Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia yang Kunikahi

Rate this book

422 pages

First published January 1, 2011

30 people want to read

About the author

Iqbal Syarie

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (13%)
4 stars
10 (43%)
3 stars
6 (26%)
2 stars
3 (13%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Nur Fatin Aliyya  Azizan.
5 reviews
March 4, 2013
perkara pertama buat aku rasa nak beli novel ni sebab tajuknya. pastu pasal penulisnya. aku suka baca gaya bahasa atau point of view yang pelbagai dan berbeza dan lain dari yang lain lebih2 lagi penulis yng bukan dalam bidang penulisan sepenuhnya, macam doktor ke pilot ke engineer ke, ha gitu konsep akulah. aku pula jarang baca hasil karya novelis lelaki, bukan sebab aku ni feminist ke apa tapi sebab aku tak berapa kenal dan tak berani ambil risiko, but this novel worth paying and reading. walaupun dah habis baca baru aku sedar rupanya novel ni untuk si manis 17 (adiwarna) punya,. haha tapi aku peduli apa. janji seronok baca.:)

ok.novel ni berkisar pasal Ahmad Johari (Joe) dengan 2 watak perempuan utama, Aisyah Qistina (sedap nama) dengan Nurul Nasuha. bestnya cerita ni pasal bagaimana seseorang itu berubah dan memang sangat istiqamah selepas perubahan. macam Joe dulu dia zaman sekolah rendah Aisyah ni banyak back up dia pastu Aisyah pergi Australia ikut family dia urusan sana, tinggalah Joe kat Malaysia - dorang ni bff sejak keacil. pastu dah besar Joe sambung study dekat Yarmouk. kat sana titik perubahan dia bermula. pasal kes dompet dia diseluk saku pastu at the same time dia dapat pencerahan dekat sana dan bila balik Malaysia memang dia banyak terlibat dengan kerja dakwah Islamiah, usrah dengan Ustaz dan adik2, program sana sini, paling best satu family dia macam tu, orang yang mengamalkan ajaran Islam bukan hanya pada nama. buktinya mak ayah dia yang berpangkat datuk datin sangat lah Islamik. mantop lah bagi pandangan aku.

pastu masa zaman sekolah menengah Joe ni dia ada dok mengayat sorang junior - Nasuha. sampailah dorang bercinta monyet, surat menyurat pastu keluar tengok wayang sama sama. NAsuha ni background family dia sangat kuat pada pegangan agama, mak ayah Haji Hajah. ayah dia paling berang bila dapat tahu dia keluar tengok movie dengan lelaki bukan mahram dan Nasuha dihadiahkan penampar sulung akibat perbuatannya tu. lepas je kejadian tu, Nasuha nekad nak break up dengan Joe. apalagi mengamuk lah si Joe ni.waktu tu Nasuha cakap "kita berpisah kerana Allah" tapi Joe waktu tu tak dapat pencerahan lagi jadi dia tak dapat terima hakikat dan dia mula membenci Nasuha (walaupun sebenarnya dia tak leh lupakan gadis tu)

Aisyah ni pulak ada konflik dalaman. dia further study kat UK final year dekat sana, family dia pula dah balik Malaysia for good dan still keep in touch dekat family Joe. dan alhamdulillah family Aisyah yang dulunya rugged dan modern dah berubah ke cara yang lebih Islamik - dorang dah dapat pencerahan. cuma Aisyah je macam terkontang kanting. solat entah kemana, tak tutup aurat, pastu dia merokok, dan nampak macam liar lah dalam novel ni. ada cerita pasal dia dengan Ed yang dok minta dia couple pastu ada niat tak baik then dorang break up, pastu Aisyah balik Malaysia for good dengan imej rambut berkaratnya dan imej barat dia.

pastu part yang Joe terserempak Nasuha setelah sekian lama dorang tak jumpa, masa dekat LRT kot. waktu tu Joe nampak lain sangat yelah dah gaya pak ustaz lah, handsome, sasa, beriman dan soleh gitu, Nasuha pula ayu dan solehah serta sopan. Joe dapat tahu Nasuha syudy dekat UIAM. tanpa berlengah dia minta tolong abang abang Usrah dia merisik status Nasuha ni dan gembiralah dia sebab NAsuha masih single dan dia memasang nawaitu nak meminang Nasuha dan hasratnya dia cakap dekat parents dia - kiranya dia nak pi meriisk dulu dekat wali Nasuha sebelum betul2 confirm nak masuk meminang. aku suka cara yang macam ni biar gadis tu tak tahu ada orang nak merisik dia, kiranya family dan wali yang mula mula tahu, bukan macam zaman sekarang dah terbalik. eh terkomen lebih lebih pula aku ni.

