Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
Actually aku tak jumpa ayat yg sesuai untuk review JODOH ITU MILIK KITA. Terperangkap dengan novel ini bila terpandang si Tizz a.k.a Dahlia di tv.... so, untuk insan gelojoh seperti aku - kena baca novel baru tahu apa yg ingin diceritakan.
Klise novel biasa. Cuma yg meng-luarbiasa-kan JIMK, keterbukaan Dahlia dan Aariz menerima jodoh yg telah ditentukan. Dan juga mungkin Syafiq hanya sempat dikenali Dahlia untuk tempoh beberapa bulan, kerana itu insiden you-left-me-on-my-own-wedding-day memudahkan Dahlia menerima Aariz sebagai suaminya.
TAPI....
Fakta aku-tidak-sempurna-untukmu yg 'dilelong' sepanjang penceritaan ini agak menghampakan. Seawal pembacaan, aku dah mengagak - mesti ada kaitan dengan asal-usul si Aariz (x terpikir pulak bab taiko-menaiko mcm sahabat2 yg lain). Tapi, selaluya bab asal-usul-salasilah-keturunan ini selalunya 'membelenggu' si gadis bukannya si teruna, so nampak sedikit 'off' di situ.....
DAN...
Aku paling terganggu dengan cara penulis 'mengawal' (ini perkataan paling sesuai yg aku jumpa) watak-wataknya. Penulis bersikap serba tahu untuk rasa semua pelakunya. Penulis campurtangan dengan memasukkan penjelasan (yg x perlu) untuk watak2 sampingan terutamanya si Teja, Reza, Joshua, Alya dan Jarrad. (for me)... Ada kalanya pelaku-pelaku perlu dibiarkan 'bergerak sendiri' tanpa perlu memperincikan setiap logiknya perlakuan atau dialog yg dituturkan. Lebih sesuai jika hanya pelaku2 utama yg dikawal oleh penulis. Biarkan pelaku2 lain hanya menambah seadanya sahaja.....
Sejujurnya, aku hampir menamatkan pembacaan hanya kerana campurtangan penulis yg agak keterlaluan ini .... :(
Gila tebal buku ni. I would’ve devoured this book if I read it circa 2010-ish. Tapi mungkin sekarang attention span kita macam goldfish, so rasa jenuh la nak habiskan.
Satu jelah ye. Mental sungguh adik si ML tu. Inferior namatey.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Boleh tahan stressful jugak baca buku ni.
Love (in no particular oder):
1. Lia and Aariz. Dorang sangat sweet and cute. Despite their circumstances, mereka cuba untuk make the marriage works. Mereka saling menghormati dan mengambil berat walaupun mereka bukan berkahwin atas nama cinta.
2. The big, bad, secret. Aariz rasa dirinya tak layak untuk Dahlia, especially when Syafiq came back into the picture. Dia cuba menjauhkan dirinya daripada Lia, dengan harapan Lia akan membenci dia dan dia pun dapat mengurangkan rasa sayang pada Lia. Aariz ingatkan apabila Dahlia tahu status diri dia yang sebenar, Lia akan rasa jijik tapi sebaliknya yang berlaku. Lia bertambah sayang dan lebih nekad untuk mempertahankan perkahwinan mereka.
3. Lia. Pada mulanya N rasa biasa-biasa ajer dengan watak Lia. Suka tidak, tak suka pun tidak. Tapi N menjadi suka pada Lia selepas dia bersungguh-sungguh nak selamatkan perkahwinan dia. Lagi Aariz tolak, lagilah dia berkeras.
Kurang suka:
1. Pace. N rasa cerita ni terlalu panjang dan agak slow. Mula-mula best, pastu sampai tengah-tengah N dah rasa bosan, especially semasa Aariz beriya-iya sangat nak rahsiakan siapa diri dia yang sebenar. Rasa geram pun ader. Lepas tu bila dah nak dekat habis, cerita jadi best balik.
2. Plot. There's nothing that really interest me. Cerita dia biasa sahaja, begitu juga dengan cara penyampaiannya.
Tak suka:
1. Syafiq. N memang tak berkenan betul dengan sikap dia. Busuk hati nak mampus. Ending untuk watak Syafiq is just too nice. Walaupun dia bersebab untuk bersikap macam tu, N still tak boleh maafkan dia.
