Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detik Debar

Rate this book
Sinopsis

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.

448 pages, Paperback

First published November 20, 2011

5 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Eyman Hykal

4 books3 followers
EYMAN HYKAL atau nama sebenar Norden Mohamed, dilahirkan di Mersing, Johor pada tahun 1957. Setelah menamatkan pelajaran sekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing, beliau melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) dalam bidang Senireka Perusahaan.

Mempunyai latar belakang kerjaya yang berwarna-warni, Eyman pernah bertugas dalam NGO, Jabatan Kerajaan, swasta dan juga pernah berniaga sendiri. Kerjaya awalnya bermula di Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung sebagai Setiausaha Kerja. Kemudiannya beliau bertugas di dalam jabatan kerajaan sebagai Jurulatih dan Pegawai Latihan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam sektor swasta, Eyman Hykal pernah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pengurus Projek, Pengurus Latihan, Pengurus Pemasaran dan juga Pengurus Sumber Manusia. Tugas-tugas tersebut dijawatnya dalam pelbagai syarikat seperti IPTS, Syarikat Perunding, Periklanan dan Penerbitan. Beliau juga pernah menceburi bidang perniagaan sutera saring.

Sebagai Norden Mohamed, kariernya di Kumpulan Media Karangkraf adalah paling lama. Beliau menyertai syarikat ini sebagai Editor majalah humor Gelihati pada tahun 1991. Kemudian beliau ditugaskan sebagai Pengurus Pemasaran Kumpulan, Pengurus Latihan, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Besar syarikat buku Alaf 21 dan sejak 2010 menjadi Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian. Kini, beliau menulis kolum mingguan Maaf Cakap di akhbar itu.

Hobi utama beliau ialah membaca. Eyman mengamalkan tabiat membaca sebuah buku sebulan. Beliau membaca apa jua bahan terutamanya psikologi, agama, perniagaan, falsafah, pengiklanan, pemasaran, komik dan tentunya novel. Hampir kesemua buku yang dibacanya pula diulangbaca sekurang-kurangnya sekali.

Kata-kata hikmatnya ialah, “Don’t be Jack of all trades and a master of none, BUT BE, Jack of all trades and a master of one!”

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (29%)
4 stars
23 (47%)
3 stars
10 (20%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
March 18, 2014
4.0* untuk keseluruhan buku ini.

Kata tuan Ramlee Awang Mursyid di belakang buku, “Ini karya Eyman Hykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut.”. Kenapa berani? Kalau saya yang jawab sebab tuan penulis menggunakan watak yang kira penting dalam buku ini adalah presiden Amerika dan pengganas yang berkaitan adalah dari Iran. Di samping itu, serba sedikit membongkar kegiatan jahat pelobi Yahudi yang sememangnya ingin mencengkam dunia. Itu yang saya baca kat buku ni. Kalau nak bandingkan dengan Meniti Maut, saya belum baca buku tu. Heee…

Oh ya, dalam cerita ini menggambarkan latar yang digunakan adalah zaman selepas presiden Barack Obama dan Dato Najib. Tapi entah bila zaman itu kerana tidak di ‘mention’. Mungkin 10 tahun, 20 atau 50 tahun akan datang? Entah tidak siapa yang tahu, hanya Tuhan yang mengetahuinya. *Wink!
Buku ini mengisahkan Fariz Zafar yang menjadi pak Pacak kepada seorang wartawan cantik dari WorldwideLine, Jennifer Miles ketika wartawan itu datang ke Malaysia. Fariz hanya mengikut arahan ketua BISIK walaupun dia merasakan kerja yang dilakukannya itu langsung tidak mencabar. Hanya menggunakan pintas 3 yang langsung tiada apa yang harus dilakukan melainkan kawal dan perhati sahaja. Jennifer yang datang ke Malaysia setelah ditukar ke meja bisnes dari meja perang dan politik berubah arah dan cuba mencari apa punya kes yang berlaku di Selat Melaka yang berkaitan dengan Amerika. Dari situ konflik timbul dan bermacam benda yang berlaku. Tambahan lagi Presiden Amerika ingin bertandang ke Malaysia, John Martinez. Ali Fattah cuba mengumpan Moussa untuk masuk ke Malaysia mencari Jennifer kerana Ali mengatakan bahawa wanita itu yang menyebabkan anak-anak lelakinya meninggal. Sebenarnya dia merancang ingin membunuh John Martinez dan hanya menggunakan Moussa sebagai kambing hitam. Begitu juga dengan pelobi Yahudi yang mengarahkan sharpshooter untuk membunuh presiden Amerika itu setelah mengetahui John bersetuju untuk menggunakan sistem kewangan Islam kepada Amerika. Nak tahu lebih-lebih, silalah baca…

