What a sweet book! This book never fail to make me smile and I especially appreciate the author's writing. I loved it ♥♥♥
Sweet giler cerita ini. Terhibur sha dengan jalan cerita yang penuh santai. Watak hero HARRIS ISQANDAR benar² membuat sha terpukau dengan telatah dia yang begitu bersahaja.
Watak gedik Erny Humairah sangat menyakitkan hati. Padan muka kena lempang banyak kali dengan Harris. Sakit hati bila Datin Nora & Erny tak habis² nak musnah perkahwinan Intan dan Harris.
Alahai, best la cerita ini. Tak tahu camne nak terangkan. Best best!!
4.5 tak sangka aku akan menyesal sebab jual buku ni lepas baca 3 muka surat je. maafkan saya dik airisz. saya underestimate ke-sempoi-an novel ni masa beli 2012 dulu...tanpa sedar. suka wataknya, suka tema kekeluargaannya, especially endingnya. sebab masA mula2 baca sangatlah xberkenan klise drama. will buy another copy. promise. good job on this novel. I laugh a lot. adoi, dh tak pandai review.
My sis ckp ade org jual preloved buku ni trus grab..
Aduhhhaiii sweet laaa cite nie.. suke ngn watak Harris dan jugk Intan nie.. sgt ber shj.. kalo marah, wow.. terkedu laa..
Pertemuan tanpa sengaja, buat kn Harris offer Intan utk jdi tunang die.. and die sanggup byr kt Intan.. kate nyee Harris tk percaya kn perkahwinan.. yee laa bakal tunang lari kn diri.. lepas tu tau si Erny tu menyesal.. padan muka..!
Mula² Harris nie jenis diam tp si Intan ni igt Harris sombong.. Intan ni pulak mmg suke ber ckp.. kalo die ckp ke bebel, kalah machine gun..
Lepas Harris dtg kampung Intan, trus Harris jatuh suke kt Intan dan keluarga nyee.. kakak² dan abg Intan pun jenis selamba.. mungkin Harris tk pernah rasa begitu sbb anak tunggal kn.. mane nk rase.. lgi pulak dorg jenis family ramai..
Lepas dorg kawin, mak Harris - Datin Nora dan Erny tk abis² buat kacau sehingga la satu ari, Harris accident lepas bwk kete Intan.. da tau sape dalang die, mmg Harris buat keputusan men dadak.. ter diam Datin Nora dan jugk Erny..
Seronok baca, lagi² scene kt kampung.. sy mmg suke vibes kampung² nie.. ape dorg buat, keje mcm mane kt sane.. just amazed laaa..
Awal perkenalan Harris dan Intan memang best. Nak pula Harris ni jenis cool saja melayan sikap Intan yang boleh dikatakan ada sedikit gelabah. Memang lawak apabila Intan guna pelbagai alasan untuk gagalkan perkahwinan dia dengan Harris.
Masuk ke tengah cerita bila Intan dah jatuh sayang ke Harris, dah mula bosan. Rasa meleret sangat dengan pi mai pi mai tang tu juga ceritanya. Rasa bosan ni terbawa-bawa sampai la ke alam perkahwinan Harris dan Intan. Bosan dengan sikap Intan yang insecure, dengan sikap Harris yang cepat naik tangan dekat si Erny, dengan sikap Datin Nora dan Erny yang dah macam orang meroyan. Kona pi kona mai, hak tu juga la cerita dia. Sesetengah ayat pun macam recycle ja.
Dan ya Puan Intan, hamba dah tau dari awal yang Puan Intan ni hitam manis dan suami Puan Intan tu putih melepak. Hamba pun tau yang Puan Intan rasa Puan Intan biasa-biasa saja dan suami Puan Intan tu segak bergaya tak tertahan macam orang Belanda kan? Tapi bila Puan Intan sebut banyak kali, muak tau dengar. Tapi dah pov Puan Intan, jadi hamba tahan aje la.
