MAUTOPIA adalah sebuah advencer distopik mengenai cinta terlarang, tanggapan dan manipulasi yang berlegar-legar di sekitar pohon oak ditumbuhi orkid, piramid kaca dan keluli, renjatan taser, bot berkuasa solar, kek cawan, rumah modular, ikan pari masak asam pedas dan sut manusoid.
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.
In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.
In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.
“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)
Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.
In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.
Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.
Ohgurubesarku! Aku fikir novel ini satu eksperimentasi yang kurang berjaya dan kurang berkesan. Juga meleset dari jangkaan aku di mana naratifnya tidaklah seberat judulnya. Pendek kata, ia begitu santai.
Sepanjang pembacaan, aku seolah dapat imbau kembali sedikit perasaan membaca novel Enid Blyton ketika zaman pinjam buku dekat perpustakaan bergerak dulu. Aku secara tak langsung fikir novel ini boleh juga dijudulkan sebagai "Misteri Kerengga Bersut Manusoid."
Aku fikir, mesej yang barangkali mahu disampaikan dari novel ini ialah tidak kira apa saja fundamental pemerintahan, tapi tanpa asimilasi dan integrasi kaum pemerintahan itu tetap kekal gagal walau diguling gerakan reformasi mahupun revolusi.
Ada juga menyentuh fasal masyarakat kelas bawahan dan kelas atasan di mana Karl Marx juga pernah beranggapan status kelas membuatkan rakyat miskin (proletar) makin miskin, yang kaya (borjuis) pula akan terus subur dengan kemewahan. Novel ini telah buktikan.
Kalau benar novel ini satu bentuk ekperimentasi, aku atau barangkali sesiapa saja tak perlu hairan dengan inferens paska baca kelak.
Sebagai pembaca tegar buku-buku puisi, mautopia sedikit sebanyak membangunkan metafora di luar jangkaan dan fantasi yang berlebih-lebihan. Tidak jadi masalah pada aku.
Ridhwan Saidi seolah-olah berdiri di atas satu puncak yang tinggi, di kiri dan kanannya ada dua gaung besar. Gaung yang pertama penuh dengan keajaiban manakala gaung yang satu lagi terisi dengan ketakjuban. Siapakah yang akan memilih Ridhwan Saidi untuk turut sama membiarkan diri jatuh ke dalam kedua-dua gaung tersebut?
Berbaur rasa ketika sedang membaca naskhah ini. Ada rasa terhibur, kagum, rasa geli-geli di otak kerana terlalu banyak membayangkan perihal kerengga, rasa keliru dan juga sedikit lelah dengan penceritaan. Terdapat dua penceritaan dari dua zaman yang berlainan dalam naskhah ini dan aku sangat suka dengan premis dan world building yang penulis lakarkan. Masing-masing ada rencah sadisnya yang tersendiri. Penceritaan utama berfokus tentang penduduk di Bukit Famosa yang harus patuh dengan segala perintah Guru Besar, meninggalkan larangpantangnya dan wajib tontonyang sekali setiap hari. Lalu kita dibawa kepada penceritaan masa lalu yang berkisarkan tentang advencer Ismail dan rakan-rakannyan selepas mendapati bahawa Guru Besar sebenarnya tidak wujud. Cerita yang gila dengan imaginasi yang sangat liar dan segar namun ia juga sedikit memeningkan dan agak meleret.
Buku ini boleh dibaca sebagai sebuah fiksyen tanpa perlu memikirkan apa-apa maksud atau boleh juga dibaca sebagai naskhah yang terselit mesej tentang moraliti, kepercayaan dan nilai kemanusiaan. Rating sebenar: 3.5/5 bintang.
aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak bias dalam review ini.
mautopia pada aku ada beberapa lapisan. lapisan atasan mungkin nampak shallow jika dibaca secara lalu. tetapi kita bukan baca kisah cinta untuk faham secara shallow sahaja. pemahaman diperlukan untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
jujur aku kata, novel ini menampakkan peningkatan dari segi penulisan dan idea itu sendiri. dan jika mautopia adalah novel ridhwan saidi pertama anda, aku nasihatkan baca cekik dan amerika dulu untuk memahami gaya penulisan penulis.
