Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mandala Dunia Kedua

Rate this book
Sebuah khemah daif di tengah belantara Banjaran Titiwangsa - ini mandala mereka.

Sepasang manusia yang asing, Jone dan Sima, disatukan oleh takdir apabila kasih yang dicintai dikhianati.

Mereka yang tinggal bersama, di mandala ini, yang dianggap 'Shangri-La' yang diimpi, jauh daripada sesat dunia, juga pincang nafsu manusia.

Namun, nafsu itu juga yang mengkhuatirkan mereka. Jone sudah lama meninggalkan tuhannya di kota. Kini hanya pegangan moral menjadi dindingnya. Sima pula berbentengkan iman, cuba memahami lebih dalam keesaan Tuhan. Antara moral dan iman juga nafsu, siapakah pemenang?

Mandala hijau ini membuatkan mereka mempercayai kehidupan semula. Kecintaan kepada kehijauan mengakrabkan mereka. Namun, saat mandala kedua mereka mula bercambah kasih dan subur, Banjaran Titiwangsa bergegar!

328 pages

First published January 1, 2011

3 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (34%)
4 stars
16 (42%)
3 stars
6 (15%)
2 stars
2 (5%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
February 18, 2016
Pertama kali menjeling buku ini, sudah cukup buat saya jatuh hati dengan reka kulitnya yang sangat cantik dan indah! Saya kagum dengan kesedaran PTS terhadap peranan reka kulit buku terhadap psikologi pembaca. Ini semua teknik pemasaran buku yang baik dan sangat menjerat orang-orang yang menilai buku dari rupa parasnya. Kebanyakan buku PTS memiliki reka kulit yang menarik, dan diakui, saya sendiri selalu rasa nak beli banyak buku PTS kerana reka kulitnya cantik menarik tertarik kau memang da bomb!

Nama penulis buku juga menjadi tarikan terhadap novel ini. Sesiapa yang biasa membaca novel sastera Melayu, nama Azizi Haji Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Saya sedikit sebak ketika membaca prakata Dr. Osman Ayob yang menyatakan bahawa buku ini ialah novel terakhir beliau. Sungguh, buah tangan yang ditinggalkan ini cukup bermakna dan indah.

Mandala Dunia Kedua adalah karya yang unik di mata saya, baik dari segi jalan cerita, watak, mahupun latar masyarakatnya. Persoalannya mudah, ideanya menarik. Sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Secara umumnya buku ini berkisar tentang alam sekitar dan ekosistem alam. Menariknya, persoalan cerita terkait dengan isu tauhid dan moral. Walaupun tekad Sima dan Jone seakan tidak masuk akal, namun saya percaya idea seperti itu umpama perlambangan betapa cintanya mereka terhadap alam ini. Juga kemunculan Badar sebagai watak antagonis dalam novel ini dibiarkan misteri pada awalnya, dan berakhir dengan geram, terasa seperti mahu tembak saja si Badar itu. Huh.

Persoalan tentang alam dan tauhid dicantum dengan sangat baik, beserta hujah yang tuntas dan mudah difahami. Novel ini sungguh indah, saya menganggapnya sebagai hutan mini yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Saya bukanlah orang yang biasa memerhati tumbuh-tumbuhan, jadi membaca tentang fakta tumbuh-tumbuhan yang sarat dalam buku ini adalah sesuatu yang baru buat saya. Nah, lihat saja kulit bukunya. Sehijau saujana mata memandang!

Sebenarnya ini adalah novel pertama Azizi Haji Abdullah yang saya berjaya habiskan. Saya teruja dan mahu mencari karya beliau yang lain. Sentuhannya sungguh mengasyikkan dan bahasanya sungguh mendamaikan. Maka tidak hairanlah jika beliau merupakan Penerima SEA Write Award.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
June 16, 2016
Mandala Dunia Kedua adalah naskhah yang berkualiti buat environmentalist, pencinta alam, penggemar kehijauan, perindu hutan.

Naskhah ini mempamerkan ketelitian dan keluasan ilmu Ustaz Azizi Haji Abdullah dalam bidang perhutanan. Kita segera mengetahui bahawa penulis mengkaji geografi hutan, jenis pokok, khasiat dan kegunannya terlebih dahulu dengan mendalam. Malahan, pilihan prosa sangat rencam ketika menceritakan suasana hutan dan kehijaunnya.

Mengisahkan Sima dan Jone, dua orang sarjana pakar dalam bidang sosial dan ekologi yang tidak tahan hidup dalam kebobrokan sosial.

