aku mengambil masa tak sampai satu hari untuk menghabiskan semua cerita-cerita pendek ni...:)
bagi aku, cerita ni,memang bermain dengan perasaan. bagi aku hampir kesemuanya cerita dia bagus. tapi ada juga cerita yang aku rasa tak sampai pada aku dan buat aku rasa macam nak skip je cerita tu, sebab aku rasa penulis tu je yang faham dia tengah tulis apa sebab dia macam tak peduli yang aku ni tengah baca kisah dia. tapi, aku tetap baca setiap patah perkataan dari mula sampai habis..:)
dan setiap cerita demi cerita buat aku terus ingin menyelak ke halaman seterusnya bagai tak mahu berhenti. aku dapat merasakan 'perasaan jatuh' dalam kispen2 yang ada.
hampir keseluruhan penulis yang menulis dalam cerita ni buat aku terkesan...
dan ya, aku agak bengang dengan kispen2 yang bersambung (kehkehkeh) sebab aku tengah khusyuk membaca sekali dia bersambung daaaa... buat aku rasa lebih excited nak tunggu vol 2..
jadi, i'm looking forward to vol two, iweep kan? :)