lapisan kedua adalah isi tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis melalui guru besar dan permaisuri. ini menunjukkan pegangan anda dalam dunia sebenar. apa yang anda percaya, pertahankan. secara peribadi, saya lihat ramai dalam kalangan kita yang percaya secara membabi buta apa yang diperturunkan oleh adat, sehingga tidak nampak apa signifikan sesuatu adat itu dalam kehidupan seharian, sehinggakan adat itu diagung-agungkan sampai terjadi ungkapan 'ohgurubesarku'.
satu lagi yang cuba disampaikan oleh penulis adalah tentang kepercayaan dan keyakinan diri seseorang. ambil contoh ismail. niat dia telah diselewengkan oleh anasir luar(sut manusoid) sehingga perjuangan dia terpesong menjadi sesuatu yang lain. dan tambah menyedihkan bila dia mempergunakan orang lain untuk mencapai niat jijik itu(mungkin itu sememangnya keperluan seksualiti kau sebagai manusia biasa). dan bagaimana farisi akhirnya terpaksa mengakui kekuasaan guru besar dan menjadi boneka mainan guru disiplin dan ustaz.
dan kerengga itu pada aku adalah bagaimana dengan senangnya orang luar mampu mempengaruhi kehidupan kita dengan memberi sesuatu untuk kita pegang dan percaya, hanya kerana kita secara lumrahnya, perlukan sesuatu untuk dipegang agar terasa selamat. tanah amerika sebagai contoh, adalah pendorong yang diperlukan untuk penduduk bukit famosa percaya dan tunduk kepada guru besar.
kerengga dalam sut manusoid pula adalah bagaimana kita sebagai manusia sangat percaya pada adat sehingga tidak menyedari bahawa kita sebenarnya telah dikawal secara sesuka hati dari dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. betapa lalainya kita.
pada aku isi keseluruhan novel ini adalah untuk mempersoalkan betapa kuatnya pegangan kita terhadap sesuatu perkara itu, dan sampai mana kita sanggup percaya pada sesuatu yang tidak nampak di depan mata.
sekurang-kurangnya itu apa yang aku rasa. maaf kalau ia tidak selari dengan tujuan penulis.
tapi aku rasa bila kita baca sesebuah tulisan itu, kita berhak berimaginasi mengikut kreativiti kita sendiri.
Cerita bermula dengan syarifah, yang cinta monyetnya putus kerana sang romeo dibawa ke amerika. Di usia remaja, hasil pengawasan ustaz dan pemgaruh kuasa besar - ohgurubesarku, syarifah berubah baik, pakai tudung litup dan tak bercampur dengan lelaki sehinggalah beliau ditangkap khalwat dengan hamzah, disyaki berdua2 di kantin sekolah. Hamzah bunuh diri lepas cintanya ditolak, syarifah menjadi bisu akibat hukuman dipaksa makan kek cawan yang penuh kaca dan paku. Lepas tu...bla..bla..bla..aku dah hilang fokus dan putus daya kefahaman.
Ringkasnya, aku tak pasti setiap watak2 dalam ni lelaki atau perempuan, muda atau tua, manusia atau kerengga, yang masih hidup atau dah lama mati, ustaz atau syaiton, doktor keluarga atau robot, waras atau mental, bisu atau petah, amerika atau syurga,kota famosa atau neraka, kelas bawahan atau bidadari kayangan, tamadun atau tidak.
Aku cuma faham dan merumuskan sendiri beberapa perkara:-
1) menganut/mengikut tanpa kefahaman itu bahaya. Manusia mengikut tanpa menimbangtara rasional apa yang dianutinya/diikutinya. Orang lain bertudung, syarifah bertudung. Budak2 sekolah dalam mautopia takutkan ohgurubesarku sebab tersihir betapa berkuasanya entiti tersebut. Kalau tak "tontonyang" - ritual anutan dalam cerita ni atau melanggar larangpantang, nanti gurubesar marah. Gurubesar is everywhere, you know! Kalo tak tontonyang, akan dihukum.
2) logik..syarifah kena tangkap khalwat dengan hamzah kat kantin sekolah. Logik ke? Tak logik kan.. Agaknyalah RS bukan nak cerita pasal tangkap khalwat tengah2 hari buta kat tengah2 dunia tu logik ke tak, tapi kita buta melihat logik dalam sesetengah perkara bila terlalu ekstrem ikut garis panduan (law). Sinikal.