Lamanya aku ambil masa untuk baca kisah semudah ini? hahaha
Full review: 30/10/2013
Berborak secara maya dengan Kak Shahzy dan Mai, katanya kisah ini sudah ‘ditayang’kan di kaca TV. Amboi, Rina! Tu pun tak tahu hahaha. But seriously, nasib baik ada informer seperti mereka :))
JIMK punya opening yang cukup tragik. Kudos! Antara sebab kenapa aku mahu baca dan baca kisahnya walaupun kesinambungan selepasnya itu sudah boleh ditebak awal-awal. Tetapi terima kasih cik penulis kerana tidak menjadikan kisah selepas kahwin Dahlia dan Aariz sebagai kisah i-hate-you-hate-me. Tidak.
Sedikit berlainan bila kisah kahwin-terpaksa-tanpa-cinta ini, masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan takdir yang tiba-tiba menyatukan masa depan mereka. Tanpa diduga baik Aariz dan Dahlia boleh saling bertoleransi dalam membina hubungan mereka. Give and take. Bukan menyalahkan diri atas ketentuan-Nya. Itu lebih menyenangkan minda. Hati pun jadi tenteram bila tiada kisah sang suami mendera atau memaki-hamun si isteri sesedap rasa.
Adegan-adegan yang mencuit hati antara Aariz dan Dahlia memang sweet. Saling ambil masa untuk menyedari yang cinta sebenarnya sudah terbit di hati. Cuma ya, aku letih dengan adegan tarik tali si Aariz tu. Gayanya dah tak ubah seperti perempuan yang putus harapan. Cett.. mana perginya brutal si Aariz? hohoho
Dan sebenarnya lah kan, bila saja Aariz dikatakan ada sejarah hitam yang menyakitkan. Minda sudah terasa yang Aariz ni ex-taiko hahaha. Sengal! Tapi yalah, Aariz tak sudah-sudah mengatakan yang dia tak layak untuk gadis sebaik Dahlia. Ditambah pula dengan gaya Syafiq yang ada masanya begitu menggeruni abangnya. Manalah aku tak fikir lain. Tapi sejarah Aariz memang menyedihkan. Penulis bijak memanipulasikan kisah Aariz ketika kecil itu. Momennya dilakar dengan baik, haih… terharu jugalah dibuatnya.
Keseluruhannya aku cukup terhibur dengan JIMK. Laras bahasa yang mudah dan santai, plot yang kemas dan tersusun memang menyenangkan para pembaca untuk membacanya dengan sekali hadap.Walaupun mungkin sedikit meleret, tetapi ia ditamatkan dengan baik sekali.
Dan aku harus mengakui kata Dyh, aku jatuh kasihan pada Syafiq. Lelaki itu ada luka yang amat dalam. Menyedarkan aku ada masanya seseorang itu bertindak kerana mahu melindungi hatinya daripada terluka lagi… mungkin dia tak rasional, tapi hatinya. Siapa yang lebih arif tentang hati kalau bukan diri sendiri, kan?
Ni lagi satu novel Nisa rasa menyesal tak baca awal2..Nisa biarkan terpending sampai hampir setahun..Kisah kahwin paksa yang agak lain dari yang berlambak di pasaran.
Pn Marina sangat ingin bermenantukan Dahlia..Syafiq terpaksa menerima kerana ibunya mengidap kanser usus. Tapi, apabila ibunya selamat dalam pembedahan..Syafiq membuat keputusan untuk lari sebelum majlis pernikahan berlangsung dan pergi ke Wellington untuk mendapatkan kekasihnya.
Bagi menyelamatkan maruah keluarga..Aariz, abang Syafiq (merupakan anak angkat) diminta mengantikan tempat sebagai pengantin lelaki. Aariz akur kerana baginya keluarga adalah segala2nya, walaupun persetujuannya itu melanggar sumpah hidupnya..dia tidak akan berkahwin.
Aariz seorang suami yang baik, bertanggungjawab, sentiasa melindungi...Cuma dia seorang yang sangat rendah diri dan merasakan dirinya tak layak untuk mana2 perempuan kerana asal usulnya..dia menganggap dirinya sangat jijik.
