Jump to ratings and reviews
Rate this book

Telegram

Rate this book
"Acukan saja kaliber itu ke arah aku yang pelurunya terbina daripada cinta dan hati kamu. Bilanglah sampai tiga untuk tarik picunya. Aku bilang sampai dua."

84 pages, Unknown Binding

First published January 1, 2011

2 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Mosyuki Borhan

9 books25 followers
Pria berdarah Jawa ini sekadar pemain teater dunia yang lahir dengan sedikit gila; menganggap dirinya sang pemimpi yang akan terus menulis dan takkan pernah penat mengejar mimpi walau dipaksa tersungkur berkali-kali.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (23%)
4 stars
12 (46%)
3 stars
8 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
March 6, 2012
Aku membacanya saat orang lain sedang tidur dan tinggal seorang yang habiskan separuh malam lagi dengan bermain Beach Head. Dia seorang tukang masak yang cuba meletupkan buah hiasannya yang sudah diukirnya petang tadi.

Kata Wani Ardy; "Menembak tepat ke jantung. Seperti mesej-mesej dalam utusan telegram." Dan aku membayangkan kalau-kalau kekasihku menerima utusan telegram dari medan perang yang mengatakan aku 'lost in actions'. Betapa sedih tapi begitukah rasanya?

Buku koleksi puisi-puisi pop Mosyuki Borhan ini bertepatan kalau ianya untuk para Sang Pemimpi. Jangan terlalu ditagih lebih-lebih darinya kerna sebagai seorang yang inginkan impiannya tercapai, buku ini sudah cukup memadai.

Isi

Kotak hati aku
takkan pernah penuh.
meskipun cinta kamu
bersesak-sesak
di dalamnya.

Itu salah satu puisinya. Aku suka. Sebagai seorang lelaki yang tidak pernah puas terhadap satu2 cinta. Sentiasa berusaha meyakinkan kepada kita bahwa lelaki itu juga pengumpul koleksi cinta.

Puisi-puisi popnya sangat menyenangkan, memudahkan kita berehat dengan tenang selepas membacanya. Aku fikir ia tidak sejauh mana langkahnya dengan penulis prakata pada buku ini, Wani Ardy.
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
May 7, 2012
Aku bacakan isi di dalamnya untuk orang yang aku suka, dan dia suka.
Profile Image for Addin.
7 reviews
May 15, 2013
koleksi puisi pop yang agak manis!


aku mula kenal karya si syuk ni lalu video puisi dia, Kelas Pertama dideklamasi kat Boco #5. mana aku dapat pun tak ingat tapi situasi sekitar muka buku. gaya dia baca puisi mcam bahasa Indonesia and feels like wahhhh, *bebunga api*. gitulah mula debunga-2 suka kat puisi tu bermula.
3 reviews1 follower
May 16, 2013
tersenyum baca. karya yang manis . . penuh isi. boleh di tambah berkali kali.

tahniah, syuk--
Profile Image for H..
28 reviews7 followers
September 12, 2013
Lebih menggemari tulisan tulisan beliau dalam Rahsia 2 Pria berbanding Telegram.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.