3) Majority Rule - majority is priority, majority's law, majority wins. Anarchism. Dictatorship. Aku takmahu ulas panjang tentang majority rule vs individual rights. Cuma, dlm mautopia, RS menempelak golongan ni yang isytiharkan apa2 sahaja yang dapat sokongan majority adalah benar dan betul secara hakiki. majority rule cannot justify moral..
4)taat tak bertempat. Guru besar semua betul.
Akal aku masih tak tercapai baca Mautopia. Sesiapa yang faham, fahamkanlah aku.. Kecuali part yang ikan pari tuh.. buku ni, kosa katanya kaya. Itu yang hebatnya Ridhwan Saidi. Yang buat aku lega, 'imiginasi biru' penulis lebih 'terkawal' kalau dibandingkan dengan Stereo Genmai dan Amerika.
Overall, aku lemas dan pening. Tapi aku berterima kasih pada Ridhwan Saidi sebab bagi buku ni siap autograph kat page depan. Thanks Ridhwan! ~
Buku ni tak adalah teruk sangat. Anda boleh lihat dari pelbagai sudut seperti agama, politik, kemanusian, mahupun kekerenggaan. Dan aku tak ada masalah sangat dengan perihal 'Enid Blyton' memandangkan aku ini penggemar dan pengumpul siri penyiasatan lima sekawan ketika zaman sekolah dulu. Berdasarkan permulaan dan pertengahan cerita, aku masih mampu beri 3 bintang. Tapi babak-babak akhir buat aku rasa nak mencarut. Hilang punca! Kandungannya tidaklah seberat tajuknya. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang menghargai karya orang lain tak kira secantik mana pun tulisan itu, seburuk mana pun tulisan itu walhal ditulis dengan kaki sekali pun, merasakan ia tetap layak berada bersama-sama buku lain di atas rak buku aku. Jadi kepada sesiapa yang rasa buku ini patut dibuang, sila beri pada aku (secara percuma tentunya). Atau anggap saja aku ini tong sampah. Ohgurubesarku!
Mungkin kau seronok membacanya tetapi aku tidak. Novel ini membuatkan aku stres. Menyesal aku membayang-bayangkan babak dalam cerita ini seperti sebuah tayangan filem di minda. Penat aku mencari-cari makna di sebalik cerita, watak dan latarnya sebagaimana Sharifah teraba-raba dalam kegelapan yang tidak bertepian lalu terjatuh apabila lantai kegelapan yang horizontal menjadi vertikal secara tiba-tiba.
Satu bintang sahaja aku bagi kerana aku memang rasa nak buang buku ni ke dalam tong kitar semula.
Ohgurubesarku! Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam buku ini. Sampai saya tak tahu mahu kata apa. Tapi setiap plot twist, setiap cerita, setiap imaginasi, semuanya terlalu lain dari yang lain dan tak dapat disangka. Betul betul maut utopia.
Cukuplah satu. Apa perlu ditambah lagi? Jadi satu setengah?
Kalau ada budak-budak sekolah menengah yang mau mencari buku paling fiksi di negeri ini, nah! seludupkan kepada mereka yang ini. Perkataan seludup itu rasanya lebih sesuai aku gunakan untuk gambarkan betapa buku ini (apa boleh juga dibilang novel?), harus hati-hati, biar ada rasa gerun atau mewujudkan kesan trauma pada mereka (yakni, pembaca!).
Mautopia akhirnya ujud. Oh! bukan begitu bunyinya. Mautopia akhirnya muncul seberapa pantas dan harus hilang juga dengan pantas. Macam kabus pagi di lautan merah atau sepantas sang kerengga-kerengga yang takut kepada air dan secepatnya bersembunyi di sebalik sarang-sarang mereka.
Buku setebal ini masih mengharap pada kita untuk merenung dengan tajam akan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Hanya gara-gara penulisnya pernah menghasilkan sebuah buku yang sehingga ke hari ini cuba dipost-mortemkan. Ya, aku akui buku ini akhirnya mendapat perhatian yang bagus, tapi aku fikir ada segelintir yang menyesali kenapa buku ini harus ada dalam susunan atau timbunan buku-buku mereka yang lain.