Kebaikkan Aariz mengundang perasaan cinta di hati Dahlia. Namun kepulangan Syafiq..selepas cintanya ditolak.. memporak perandakan segal2nya..dengan perasaan iri yang tidak pernah padam dalam hatinya..Syafiq menghasut Aariz dan Dahlia tentang asal usul Aariz..membuatkan Aariz cuba menjauhi Dahlia dan Dahlia sendirian cuba menyelamatkan rumah tangganya...Syafiq pula semakin tenggelam perasaan hasadnya sehingga sanggup cuba melakukan sesuatu yang tidak patut dia lakukan... ~ Happy Ending~
Pada mulanya nisa rasa benci sangat pada Syafiq ni...tapi akhirnya jadi simpati pula...memaafkan tu kan lebih baik...
Buku ni tebal ya. Overall buku ni oklah, jalan cerita yang agak biasa-biasa saja. Mungkin juga sebab buku ni diterbitkan dah lama. Kalau aku baca ketika cerita ni keluar dulu2, mungkin aku akan suka. Tp maybe juga sbb aku start baca karya Kak SA dengan Aku Lelakimu, jadi cerita yang ini kurang umphnya daripada karya Kak SA yang lain 😌
Papepun, aku still suka dgn writing style Kak SA. Part emosi tu memang sampai. Cuma buku ni bagi aku sedikit draggy sebab ada certain scenes yang aku rasa mcm haish, cepatlah semua ni settle. Hahahah. Geram aku kadang-kadang dgn perangai Aariz 😤 Part degil dia tu yg aku geram. Tp yang lain tu aku suka. Aariz ni sangat 🤌🏻🤌🏻 dalam dia berusaha hidup dengan FL dan sayangnya dia pada keluarga dia tu 🩵
FL pun aku suka 💕 Memang gue salute 🫡 Tabah betul FL ni, dan jenis yang sgt matured bila dia hadap situasi tu. Marah is normal, tapi dia selalu cam pertimbangkan dari pelbagai side 👍🏻 Papepun, comel betul relationship diorang di awal2 tu. Cuma bila part konflik hujung2 tu je yg jd cam draggy sikit. Syafiq pun aku geram tp at the same time mcm kesian. Ntahlah, memang apa yg dia buat tu salah dan tak boleh dijustifykan cuma ada part yg aku rasa syafiq ni kalaulah dia dpt kasih syg yg sepatutnya. Huhu. Maybe la kan dia tak jd gitu. 🤧
Overall, an ok read for me. Now, nak baca kisah syafiq pulak. 🙊 #emptycanvashida
First time baca buku tebal macam ni. Sekarang baru berjinak-jinak baca buku novel melayu. Selalu baca novel english. Okay, Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan Dahlia, yang dijodohkan kepada Syafiq oleh Puan Marina. Akan tetapi, semasa hari pernikahan mereka, Syafiq menghilangkan diri dan perkahwinan diteruskan juga. Dahlia berkahwin dengan abang Syafiq, iaitu Aariz. Aariz amat menghormati Dahlia dan mereka saling mengenali dengan 'berkawan' terlebih dahulu. Lama kelamaan, mereka jatuh cinta dalam diam. Akan tetapi kepulangan Syafiq membuatkan Aariz berasa bersalah kerana baginya, dia telah merampas Dahlia daripada Syafiq. Aariz juga terkenang masa silamnya yang pahit dan risau sekiranya Dahlia tidak dapat menerima dirinya. Perbuatan Syafiq yang sengaja mahu melihat rumah tangga Aariz dan Dahlia runtuh agar Dahlia dapat kembali kepadanya. Namun hati Dahlia hanya untuk Aariz. Akhirnya Syafiq menyesali perbuatannya dan berharap agar Aariz dapat menjaga Dahlia sebaik-baiknya. Cerita ini membuat saya sedikit tersentuh dengan keikhlasan seorang isteri kepada suami.
cerita yang tipikal... boleh diagak jalan ceritanya... boleh la dibace untuk mengisi masa lapang... memang tak minat nak beli novel ni sebelum ni, tp sebab ade 40% diskaun dekat mph online... beli je... bole la dibace...