Buku ini memang terbaik. Walaupun pada pertengahan buku terasa pembacaan agak datar, tapi tuan penulis pandai mengajak pembaca agar terus kekal meneruskan pembacaan. Saya sebagai pembaca pun turut sama bosan seperti watak utama yang terus jadi ‘Pak Pacak’. Namun apabila hari merdeka di dalam buku ini makin tiba, graf pembacaan semakin meningkat.

Suka bila digambarkan presiden Amerika itu memeluk islam walaupun secara sembunyi-sembunyi. Dan Jennifer juga pada penghujung buku mengucap syahadah. Terharu. Kalau betul-betul terjadi, hmm tak tahu nak cakap apa. Oh ya fikirkan Fariz akan berkasih-kasihan dengan Jennifer, rupanya tanggapan minda ini meleset. Masing-masing mengatakan mereka hanya layak sebagai kawan. Namun presiden Amerika yang masih bujang itu pulak yang menyimpan perasaan dengan Jennifer. Haha…

Ok, happy ending!

Buku ini memang terbaik walaupun baru saya baca setelah berapa tahun telah diterbitkan di pasaran. Menghasilkan karya sebegini memang memerlukan pemerhatian dan rujukan yang banyak. So tahniah tuan penulis, bagi saya buku ini tidak menghampakan! Yeay! 
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
February 20, 2013
Fariz Zafar kembali! Detik Debar (DD) merupakan novel sambungan atau sekuel kepada Meniti Maut (MM). Sekali lagi,DD menampilkan Fariz Zafar sebagai watak utamanya. Berikut adalah sinopsis ringkas mengenai novel ini:

Presiden Amerika Syarikat (AS),John Martinez mahu memperkenalkan sistem ekonomi Islam ke atas negaranya. Selain untuk memperbaiki ekonomi AS,dia juga sudah bosan dengan cengkaman ekonomi pasaran bebas yang dikuasai oleh golongan Yahudi. Perkara ini telah menyebabkan 'The Group',sebuah organisasi rahsia Yahudi cuba menghapuskan John Martinez ketika dia menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur! Selain itu,Jennifer Miles,juga berasal dari AS,merupakan seorang wartawan yang dihantar ke Malaysia untuk melakukan liputan berita di sana. Namun demikian,dia menjadi sasaran buruan sebuah kumpulan militan yang bernama Gerakan Lashkar Jihad. Jennifer diburu kerana tindakannya di Palestin yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan bertanggungjawab. Apakah nasib yang akan menimpa John Martinez dan Jennifer Miles? Apakah Biro Risikan Negara (BISIK) Malaysia mampu menjaga keselamatan kedua-duanya. Dapatkan jawapannya dengan membaca novel DD ini!

Secara peribadi,saya menganggap bahawa DD lebih baik mutu penghasilannya,terutamanya dari sudut plot dan perkembangan cerita. Saya menyarankan untuk membaca MM terlebih dahulu kerana DD merupakan sekuel terus dari MM,untuk memastikan kita memahami latar belakang kedua-dua novel. Sekali lagi,penulis novel ini memaparkan babak-babak pertempuran tanpa senjata yang menghiburkan dan menarik. Malah,seperti apa yang dinyatakan oleh novelis 'thriller' prolifik Malaysia sendiri di bahagian kulit belakang,iaitu Ramlee Awang Murshid,novel DD ini lebih 'berani'. Berani kerana menampilkan tema yang lebih 'berat' yang menyentuh mengenai konspirasi Yahudi yang cuba mempengaruhi politik dan ekonomi dunia. DD juga mengandungi beberapa kejutan yang mungkin mampu menarik perhatian para pembaca.
Walaupun demikian,saya berasa sedikit kurang berpuas hati dengan metod,di mana seorang pembunuh The Group cuba membunuh John Martinez. Saya merasakan tindakan pembunuh itu sesuatu yang sepatutnya tidak dia lakukan jika dia mengetahui betapa efektifnya 'Secret Service' (SS) yang bertugas menjaga Presiden AS! Bukan membangga-banggakan pihak AS. Namun,saya pernah menonton sebuah dokumentari yang menunjukkan betapa 'paranoid'nya anggota-anggota SS melakukan tugasan mereka melindungi Presiden mereka.
Namun begitu,DD masih merupakan sebuah novel yang menarik untuk dibaca. Seperti MM,saya juga mengesyorkan DD kepada mereka yang meminati novel berunsurkan aksi dan thriller berbahasa Melayu.
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
February 4, 2014
Sinopsis....

