Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saga Artakusiad #1

Permata Aurorius

Rate this book
Rizal telah dibawa oleh suatu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok - musuh Armorikus yang ganas. Dia juga telibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam. Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan). Dalam usaha untuk merampas permata itu, dia terpaksa menempuh berbagai-bagai peristiwa yang ngeri, mendebarkan, mencemaskan, menyedihkan dan kadangkala melucukan.

218 pages, Paperback

First published January 1, 1987

10 people are currently reading
179 people want to read

About the author

Ahmad Patria Abdullah

14 books133 followers
Ahmad Patria Abdullah ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Datuk Haji Abdullah Hussain dan Datin Siti Saroja Basri.
Beliau dianggap sebagai pengasas genre fantasi di Malaysia menerusi novel pertamanya "Permata Aurorius" pada tahun 1987, yang terpilih sebagai Buku Terbaik 1987 dalam kategori Penulis Harapan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia. Novel ini turut disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang pernah ditulis dalam bahasa Melayu ( Johan Jaaffar, Berita Harian 2012). Ahmad Patria juga dianggap sebagai nama yang paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia sai-fai dan fantasi Melayu (Ainon Mohd, Konvensyen Sai-Fai Melayu 2009)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
79 (61%)
4 stars
23 (17%)
3 stars
19 (14%)
2 stars
7 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
July 13, 2016
Pengalaman buat kali pertama membaca Aristokra: Kronika Nashan,hasil tulisan Ahmad Patria Abdullah,membawa kepada usaha saya untuk mengumpulkan kesemua novel tulisan beliau,terutamanya Saga Artakusiad.

Permata Aurorius merupakan buku atau novel pertama di dalam siri Saga Artakusiad. Penerbitan asal novel ini adalah pada tahun 1987. Namun demikian,edisi novel yang saya baca ini adalah cetakan kedua yang diterbitkan pada tahun 2010.

Lack of depth,itulah impresi saya mengenai plot dan jalan cerita Permata Aurorius. Sebagai contoh,dialog yang agak lemah dan naratif yang memerlukan lebih perincian. Namun demikian,saya tidak menyalahkan penulis dan editor. Permata Aurorius merupakan novel pertama penulis (yang dikategorikan sebagai novel remaja) yang diterbitkan pada ketika beliau berusia 17 tahun! Sudah pasti ada kelemahannya yang tersendiri. Namun demikian,jangan salah faham. Saya amat menghargai kewujudan novel sebegini. Ini membuktikan bahawa penulis novel Malaysia,terutamanya di dalam bahasa Melayu,bukan hanya terkenal dalam menulis novel bergenre cinta sahaja semata-mata. Ahmad Patria Abdullah merupakan salah seorang penulis elit berketurunan Melayu yang mampu menulis kisah fantasi. Mungkin mudah menulis sebuah naskhah cinta yang sudah berlambak di pasaran masa kini. Tetapi,untuk menulis sebuah cerita aksi fantasi,memerlukan skil dan bakat menulis yang lain daripada yang lain.

Bagi sesiapa yang berminat,bolehlah mendapatkan enam buah judul Ahmad Patria Abdullah,iaitu:

1) Permata Aurorius
2) Kota Arialun
3) Kembar Artakus
4) Petua Azkram
5) Puteri Alindalia
6) Pedang Aurora

Anda boleh membeli keenam-enam novel di kedai buku My Syabab Book Shop Gallery yang terletak di dalam D'Mall Billion,Seri Iskandar,Perak. Kesemua novel di atas dijual pada harga yang amat menarik dengan 70 peratus diskaun!
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
April 19, 2016
Membuat aku teringat pada banyak perkara yang pernah baca. Menyesal plak tak baca zaman belajar dulu supaya aku tak buat sebarang pembandingan. :-) Apa apapun, nekad nak cukupkan koleksi.

Kalau rajin, aku sambung review. Hehehe
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews108 followers
August 15, 2024
Saga Artakusiad ini adalah sebuah masterpiece pada zamannya. Sebuah siri epik fantasi yang hebat.

Saya mengekalkan bintangnya sebagaimana saya merasa kagum dengannya 30 tahun yang dahulu.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
November 28, 2020
Ohhh begitu mulanya pengembaraan Artakus. Asalnya memang dia Rizal dari kampung mana?
Saya rasa perlu baca semula. Saya dimaklumkan oleh kawan cerita ini bagus tapi mungkin sewaktu baca kali ini saya macam tak boleh fokus. Jadi, nanti saya akan baca semula dan review
Profile Image for Amir aka Doraemax.
14 reviews1 follower
January 7, 2014
The first 6 books of this series was written when the author was 17 yrs old.

All in all, a very good malay fantasy novel. you can see where he was influenced by lotr. The setting was european culture and geography...however, author manage to insert 'oriental'(malay) elements in his story, which make this kind of unique.

the auhor has an eye for details. his descriptions of sceneries are beautifully done. The characterisation was realistic and distinct for each character.

all in all, this series was marvellously written; while there are elements from ither fantasy story, the overall storyline, characters, magic system are all unique to this story.
Profile Image for Za Kasanoda.
35 reviews
Read
February 19, 2013
::salah satu novel fantasi kegemaran, dan ia dalam Bahasa Melayu !!::

saya bukan penggemar novel fantasi, tapi ini satu pengecualian. Saya mula baca keciiiiiik dulu, pengaruh dari abang saya, setelah hampir 20 tahun baru-baru ini tergerak hati nak mencari dalam goodreads. Carilah, dan bacalah..it's a gem !!!