Bila Harris buat keputusan pindah ke kampung dan Datin Nora pun dah insaf, barulah cerita ni best kembali. Tapi rasa macam terlewat sangat. Rasa macam awal dan akhir cerita yang best tak dapat menampung rasa tak best di tengah cerita. Hamba dapat terima keinsafan Datin Nora walaupun dari awal cerita memang dia sengal. Sebab manusia ni bila dah kehilangan sesuatu barulah dia akan cari Tuhan. Dan mungkin sebab itulah cik puan penulis karang begitu rupa nasib Datin Nora.
Lagi satu, entah kenapa hamba pacal yang hina ini tidak dapat menerima seorang lelaki yang dengan mudah naik tangan ke tubuh seorang perempuan atas dasar apa sekalipun. Maka mungkin itulah apabila rata-rata pembaca kata Harris ni sweet, hamba rasa semacam saja. Ya, hamba akui yang Harris sweet dengan Intan. Tapi entahlah, rasa tak sedap hati.
Lagi satu yang hamba terkilan masa Intan cerita abang iparnya pukul Michelle. Lepas tu boleh pula dia ceritakan pula kelebihan abang iparnya tu.
Baguih sangat la. Sorang angkat tangan kat pompuan, sorang angkat tangan kat haiwan. Sabaq ja la dek non oi.
Kredit untuk ending yang lain daripada yang lain. Kreatif sungguh!
Review panjang? Ala..sebab tu kita ada hari esok. Eh! Eh! hahaha :P
Full review: 26/12/2013
Cinta tak kenal siapa. Ia bukan sekadar frasa untuk menyedapkan hati. Ini adalah apa yang cuba penulis sampaikan dalam 593 halaman novelnya.
Benar, aku akui. Satu-satunya perkara yang buat aku tertarik adalah kerana nilai cinta hero-heroinnya. Si kacak dan kaya dengan si gadis comot yang miskin. Walaupun kisah selepasnya itu hampir sama saja dengan lambakan novel lain. Perkahwinan-tanpa-rela, dibenci ibu mertua dan watak gadis tempelan yang menyakitkan hati. Itu semua masih ada, mungkin untuk beri warna dalam novel.
Namun, ada baiknya aku kira pertelingkahan ibu-mertua-menantu-tak-disukai itu tidak dipanjang-panjangkan. Pada pembaca yang banyak songeh seperti aku, ia agak melelahkan kerana hampir setiap bab sesudah pernikahan Intan-Harris, aku disogokkan dengan adegan yang hampir sama. Kalau tak diherdik, kena maki, diugut atau ditampar.
Dan pada hemat aku, perbuatan menampar wanita berulang kali [walau mungkin wanita itu layak dilempang], bukanlah cara yang sewajarnya. Sekali mungkin ianya niat untuk mengajar, tetapi kalau berkali-kali.. Maaf, Harris! Saya benci awak! Eh! hahaha :P
Tapi walau apa pun, aku tetap enjoy menikmatinya. Gaya bahasa yang mudah difahami. Santai. Monolog dalaman Intan misalnya yang gunakan ‘kita’ & ‘awak’, kelihatan macam comel je.
Begitu juga dengan komunikasi berkesan antara Intan dan Harris. Cukup mengkagumkan walaupun pada mulanya Harris ni antara lelaki yang bajet bagus. Tetapi perwatakannya berubah semenjak dia menyukai Intan. Malah, kedua-duanya tidak mudah putus asa mempertahankan rumah tangga mereka. Tidak terpengaruh dengan segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan. Sebaliknya, ikatan makin kukuh dan bertambah-tambah sayang. Yay!
Sebenarnya hamba tidak tahu hendak menulis apa untuk review hamba tentang ‘Cik Bunga dan Encik Sombong’ (CBES) tulisan Airisz ini. Ada ketikanya hamba merasa selesa dan ada masanya hamba merasa hampir putus asa untuk menyudahkan bacaan. Namun, mungkin kerana novel ini merupakan antara novel keluaran Karya Seni yang hamba teruja untuk beli dan hamba tidak menemui apa yang hamba harapkan darinya maka CBES sedikit menghampakan bagi hamba.