Membeli buku ini semasa membaca review yang 'outstanding' dan ura-ura buku ini bakal didramakan. Farid Kamil dan Tiz Zaqyah pelakon-pelakonnya. Lepas episod pertama, rasa tak sabar nak tahu ending. Jadi, terus memandu ke kedai buku lepas kerja.
Menghabiskan dalam semalam. Sampai bab 30 dah baca on9. Jadi tinggal separuh buku sajalah kan. Jujur, masa baca sampai bab 30 yang tergantung online, saya amat berharap ingatkan rahsia si Aariz sebenarnya, ex-gengster.(Faham tak otak yang dah diracuni dengan geng kongsi gelap kat berita/filem sekarang?) Yela, baca macam adik dia tu cuak sangat dengan abang dia.
Memang Puas hati. Best.Garapan yang baik, plot yang tersusun untuk karya pertama Sara Aisha. 5 stars full.
Suka flow cerita dia. Tersusun. Karakter pun tak banyak, senang nak ingat. Cerita dia simple je. Dahlia sepatutnya kahwin dengan Syafiq, namun Syafiq menghilangkan diri hari kahwin. Abang Syafiq iaitu Aariz jadi pak sanggup. Aariz kerja jurutera kimia, umur 30 tahun, bawa BMW X6. Dulu bekerja di Australia selama 6 tahun. Pastu dia offer nak bagi Dahlia RM3000 sebagai perbelanjaan bulanan nak tunjuk betapa kayanya hero lelaki ni.
Bila Aariz jadi pak sanggup. Maka macam biasalah, ada adegan-adegan tersuka waktu tinggal bersama. Syafiq pula dengki tengok kebahagiaan abang dia (yang merupakan anak angkat - mak kandungnya dirogol), lalu bergaduhlah dua beradik itu dari awal sampai akhir.
Aariz baik sangat😭🤍 and Dahlia sumpah girl crush ya🔥
Tpi sumpah tak tipu, nama betul Aariz tu mmg terngiang ngiang ye dlm kepala. And sampai search la perkuburan Navotas tu, bila tgok sumpah rasa kesian and seram jugak bila tgok.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dahlia: Ditinggalkan bakal suaminya, Syafiq, pada hari pernikahannya. Hanya nota yang ditinggalkan buatnya.. "Buat Dahlia, I'm so sorry. Saya ingat saya boleh meneruskan perkahwinan ini, for the sake of Umi. Tapi saya gagal!! Please forgive me... Syafiq"
"Bagi seorang perempuan, maruah akan datang sekali aje seumur hidup dia. Tapi bagi lelaki, kau orang buatlah apa-apa pun, orang takkan cakap sepatah pun. Tapi saya... maruah saya dah pun dipijak-pijak oleh Syafiq."
"Believe me, orang kat luar sana tu takkan salahkan Syafiq sebab tinggalkan saya. Dia orang akan cakap... ada something wrong dengan saya. Akhirnya, semua akan jadi salah saya."
Aariz: "Menangislah. Tak salah untuk awak menangis, Lia. Awak mesti letih, kan? Letih untuk menjadi kuat."
Namun, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dia rasakan waktu itu. Dia juga tidak ingin berkahwin dengan Dahlia, tetapi baginya maruah keluarga Tuan Haikal wajib diselamatkan. Walaupun itu bererti pengorbanan untuknya. Walaupun itu bererti kehidupannya akan berubah untuk selama-lamanya. Ibunya diperkosa dan lahirlah Aariz ke dunia ini.. Dan kerana sebab itu jua lah, perkahwinan mereka diduga.
Sungguh! Dahlia seperti punya kuasa istimewa untuk menzahirkan sifat yang tersembunyi dalam dirinya. Isterinya itu tidak perlu langsung untuk mengubahnya, sebaliknya tanpa sedar, dirinya sendiri yang bertukar menjadi Aariz Danial yang baru. Tidak pernah punya keinginan untuk berkahwin, tapi boleh pula dia menikahi Dahlia. Tidak pernah senyum dan ketawa, tetapi boleh pula dia menjadi periang di sisi Dahlia. Tidak pernah punya sifat nakal, tetapi boleh pula dia menyakat Dahlia terus-terusan.
Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!
“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia
Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!