Ah, barangkali aku agak bego dalam pembacaan dan pemahaman tentang apa yang terkandung di dalam buku ini. Tapi aku lagi bego kalau diperbodohkan oleh penulisnya dengan mengatakan bahwa di buku ini ada motif dan pengajaran yang tersirat. Percintaan terlarang, Pengkhianatan, kesetiaan, hukuman tanpa siasatan, pandangan negatif membuta tuli, perbedaan kasta, perkauman, sosialita, malah sampai pada unsur kebinatangan. Atau banyak lagi? Tapi penulisannya amburadur, menjengkelkan dan membosankan.
Inilah fiksi, pembaca. Yang mana, kalian pun boleh menulisnya. Apakata kita dengar lagu 90an dari Joey Daud; 'Untuk Siapa Kecewa Ini'.
sebagai seorang yang baru berjinak-jinak mahu membaca, sesuatu ada pada ridhwan saidi. aku tak tahu siapa idola dia, dan bagi aku setakat ni. dia ada gaya dia sendiri. sedikit menyesal bila aku tak baca Amerika dulu sebelum baca mautopia ni. aku rasa yang buat aku menyesal sebab aku baca cekik dulu. sebenarnya, aku kira baca paksa juga mautopia ni. namun, sampai pertengahan aku rasa, aku mesti habiskan hari ni jugak. dan paling menjegkelkan bila kau tak tahu apa metafora yang ingin disampaikan ridhwan ni, sungguhpun metafora itu sendiri-sendiri punya pasal.
Mautopia adalah sebuah dunia yang diperintah oleh Guru Besar, suatu entiti serangga yang kejam lagi fasis. Pada mulanya, ceritanya kedengaran menarik, tentang sebuah syurga bernama Amerika, tentang Piramid, tentang kerengga yang boleh bercakap, dan sebagainya. Namun, sesudah aku sampai pada pertengahan dan akhir cerita, ia menjadi bosan. Ada konsep "cerita dalam cerita" disini. Untuk ending, Ridhwan menggunakan "anti klimaks" sesuatu yang tidak disyorkan didalam menulis novel. Anti klimaks seperti membuat apa pembaca percaya selama ini musnah hanya dengan beberapa kalimat baris yang kontra dengan apa yang diceritakan sebelum ini.
Mautopia melemaskan pembacanya didalam suatu keadaan "tanpa harapan" Seolah-olah tiada harapan yang tersisa untuk watak-watak itu. Mereka manusia-manusia yang terkurung didalam sangkar dan tiada jalan keluar, melainkan kematian.
Ia adalah sebuah cerita yang menakutkan, serta penuh eksperimen.
psycho sikit, mindfucking sikit. at the end of the day yang aku faham, kau tak tahu siapa yang kau boleh percaya sebenar-benarnya, atau even apa yang kau percaya itu betul. tapi untuk tak percaya langsung, kau akan terkapai-kapai tiada tempat bergantung.
Untuk membuktikan aku bukanlah seorang moralis total, aku memberi tiga bintang (walau hati berat juga). Tidaklah aku tahu apakah penulis mengenali dan tulisannya terpengaruh dari idea Edward de Sade dan Nietzsche tetapi cukup berat elemen Sadisme dan idea Nihilisme yang tercurah (mungkin aku salah dan maafkan aku atas kekurangan pembacaan). Dari sudut penulisan sungguh aku terjatuh cinta dan mengharapkan sesuatu dihujung tetapi aku terpatah dengan denouement yang agak klise itu. Dan jujur, bergetar juga sedikit keimanan dan mencabar pegangan dengan simbol-simbol dan patah katanya. Pemulaan baik untuk aku melangkah ke tulisan Anwar Ridwan, Naratif Ogonshoto.
aku ambil masa bertahun untuk habiskan novel ni. mungkin sebab masa mula membaca, aku masih mentah jadi tak faham satu apa pun yang RS cuba sampaikan. tau jela RS ni, dia ada gaya bahasa yang tersendiri. bukan deep, bukan apa. ceritanya simple je tapi bila RS mula menyusun baris ayat, dia jadi gaya bahasa RS yang tersediri.
anyway, lepas habis baca novel ni, aku tak makan asam pedas ikan pari seminggu. oops.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku beli dulu novel ni sebab cover dia. Serius lawa dan ada kelass gitu. Tapi sayangnya aku tak boleh masuk sangat dengan ceritanya. Beberapa kali jugak letak sambung letak sambung. Akhirnya tak dapat jugak habiskan. Kalau aku lebih banyak baca buku2 yang ditulis penulis, aku rasa akan suka novel ni. Tapi... maafkan saya guru besar...
