"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barang siapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak." (Hadis riwayat At Tirmidzi)
Inilah kisah ulama pewaris Nabi. Mereka adalah imam-imam yang benar.
IMAM ABU HANIFAH "Abu Hanifah adalah bapa dan pemuka seluruh ulama fiqh." - Imam Syafie.
IMAM MALIK "Seandainya tidak ada Malik dan Sufyan maka sungguh akan hilanglah ilmu Hijaz." - Imam Syafie.
IMAM SYAFIE "Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie." - Imam Ahmad Bin Hanbal.
IMAM AHMAD BIN HANBAL "Ahmad bin Hanbal imam dalam lapan hal, imam dalam hadis, imam dalam fiqh. imam dalam bahasa, imam dalam Al Quran, imam dalam kefakiran, imam dalam kezuhudan, imam dalam warak dan imam dalam sunnah." - Imam Syafie.
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Antara contoh kemegahan Imam-imam terdahulu berdasarkan perenggan akhir buku.
Imam Abu Zu’rah seorang ulama berkata, “Ketika Imam Hanbali sakit dan sebelum nazak, beliau membacakan hampir satu juta hadis hafalannya. Apabila semua kertas catatan itu dikumpulkan cukup untuk dipikul oleh 12 ekor unta.”
Buku ini bukan sahaja berkisarkan latar belakang 4 Imam Mazhab malah ia juga mempunyai kisah sejarah dan politik Islam yang jalur masanya selari dengan kehidupan Imam 4 ini.Banyak pengajaran yang dapat diceduk dari kisah-kisah imam-imam yang hebat ini.Betapa teguhnya mereka menunjukkan kebersamaan mereka dengan Nabi Muhammad saw dengan berpegang teguh pada Quran dan Sunnah.Inilah yang dikatakan ulama pewaris Nabi.Perjuangan orang-orang soleh ini hanya ada dua,Hidup mulia atau Mati syahid!
Buku yang sarat dengan fakta dan sejarah Islam. Mampu membuka mata dan minda terutamanya dalam memahami sejarah Islam selepas kewafatan Khulafa' Ar-Rasyidin, cara hidup,akhlak, dan ketinggian ilmu imam-imam yang benar. Namun tiada bibliografi atau rujukan dicatat dan ini menyukarkan saya untuk mencari sumber asal fakta yang digunakan penulis.
Alhamdulillah, buku karya Abdul Latip Talib ini banyak menyedarkan betapa banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh empat ulama besar Ahli Sunnah Waljamaah ini. Semua umat Islam harus membaca dan mengambil iktibar dari kisah-kisah mereka ini.
Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Diolah dengan bahasa yang mudah difahami seolah-olah dibawa bersama ke alam kehidupan imam yang 4 itu.
Sebuah kitab yang dikarang dengan bahasa yang mudah difahami. Susunan perjalan ala novel amat menarik dan senang diikuti. Bagus untuk mereka yang mahu mula berjinak-jinak dengan sejarah Tamadun Islam.