“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz
Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
Dahlia ditinggalkan tunang pada hari pernikahan. Demi menjaga maruah kedua keluarga, Aariz, abang tunangnya, sanggup menjadi bidan terjun.
Tapi Shafiq, bekas tunang kini adik iparnya kembali demi satu dendam yang telah lama tersemat dihati. Tekad Syafiq hanya satu, Aariz tidak akan sesekali bahagia.
* * *
Dahlia memang watak yang lain dari selalu saya baca. Dia tak emo yang keterlaluan. Riang ria aje macam kanak-kanak walaupun usianya dah 26 tahun. She's simply amazing. And a plus because she's not annoying.
Aariz pula ada sejarah silam yang membuatkan dia rasa dirinya jijik ya amat. Jadi dia selalu rasa dirinya tak layak untuk sesiapa. Tapi demi maruah keluarga, dia sanggup juga berkorban. Lepas dapat tahu rahsia Aariz, saya tak terkata. Sebab...itu je ke. Saya dah andaikan lebih teruk dari tu.
Saya tak tau nak rasa apa untuk Shafiq. Marah iya sebab dia sanggup nak musnahkan kebahagiaan abangnya, simpati pun iya sebab he's a lonely child.
Ya, kisah hidup Shafiq tak setragis kisah hidup Aariz. Tapi apa yang lebih menyedihkan dari seorang anak yang diabaikan oleh ibu bapanya atau dibandingkan dengan adik beradik yang lain? Bandingkan Aariz dan Shafiq akan meletakkan saya sama saja dengan parents yang suka bezakan anak-anak.
Ya, Shafiq dah dewasa untuk bezakan baik dan buruk. Dan sayangnya, dia pilih buruk. Pilihan Dahlia dengan hukumannya tu sebenarnya paling tepat. Tiada apa yang paling membunuh dari rasa bersalah.
Jadi pada penghujung cerita, saya impikan happy ending untuk Shafiq. A story just for him and his jouney to redeem himself.
This story is so good yet so painful. 🥹🥲 Perasaan masa membaca tu macam roller coaster. Geram ↘️↗️ Suka ↘️↗️ Marah ↘️↗️ Sengih
Lelah. Sangat lelah dengan perwatakan Aariz Danial terutamanya. Terlalu ada sifat 'selfless', konon nak lepaskan orang yang dia sayang & cinta demi kebaikan orang tersebut walhal orang tu pun sayang & cintakan dia. Dia cam, hah? Motif? Dia terlalu rasa rendah diri dengan sejarah silam dia sehinggakan rasa diri dia tak layak untuk sesiapa. Sampaikan pernah bersumpah dia tak nak dan takkan kahwin dengan sesiapa. Last-last, termakan sumpah tu. Disebabkan adik dia, Syafiq buat gila larikan diri semasa majlis akad nikahnya, Aariz step up untuk jadi pengantin lelaki terjun. Demi maruah keluarganya.
Apart of sifat selfless dan baik tak bertempatnya, Aariz ni green flag je. Okay je. Tapi tulah. Lelah dengan sikap dia yang kadang buat Dahlia macam barang. Mudah-mudah je dia main passing passing. Bila dia nak, dia akan hargai. Bila dia tak nak (kononnyalah), mudah-mudah pulak dia nak serahkan isteri dia ke adik dia pulak. Bukannya dia tak tahu betapa bencinya Dahlia dengan Syafiq yang pijak-pijak maruah dia dan keluarga di majlis yang sepatutnya jadi akad nikah mereka.
Dahlia, mujur dia tak terlalu mengikut rentak gila Aariz. Just love how she stood herself for the sake of their marriage 🤌🏼✨. She's a strong lady 💪🏼🔥. People around her pun sangat supportive.
Syafiq— si psycho dan pedendam yang tersakiti dengan people around him. Saya marah dan geramkan anda. But it's okay. I give you a chance. Saya cuba memahami anda dalam Pembuka Hati nanti. 😌
Dahlia Darius menerima syafiq sebagai tunangan walaupun tanpa rasa cinta namun apa yang dia dapat di hari pernikahan amat menyakitkan.Syafiq tidak datang dan Aariz menjadi pengganti.Walaupun tanpa rasa cinta Dahlia dan Aariz menlayari alam rumahtangga sebagai kawan.
