Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Minda Tajdid: Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat

Rate this book

224 pages, Unknown Binding

First published November 21, 2011

12 people are currently reading
85 people want to read

About the author

Mohd. Asri Zainul Abidin

39 books126 followers
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin is a national Malaysian descent Malays. His first term of Perlis Mufti had been from 2006 until 11 November 2008. His second term as Mufti of Perlis began on 2 February 2015. He got his doctorate from University of Wales, Lampeter, United Kingdom. In the meantime he is also a columnist for 'Minda Dr. Maza or "Pena Mufti" in the newspaper Mingguan Malaysia since March 11, 2007. All his writings are recorded in a book called "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" published by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, a subsidiary of The Star Group which was inaugurated by former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad on 21 April 2010.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (32%)
4 stars
75 (50%)
3 stars
25 (16%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 2, 2019
Himpunan 24 buah artikel lama yang topiknya masih releven. Menyentuh pelbagai isu seperti ibadah, fanatik mazhab, politik dll. (Antaranya ditulis awal era DSN sebagai perdana menteri.) Boleh diulangbaca untuk refresh memori. 3.5*
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
October 14, 2012
Seperti biasa, kumpulan artikel Dr. Asri sangat mencerahkan dan membuka minda, malah sangat sesuai dengan konteks semasa. Buku ini dimulakan dengan beberapa artikel yang berkait rapat dengan suasana di barat, atau setidaknya sejarah barat dan pengajaran di sebaliknya, serta pandangan Islam terhadap situasi tersebut. Tetapi bermula di bahagian tengah buku, artikel yang dimuatkan hampir tiada apa-apa kaitan pun dengan unsur travelog yang ditunjukkan di hadapan buku - sehinggalah artikel akhir. Ini semua hanyalah artikel-artikel yang pernah dimuatkan di blognya sahaja sepanjang tempoh keberadaannya di United Kingdom. Dalam artikel terakhir Dr. Asri menulis, beliau tidak begitu suka menulis tentang dirinya sendiri (apa yang dialaminya sebagai contoh) sebaliknya pembaca boleh melihat yang artikel tentang Barat yang ditulisnya lebih menjurus kepada suasana dan sejarah Barat. Sebab itu jika anda ingin membaca buku ini, jangan harapkan tulisan seperti yang terkandung dalam travelog-travelog Ustaz Hasrizal. Apapun, hanay disebabkan faktor ini, saya berikan 4 bintang, jika tidak, artikelnya sudah tentu 5 bintang!
Profile Image for Zaid.
29 reviews1 follower
July 17, 2012
Memang seperti apa yang aku expect dari Dr Asri. Pandangan beliau tentang isu isu samada di Malaysia atau antarabangsa sentiasa memihak kepada pihak yang tertindas. Beliau tidak mahu dengan penyakit Islamophobia, Islam dilihat sebagai 'pengganas', 'penindas'.

Tentang isu isu ibadah pandangan beliau boleh dirumuskan dengan "Tegas dalam Aqidah, Luas dalam Fiqah".

Cuma satu je yang aku pelik kenapa buku ni bertajuk 'Travelog'.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
August 30, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

Satu pandangan yang kritis dengan hujah dari al-Quran dan hadis. Setiap isu yang dikupas dijelaskan dengan baik tanpa ada unsur politik mahupun kritikan kepada mana-mana pihak. Idea bernas dan mencakupi segenap aspek mengikut disiplin ilmu.

* Himpunan artikel ini ditulis semasa penulis mengambil cuti sabatikal di Lampeter, UK.
Profile Image for Mohd Iqbal.
20 reviews
December 25, 2016
Buku yang membuka mata dan minda. Antara isi yang penting adalah untuk meletakkan Islam pada tempat yang wajar, iaitu lebih tinggi dan lebih utama dari kuasa politik dan istana.

Buku yang santai walaupun isunya agak berat. Tak terlalu mendalam tetapi cukup untuk jadi dasar yang bagus.

