhamdulillah.
1 review
June 10, 2014
Novel sejarah yang memaparkan penceritaan yang hidup melalui pengolahan jalan cerita yang mampu menarik golongan muda untuk mengenali sejarah Mustafa Kamal atarturk .. Pengetahuan saya mengenai bapa sekular turki ini semakin bertambah dan berjaya menarik minat saya untuk mengenali negara turki dan ummat Islam di sana dengan lebih mendalam
Profile Image for Fath A.
39 reviews26 followers
August 10, 2016
Saya mengambil tempoh masa yang lama untuk menghabiskan buku ini kerana sedih, dan tidak sanggup nak tahu kesusahan dan kejerihan yang dihadapi masyarakat sana ketika itu. (Agaknya stress exam pun menjadi faktor. Hehe)

Penulis menulis denagn plot yang sangat baik dan menarik untuk sebuah buku sejarah.
Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews130 followers
February 6, 2013
kejatuhan khilafah uthmaniah pd 3 mac 1924..
undang2 islam ditukar kepada undang2 barat.
khalifah dihalau dr istana
Profile Image for Patinchamimi.
12 reviews1 follower
Read
April 10, 2013
a great book to read. gives us the urge to uphold Islam. :)
Profile Image for Lipp.
67 reviews
January 7, 2016
Sebuah buku yang bagus dari segi penceritaan. Buku yang menjadi pintu gerbang kepada pengenalan lebih jauh mengenai Mustafa Kamal dan Sejarah Turki.
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.