Ketika cinta sudah mula mekar..kepulangan Syafiq menjadi masalah kepada Aariz dan Dahlia,masih mengganggap dahlia sebagai tunangnya dan menuduh Aariz sebagai perampas.Rasa benci dan dendam Syafiq terhadap abang angkatnya membuatkan dia tidak mahu kalah kepada lelaki yang bernama Aariz
Satu rahsia besar yang akan merubah segalanya menjadi pegangan utama syafiq untuk memusnahkan rumah tangga yang sedang bahagia.Rahsia mengenai siapa Aariz yang sebenarnya dan siapa sangka Aariz hidup menderita seperti itu.
Paling penting penerimaan Dahlia terhadap rahsia besar itu mendatangkan kemarahan Syafiq sehingga dia sanggup untuk melakukan jenayah terhadap Dahlia.Syukur kehadiran umi dan Aariz menyelamatkan keadaan.
***novel ni happy ending tapi kalau baca mesti kamu geram dengan syafiq dan kadang2 geram dengan si aariz yang sangat rendah diri...
mengangkat juga kehidupan orang filipino yang duduk di kawasan setinggan yang berdekatan perkuburan,,,korang baca novel ni ..korang akan dapat rasa walaupun berbeza bangsa dan agama...kasih sayang yang terjalin akan mendekatkan kita
3.5/5 bintang Tak pernahlah tak suka karya penulis ini.. Terbaik dan penuh makna tersirat.. Bukan cerita kahwin paksa yang biasa-biasa tapi penuh konflik.. Kesalahan yang dibuat orang lain tapi kesannya ditanggung orang lain.. Aariz dan Dahlia, berkahwin kerana Syafiq melarikan diri.. Perkahwinan yang walaupun terbina tanpa sengaja namun berjaya membenihkan rasa cinta di hati mereka.. Konflik timbul bila Syafiq kembali dan juga masa lalu Aariz yang gelap.. Berjayakah hubungan mereka? Kenalah baca.. Olahan penulis memang menarik dan ohsem..
Terbaik. Saya suka watak Aariz dan Dahlia. Awal2 novel memang plot yang sangat lar klise, pengantin lari, then ada orang lain sanggup gantikan sebab nak cover malu. Amboi, senang2 betul lar dapat pengganti. Tapi, plot cerita kemudian tu buat saya tertanya2 apa sebenarnya masalah si Aariz ni? Ada rasa geram gak sebab Aariz ni suka simpan dan buat penilaian sendiri. Cuba terus terang je awal2, kan senang. Apa pun, novel ni mampu buat air mata saya jatuh. Memang terbaik lar Sara Aisha!
Dahlia telah ditunangkan dengan Syafiq. Tapi dihari nikah mereka Syafiq pergi. Aariz pula yang menggantikan tempat Syafiq. Aariz dan Dahlia hidup bahagia sehingga Syafiq kembali. Dia mahu membalas dendam dengan Aariz dan mahukan Dahlia kembali disisinya. Aariz rasa sangat bersalah dan rendah diri kerana rahsia silamnya. Dia adalah anak haram kerana ibu kandungnya adalah mangsa perkosa. Dia mahu menjauhi Dahlia tapi rasa sayang yang telah terpatri, menghiris hati mereka. Mereka berdua terseksa. Syafiq semangkin bersemangat untuk memisahkan mereka. Tapi atas nasihat Tuan Haikal dan bapa Dahlia, Cikgu Darius, rumahtangga mereka kembali tenang. Tapi Syafiq tidak puas hati. Dia merancang untuk merosakkan Dahlia. Nasib baik umi ada dirumah. Dahlia dan umi tercedera. Dahlia menghukum Syafiq dengan membuat dirinya rasa bersalah. Akhirnya, mereka dapat hidup bahagia dan ditambah lagi dengan kehadiran anak kembar mereka.
Cerita yang sudah diadaptasi ke drama but me baru nak baca novelnya. Dramanya pon tak tengok. Hahaha...
Cerita yang menarik. Aariz sangat nakal & mengusik Dahlia yg sangat innocent & kelam-kabut. Si Syafiq yg psycho tu lagi. Memang geram gila. Aariz pula tak habis-habis nak rendah diri.