Mungkin juga hamba secara peribadi tidak mampu untuk ‘relate’ dengan mana-mana watak atau kejadian dalam novel ini, tidak heroin atau mana-mana watak pun, makanya hamba terlepas untuk menikmati CBES secara keseluruhannya. Jadi, adalah tidak adil untuk hamba mengadili buku ini kerana pada hamba setiap pandangan/pendapat perlu disokong oleh pro dan kontra.
Namun sejujurnya, CBES bukanlah antara buku yang akan hamba akan rindui tatkala terpandangnya di rak. Tetapi mungkin saja ramai antara anda yang akan menikmatinya dengan lebih baik. Jika tidak, masakan buku ini diulang cetak sampai lapan kali (mengikut salinan buku yang hamba miliki). Oleh itu, selamat membaca untuk anda. :)
p.s Hamba selalu percaya walau siapa pun seorang tua itu, walau apa juga kesalahan yang dia lakukan terhadap kita, langkah pertama untuk membetulkannya adalah dengan menjaga adab kita sendiri.
This story is about Intan, a florist that is working at Harris' engagement reception, that was forced to be the replacement of a runaway fiancee at the said reception. Their tale focuses on their understanding to one another towards their upcoming marriage, due to their differences in background, family, and lifestyle. Along the path, they're challenged by kekacauan daripada ibu mentua yang tidak merestui, serta obsesi seorang bekas 'bakal tunang'. It's a simple romcom love story between two people that others might labeled as 'tidak sekufu'.
— this review might contains spoiler —
• The story was sweet due to their effort to make their relationship work. I genuinely love the kampung scenes and how peaceful it seems and the environment are, since I also live at a similar environment, it really hits home personally. Harris as a character (minus his panas baran tho) is what most people might dream to have as a marriage partner, just an extremely caring person, and his backups for Intan whenever a conflict happen, his care and daily cooks on their marriage life, his fast to detect emotional changes of his wife, etc etc, it was waaay too good to be true. Their communications was also very nice to see and how well they convey their feelings to one another. It's a comfy book to read, but there are things that held me back to like this book as much as others.
• I understand this is an older book, and some things really do age poorly. The 'colorist' element from the story bother me badly. I don't mind mentions of skin colour to describe the characters better. But the constant highlights over FL skin colour being darker translates to her being 'ugly' and ML lighter skin colour being lighter means FL isn't suitable for him is sooo weird. The Uganda joke for the sake of insult-joke left a pretty bad taste in my mouth. Skin colour doesn't mean anything, and it shouldn't be made as a 'personality' of someone. In addition, even so when a person likes someone due to their skin colour, I couldn't find it romantic at all, yes he likes her skin colour, but the fact that he highlighted it as his type feels so weird and almost fetishising. Let me say this directly, it doesn't feel good at all when all another person can see about you is about your skin colour, whether it's 'good' or 'bad' it doesn't feel good.
• The main story plot started immediately which makes me taken aback. No characters introduction, not even about the main character, nothing, I was just as clueless as the characters of the book, where they literally doesn't know one another. Due to this, I really doesn't know how to feel about the characters or engaged much with their personality or behaviour. It was ngejut, tiba tiba. And despite how highly annoyed and awful the FL felt during their 'express' engagement and towards the ML and his family, her sudden acceptance towards soon after (yes, without any explanation) we're quite questionable. I just wanted to understand these characters, but I had a hard time understanding them.
• I genuinely love how honest the MCs were towards each other on the story in term of their conflicts and issues. But, the repeatitive self conflicts, and assumptions, then the same assurance answers being told again and again, then the FL went back to being sceptical on repeat was quite draggy and bore me. The same with the conflicts with the antagonist(s). I wouldn't mind if they always attack the FL / the couple couple, but their dialogues of threat were the exact same thing over and over again as if there's no other issue or progression at all in their evil plan.
• Misunderstanding trope is fine tbh, but the lack of explanation why they acts so agressive in their minds almost most of the time did confuses me. Intan's prejudice and misconception mindset towards the ML were way over the top and way too much most of the time. It almost feels like the bad stuff she's thinking that she thought what the ML might be thinking, might actually be her own awful perception. Overthinking is normal, tapi sikda ribut sikda petir, she kept on having negative thoughts about ML every second both of them breathes. It bothers me.
