Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.
Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.
merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital, Penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan juga seorang suami kepada seorang penulis iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin.
menceritakan tentang seorang pemuda yang bekerja sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan yang diuji dengan kesakitan pada tulang belikatnya (skapula) sehingga menjd desperate untuk mencari penawarnya.
Main theme buku ini adalah tentang perubatan-perubatan yang digunakan oleh masyarakat Malaysia dan dipersoalkan sama ada method-method ini adalah berlandaskan syarak ataupun tidak.
Ke'desperate'an Farid bermula apabila doa membuat scan di sebuah klinik dan doktor mendapati bhw tidak ada apa2. Namun doktor sarankan agar Farid membuat CT Scan di hospital. Menunggu hospital kerajaan akan memakan masa yang lama oleh itu Farid ingin membuat CT Scan di hospital swasta namun niatnya terpadam apabila mndpti bhw harga utk membuatnya bukanlah murah.
Tambah lagi dgn teman wanitanya yang merupakan 'pisau cukur'; sentiasa meminta duit drpd Farid.
Ketika bercuti, sahabat lamanya Shamsul sarankan agar Farid berubat dgn seorg bomoh. Pd mulanya Farid agak keraguan namun Shamsul menyatakam bhw 'ini Islamik punya bomoh'. ketika hndak berawat dgn bomoh, benar bhw bomoh tersebut membaca Bismillah ketika fasa pertama mengubati Farid.
Mungkin kerana takdir, apabila Farid ingin melakukan fasa kedua perubatannya, dia tersesat jalan lalu mnybbkan dia trlmbt ke rumah bomoh tersebut (smpai malam).. Alangkah kecewanya Farid apabila mendapati bhw bomoh tersebut cuba untuk merogol salah seorang pesakitnya.
Tekad agar tidak berawat dgn bomoh lagi, Farid.dipujuk rakan sekerjanya, Zamri utk berawat dgn seorg Guru Silat yang bukan 'silat biasa but luar biasa punya'. Sama juga kononnya ia islamik namun apabila menyaksikan rawatannya, Farid mendapatu bhw Guru serta pelajar-pelajar silat menggunakan zikir yang tidak dijumpai di mana-mana kitab Islam.
Akhirnya, melalui persahabatannya dengan rakan sekerja baru, Akmal; Farid mempelajari cara merawat penyakit yg brkaitan dgn makhluk halus secara Islamik serta berlandaskan syarak.
Buku ini fokus pd mindset masyarakat Islam Malaysia yang suka mengamalkan perubatan yang berkemungkinan brtntangan dgn Islam bg merawar penyakit makhluk halus. Di samping itu, ia juga mengkritik Ustaz2 Islam yang mengamalkan perubatan 'Islamik' namun tidak menjaga batasan dan sentuhan yang tidak berlapik.
Terselit juga kisah cinta dalam buku ini di mana ia menegaskan bahawa kecantikan paras rupa tidak akan pernah setanding dengan kecantikan akhlak dan agama seorang Muslimah yang solehah.
dari segi penulisan, mungkin x up sngt sbb perasaan sy mendatar je spnjg membacanya. tetapi klw dr segi ilmu, mmg bnyk ilmu yg trdpt dlm buku ni, terutamanya tentang syirik, khurafat dan sihir.
Buku terbitan telaga biru karya seorang doktor yang baru mula menjinakkan diri dalam bidang penulisan.Buku tersebut mengisahkan seorang lelaki,Farid yang menghidapi penyakit tulang belakang.Sepanjang penemuan cara rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit Farid,beliau telah menggunakan cara yang salah dengan bertemu dengan bomoh,pawang,dan ketua persilatan.Mereka semua diperkenalkan oleh kawan sekerja,Shamsul dan sekampungnya,sulaiman.Farid juga dibelenggu masalah kekasih hatinya,Shasha yang bersikap pisau cukur dan sering mendesak farid membeli barang2 mewah untuknya sebaliknya shasha turut mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.Akhirnya beliau bertemu dengan ustaz zuhdi dan diberi nasihat olehnya supaya sedar dan taubat daripada terjebak dalam mencari rawatan daripada orang2 sedemikian.
farid:Seorang yang tidak kuat mengamalakn ajaran islam,tidak konsisten solat apatah lagi membaca al-quran,namun sentiasa menghormati ibunya seorang ustazah.Memiliki hubungan dengan shasha sebelum berkahwin,merupakan seorang editor di sebuah syarikat penerbitan novel.
shasha:kekasih farid yang pisau cukur,mendesak farid membeli kereta vios dengan downpayment sebanyak rm10k.cantik,seksi namun bersikap kasar dan mendesak.mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang akhirnya ditinggalkan oleh kekasihnya dan farid.
zamri:rakan sekerjanya yang mengenalkan farid kepada seorang ketua persilatan untuk merawat penyakit tulang belakang farid.Sering mengajaknya berborak dan mengambil berat terhadap kawannya.
Sulaiman:kawan sekampungnya yang memperkenalkan farid kepada seorang bomoh tok Gosnon untuk merawat penyakitnya.Bekerja kuat dan mempunyai 8 hektar tanah kelapa sawit.
