DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.
Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.
Sedikit terganggu kerana acapkali disebut yang bayi itu ada kaitan dengan si lelaki. Bukankah anak luar nikah tiada pertalian dengan lelaki yang menjadikannya. Malahan kalau lelaki itu bernikah dengan ibu bayi itu pun, tarafnya hanya selayak bapa tiri sahaja. Itu sebab perlu menjauhi zina. Kerana dosa yang ditebus, tidak akan menjadikan anak itu anak kandung si lelaki walau berkongsi DNA yang sama. Anak itu hanya akan mengikut nasab sebelah ibunya dan pihak lelaki tiada sekelumit hak pun.
Bab yang melibatkan hukum hakam agama ni kena diperhalusi sebelum berani mencuba dilahirkan ke bentuk tulisan. Takut mengelirukan pembaca yang sebilangan besarnya memang sedia keliru. Tak perlu disebut bapa bayi itu. Dia tiada hak. Dia bukan bapa bayi itu.
Sejujurnya, saya merindui karya karya terdahulu di bawah rumah penerbitan Alaf 21. Dan sebenarnya, saya pernah sahaja membaca naskhah Aku Cinta Dia bertahun dahulu. Namun saya terlupa untuk melakukan resensi terhadap buku ini. Dan pada itu tidak silap, saya berharap karya ini diangkat ke layar kaca kerana terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil. Dan saya kira ini antara karya Sharifah Abu Salem yang terbaik namun dikategorikan sebagai underrated.
Alhamdulillah 2024 ini diberi peluang untuk menelaah semula karya penuh ilmu ini. Dan telah dijadikan sebagai drama rantaian di TV3. Novel setebal 500 halaman ini membawa kita mengenal kisah hidup Dania yang hancur kerana masa silam. Namun, ternyata Dania silap kerana Tuhan memberikan dia peluang kedua untuk meneruskan takdir hidup. Di Wadi Saffiyah, dia dipertemukan dengan Iqbal, lelaki yang dalam diam telah membuatkan cintanya makin dalam pada Tuhan dan Rasul. Dapatkah mereka menyatukan cinta yang dipendam?
Kesimpulannya, novel Aku Cinta Dia ini saya kira antara karya yang perlu ada dalam Senarai Bahan Bacaan 2024 kerana bukan sahaja mengetengahkan tentang kisah cinta sahaja, namun penulis menerapkan juga kisah penghijrahan, kasih sayang sesama makhluk dan terutama kepada Tuhan Yang Satu, begitu juga kisah keluarga yang pasti meruntun jiwa semua pembaca.
Wadi Saffiyah (WS) dibina atas dasar tanggungjawab Hj Mukri dan Ummi Saffiyah. WS menjadi tempat perlindungan, tempat pendidikan dan puteri-puteri mendapat kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada mereka berdua.
Dania yang telah terlanjur perbuatannya dihantar oleh Datin Kay setelah Datuk Sufian mengugut untuk membunuh janin tersebut. Dania diterima dengan penuh kasih sayang oleh keluarga WS, termasuk Ustaz Iqbal. Agak kehairanan apabila Dania ditatang sebegitu oleh mereka, rupa-rupanya ada ikatan yang mengikat Dania dan keluarga Hj Mukri.
cinta terbaik adalah cinta yang datang dengan izin Allah S.W.T sebaik-baik cinta adalah cinta kepada Allah S.W.T dan Rasulnya...dan cinta itu haruslah tidak melebihi daripada cinta dari NYA dan Rasul...