• I can see that the novel is trying to keep it halal between the two MCs and put in islamic values in between their relationship pre marriage, but it bothers me greatly over how they kept on touching one another (nangis berpelukan, held hands, touches over clothes, etc), had naughty thoughts and even voiced it out constantly, as well as threatening one another by saying they'll "kiss them" or "hug them" if they don't do something the other person wanted. My brain was confused over the entire thing. I found it hilarious since Intan pandang serong over what Mak Long's son did with his fiance, but she literally did the same thing.
• Initially I thought Harris' characteristic is quite lovely and honest, like I said, too good to be true, but damn, after the entire argument and fights with the antagonist, I immediately changed my mind. It's fine if someone was angry and changes their personality drastically, BUT HE HIT / SLAP ANOTHER LADY and PULLED HER HAIR. Apa benda batas bukan muhrim they kept on preaching about in the first place, and I cannot condone abusive behaviour like that. And his death wishes towards somebody else? I don't like that for a bit.
• Writing style was okay, but due to how it 'tells' direct and doesn't 'show', everything felt way too linear. — One thing that really bothers me through and through is probably the usage of tanda seru in the dialogues, like 1/3 of the dialogue uses it, I feel like the characters were screaming all of the time and I doesn't get that. Even when the line highlighted that 'he says slowly / calmly', but somehow the dialogue uses tanda seru instead which confuses my brain. — I could see that the story is a romcom, but I personally I couldn't really find the funny elements as it wasn't my type of humor. The joke in the book is more towards loyar buruk that not alot of people might actually understands it. — I'd say this book is quite cliché, there wasn't much going on to tell the truth, the plot only mainly focuses on the repeating conflicts serang bertekak menyerang sesama diri antara the mother in law and the past ex-almost fiancee with Intan. Personally I believe 1/3 of the story could be cut off and the plot progression would work just fine.
Well it's an okay story, enjoyed it a bit, just overall, wasn't my cup of tea.
Terbuai di awal bab Cik Bunga Dan Encik Sombong...... (anak bendang la katakan!). Moment di kampung Intan dengan berkubang di sawah, menyiang sebaldi ikan, menggiling rempah, meredah parit mencari daun liar...dengan gelagat Encik Sombong yang sedikit blur bila terkena kejutan budaya di kampung.....mmg sweet. Pembinaan plot awal dengan paksa nikah dan rela kahwin juga digarap dengan menarik.
Tapi (for me), plot mula mendatar dan ada kalanya merudum di pertengahan cerita hingga ke hujungnya. Perselisihan Harris, mamanya dan Erni terlalu meleret. Sehingga terpikir - kurang ajarnya si anak ni! Memang nak tegakkan kebenaran tapi, macam sedikit biadap kan? Mungkin penulis boleh menggunakan pendekatan lain untuk mencetuskan babak 'betulnya si anak dan salahnya si emak'.......
Penamat cerita juga menarik...tinggalkan kerusi CEO untuk menjadi warga kampung (sesuatu yang agak berlainan).
Well, harapnya for the next novel penulis akan lebih memberi jiwa kepada watak2 yang digarapnya.....
Buku ni dah diadaptasi ya? Jadinya tentu ramai tau kisah yang ada.
Cik Bunga - intan asnidar Encik sombong - harris isqandar
Jodoh dipertemukan dalam keadaan yang langsung tidak sedia. Harris anak orang kaya yang memaksa intan menjadi bidan terjun dan menjadi tunangannya. Manakan tidak, erny lari meninggalkan harris dihari pertunangan mereka..
Pendek kisah... Intan dan harris bernikah. Gangguan sentiasa ada dari datin nora, ibu harris dan erny. Dah macam orang gila talak pun ya si erny tu.. Ikatan kasih sayang, bila kepercayaan menjadi tunjang utama makanya tak perlulah nak risaukan apa jua bentuk cabaran melanda, kan? Simple, sweet, santai dan tenang jer baca buku ni. Amaran, jangan nak harap lebih-lebih. Secukup rasa dah.. Gaya olahan yang sebenarnya seperti dah terbiasa baca, tersusun cantik antara satu babak ke satu babak. Watak pun cukup untuk mencantikkan pergerakan alunan cerita..