Ustaz zuhdi:ustaz yang dipercayai mengamalkan ilmu perubatan islam yang sebennar.Sangat bersederhana dan petah berkata2.
Akmal:sepupu ustaz zuhdi iaitu kenalannya di tempat kerja.Alim,sentiasa menjaga tingkah laku,dan berusaha menjauhi perkara shubahah,menuanaikan solat sempurna,baik hati,tegas dan kurang bercakap.
Karya Dr Farhan Hadi sememangnya tidak pernah mengecewakan saya. Mudah dan ringkas. Ayat yang digunakan sangat ringan dan segar. Walaupun saya kira perjalanan cerita agak klise dan mudah ditebak apakah pengakhirannya, tetapi ilmu dan nasihat yang disampaikan sepanjang penceritaan adalah yang terpenting.
Pembaca dibawa menelusuri ilmu dan pedoman yang penting untuk menakhoda hidup. Menenangkan hati dan menyejukkan minda yang kekadang dilambung ombak jahat tidak tersangka
Kutemui Cinta-Nya mengisahkan perjalanan Amir yang mencari makna hidup dan cinta sejati. Dalam pencariannya, Amir menghadapi cabaran dan bertemu dengan watak-watak yang membimbingnya. Anekdot menarik muncul ketika Amir mendengar kisah cinta antara Tuhan dan hamba-Nya dari seorang ulama, yang memberi pemahaman baru tentang cinta yang tulus. Melalui pengalaman pahit dalam hubungan peribadi, Amir akhirnya menyedari bahawa cinta yang sejati dimulakan dengan hubungan yang kuat dengan Tuhan. Mesej utama novel ini menekankan keimanan dan cinta kepada Tuhan sebagai kunci kepada kebahagiaan dan ketenangan hidup.
Aku ingat penulis dah lupa pasal pedang. Nasib baik apa yang terjadi kat pedang tu diceritakan jugak dekat ending part. . Aku bagi 3.8 bintang. Penggunaan perkataan buat aku macam lancar je baca buku ni, tapi ada lah beberapa part salah eja, nak sebut Farid tersebut nama Akmal. . Clichenya buku ni sebab macam banyak sangat kebetulan. Well, tiga bagi aku banyak. HAHHA . Aku kagum dengan watak Farid, yang sedar dengan kesilapan dia dan ingin mengajak Shafiq untuk turut sedar. Aku kagum dengan watak Ustaz Zuhdi (ke Zuhri ek? HAHHA), yang sentiasa tenang, selalu meletakkan kepercayaan pada Allah dan kalau tak tahu dia jujur cakap tak tahu dan sarankan Farid berjumpa dengan orang yang betul dan arif tentang ilmu yang terlibat. . For me, buku ni bagi ilmu baru. Contoh, kalau mengunjungi dan meminta rawatan berkenaan perkara ghaib kat bomoh, amalan ibadah tak diterima selama 40 hari. Then, buku ni bagi perspektif baru tentang beberapa perkara yang disebut dalam buku ni. Contoh, isu orang berubat, kalau perawatnya lelaki dan yang dirawat perempuan, kalau pegang kena berlapik. Sebelum ni aku ingat ianya sesuatu yang normal dan dibenarkan perawat memegang yang dirawat tanpa lapik sebab kira darurat. Sebab kat tv selalu tengok macam tu. Jahil betul ha. HAHHA. Dulu, aku macam tak leh terima jugak lah on pegang tanpa lapik ni. Tapi bila tengok kat tv ada perawat yang sentuh tanpa lapik, aku start ingat ianya sesuatu yang normal, tapi tak ye...So ianya terjawab la lepas baca buku ni.
Ceritanya santai dan mudah difahami. Ayatnya tidak berbelit dan susunan perkataan yang cukup senang untuk dihadam. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan sedikit ringan. -Alhamdulillah, dapat dihabiskan dalam 2 hari walaupun agak sibuk dengan aktiviti harian.
Kali ini Dr. Farhan Hadi mengetengahkan tentang amalan masyarakat Melayu yang lebih suka percayakan bomoh-bomoh untuk mengubati penyakit mereka. Ceritanya mengisahkan tentang seorang yang menghidap sejenis penyakit yang tidak tertanggung sakitnya sehingga dia sanggup berjumpa bomoh daripada membuat 'scan' di hospital yang memakan masa. Seperti biasa, penulis memasukkan juga mesej-mesej sampingan lain seperti cinta secara Islam dan menjaga pemakanan kita agar makanan yang diambil itu halal. Apa yang saya suka tentang karya-karyanya ialah bahasanya yang mudah difahami supaya mesej yang hendak disampaikan senang dikhadam. Saya akan menunggu lagi karya-karaynya yang lain.
Menarik. Gaya penulisan ringkas, mudah untuk difahami. Bila sampai saat saspen, aku pun saspen sekali. Berkerut dahi membayangkan. Sambil sambil baca, sambil sambil menuntut ilmu. Bila baca mcm "ouuuh", banyaknya pengetahuan baru. Sekaligus terkesan juga di hati, segala penawarnya/syifa' ada pada Ilahi :)