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.

Rasanya satu keajaiban sekiranya benar pemimpin no 1 Amerika itu menyokong kewangan Islam...huhu. Tapi inilah namanya cerita, imaginasi semata-mata. Menarik gak idea ni. Mungkin mana lah tahu kan hidayah tu sampai.

Watak Fariz kali ini kurang mencabar. Betullah apa yang Fariz rasa, setakat jadi bodyguard je memang membosankan bagi yang suka aksi. Ada sikit-sikit cerita diawal macam tergantung....ohh...dah hujung2 baru faham.

Membaca cerita ni mood turun naik, sekejap berdebar2...sekejap relax...berdebar balik...dan seterusnya....hehe.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
Yuppp, patutlah Tuan RAM kata novel ini fav dia. DETIK DEBAR menarik dan berani kerana penulis menjadikan Presiden Amerika sebagai watak besar dalam ceritanya. Tak rugi lansung tenaga ku mencari dari satu pallet ke satu pallet masa Jualan gudang Karangkraf aritu... Tahniah EYMAN HYKAL.
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
August 7, 2014
Kesinambungan dari Meniti Maut, kali ini penulis lebih berani dengan memaparkan watak-watak yang tidak pernah kita sangka boleh masuk ke dalam novel melayu dan berani mencuba. Tabik hormat saya pada penulis. Sebelum ini ada watak PM tetapi kali ini watak Presiden Amerika. Memang terbaik. Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin merudum. Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap system kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya sudah tentu akan ditentang oleh The Group sebuah kumpulan kewangan Konvensional Amerika yang didalangi oleh Zionis. Berjayakan misi John Martinez Apakah niat The Group untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat itu akan berjaya. Mampukah kumpulan BISIK dan Fariz Zahar menyelamatkan maruah negara dari tercemar dengan berlakunya pembunuhan tersebut. Siapa pula Jennifer Miles yang tiba-tiba datang ke Malaysia. Apa urusan gadis berbangsa Amerika ini datang ke Malaysia? Kenapa Fariz Zahar diminta mendekati Jennifer Miles. Siapa Moussa, Ali dan Omar? Kenapa Moussa ingin membunuh Jennifer Miles. Semuanya akan terjawab dengan membaca novel aksi ini. Siapa musuh dalam selimut Presiden Amerika sehingga dia hampir berjaya dibunuh? Semuanya akan terungkap dalam buku ini. Berhati-hati dengan musuh dalam selimut kerana lebih merbahaya dari musuh yang nyata.Memang tidak sia-sia dan tidak merugikan. Pasti teruja perasaan kita untuk membacanya apabila mengetahui Presiden Amerika memeluk Islam. Amin semoga itu akan menjadi kenyataan.
Profile Image for Nurul.
69 reviews26 followers
June 3, 2015
I must praise the author for all the research he did for this book but there are some parts where the plot are not enganging enough. there is too much on telling rather than showing what the characters feel especially in the suspense scene (fighting, tortured, sad etc.)
the love relationship between characters are not clear, perhaps the author would like to focus more on the save-the-country MISSIONS. however, the sparks of love between characters would spice up the story a little bit more.
#PersonalOpinion #JustMe
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
March 14, 2016
28
Sambungan novel Meniti Maut. Kali ini masih lagi tertumpu pada kisah BISIK dan juga Fariz. Permulaan sehingga penamat, jalan ceritanya sangat padat terisi. Tiada yang membosankan. Lebih aksi daripada Meniti Maut.

Dengan ciptaan suasana Hari Merdeka yang terasa hidup, diselang selikan dengan kisah risikan membuatkan novel aksi ini antara novel berkelas antarabangsa. TAHNIAH buat penulis. Menantikan karya yang seterusnya.
Profile Image for Cik.
2 reviews1 follower
May 14, 2012
penuh debaran..... :) menarik....sangat suka!!
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.