Di kota, manusia lebih mengutamakan pembangunan, sementelahan kemanusiaan kian dilupakan.

Kisah mereka berdua bermula apabila kasih yang dicintai dikhianati. Bermula daripada sekadar berbual biasa, semakin lama semakin terlihat persamaan dan keserasian. Cinta ditusuk khianat, lelah dengan sesat dunia, dan rimas dengan pincang nafsu manusia.

Mereka bersetuju untuk berhijrah, ke mandala dunia kedua. Hijrah daripada masyarakat yang kacau bilau, serba pincang, terperangkap dalam aliran nanah busuk penyakit moral.

Sima dan Joned sesak nafas dan jiwa. Mereka perlukan ruang. Kota tidak menjanjikan semua itu. Mereka perlu lari dari kota yang semakin pudar kemanusiaan.   Destinasi yang disepakati? Rimba. Rimba yang kekal kehutanan.

Jone teguh berpegang pada moral. Manakala Sima berbentengkan iman. Hidup berdua di tengah hutan tanpa ikatan perkahwinan kadang-kadang mengasak mereka dengan cuitan nafsu. Mujur moral dan iman sentiasa menang.

Kecintaan kepada kehijauan mengakrabkan hubungan. Di mandala serba hijau, Sima dan Jone menemui semula erti kehidupan.

Pengakhiran novel sedikit tergantung. Ia memberi peluang kepada kita untuk bermuhasabah, bagaimanakah pengakhiran yang bakal kita corakkan sekiranya kita adalah Sima dan Jone.

Mandala Dunia Kedua disiapkan sewaktu penulis masih bertarung dengan kesakitan. Ada dinyatakan sekiranya jangka hayat beliau pendek, maka inilah naskhah terakhir untuk dipersembahkan buat bacaan dan pedoman generasi mendatang.

Semoga setiap aksara dan huruf yang tercurah daripada tinta Al Marhum menjadi bekalan yang memisahkan diri daripada panas api neraka, sekaligus memberatkan amal kebaikan dirinya. Amin.

Dapatkan segera naskhah ini. Saya bagi 5 bintang.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
December 21, 2014
Buku terakhir buah tangan Almarhum Azizi Abdullah ini merupakan sebuah buku mengenai kecintaan kepada alam sekitar.
Dua watak utama (Sima dan Jones) yang merupakan pencinta alam sekitar mulai merasakan kebencian untuk tinggal dalam lingkungan kehidupan biasa, selepas keduanya dikecewakan dalam kehidupan rumahtangga mereka.
Mereka mencari kehidupan baharu di tempat yang belum dan mereka jangka tidak akan diteroka orang, di kawasan Banjaran Titiwangsa.
Jones hanya mahu menghargai makhluk ciptaan Ilahi yang indah di Banjaran Titiwangsa tetapi meninggalkan Tuhan apabila mereka berhijrah ke dalam hutan dan tinggal dalam khemah yang dibina untuk mereka berdua (dibuat dua bilik berasingan) dan Jones hanya berpegang kepada prinsip moral yang teguh.
Sima pula masih mengingati Allah dengan bersolat dan berzikir mengagumi kebesaran Ilahi tatkala melihat keindahan alam di kawasan hutan yang belum diganggu. Imanlah yang membatasi dia daripada berlebih-lebih dalam hubungannya bersama Jones ketika tinggal bersama di hutan.
Namun tangan-tangan rakus yang hanya memikirkan tentang kemewahan hidup sementara tanpa memikirkan kelestarian alam untuk masa depan begitu galak meneroka hutan tanpa ada rasa kasihan pada alam telah menghancurkan hasrat mereka berdua untuk hidup aman dalam dunia mereka sendiri walaupun setelah keduanya disatukan dalam iman.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
Currently reading
December 26, 2024
Penulis memaparkan refleksi masyarakat pada masa kini melalui kisah watak Jone dan Sima. Jone, seorang lelaki berusia 40-an, telah berpisah dengan isterinya, Janet, dan membesarkan anak lelakinya seorang diri selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Jone bercita-cita untuk menyambung pengajiannya ke peringkat master dalam bidang ekologi.

Sementara itu, Dr. Sima, seorang profesor di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Universiti Sains Malaysia, juga menghadapi cabaran peribadi selepas berpisah dengan suaminya, Dato’ Kadir Shah, seorang ahli politik. Bersama anak mereka, Nur Isma, Sima dan Jone memilih untuk mengasingkan diri di hutan rimba kerana tidak sanggup berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berlaku di bandar, seperti rasuah, pembunuhan, dan pencemaran yang sudah menjadi kebiasaan.