Best! Saya suka dengan watak tegas dan cekal Intan Asnidar dan Haris Isqandar. Mereka bertunang dengan cara mendadak hanya untuk mengelak dari maruah dimalukan. Namum, rasa sayang cinta datang kerana ada keikhlasan dan kesetiaan. Halangan dalam bentuk Datin Nora serta Erny Humaira dapat dihadapi bersama.
Akhirnya ada cerita untuk orang yang cekal dan ikhlas. Tak dapat orang lain mengotak-katikkan hidup orang lain. Tak perlu menduakan isteri hanya untuk memuaskan hajat dan nafsu orang lain. Ada nilai-nilai yang boleh dibuat contoh tapi ada juga boleh dibuat pengajaran.
1. Harris Isqandar is super hot and loving and ohhhh he's too good to be true! 2. Really hate Datin Nora and Erny Humairah. They just wouldn't stop messing with Harris and Intan's life! 3. I enjoyed it and I would reread it because of Harris Isqandar.
One of the best malay novels I've read. Funny, cute, romantic and uncomplicated conflict. I especially loved the fact that there wasn't this typical scene where the hero and heroine separate due to misunderstanding(s). Haha. Thank Kak Airisz for penning such a wonderful story. Keep it up!
Lama sangat dah habis buku ni dan dalam banyak2 series Cik & Encik, bagi i yang ni paling best plus terhibur🤣 Latar belakang kampung sawah tu auto terbayang kampung sendiri plus location dalam buku ni pun memang area kampung i hahah 😂
Satu satunya novel yang memaparkan kisah tentang cinta itu memang tidak mengenal rupa walaupun watak lelakinya digambarkan sebagai seorang yang sangat kacak dan kaya.
novel ni mmg best sgt. gaya penulisan yg santai dan plot yg menarik. mengisahkan Harris meminta bantuan Intan utk menjadi tunangannya, apabila tunang Hariss lari masa hari pertunangan. tnpa berfikir panjang Intan bersudi utk membantu Harris, Intan mbantu bukan disebabkan duit atau harta. Ani mmg suka sgt dgn watak Harris. Harris sorg yg bertanggungjawab dan bersikap penlindung. Harris pndai masak dan sgt romantik. OMG! rasa mcm nk terkena kencing manis bila baca novel ni. sweet sgt. Ani mmg tak teragak2 utk mberi ★★★★★ bintang utk novel ni.
Mmg geram dgn watak Erny dan Mama Harris yg suka sgt menganggu rmh tangga Intan dan Harris. Bahagianya kalo Ani mempunyai suami yg penyayang spt itu heheee.. sanggup masak utk isteri. mmg susah nk cari.. hahahaa.. :) tak rugi baca novel ni.
hehehe.. sy penat asyik baca novel story 'berat' tp bila bc novel ni rasa ringan aje. Suka sgt watak Harris yg boleh belasah mereka-mereka yg suka sgt kacau Intan. Wow! romantik satu hal, lawak pulak tu .. hahaha
You don’t even have the time to doubt anything because they were both very open and honest with each other. This is the exact definition of communication is key. This is what differentiates this novel from other cliché novels.
Everything was just out in the open and it’s very soothing to ‘live’ along this happy couple.
Her books will always be near me for me to repeat.
novel ni ok.. kelakar.. byk part "suwit muwit" yang menyentuh jiwa.. penceritaannya pun sampai ke hati especially bab awal-awal tp bab pertengahan dan pengakhiran tu agak membosankan sbb sering dihidangkan dgn part gaduh je memanjang antara heroin dengan MIL dan ex-gf si hero..
pada pandangan sy, part bergaduh/pertengkaran dalam novel ni terlalu banyak dan berulang-ulang membuatkan mood nk membaca pun semakin merudum sehingga saya tertanya-tanya, bilalah konflik ni nak berakhir ye??
apapun, don't wori be hepi, tetap hepi ending.. dan sy pun kerap jugak mengulang baca novel ni, tapi baca part suwit-muwit tu je la.. part konflik yang tak berkaitan tu dah skip awal-awal.. hehehe..tq
Suka bila Intan gunakan 'kita' dan 'awak' dalam monolog dia..