yang kisah Nasuha pula masa cuti sekolah dia pernah jadi guru ganti dekat Sekolah agama dekat2 dengan rumah, pastu tak lama lepas tu dia dirisik Ustaz Azzam, ustaz yang dia pernah ganti dulu then dia balik kampung jap pi tengok ustaz tu ceramah sendiri dekat kampung dan Nasuha sendiri dipinang melalui ibu saudara Ustaz Azzam yang juga cikgu dekat sekolah agama. Joe tak tahu yang Ustaz Azzam dah potong line dia.

masa nak pergi merisik Nasuha, Joe dah ready dah. Ustaz Mujib (banyak betul Ustaz dalam cerita ni) dah pesan awal2 dah pada joe "jangan terlalu mengharap pada manusia, nanti akan kecewa, apa apapun kita kena redha, jika diterima, kena bersyukur jika ditolak kena banyak bersabar" begitulah konsepnya dan memang betol Joe bersabar dan redha masa dia tahu pinangan dia ditolak. tapi dia wat relaks walaupun frust kot gadis idaman dipinang orang nak lagi Nasuha tu pakej dan produk yang mantop dari setiap segi - agamanya, keturunannya, hartanya dan kecantikannya.

Aisyah ni pula balik Malaysia kerja and then one fine day dia dapat mimpi buruk. terus dia mengadu pada Joe pasal tu dan Joe willing nak dengar masalah dia. dan Aisyah memang betul2 berubah - dia dah mula tutup aurat, dan dia komited dan nekad nak berubah. Joe banyak tolong dia, dari segi moral support pastu dia ada rekemen wife Ustaz Mujib untuk tolong Aisyah dalam bab nak memantopkan bacaan Quran since Aisyah cakap dia masih bertatih nak baca Quran yelah sebba dulu dia pi overseas banyak ajaran Islam tak dipraktikkannya.

lepas pinangan Nasuha ditolak, Ustaz Mujib cadangkan Aisyah untuk dipinang oleh Joe tapi Joe tak nak. dia kalau boleh nak produk siap yelah bukan yang masih bertatih macam Aisyah. umpama analogi kereta Ferrari dengan van murah. Joe nak kereta Ferrari yang mantop walau hakikatnya dia akan membeli van murah - dia mampu, family dia pun selesa dan suka. macamtulah diibaratkannya. Aisyah pula suka pada Joe tapu dia segan yelah dia baru dekat jalan dakwah ni nak ke pak ustaz soleh lagi beriman tu dekat dia. Aisyah sangat merendah diri dan malu.

takdir Allah akhirnya Joe dan Aisyah disatukan. ingatkan dah ending tup2 Ustaz Azzam yang patutnya hadir ke walimah Joe dan Aisyah kemalangan pula masa dalam perjalanan. syahdu jugaklah baca sebab Azzam dengan Joe ni long lost friend dekat Yarmouk dulu. kecil benar dunia ni. Azzam buat permintaan pada Joe minta dia pinang Nasuha kalau dia dah takde nanti walhal Joe tu baru sehari semalam bergelar suami Aisyah.

ending dia, ha, bukan satu tapi dua isteri Joe dapat. bukan aku menyokong poligami atau apa tapi sebab storyline dia menceritakan dorang ni sangat faham bab agama dan mereka bernikah kerana Allah demi kelangsungan agama, nak membentuk masyarakat dan generasi mantop bermula dengan ibu bapa yang mantop dan mereka ni sangat mengikut sunnah nabi.

ok.now i'm looking forward to read the next novel by the same novelis tajuknya 'Transit Cinta'.

:)
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 9, 2012
Kalau ikutkan novel ni dibaca dulu sebelum novel IAK, tetapi dek kerana aku sudah menyelak halaman ending, perasaan ngilu yang datang bertandang membuatkan novel ini perlu ditutup sementara. Bukan menidakkan poligami tetapi sebagai perempuan biasa, rasa itu tetap ada di hati, walau banyak atau sedikit pun ia masih kekal terselit di hati *wink*

DYKN asalnya sebuah karya online dan mungkin kerana itu, ceritanya disampaikan dengan mudah. Straight forward tanpa perlu ada konflik yang meleret. Dan untuk itu, aku harus memuji adinda Iqbal kerana pokok utamanya tidak dipanjang-panjangkan :D