Moga Dr Maza terus diberi kekuatan untuk berkongsi buah fikirannya dengan semua penuntut ilmu.
Profile Image for Mar Riyshanuha.
1 review
June 4, 2017
Penulis mengulas isu-isu semasa dari konteks yang sangat mudah difahami.
Baik dari isu Wahabi, isu Politik tanahair, mahupun isu Melayu.
Selain itu, topik yang juga menarik untuk dibaca adalah "Jangan Lebih Lajak dari Laju"
So this book is highly recommended!
Profile Image for Nazhirin Harun.
6 reviews
July 16, 2021
Alhamdulillah membuka mata dan minda dalam cara hidup beragama. Bertapa luasnya agama Allah. Terasa ingin jugak mengembara ke tanah asing untuk melihat sendiri kehidupan muslim di pelbagai tempat
Profile Image for MAJ.
9 reviews
September 29, 2022
Membuka minda, mentajdid fikrah.

الكمال لله وحده

30 Sep 2022

MAJ
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
March 14, 2024
Boleh rujuk kembali di libby. Banyak isi yang menarik menyentuh tentang politik dan kenegaraan. Serta seruan tajdid membinkan anak dengan ayah yang bukan Islam
Profile Image for Damaisuria.
75 reviews13 followers
June 10, 2013


Seperti yang diungkap oleh pemikir dan ulama, Dr Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr MAZA:

Tajdid atau pembaharuan (renewal) adalah satu keperluan. Jika tidak kerana gerakan atau usaha tajdid sepanjang sejarah umat ini tentulah Islam menjadi begitu lemah dan hilang kemampuannya. Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyebut: “Sesungguhnya Allah akan menghantar untuk umat ini setiap awal seratus tahun sesiapa yang mentajdidkan untuk umat ini agamanya”.

Tajdid bukan bererti mendatangkan agama baru. Di sini dua maksud tajdid boleh diberikan; pertama, tajdid bermaksud mengembalikan wajah asal agama seperti kita membaharukan semula sesuatu yang telah menjadi buruk atau akan luput tarikhnya. Pembaharuan atau tajdid bererti yang asal itu wujud, tetapi keadaan dan masa menuntut ia dibaharukan. Contoh yang praktikal adalah kita membaharukan lesen memandu atau selainnya. Lesen asal itu ada, tetapi dipembaharuan dibuat disebabkan ia menjadi lama atau luput.

Kedua, tajdid juga boleh bermaksud benar-benar mendatang sesuatu yang baru disebabkan kerana keperluan dan tuntutan yang baru yang tiada pada zaman sebelumnya seperti manusia mengadakan kenderaan moden, tetapi atas asas yang sama iaitu kehendakan manusia untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Profile Image for Hazmi Al-Wafi.
19 reviews2 followers
March 19, 2015
Islam itu indah. Tidak terikat dengan mana-mana tokoh, parti politik atau mana-mana institusi sekalipun. Dalam buku ini, banyak isu yg membuka minda (dan haruslah, saya masih perlu merujuk dengan lebih disiplin).

Perihal poligami dan wahabi contohnya. Malah ada juga dibicarakan di dalam satu artikel mengenai isu yg berputar sebulan dua ini; berkaitan ulama dan profesional dalam pemerintahan. Dan betullah, pertembungan (yg sengaja ditimbulkan sesetengah pihak) ini lebih banyak membuang waktu drpd membuahkan manfaat.

Juga pelbagai artikel lain yang menjernihkan. Teruja juga saya untuk merasai pengalaman merantau di negara Barat. Saya sendiri sudah immune dengan kerenah arab di sini. semoga baki beberapa tahun di bumi anbiya ini, dpt dimanfaatkan sepenuhnya utk kebaikan semua.

Semoga Allah merahmati penulis.
Profile Image for Azzam Syafiq.
17 reviews4 followers
March 26, 2013
Boleh dikatakan buku ini ialah sambungan buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, kerana buku ini mengumpulkan tulisan-tulisan Dr. Mohd Asri yang telah dipaparkan di blog beliau, www.drmaza.com selepas beliau melepaskan jawatan sebagai mufti Perlis. Seperti biasa, Dr. Asri mengulas isu-isu semasa dengan ilmiah dan kritikal, dan menggalakkan pembaca untuk sendiri mengkaji Islam, bukan sekadar taqlid buta dan ikut ustaz semata-mata.
Profile Image for Anas.
142 reviews4 followers
September 27, 2014
Pandangan dari drMaza sememangnya menyegarkan. Pendapat yang berlainan dari pendapat kita tidak semestinya salah, berlapanglah dada dan buka ruang untuk diskusi.
1 review
August 26, 2016
Masih kekal relevan dengan keadaan semasa walaupun terbit pada 2011 (sesetengah artikel ditulis lebih awal).
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.