Sinopsis tu bermula dengan cerita tentang Zarul yang dipaksa oleh Bundo untuk menikahi kakak iparnya selepas kematian Zafrul. Part tu sebenarnya dah separuh buku baru jumpa. Sebelum scene tersebut, panjang lagi cerita mengenai Karina, meknya, ayahnya, Ameen...
Buku ni rasa saya ada sedikit persamaan dengan Setiap Jumaat yang baru saya baca semalam. Tajuk dia menerangkan satu keadaan banyak masa dijalani oleh watak utama. Dalam novel Setiap Jumaat, Mariko / Jasmine menyulam kasih dengan Ultraman / Ku Pian di bawah pokok sakura (ke pokok maple ya?) berdekatan Masjid sebelum Ku Pian solat Jumaat. Menunggu Keretapi pula, Karina berjumpa dengan Norin, Ameen (rohnya). Bagi saya kisah berat dalam buku ini seperti cair dek terlalu panjang cerita mengenai benda-benda lain, kisah orang Minang dll. Kisah percintaan suam suam kuku Karina - Zarul juga terlalu panjang, 9 tahun lebih tuuu. Banyak betul info mengenai sentimen bangsa Minang, orang Kelantan. Penulis mungkin ingin terangkan yang manusia ni kebanyakannya suka generalize berdasarkan cerita orang di sekeliling, ada yang betul ada juga yang tak betul.
Tragedi juga besar lingkupnya dalam novel ini. Manusia yang taat dari awal dan konsisten berniat membawa orang-orang kesayangan ke jalan yang benar. Juga cerita orang yang digelapkan mata dan hatinya oleh nafsu amarah dan cemburu. Pengakhiran Zafrul, Ameen, Ayah Karina, Indah, Bundo dan Mek, heavy tau. Nak tahu kena baca bukunya. Info makanan yang rare, akok durian.