Adam Johari [Johari], Aisyah dan Nurul Nasuha [Nasuha] – tiga watak penting yang mewarnai DYKN. Secara mudahnya, Johari pernah bercinta dengan Nasuha ketika remajanya sebelum dia kemudiannya mula membersihkan hati di saat belajar di bumi Jordan. Perubahan secara total oleh Johari itu seharusnya menjadi iktibar buat kita yang masih lagi merangkak mencari hidayah. Aisyah pula merupakan teman sepermainan Johari. Namun setelah keluarganya berhijrah ke Australia, Aisyah juga bagaikan ‘berhijrah’ dari kehidupan Islamnya. Kepulangannya ke tanah air telah menemukan dengan hidayah Ilahi. Aisyah tersedar akan kekhilafannya saat melihat maut menjemput di depan mata.

Antara Nasuha dan Aisyah, pastinya Johari lebih terdorong pada Nasuha kerana dia yakin yang Nasuha itu gadis yang dicari-cari selama ini. Namun sudah ditakdirkan, Johari terlambat. Nasuha rupanya sudah menjadi tunangan orang lain. Dalam rasa hampa dan kecewa, dia redha. Apatah lagi bila mengetahui tunang Nasuha adalah teman sekuliahnya di Jordan. Jodoh Johari rupa-rupanya insan di depan mata. Aisyah, si perawan yang sudah mengenal penciptanya merupakan tulang rusuk yang dicari selama ini.

Aku suka cara Iqbal bercerita tentang konsep-konsep Islam. Ada terjemahan ayat-ayat Al-Quran, konsep usrah, cara peminangan dan pertunangan dalam Islam. Terselit juga sistem pentadbiran dan kroni dalam masyarakat kita serta sindiran halus tentang menjaga kebersihan tandas masjid dan cara menyambut hari istimewa dalam hidup kita. Ternyata Iqbal amat prihatin tentang hal-hal berkaitan Islam khasnya.

Namun mungkin kisah ini terlalu tergesa-gesa ditamatkan. Aku tak pasti adakah kerana ia ditulis oleh seorang lelaki, makanya naluri dan perasaan sang isteri itu diabaikan. Maksudku, tiada ruang dan peluang untuk Aisyah berkongsi rasanya bila tahu dia perlu bermadu pada saat baru bergelar raja sehari. Begitu juga dengan Nasuha, apakah rasanya perlu menjadi isteri kedua buat lelaki yang dulu pernah menjadi ‘raja’ dalam hatinya. Seperkara lagi, mungkin boleh dibetulkan sedikit [halaman 185], seharusnya ‘Nasuha’ bukannya ‘Aisyah’ :))

Tahniah kepada JS kerana berjaya mencungkil bakat penulis muda yang menjadikan penulisan sebagai jalan dakwah atau salah satu daripada wasilah dakwah. Tahniah juga buat Iqbal kerana sudah berjaya ‘melahirkan’ dua naskhah novel ;) Dan seperti janji sebelum ini, novel Iqbal yang kedua nanti akan dibaca dulu sebelum novel terbaru Nir ;D
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
September 19, 2013
Penulis: Iqbal Syarie
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
ISBN 978-967-0201-18-4
Harga: RM19.00 / RM21.00
M/S: 422
Cetakan 1 - 2011

Kita berpisah kerana Allah

Blurb:

Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi…aku nak ‘produk’ siap. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah yang dia impi-impi selama ini.

“ Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?” Itulah yang dia katakan pada murabbinya.

“Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya yang baru bersiap. Kan?” Adam Johari mengangguk.

“Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?” tanya Ustaz Mujib.

Johari terdiam sebentar. “ Sudah tentulah Ferrari mewah!”

“Sebab?”

*****
Keindahan bahasa bukan terletak pada mahalnya sijil, tapi terletak pada penghayatan dan pertuturan si tulang bangsa. Begitulah juga dengan keindahan garapan cerita. IQBAL SYARIE tidak pernah terlibat dalam mana-mana bidang penulisan. Jauh sekali dengan kursus atau mana-mana bengkel penulisan. Anak muda yang sedang mengikuti kursus penyelenggaraan kapal terbang dengan syarikat penerbangan Malaysian Airlines System (MAS) sedang merubah arus – menulis dengan satu misi: DABOM – Dakwah Buat Orang Muda!