Awak, kita dah jadi sasau ni.. Tolonglah kita!
Awak tahu tak, kita dah mula sayang awak. So sweeeeet ;)
"Apakah yang kuberikan, Tanda aku setia memujamu, Padaku lain tiada hanya, Cumalah rasa pemikat cinta.." (Lagu 'Menimbang Rasa' oleh Oslan Husein, 1964)
Teringat patah lagu ni yang dinyanyikan oleh YAB Dato' Seri Haji Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di Klasik Nasional.. Tak sangka, sedap suara Dato'.. heeeeee :)
Antara fav novel dulu - satu saya suka baca karya novel Airisz sampailah sekarang kerana jalan cerita yang berlatar belakangkan konsep kampung i mean sangat santai dan tenang - which is 'sangat dekat' dengan hati pembaca i guess- suka dengaq loghat utara , i do think cerita-cerita macam ni still underground yang sy maksudkan people tak terlalu hype sangat even bila diadaptasikan menjadi sebuah drama , skrg cerita even dri novel pun too much overbearring sampaikan takbole relate and it's sound fake but i do thinks there some ridiculous part tapi the story grows and it's just so heartwarming
Cerita yg menarik utk dibaca. Kecekalan hati perempuan Intan Asnidar betul2 membuka mata. Dihina ~ dicaci ~ pelbagai ujian diberikan kepadanya selepas mendirikan rumahtangga bersama Harris. Takmau la cakap banyak. Cerita comel. Cute aje.
Cerita ni sweetlh jgk sbb kisah lepas perkahwinan en? 'Pasangan' suami isteri ni sngtlh romantic walaupun first encounter diorng ni tklh mcm psngn lain. Tapi itu bukan penghalang untuk mereka treat each other macam suami isteri sebenr, kn ii?
Tapi kalau dlm cerita ii gini mesti akan ada konflik en? Ofclh ada... Korng rasa apa? Mia bagitau je lah eh? So, konflik dia ni macam biasala mak mertua issue & penyondol 😮💨
Biasa sesetengah novel female lead dia selalu mengalah dan percaya hasutan orng, right? But dlm novel ini, Intan seorng yg kuat, dia jenis tk cepat mengalah dan sentiasa kuat menghadapi Datin Nora dan juga si 'penyondol' a.k.a 'gedik', bekas tunang Harris. Datin Nora selalu ganggu Intan suruh Intan tinggalkn Harris dan Harris akn kahwin ngan bekas tunang dia.
And ofc, pasti akn ada scene tarik menarik tudunglah, tarik rambutlah, tampar menampar mukalah dll. Walaupun Intan selalu kena maki oleh Datin Nora bersama si 'gedik' tu, dia tetap kuat dan percykn suami dia (slayyy bestieee 😎). She really know how to handle those situations surround her.
Harris dlm cerita ni memng sngt matang dan pandai manage masalh juga. Harris memang protect giler wife dia tapi tk pndai nk luah perasaan sayang dekt Intan. Kesian Intan asyik overthinking 😞.
Mia adore juga keluarga Intan yg selalu sokong dan sentiasa ada bersama untuk Intan, walaupun tk kaya tapi mereka sentiasa bahagia bila bersama ii 🫠 termasuk jgk ngan shbt ii Intan. Sy agk jealous skit 🥺.
Yg pasti, cerita dia santai ii je pastu tk bnyk konflik 😉 Mia nk awl warning eh... Dia tkdala parts 18+ tpi dia ada skit perkataan cnth " buat ehem-ehem". Selain itu, harsh words pun ada ya sprti "s🗼al", tpi scene lain memng lawak.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni ambil masa yang lama untuk dihabiskan bukan sebab tak best, tapi lepas je baca bab pertama/prolog (tak ingat) tetiba mood reading slump datang. Pastu terus jadi DNF. Buku tak salah. Yang salah tu mood reading slump. Tak silap 21/6 hari tu kot baru sambung balik baca. Kiranya dalam 2 hari jugaklah nak habiskan.
