Jump to ratings and reviews
Rate this book

Damai Aku dalam Haruman Sakura

Rate this book

220 pages, Unknown Binding

First published January 1, 2012

2 people want to read

About the author

Hafizul Osman

7 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
4 (57%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
1 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 13, 2012
Bagaimana ya nak mulakannya? Sedangkan aku pada mulanya tidak terfikir untuk membeli buah tangan enche Hafizul Osman *opps* kerana senarai wajib beli sudah berjela ;P Tetapi nampaknya aura si penulis ditambah dengan perkataan 'REJECT' di hadapan kulit buku benar-benar memikat!

Ini kisah anak remaja. Dan jujurnya aku suka bila baca novel yang tak sampai 300 halaman ni, ringan dan mudah untuk dihadam. Lagi satu, tak akan ada konflik yang bisa buat kita pening kepala. Ha, kan ke menarik kalau dapat buku begini?

Azmil dipilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun. Sebagai anak muda, hati mana yang tak gembira. Apatah lagi ketika itu dia berazam untuk menjadi pelajar yang tak mudah kalah dengan rasa hati. Umur masih muda, makanya cita-cita perlu diutamakan.

Namun fitrah sang remaja, rasa suka itu tetap singgah di hati. Bertemu Aki; gadis manis di negara matahari terbit itu mengundang rasa indah. Aki yang pernah patah hati dan kemudiannya jatuh cinta pada Islam. Dan terima kasihlah kerana tak buat ia kisah cinta [?] yang klise. Aki tak bersama Azmil ok. Dan terima kasih juga kerana Azmil tidak memilih Syahida. Sebaliknya takdir membawa persahabatan Azmil-Amira ke peringkat yang selanjutnya. Yay! Eh! Aku dah cerita kesudahannya kih5

Aku tahu tak mudah untuk penulis menggambarkan kebudayaan Jepun dalam karyanya. Oleh yang demikian aku bagi kredit untuk itu. Info yang diselitkan disampaikan dengan cukup ringkas tetapi masih ada input yang boleh diambil. Cuma rasanya ada yang terlepas pandang di halaman 207 [aku tak tahu bagaimana mahu letakkan gambar di sini kih5]

Orang kata saat remaja saat yang paling indah. Benar. Kalau bisa diundur masa, aku tetap akan pilih masa itu. Kita belajar untuk tersenyum, ketawa dan menangis di waktu yang sama. Bebas dengan perasaan yang pelbagai. Bebas untuk mengejar apa yang diimpikan. Indah kan?

Ps: Terima kasih pada tuan penulis untuk ‘cop mohor’ dan cadangannya untukku membeli buku Beruno. Memang terbaik!
Profile Image for Rinzuas.
4 reviews3 followers
November 15, 2012
Hero dalam cerita ini adalah Azmil, seorang lelaki biasa yang pada saya cukup bertuah kerana diberikan kesempatan untuk ke Jepun melalui program pertukaran pelajar. Azmil seorang yang sangat rajin dan punya sifat kepimpianan kerana penglibatan aktifnya dalam Kelab Bahasa Jepun di sekolahnya. Di sebalik kredibilitinya sebagai seorang yang dipercayai guru, Azmil punya kisah silam di mana dia pernah patah hati dengan seorang gadis yang dianggapnya lebih daripada seorang sahabat.

Apa yang saya faham:

Azmil ada Syahida. Sebagai teman tapi mesra.
Azmil ada Aki. Sebagai 'crush' atau cinta pandang pertama.
Azmil ada Amirah. Sebagai kawan dan akhirnya seorang isteri.

Juga. Azmil ada abang senior yang selalu menasihatinya agar tidak lupa tentang tujuan hidup, dakwah dan tanggung jawabnya sebagai seorang pelajar.

Watak-watak mereka mewarnai hidup Azmil dan menghidupkann jalan cerita Damai Aku Dalam Haruman Sakura.

Hmmm.

Sebenarnya saya sangat berharap Azmil dan Aki bersama di penghujung cerita. Saya menggemari watak Aki, gadis Jepun yang jatuh cinta pada Islam. Alangkah baiknya, kalau Aki dan Azmil tidak berpisah dan akhirnya mereka bernikah apabila dewasa. Hehe.

Aish. Suka-suka hati saya saja mahu menukar jalan cerita.(Dush-dush kat kepala sendiri. =P)

Secara keseluruhan, saya tidak kecewa membeli buku ini (lebih-lebih lagi setelah mendapat tanda tangan 'mahal' daripada penulisnya sendiri)
Saya juga puas hati, Syahida tiak dipilih oleh Azmil yang pada saya seorang lelaki yang baik dan sangat rugi jika dilepaskan.Padan muka Syahida. Siapa suruh 'reject' Azmil dulu. =P

Yang saya kecewa cuma satu, Azmil dan Aki tidak berjodoh. Tetapi, itulah makna hidup. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat. Tuhan hanya beri apa yang kita perlu dan sudah takdir, Amirah adalah yang terbaik buat Azmil.

Saya redha.(tetiba)

P/S: Apa yang saya tulis ini bukanlah kritikan atau resensi atau review tetapi lebih kepada cetusan hati seorang pembaca yang mengagumi bagaimana penulis boleh menulis sesuatu yang punya kaitan antara Malaysia-Jepun. Tahniah untuk Hafizul Osman. =)


Profile Image for Ainunl.
Author 12 books61 followers
May 28, 2012
Buku ini sememangnya not my cup of tea, mungkin saya sudah terlalu jauh meninggalkan jenis buku bacaan ini tetapi anehnya saya masih suka membaca Terima Kasih Nudra Syafina karya Abdul Ahmad, berulang kali.

Mungkin novel ini try hard sehingga ada bahagian-bahagian yang kelihatan keko, terlalu dibuat-buat.

Saya ucapkan tahniah kepada pengarang yang cuba menyelitkan kebudayaan jeun dalam karyanya tetapi ada yang harus diperhaluskan seperti nada perbualan antara watak, perbezaan bahasa antara Jepun dan Malaysia seperti terhapus. Terlalu mudah. Terlalu santai sehingga hilang perasaan ini adalah seorang watak ke negeri asing

Novel ini novel yang biasa, dan saya sedikit terseksa untuk menggagahkan diri menuju ke penghabisannya.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.