Kak Chik menukil:

Adam Johari anak muda yang mendapat hidayah Allah saat diri ditimpa musibah ketika di bumi Jordan. Alhamdulillah, dia berubah dari sisi gelap ke arah jalan dakwah yang lebih aman dan tenang. Namun dia tidak pernah lupa sisi gelap yang pernah dilalui. Jalan itu dijadikan iktibar moga diri tidak pernah lagi terkhilaf. Adam Johari melalui hari-hari yang sungguh padat dengan kerja sebagai pengurus di syarikat keluarga di samping itu dia sentiasa mencuri masa untuk terus memantapkan ilmu agama selain berdakwah untuk membimbing anak-anak muda di sebuah universiti tempatan.

Nurul Nasuha anak yang dididik dengan segala ilmu agama oleh ibu bapanya. Namun dia pernah terkhilaf kerana terlalu terikut nafsu remaja. Nafsu remaja menjerat dia untuk ingkar larangan agama yang selama ini menjadi pegangan. Walaupun begitu, dia beruntung kerana cepat tersedar kerana teguran dan kasih sayang keluarga yang sentiasa melindungi. Dia rela melepaskan lelaki pertama mencuri hatinya demi larangan agama. Dia membesar sebagai anak yang terdidik dengan ajaran agama yang sentiasa menjaga pegangan hidup sehingga dia mampu menjaga hati daripada diberi kepada orang yang tidak berhak kecuali lelaki bergelar suami.

Aisyah hidup dalam kegelapan sepanjang dia membesar hingga dewasa. Penghijrahan keluarga ke Australia telah menyebabkan Aisyah jauh dari kehidupan Islam. Apatah lagi ibu bapanya juga tidak berpegang kuat pada ajaran Islam. Pemergian dia ke bumi US menambahkan lagi kekhilafan dalam hidup Aisyah. Dia tidak pernah lagi mengamalkan ajaran Islam sebagai pegangan hidup selain melalui kehidupan yang penuh kegelapan. Kepulangan Aisyah ke tanah air telah menemukan dia dengan Johari, teman sepermainannya sedari kecil sebelum keluarganya berpindah ke Australia. Aisyah tidak pernah kisah dengan teguran-teguran yang diberikan oleh oerang di sekelilingnya malah dia pernah memarahi teman yang memberi hadiah buku agama kepadanya. Namun apabila Allah mahu memberi hidayah kepada hamba-Nya, siapa kita untuk menidakkannya. Aisyah tersedar dari segala kekhilafan saat melihat maut menjemput di depan mata.

Antara Aisyah dan Nasuha, siapa yang menjadi pilihan Adam Johari? Nasuha yang sudah sedia untuk membimbing atau Aisyah yang sudah pasti perlu dibimbing?

Sudut pandang Kak Chik:

Tahniah kepada Jemari Seni kerana telah mencungkil seorang lagi penulis muda yang berjuang untuk menyampaikan dakwah secara halus melalui penulisan. Alhamdulillah membaca DYK membuka minda Kak Chik untuk berfikir dan juga menghayati ajaran Islam secara lebih mendalam dan meneliti amalan dalam masyarakat kita yang sudah banyak terpesong.

Sudah pasti setiap pembaca mempunyai pandangan yang berbeza tentang karya setiap penulis. Kak Chik hanya menulis dari sudut pandang diri sendiri tanpa mahu mencari silap sesiapa. Antara sudut pandang dari sisi seorang pembaca yang kerdil seperti Kak Chik ini:

- Penulis juga banyak menggunakan terjemahanan ayat-ayat al-Quran sebagai bahan utama untuk berdakwah secara tidak langsung telah mendorong Kak Chik membelek al-Quran untuk membaca ayat-ayat kalam Allah itu.

- Penjelasan tentang konsep usrah begitu mendalam sekali. Ini sudah mengubah persepsi Kak Chik sendiri tentang usrah atau perbincangan dalam kumpulan. (Rindu saat-saat di sekolah dulu kerana usrah adalah salah satu aktiviti yang selalu diikuti). Sebenarnya masyarakat kita kurang diberi pendedahan tentang konsep usrah selainkan aktiviti ketika di asrama dan di pusat pengajian tinggi. Kita selalu mengambil ringan konsep usrah sedangkan melalui usrah kita dapat mendidik diri lebih berkeyakinan dan membuka minda untuk saling tegur menegur.

- Cara peminangan mengikut ajaran Islam yang sebenar yang sudah jauh benar kita masyarakat Melayu Islam sekarang tersasar. Sedangkan cara dan jalan yang sebenarnya adalah:

‘ Yang sebenar-benarnya, pertunangan itu suatu ikatan janji antara pihak lelaki dengan pihak perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Tidak disyariatkan pun untuk diadakan majlis. Sepintas lalu, ia ibarat kerangka.’ – DYK:353

- Sindiran yang secara halus tentang pentadbiran negara kita sekarang dan juga sistem kroni yang begitu ketara diamalkan dalam masyarakat kita. Penjelasan mengenai sistem kroni juga terperinci walaupun hanya secara ringkas.