Buku ini gila, isinya gila, jalan ceritanya gila. Sindirannya tepat kena pada muka. Cerita antara dua dunia, dua zaman, dua destinasi, dua kuasa. Cerita tentang harapan pelesu. Antara Amerika dan Piramika, Manusia dan Kerengga, Anarki dan Monarki, Asam pedas dan Mee segera, Hitam dan Putih.
Ohgurubesarku! "Sememangnya tiada yang betul selain dari kebetulan."
Kalau 10 tahun lepas aku membaca buku begini, mungkin cukup 2 perenggan sudah aku campakkan ke dinding. Tidak ingin aku membacanya. Boraknya cuma santai, plot nya juga mudah, isinya mungkin nampak longgar, tapi kalau kau benar faham apa yang penulis ingin sampaikan, kau tahu ini adalah naskhah yang cukup baik.
Kau mahu selamat di Bukit Famosa dan Amerika? Jadi patuhlah dan dekatkanlah diri kau dengan segala suruhan Gurubesar, tinggalkan segala larangpantang nya, tontonyang lah setiap waktu, maka nanti dgn izin Gurubesar, kau akan terpilih ke AMERIKA, bersama selebriti dan artis, para bidadari dan bidadara. Mau tahu lebih? Bacalah sendiri, aku tak tahu bagi review. Mahu penamat yang indah? Seperti kisah cinta Bella dan Edward dalam Twilight? Maaf, tiada dalam ni. Cinta Farisi dan Sharifah tidak berakhir begitu.
Dimuka surat pertama aku dah agak eksperimentasi kosa kata dari Ridhwan Saidi akan menceriakan hari aku. Dari 2 novelnya yang terdahulu aku dah mula nampak corak permainannya.
Jalan cerita mulanya berkisar pada beberapa watak di Bukit Famosa dimana penduduknya berkepercayaan terhadap Guru Besar yang mengawal aktiviti harian mereka persis sebuah agama. Saban hari mereka melalukan ritual tontonyang yang mana mereka harus menonton tivi yang menyiarkan persembahan dari Amerika. Dari situ seluruh penduduk mengimpikan untuk ke Amerika yang mana mereka tidak perlu lagi tontonyang dan segala kemewahan dan keasyikan akan mereka kecapi disana.
Pada umur 16 tahun, Sharifah telah ditangkap khalwat bersama Hamzah. Beliau didenda makan kek cawan coklat yang berisi paku, jarum dan kaca yang akhirnya membuatnya bisu. Suatu hari, datang Farisi dari Amerika yang menceritakan kepada Sharifah dan Aminah tentang pengembaraan Ismail, Jason dan Prakash.
Ismail, Jason dan Prakash telah mengintai dari siling bilik Guru Besar tentang bagaimana mayat datuk Prakash dibaham kerengga karnivor. Dari situ mereka mengetahui ada penipuan tentang Guru Besar. Mereka nekad untuk ke puncak Bukit Famosa untuk mengetahui realiti dunia luar dan terus ke Amerika. Mereka dapati doktorga-doktorga dalam setiap keluarga penduduk di Bukit Famosa sebenarnya adalah kerengga gergasi yang memakai sut manusiod.
Mereka meneruskan perjalanan ke Amerika dan mendapati bahawa terdapat perbezaan kelas yang sangat ketara, borjuis dan proletar. Disana mereka mempercayai Bukit Famosa adalah Amerika dan sebaliknya. Membuatkan Ismail beranggapan bahawa kehidupan mereka sebenarnya telah diatur oleh pihak yang teratas. Ismail dan rakan-rakannya kembali untuk menyelamatkan penduduk BUkit Famosa dari penipuan dan ancaman kerengga.
Farisi yang diselamatkan Ismail dari dibaham ikan pari pulang ke Bukit Famosa untuk membawa wanita berpangkal nama 'S', Sharifah dan ibunya Puan Surya kepada Ismail untuk disetubuhi. Dia akhirnya ditangkap dan diseksa. Dia akhirnya mati kerana meminum racun untuk sebuah babak pementasan teater.