Buku ni aku baca then dalam hati tanya.. eh ni bukan drama yg Farid Kamil act tu ker? Terus aku put the book aside & watch the drama. Ada difference lah. well aku ni penerima aper pun perubahan. Aariz & Lia... they made me smile & cry. Crazy.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library
Dialog/nukilan yang menarik...
Sungguh! Dia terkejut dengan permintaan itu. Terasa dirinya hanyalah seperti barang yang boleh diambil dan dibuang sesuka hati. Langsung tidak bernilai. Memikirkan itu, hatinya terasa pedih. Terlampau perit!
“Tolong jangan anggap saya macam barang, yang semua orang boleh ambil dan buang sesuka hati. Saya ada maruah saya sendiri.” Dahlia menyambung lagi. Suaranya lembut dan teratur tapi penuh dengan ketegasan yang jitu.
Dahlia… she may seems strong, tapi hakikatnya dia tak sekuat yang kita nampak. Memang mudah untuk menuturkan janji, tapi untuk menunaikannya, tidak semudah itu!
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku sedar ini semua takdir yang telah Engkau tuliskan untukku. Takdir yang tak pernah aku terfikir. Aku terima semuanya tapi aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini,” doa Aariz setelah dia selesai menunaikan solat.
“Ya Allah, Ya Tuhanku. Aku memohon pada-Mu, berikanlah kekuatan dan ketenangan kepada umi dalam menghadapi penyakitnya. Ringankanlah penderitaannya. Juga berikanlah kekuatan buat abah dan Aariz. Sesungguhnya mereka terlalu menyayangi umi. Penderitaan umi tidak ubah seperti penderitaan mereka sendiri. Tidak lebih dan tidak kurang.” Dahlia berdoa seusai solat subuh.
“Ya Allah, aku juga memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menjaga mereka semua. Berikanlah aku ketabahan untuk menjadi kuat di hadapan mereka. Aku… aku tidak boleh menjadi lemah kerana kelemahan aku cuma akan membuatkan mereka tambah menderita. Aku mahu menjadi kuat demi umi, abah dan juga Aariz, suamiku. Amin, Ya Rabbal Alamin…” doa Dahlia penuh syahdu.
“Bagi seseorang pesakit, keinginan mereka untuk hidup dan terus berjuang adalah yang paling penting. So, for Puan Marina, I think it’s really important for you to stay by her side and support her.” Doktor Eric.
I’ve really enjoyed reading this book even though it has taken me so long to complete reading it (about 5 months, was in a reading slump). Love the storyline and the 2 main characters. I don’t have anything to complain about the book. I enjoyed watching the television drama adaptation (which led me to reading the book cos I don’t catch the ending of the drama) and I enjoyed reading the book even more.
It’s filled with moments that make me reflect upon my life and choices. There were many teachable moments and reminders on how we should treat ourselves and others. This book addresses the issues of choices in parenting. It addresses how the parents’ choices while raising their children could have a lasting effect in a person’s life. It takes about faith in one’s self and I the Almighty. It also shows how what we experienced in our past can haunt us if we hold on to them and these things can destroy our lives, relationships and future if we don’t wake up and let go of them.
Sara Aisha did an excellent job in weaving these themes into a beautiful love story.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Early works written by Sara Aisha, I might be biased as I loved all books written by her, I like how realistic the love developed between Aariz and Dahlia. Love on how mature they were and the chemistry between them. The issue that arises regarding Aariz family background seems exaggerated though, I don't think it matters as long as he is a decent person. Sara Aisha never fails to create a strong female character with a swoony hero that the reader will fall in love with. I enjoy this book.
Ok masa mula-mula baca tu excited jugak la. Tapi bila dah sampai tengah-tengah rasa makin bosan pula. Dengan perbalahan yang dok meleret-leret. Memang dari mula dah agak dah siapa Aariz ni. So tak terkejut sangat. Sebuah kisah yg biasa-biasa je. Nothing special. Boleh la untuk bacaan santai-santai buat hilang bosan. Baca pon skip-skip. Ermmm
I skipped a lot of Syafiq's part and the 'saya' 'awak' in the conversation between the H and h is kinda annoying for me. Just because the author is trying to show the comel side of the heroin IMO.