- Sifat sabar dan reda itu perlu menjadi tunjang utama dalam kehidupan harian yang hanya sementara di bumi Allah yang serba mencabar ini. Sabar dan reda itu sifat yang mampu menghindar diri dari melakukan kekhilafan jika kita menerima segala dugaan dan musibah itu dengan lapang dada dan muhasabah diri.

- Walaupun begitu masih ada perkara yang boleh diperbaiki oleh penulis kerana pada Kak Chik kisah ini sedikit tergantung dan tergesa-gesa diberi kata penamat. Rasanya ia pasti lebih menyentuh naluri seorang wanita jika diberikan sedikit ruang untuk Aisyah menyampaikan rasa hati menerima ujian daripada Allah saat diri masih terlalu baru bergelar raja sehari kerana pada Kak Chik penulis perlu melakar jalan mencari reda itu. Kerana isu yang diutarakan pada penamat kisah ini adalah sesuatu yang sensitif pada insan bergelar wanita sedangkan Ummu Mukminin Saiyidina Aisyah tidak terkecuali dengan perasaan cemburu.

Maaf jika apa yang ditulis ada yang menggores atau tersalah fakta. Tahniah buat penulis dan moga terus diberi kekuatan untuk menyampaikan dakwah Allah.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
2 reviews
November 13, 2018
Serious nak baca novel ni ..first baca transit cinta .. memang best..sebab cara penulisan die
Profile Image for Hasheida Hussain.
8 reviews9 followers
October 6, 2012
buku islamik...jarang aku tergoda ngan penulis yg aku tak penah baca gaya penulisannya lebih2 lagi lelaki..sori, bukan double standard,juz rasanya jarang ada penulis lelaki yg hebat gaya bahasanya [even tho' aku minat sgt2 R.A.M =)]

tajuk cite ni mcm tak kena je kan...patutnya 'mereka yg kunikahi' kut...then cite die mcm tak de byk sgt konflik sume mcm mudah...atau pun Johari tu yg membuatkannya nmpk mudah?
gaya bahasa juz ok...alhamdulillah bleh la hadam ayat2 nya smpai abis novel ni [b4 ni xpenah pun baca buku sparuh jln even xsedap setara mana pun,tetap dihabiskan]..maybe sbb buku islamik,bila bab nk terangkan psl satu2 isu,mmg xbleh lari dari ambil ayat ilmiah....standard code kut...tp ok la...at least byk jgak aku tau pasal agama kat sini...[Alhamdulillah!]

overall,2 star! ok lah tu kan...=) hrp2 next karya much better...insyaAllah =)

note:kak su n hlovate pandai masukkan pesanan islamik kat novel dorang tanpa menganggu mood pbaca...kite stil enjoy baca novel,tak rasa mcm baca kitab islamik pun tp ilmu islam tu tanpa kita sedar kita dah dapat..i wonder how they do that?
Profile Image for Siti Amanani.
4 reviews36 followers
September 9, 2014
mama asyik kata buku ni best. to me, buku ni mmg ternyata best. despite the storyline yang typical (sumpah, predictable) tapi unsur-unsur islamik dalam novel ni yang buat aku rate 4 bintang. alhamdulillah buku ni banyak mengajar, membentuk jiwa, menyedarkan diri, dan membuka minda.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
March 28, 2012
Johari, Nasuha & Aisyah

"Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan"
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 17, 2013
Jika perkahwinan itu didasari oleh dakwah, maka Allah pasti memberikan kita kebahagiaan yang berlipat-lipat kali ganda

Tajuk novel harus ditukar "Mereka yang kunikahi"
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 10, 2018
Selesai sudah membaca buku 'Dia Yang Kunikahi' karya Iqbal Syarie. Senoknya baca novel ni sebab dalam masa dia bercerita mengenai watak-watak dalam novel ni, dia selitkan sekali ilmu agama. Contohnya berkenaan cerita nabi, macam mana dalam Islam menuntuk kesabaran dan macam-macam lagi la. Rasa puas hati baca.

Tapi watak Johari terlampau tulus dan iklas. Untuk masa sekarang la, berbanding masa lalu yang agak tunggang langgang.

Penamat cerita tak best, memang tak suka, tak suka, tak suka.huh!! Tapi jalan cerita dia garap macam tu, baca saja la. Keseluruhan ceritanya OK!!
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.