Aku suka dengan jalan ceritanya. Cuma penutupnya bukan happy ending dan aku syak penulisnya sengaja menamatkannya begitu sebagai sebuah misteri nusantara. Seperti buku-buku Ridhwan Saidi sebelumnya, aku sukanya eksperimentasi kosa katanya. Ringkas dan kadangkala berbunga-bunga dengan istilah-istilah yang aku pun pening, tapi banyak unsur-unsur lawak yang bersahaja. Watak dan jalan ceritanya juga tak terpikir dek akal. Mungkin penulis gemar menonton slot Adik di 9 yang membuatkan tahap imaginasi beliau cukup tinggi. Apa-apa pun masih sebuah novel yang bagus untuk dibaca diwaktu lapang.
"what did i just read?" adalah ungkapan pertama yang singgah di kepala setelah selesai membaca buku ini. Ungkapan kedua adalah rasa penyesalan -tidak total- menghabiskan masa membaca buku ini (though I did not really regret it fully and it was daft untuk aku berfikir sedemikian). Pujian harus diberikan kpd kapasiti imaginasi penulis yang berjaya mencipta satu dunia baru walaupun ianya mengambil essence dunia yang sedia ada. At times, i felt like i was a student in sekolah bukit famosa which was a terrific feeling as a reader, tapi malangnya perasaan itu hilang terus tatkala memasuki chapter2 pengenalan Ismail dan rakan2nya. Plot and (especially) organization are two things that make Mautopia miss its target. Bagai hilang arah dan punca tatkala buku ini menjengah ke garisan penamat. Ending pula blergh. Tapi sebagai pembaca yang terlampau berfikir, aku rasa setiap benda yang ditulis adalah permainan simbolism yang sgt dekat dgn kita tapi itulah masalahnya, banyak sangat simbolism atau hidden meaning. Jadi sebagai pembaca yang tidak terlampau memikirkan perkara2 sebegini, cerita ni rasa tak best seperti ungkapan pertama yg singgah di kepala otak tadi. Nevertheless, it was quiet a memorable experience and journey reading the book. Not that bad sampai tahap mahu bakar atau koyakkan buat kapal terbang kertas but not that great either sampai kau mahu recommend for others to read. Maybe akan recommend untuk lihat pandangan dan reaksi seseorang itu usai pembacaan. Oh ya, aku ada rasa mahu koyakkkan buat kapal terbang kertas tatkala membaca penggunaan bahasa2 serangga yang aku kira sangat childish dan meluat. But then again, maybe it was intentional. All in all, review clichenya adalah "boleh dibaiki lagi".
Antara beberapa buku yang aku berjaya habiskan dalam masa seminggu (percayalah, kebanyakan buku yang aku baca, ambil masa yang lama kerana tak wajar untuk dihabiskan baca dalam jangka masa pendek - yang mana aku hanya membaca di kala kebosanan). Untuk Mautopia, aku harus menyelak satu helai ke satu helai untuk menamatkan pembacaan dengan harapan satu pengakhiran yang indah, di mana sangkaan aku meleset celah juborjuis. Perasaan marah aku masih lagi menyala tatkala aku menulis review ni.
Aku suka gaya penulisan, penggunaan kata dan penyusunan karektor / cerita yang berterabor - kerana bagi aku, RS memang seorang yang teliti dan setiap kata itu punya alasannya yang tersendiri dan bersifat peribadi. Dia pernah menipu aku dengan Amerika dan sekali lagi menipu aku dengan Mautopia. Atas perasaan ditipu itulah membuatkan aku mahu merasa harapan itu menjadi nyata.
RS lebih cenderung ke arah filem dan dunia sosial kita. Dengan Amerika, dia bawa kita kepada dunia 'Clockwork Orange'. Dan Mautopia pula, dia bawa kita kepada '1984' dan 'Brazil'. Dunia dystopia bersikap Orwellian yang unik, melawan adat resam, persendaan agama, dan kebodohan bangsa yang lengkap untuk buku ini sebenarnya kena banned - maaf. Tetapi buku ini memang sebuah buku yang maha berat untuk dibincangkan (terlalu subjektif) dan dihadamkan. Campuran isu Palestin-Israel, penguasa-polis, strata latar, dan adat Melayu yang nyata.