Di rimba, mereka menemui ketenangan dan membandingkan keharmonian pokok-pokok yang saling memerlukan antara satu sama lain dengan keadaan masyarakat yang sering kali mementingkan diri sendiri. Novel ini menggambarkan gejala sosial dalam kalangan remaja, seperti budaya merempit dan jenayah lain yang meningkat akibat pengaruh teknologi. Jone dan Sima bertekad untuk mempertahankan rimba daripada masyarakat yang merosakkan demi keuntungan.

Sebagai latar belakang kepada perjuangan mereka, moral dan iman menjadi tema utama. Sima, yang beragama Islam, selalu berpegang kepada prinsip iman, manakala Jone, yang bukan Muslim, tak kurang menjaga moral. Walaupun terdapat percanggahan pendapat, mereka berusaha untuk mencari kesamaan.

Akhirnya, Jone memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhamad Joned. Selepas berkahwin dengan Sima, Joned dan Sima terpaksa menghadapi pengkhianatan daripada pihak lain yang turut terlibat dalam penerokaan hutan. Joned terkorban dalam usaha mempertahankan rimba, tetapi pengorbanannya bukan sahaja menyelamatkan alam, tetapi juga menimbulkan kesedaran tentang keperluan untuk melindungi hutan dan mempertahankan nilai kemanusiaan dalam masyarakat yang semakin materialistik. Kelahiran anaknya yang selamat, Badrul, menjadi simbol harapan di dalam perjuangan mereka.

Secara keseluruhan, ia menceritakan kisah yang mendalam tentang cinta, pengorbanan, dan perjuangan menghadapi cabaran, sambil menyeru pembaca untuk merenung tentang tanggungjawab sosial dan moral masing-masing.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
February 6, 2015
Mandala Dunia Kedua merupakan novel yang mengisahkan berkenaan dua orang individu yang mulai muak dengan kebobrokkan sosial dan juga pembangunan di kota sehingga mereka membuat keputusan untuk tinggal di rimba. Sima dan Jone merupakan sahabat yang berjumpa secara tidak sengaja di sebuah taman dan akhirnya menjadi rapat dengan satu persamaan persefahaman. Jone bukanklah individu yang beragama Islam tetapi berpegang pada moral yang utuh.

Mereka membuat penempatan di hutan dan tinggal berdua dengan bekal moral buat Jone dan iman buat Sima. Ekologi menjadikan mereka lebih menghargai penciptaan yang pada mulanya Jone hanya lebih menghargai proses penciptaan daripada Penciptanya. Sedangkan Sima berpegang kepada konsep kejadian asal muasal alam ini adalah dengan keizininan Tuhan.

Sesekali kita dihidangkan dengan fakta yang dilihat tidak melihat kepada keterikatan tesis tetapi ia lebih kepada campuradukan fiksyen yang menjadikan ia sebagai kata-kata yang mudah difahami. Jika dilihat latar belakang penulis merupakan seorang guru sebelum ini. Tetapi buku ini ditulis bagai penulisnya merupakan seorang ahli ekologi dan sosiologi. Pembacaan yang utuh menjadikan penulis tidak menjadikan fakta sebagai tampalan semata-mata.

Penulis juga memperkenalkan kepada pembaca warisan pepohon rimba yang semakin tidak dikenali generasi kini (termasuk saya). Sesekali saya tertanya, bagaimana rupa pohon mempening? Makanya, menggunakan maklumat dihujung jari, kita belajar untuk mengenali.

Melalui pembacaan karya ini juga, kita memang sedia maklum, pembalakan haram sering kali menjadi persoalan jika berlakunya banjir kilat. Mana tidaknya, pembalakan bisa saja dilakukan dengan gesit tetapi sebarang aduan kepada pihak berkuasa sangatlah lemah tindakannya. Tindakan individu seperti Jones dan Sima dalam membuat kertas kerja pastinya memakan masa sedangkan jika kertas kerja itu dipersetujui, tentu saja habis gondol banjaran Titiwangsa.

Melihat sisi dilema, di mana pengarang meletakkan Sima sebagai individu yang sukar mengelak jika pertolongannya diminta menjadikan Sima individu yang berfikir untuk bertindak. Masakan tidak, bekas suaminya Kadir Shah merupakan dalang terbesar di sebalik pembalakan.

