“Hei, mamat tiga suku! Jaga sikit mulut kau tu ye. Cakap ikut sedap mulut kau aje.”
“Mestilah aku cakap ikut sedap mulut aku. Takkan nak ikut sedap mulut kau pula. Apa pun, aku pun belum rasa mulut kau lagi. Jadi, aku tak tahulah rasa sedap ke tidak.”
Fathiah:
Bengong! Gila! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk Faiq tiga suku ni!
Pantang berjumpa, pasti akan tercetus perang mulut antara mereka berdua. Nurul Fathiah dan Faiq Ezwan kenal sejak bergelar siswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Segamat. Faiq suka buli Fathiah, dan Fathiah pula jenis yang tidak mahu mengalah. Tiba-tiba Faiq berubah laku. Kata teman-temannya, mungkin lelaki itu sudah jatuh cinta dengan diri Fathiah.
Selama ini segala yang dilakukan oleh Faiq dipandang serong oleh Fathiah. Baginya, cinta kampus tidak menjamin apa-apa. Apatah lagi Faiq pernah menggelarnya ‘pengkid’ satu ketika dulu. Namun begitu, segala ketentuan Ilahi tidak dapat dielakkan. Pertemuan selepas tamat belajar berlangsung secara tidak diduga. Dapatkah Fathiah membuang segala egonya untuk tunduk dan akur lagi kepada cinta seorang lelaki? Dan berjayakah Faiq meraih hati perempuan yang pernah dia hina dulu?
* * *
Lukisan untuk E-Ah, dilukis dengan cantik oleh ARYUSZ. Anak kelahiran Melaka ini membawa pembaca ke kehidupan kampus yang penuh cabaran dan kenangan indah suka duka.
Raw and loose – begitulah secara pendek dan ringkasnya pendapat hamba tentang Lukisan Untuk E-ah (LUE). (maaf)
Gaya bahasa dan cara penulisan yang digunakan Aryusz masih mentah di sini sana. Dan, apabila ini terjadi makanya cerita yang bagus pun akan menjadi kurang umppph! Babak-babak yang menarik juga akan menjadi kurang impaknya. Tapi ya, ini sekadar pendapat peribadi hamba saja (ramai saja yang suka makan sushi, kan? :-D)
Jalan ceritanya juga sedikit longgar. Menyusuri kisah Fathiah (E-ah) dan Faiq Ezwan (Ez/Wan) terasa banyak lompong-lompong kosong yang tidak terisi. Kisah yang bermula dari kes pembulian semasa sesi ‘warming up’ junior sehinggalah kisah semasa menjadi jiran dan seterusnya. Ceritanya menjadi kurang ‘lazat’ untuk dihadam apabila babak-babaknya ditulis seakan-akan tidak melengkapi satu sama lain.
Namun, pujian harus diberikan untuk penulis kerana berani menceburkan diri dalam dunia penulisan yang mencabar kretiviti dan menuntut kerajinan luar biasa (hehehe) ini. Tahniah!
p.s Mungkin kerana dalam LUE, Aryusz menceritakan pengalaman E-ah yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel, hamba jadi membayangkan penulislah E-ah itu. (^_^)
Cerita ini adalah pasal pengalaman Fathiah di universiti dan bagaimana dia jumpa kembali dengan kasih yang lalu. Setiap pertemuannya dengan mamat tiga suku (Faiq Ezwan) sangat menyakitkan hatinya. Hingga dia tidak sanggup mendapat pertolongan darinya. Namun mungkin dia memang dah tersurat untuk bertemu jodoh dengan so Faiq.