Aku cuma tak suka akhir cerita sahaja. Dan sememangnya RS sedar tu.
Senggama minda. Memang sedap gila layan novel ni. Otak kau tak berhenti dari diberi kejutan dan twist.
Sharifah, Aminah dan Hamzah, tiga orang kawan baik bersekolah di Bukit Famosa. Impian setiap manusia di Bukit Famosa adalah untuk ke Amerika, di mana bidadara, bidadari, dan selebriti berseronok setiap hari.
Sharifah kantoi berkhalwat dengan Hamzah, dan dengan nama Guru Besar, dia dihukum. Dan gila babi, lepas ni jalan cerita terungkai satu persatu. Ustaz, Guru Disiplin, Kadet Polis, Doktorga, semua bersubahat dan atas nama Guru Besar, mereka mengkontrol kehidupan manusia di Bukit Famosa.
Aku ada macam perasan ala-ala George Orwell 1984 sikit bahagian akhir. Masa Farisi (yang baru pulang dari Amerika dan berjumpa Sharifah dan Aminah) di-torture oleh Guru Disiplin dan Kadet Polis dengan diberi gigitan kerengga karnivor, akhirnya dia give-up,
"Jangan sakiti aku! Tapi lakukan ini semua kepada Sharifah!"
Nah, ketika perasaan cintanya kepada Sharifah hilang, Farisi hilang perasaan paling asas seorang manusia, iaitu kasih sayang dan cinta. Farisi yang cuba menjatuhkan Guru Besar, akhirnya tunduk dan patuh kepada kehendak Guru Besar. Dia akhirnya mati dengan cinta kepada Guru Besar, bukan Sharifah.
novel malay fiction pertama yang aku baca. impressive, interesting dan complicated. terasa macam berada dalam dunia lain. sikit-sikit ada buat aku teringat akan cerita The Host by Stephenie Meyer, makhluk lain cuba untuk conquer dunia manusia, cuba untuk jadi seperti manusia. tapi mautopia aku boleh kata lagi complicated dari tu. cerita fantasi yang Ismail reka dan cerita dekat Farisi jauh lebih menarik dari kisah sebenar. dan bila tahu semua tu hanya fantasi, buatkan cerita tu macam biasa. hanya ada satu dunia, yang dikuasai Guru Besar. (itu pun kalau aku tak terkonfius - baca pukul 11- 1 am nak habiskan few bab akhir memang buat otak jadi tak betul sikit) overall aku hanya boleh bagi 3 bintang. mula mula baca ingat aku takkan mampu nak habiskan (in other words akan ambil masa yang lama nak habis) tapi bila dah start tak boleh stop pulak. haha
*sebenarnya suruh adik cari buku Amerika,tapi dapat Mautopia.
Siapa ohgurubesarku? Apa itu tontonyang? Di mana itu Amerika? Pertama kali membaca karya Ridhwan Saidi memang terpaksa menyelak halaman2 sebelumnya bila perlu. Kadang2 terlupa watak, kadang2 terlupa jalan cerita. Bukan karya santaian. Ohgurubesarku seperti Tuhan yang menjaga alam semesta, tontonyang seperti sembahyang atau ritual keagamaan dan Amerika seperti kehidupan akhir di mana kita akan ditempatkan, Syurga atau Neraka. Memang buku yang susah hadam untuk penggemar awal. Tapi ini bacaan #alternatif. Kita yang pilih mereka.
Aku tidak memandang buku ini hanya semata-mata sebuah buku fiksyen. Buku ini sarat dengan nilai-nilai yang perlu kita kupas satu persatu, agar kita dapat memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Ridhwan Saidi. Dunia kerengga dan manusia, tampak imaginasi di minda normal kita tetapi hakikatnya lebih menjurus ke arah kehidupan masa kini, antara masyarakat kelas atas dengan masyarakat marhaen, para rakyat biasa.
sebuah fiksyen fantasi berasaskan metafora. kritikan tentang sistem dan pengamalnya, agama dan penganutnya. tapi, entahlah rasa macam terpaksa juga untuk kasi perabih.mungkin sebab tak masuk sangat dengan genre fantasi ni.masa tengah bace expect jugak yang dunia famosa tu akan relate sikit dengan dunia realiti, tapi...entohle