Penulis memberitahu kita secara halus bahawa ekologi manusia kita hari ini juga semakin punah dengan merundumnya kemanusiaan. Kempen selamatkan alam yang selama ini dipropagandakan hanyalah semata-mata iklan dan kertas berwarna. Terkadang, saya juga tidak tahu di mana akan berakhirnya kalau tidak dengan pencemaran alam, banjir kilat, gondola bukit bukau, kurangnya oksigen. Semua ini perkara asas yang kita manusia sedia maklum.

Ada kontranya, tanpa pembangunan kita tidak akan membina suatu ketamadunan mengejar kemajuan. Namun, apa makna kemajuan tanpa kehijauan? Pernah terfikir, atau terbayang, jika satu dunia ini sudah diliputi pembangunan, makanya paras air semakin meningkat daratan semakin berkurang, dan setiap orang itu memakai mask dan tong gas berisi pohon. Jiwa kita sakit. Sakit dengan permasalahan sosial, sakit dengan permasalahan sekitar, sakit dengan permasalahan alam. Semuanya ini datangnya daripada tangan-tangan manusia. Kemajuan harus mempunyai garis panduan yang diperketatkan dengan kehijauan alam yang telah dikurniakan Tuhan. Mungkin, kita ada garis panduan itu, tapi sejauh mana ia diikuti oleh kesatuan masyarakat hari ini. Pasti ada dalam kalangan kita mengkhianati demi kepentingan sendiri.

Ulasan pada kali ini, mungkin saya lebih banyak mendekati pemahaman dan tidak terlalu fokus kepada watak kerana bagi saya, isu yang dibawa oleh allahyarham Pak Azizi ini belum berakhir kerana itu, di akhir pembacaan ia seperti bukan yang kita hendak. Pak Azizi meninggalkan kita dengan tindakan kita sebagai seorang manusia, sebagai seorang khalifah
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
March 13, 2013
Saya kira saya adalah peminat kepada karya Ustadz Azizi Abdullah. Semoga Allah meletakkan rohnya ditempat golongan yang soleh. Novel terakhir ustadz Azizi, sebuah novel yang saya kira amat teliti penulisannya bagi seorang penulis yang sedang bergelut dengan kesakitan, novel ini memperlihatkan betapa luasnya pengetahuan penulis tentang alam semulajadi, kehebatan Maha Pencipta,kerakusan sang Politikus, semangat seorang pensyarah sains sosial dan ahli ekologi dalam mencari dunia yang jauh, jauh dari segala bencana yang sedang menimpa dunia konkrit, wayar, kabel..jauh akhirnya sepasang golongan professional ini mengembara ke banjaran titiwanngsa. ingin jauh dari kerakusan dunia dan isinya.
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
October 31, 2012
alhamdulillah..banyak ilmu/pengetahuan baru yg dperolehi. Membuka mata lebih menghargai dan berhati-hati..hee.

"Seperti serik dengan ragam kehidupan kota, dua watak utama yang mengalami nasib serupa mencari solusi dengan bertekad mencipta dunia tersendiri(di Rimba). Dunia yang aman, mesra, bersih atau seperti kata 'Joned'-kehidupan bermoral tinggi-. Lagi seronok bila banyak perumpamaan antara warga rimba dan warga kota dibuat"

Karya terakhir penulis yang memberi kesan, Al-Fatihah buat Al-Marhum Ustaz Azizi Haji Abdulullah.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
September 24, 2014
Takut berdepan dengan masa kini yang penuh caca marba serta
masa depan yang belum pasti, perlukah mencari mandala dunia kedua?

Bercerita tentang hutan dan kehidupan di dalamnya, sudah pasti tiada searif arwah Tuk Ya.Terasa-rasa kita juga berada dalam dunia itu, bersahabat dengan alam dan bermesra dengan para penghuninya.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
November 26, 2012
Penulis berjaya membuatkan pembaca seolah betul-betul berada di dalam hutan...tapi penghujung cerita agak menghampakan...
Profile Image for Arash.
3 reviews
Read
July 16, 2012
Serasa membina mandala sendiri seusai membaca karya terakhir sifuku ini.
Profile Image for Zainaza.
2 reviews
October 13, 2012
2nd book of Azizi Haji Abdullah that i read after Seorang Tua Di Kaki Gunung. Feels like the ending is too abrupt
Profile Image for Keon Safaai.
37 reviews
September 3, 2014
Terasa bagai diri dibawa sama dengan Sima dan Jone ke tengah banjaran Titiwangsa. Pengakhiran yang tiba-tiba, tapi beri ruang sendiri untuk saya berfikir apa nasib mereka.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.