Nak mula mencari dan kumpul balik, lebih puas kalau dapat cari cetakan dengan kulit muka asal...ada siapa-siapa yang tahu ?
Profile Image for Russiah Rais.
10 reviews
January 18, 2017
Pertama kali membaca buku karya Ahmad Patria Abdullah. Amatlah tidak molek membaca Aristokra dahulu tanpa mengenali karya-karya terdahulu. apabila baca Aristokra, saya keliru dan tidak faham. maka dngan gigihnya mencari siri Saga Artakusiad. mulakan dengan buku 1. maka barulah saya mengerti. fantasi, kasih sayang, kepahlawanan dan kesetiaan.
Profile Image for Dewisinta Mokhtar.
8 reviews
February 6, 2017
This book can caused great enthusiasm, and eagerness to know more. When I first read it in 1999, the new science fiction concept introduced was very fresh and it was mind blowing. I never know any sci-fi books, can be written so well in Malay language. Congratulations Mr Author, the book is awesome!
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
May 28, 2018
Gigih kumpul kesemua siri sebelum mula membaca. Reruai DBP di PABKL 2017 jual 4 siri pertama dan di PABKL 2018 jual baki lagi 2. Alhamdulillah. Siri 7-9 dah lama beli tapi tak baca-baca lagi. Hahaha

Ulasannya: Sangat kagum dengan fakta buku ini ditulis ketika penulis berumur 17 tahun. Ketika umur 17 tahun saya hanya pandai tulis “dear diary”!! Hahaha.. tapi penulis berjaya menulis novel fantasi yang hebat bersiri-siri!! Menang anugerah lagi. MasyaAllah.

Penceritaannya sahaja yang bernada remaja. Jalan ceritanya yang tersusun. Perkembangan watak yang sangat baik. Siap dengan ilustrasi dan peta bagi membantu pembaca ikut serta dalam dunia fantasi. Paling tertarik dengan adegan main teka-teki di paya dalam perjalanan ke Kota Arialun. Mujur Bunga Arianur jadi penyelamat. Karakter Babusyka juga saya suka. O tuan yang mulia!! Hahaha

Ayuh kita mula membaca siri seterusnya!!
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
March 29, 2021
Bagiku nama penulisnya sudah cukup unik, dengan bakat menulisnya ia tambah istimewa. Apatah lagi novel ini ditulis ketika beliau masih belasan tahun. Aku sangat hairan kenapa ketika di zaman persekolahan aku langsung tiada memori tentang buku ini sedangkan terbitan pertamanya pada tahun 1987. Buku ini mengisahkan seorang remaja bernama Rizal yang terperangkap di Aurora, satu daerah asing di mana beliau dianggap seorang Artakus oleh rakyat Armorikus. Aurora punya sejarah tersendiri, kembara Artakus di sana membawa kita mengenali satu dunia baru yang tidak pernah terfikirkan.

#sagaartakusiad
#ahmadpatria
#permataaurorius
#kernbacabuku
#cabaranmembaca2021
Profile Image for Afifah.
98 reviews
September 21, 2024
Pembacaan yang membuat aku ralit. Jangkaan aku rendah je jadi aku amat bahagia baca buku pertama Saga Artakusiad ni.

Tak disangkal, pembinaan 'universe' siri ni menarik perhatian aku. Selaku pembaca Kronikel Nashan dulu, aku memang nak tahu pasal Artakus. Menarik ya tahu cerita Nazril waktu dia masih naif, para pejuang Armorikus merangkap kawan baik Artakus yang pergi, pengkhianatan yang tidak disangka.

Mesti la bahagian paling best bila flirting. Ayat yang sederhana pun aku dah blushing baca. Aku nak mula baca buku seterusnya (yang aku dah kumpul lama)
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
June 11, 2021
Mencari Saga Artakusiad kerana Aristokra. Bahasa yang mudah banding dengan Arisktokra. Sesuai untuk remaja atau pelajar sekolah rendah untuk menjinakkan diri dalam dunia fantasi. Karya yang patut diketengahkan agar karya dalam bahasa Melayu bukan terhad kepada cinta namun fantasi dan pengembaraan. Perjalanan Artakus mencari batu permata aurorius. Disini permulaan kepada segala terjadi dna sejarah kepada segala perihal dalam Aristokra. Bacaan yang ringan dan mudah difahami.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
August 1, 2018
Permulaan kisah Artakus, Merkia, Nazril. Bagaimana semuanya bermula. Perjalanan kisah yang masih panjang. Masih penuh tanda tanya.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
August 29, 2020
Cerita ringkas dengan latar belakang yang kompleks. Perlu memahami tujuan Artakus diutuskan kepada Aurora itu sudah memadai untuk memahami jalan cerita.
1 review
February 1, 2019
Ini adalah novel pertama yg sy beli tahun 1992..ketika itu sy baru habis UPSR..masa tu ada pameran buku hujung tahun d sekolah..sy berlegar2 mcari apa buku yg ingin sy beli dn baca..novel ni sy balik2 pegang kmudian lepaskn utk mcari buku2 yg lain..tapi hati sy tetap tertarik pd novel ni..kalau sy tidak lupa harga novel ni masa tu rm6.90. Lebih dr 50 kali sy membacanya sehingga pd tahun 1995 novel tersebut hilang kerana terlalu banyak tangan meminjam..sedih yg teramat sangat..sehingga sekarang sy cuba mencari novel Permata Aurorius d kedai2 buku..hampa😞 harap sy boleh dapatkn 1 dr mana2..please email sy kalau ada..
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.