Harris Isqandar ni boleh dikategorikan sebagai lelaki banas baran jugak. Tapi bila dengan Intan Asnidar, elok baik jelah orangnya. Tapi tulah part dia ada naik tangan kat perempuan lain (penyondol) tu tak berkenan sikit walaupun memang mulut penyondol tu yang macam meminta sangat. 😮💨 Pastu kadang rasa Harris ni lebih terjurus kepada agak biadap berbanding tegas bila berhadapan dengan emaknya. Ya, faham dia cuma nak pertahankan hak dia, nak lindungi isteri dia. Tapi cara tu macam tak kena. Sikit-sikit nak ugut emak dia. Makanya, Harris ini tidaklah masuk ke kategori green flag walaupun dia baik je dengan Intan dan keluarga Intan.
Intan ni pulak yang bagusnya, dia tak adalah mudah melatah sangat. Dia tahu apa yang dia perlu pertahankan. Bila orang serang dia tak adalah dia diam, nangis dan tahu merengek je. Dia reti pulang paku buah keras. Betul ke pepatah ni? 😂 Dan bagus jugak dia selalu jujur. Tak ada nak simpan-simpan rahsia sangat dari Harris. Tak adalah dok serabut sorang-sorang.
Kesimpulannya, cerita ni memang cliché drama pukul 7 petang. Almaklumlah, novel ni pun dah usia 12 tahun. Tapi masih boleh layan lagi. 🫢
Cerita ni macam drama tv3 pukul 7! eh tapi memang dah diadaptasi pun kan?🤣
Kisah tentang Intan bekerja di kedai bunga. Tengah buat job gubah pelamin untuk anak vip, Haris tiba-tiba disuruh menjadi tunang. Semua sebab Erny si tunang Haris lari semasa hari pertunangan. Tapi ingat free ke? Intan dibayar. Senang kata diupah untuk menjadi tunang sebab keluarga Haris taknak tanggung malu.
Awal-awal saya dah rasa macam "mesti si Haris ni layan Intan nak taknak je kan😒" Oh tidakkk. Sebaliknya kahkahkah. Haris ni dia punya nekad memang saya respect. Dia mula terima dan belajar sayangkan Intan. Walaupun bekas kekasihnya datang semula pun dia tepis macam nyamuk.
Nak cakap adalah dalam 20 kali atau lebih Erny dan Datin Nora mak si Haris ni banyak kali ganggu rumahtangga Haris dan Intan. Saya mula rasa macam muak like mehhh😖. Aaaa bosannya. Tapi toward the end kan make sense kenapa mak dia layan Intan macam tu haha sebab kes ayah si Haris.
Pls give this book a try sebab best sangat. Ada kelakar, geli hati dengan perangai garang selamba Intan dan bagi saya Haris ni memang sangat green flag sampai la ke penghujung kulit buku🥹 Encik Sombong dalam diri Haris tu like 5% je. Lepas dia kenal Intan terus hilang aura sombong tu!
1. Lelaki kaya, kacak, berpelajaran tinggi, CEO syarikat, kahwin dengan gadis kampung. 2. Perempuan gedik gadis pilihan Datin cuba mengganggu-gugat ketenteraman hero & heroin. 3. Hero & heroin ada anak (hujung cerita). 4. Hero nama Harris. Anak hero & heroin nama Danial. Hem, lain kali boleh tak pilih nama lain?
Apa pun, latar belakang kampung sangat mengujakan.
Bahasa boleh diperbaiki. Sekadar untuk bacaan santai bolehlah, tapi bukan untuk disimpan di dalam rak.
Untuk penggemar bahan bacaan yang menarik, lucu dan tidak memeningkan kepala, bolehlah pilih buku ini.
Untuk penulis, tahniah atas warna-warni kampung yang sangat indah membuatkan saya teringin untuk tinggal di rumah di tengah bendang.