Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack, yang membawanya ke negara Delta, di mana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua; yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.
jika fight club tidak ditonton, pasti nami boleh dijulang kerna punya idea yang sangat bagus walaupun naratif utama ialah tentang split personality sudah banyak di ketengahkan oleh ramai pengarang masa kini, nami tetap berdiri diatas jalurnya sendiri.
dari segi olahan cerita, ia tidak menjadi masalah untuk aku menghadam malah penceritaan yang stright to the point memudahkan aku untuk menangkap tiap isi yang ingin disampaikan. bagi aku, tidak semestinya cerita yang tidak mempunyai lenggok bahasa yang indah itu tidak menarik, apa yang perlu dalam penulisan ialah mengolah isi dengan baik dan memudahhkan pembacaan pembaca.
apa yang aku suka tentang nami ialah idea2 dan kritikan yang cuba diselitkan didalam novel. dan pendapat aku penulis yang baik, ialah penulis yang sentiasa memasukkan unsur ilmiah dan persoalan yang boleh membuka minda pembaca untuk berfikirkan bersama. Dan aku rasakan nami punya itu.
Suntikan berahi dan romantik yang cuba selit narrator bagi aku tidaklah keterlaluan dan masih dalam batas(masih tidak merasa ini novel porn)..tapi sejujurnya aku kurang mengemarinya dan cukuplah sekadar didalam imaginasi pembaca dan tidak perlu diperincikan dalam penulisan.
Selebihnya, aku cukup menyukai novel ini, waima tidaklah se-psyko cerita Bisik karya syaihan syafiq yang mengetengahkan tema yang sama tapi ternyata Bayang lebih bermutu jika dibandingkan Bisik yang aku kira seperti terapung2 di udara. tidak sampai ke dasarku.
dan aku dapat rasakan cerita ini ada kaitan dengan nami. tanda bagus untuk nami:)
Malam tadi aku tak boleh tidur. Demi mendatangkan kantuk, aku rembat novel Bayang yang baru dilancarkan pada Sabtu. Baca punya baca, ah musibat punya buku! Bukan makin mengantuk, makin celik lagi ada. Terus aku tak tidur sampai ke subuh menghabiskan novel karya Nami Cob Nobbler ni.
Aku sebenarnya baru lepas habis baca Pecah karya Khairulnizam Bakeri. Sebelum tu juga aku baca Amerika karya Ridhwan Saidi. Aku juga dah tengok filem Fight Club dan novel asalnya karya Chuck Palahniuk baru saja aku muat turun secara percuma minggu lepas. Dan ketiga-tiga karya ini ada dalam Bayang.
Bayang mengisahkan seorang lelaki bernama Faris yang menghidapi skizofrenia sehingga dirinya memiliki dua personaliti dan sering berhalusinasi. Watak Jack - yang sebenarnya adalah diri Faris yang lagi satu - mengingatkan aku kepada Fight Club. Cerita yang agak mengelirukan - antara nyata dengan khayalan - membawa aku kepada Amerika yang sudah tentu jauh lebih memeningkan. Penulis juga beberapa kali menyebut tentang Pecah secara terang-terangan - mungkin beliau juga sudah jatuh hati kepada novel itu.
Usai membaca Bayang, aku terfikir sama ada penulis sekali lagi menceritakan perihal dirinya yang sebenar seperti dalam Awek Chuck Taylor dan blovel terbaru Rokok Nan Sebatang. Adakah penulis sememangnya menghidapi skizofrenia? Adakah sejarah hidup penulis sama atau seakan-akan cerita yang digambarkan dalam Bayang? Kenapa penulis sebut pasal Mira sebagai ex-girlfriend Faris? Adakah kata-kata penulis di awal novel merupakan suatu kebenaran?
"Nama saya Nami. Nampak macam saya seorang, tapi sebenarnya saya ada sepuluh orang. Sepuluh orang tu boleh menjadikan saya berubah-ubah jadi orang yang awak sendiri tak kenal."
Siapakah pula yang dimaksudkan sebagai imaginary friend beliau? Jack, Sean, Brian, Joshua/Jose, Ali, Bob, Zach, Mike, Kurt dan Andreika - adakah mereka benar-benar wujud dalam ketidak wujudan? Kalau dikira, ya memang cukup sepuluh. Mungkinkah Nami penghidap skizofrenia seperti Faris?
Okey, aku patut cakap pasal novel kan? Sejujurnya aku suka novel ni walaupun ada beberapa typing error dan susunan kata yang tidak betul. Ada pula nama yang sekejap lain, kemudian lain - seperti Pakcik Amir yang mulanya ditulis Pakcik Aman, begitu juga dengan Ray yang ada sekali ditulis Ryan. Aisa Linglung tak buat kerja ke? Haha. Tapi takpelah, itu teknikal je.
Serius aku sangat minat dengan tema skizofrenia yang dibawa dalam Bayang. Kebetulan aku pun minat psikologi dan bercadang nak sambung master dalam bidang tu semester depan. Mungkin aku boleh belajar lebih lagi pasal skizofrenia ni sebab aku sebenarnya tak tahu pun penyakit ni sehingga boleh mendatangkan split personality, halusinasi, sampai orang boleh berjalan dalam tidur, bahkan membunuh dalam tidur!
Selain tema skizofrenia, aku tertarik dengan idea komunisme yang digambarkan lebih baik daripada kapitalisme. Ya, memanglah komunisme bukan yang terbaik kerana itu hanya sistem dan yang buat pun manusia. Kalau manusia sendiri dah memang tak betul, gunalah sistem apa pun, hasilnya tetap tak betul.
Penulis juga sesekali mencuit sensitiviti orang Melayu dengan pemikiran tipikal terhadap kaum lain - dalam novel ini, kaum Cina. Faris sebagai anak campuran Melayu-Cina sering dibuli kerana sifat rasisme orang Melayu pada zaman 80-an dan 90-an yang menebal. Dengan frasa 'Cina makan babi' diulang-ulang, novel ini sangat tak sesuai dijadikan komsas di sekolah. LOL! Dengan adegan-adegan seks, kau nak bawak novel ni ke sekolah? Hey, fikirkan poin aku di sini.
Penulis sebenarnya banyak menegur orang Melayu dalam novel ini selain meludahi golongan pemodal dan pemerintah kapitalis yang menindas rakyat marhaen. Berkenaan orang Melayu, aku suka petikan ini:
"Dalam beg aku cuma ada tiga helai baju bundle, berus gigi dan buku JD Salinger ini. Aku ada nampak dalam beg Adleen ada novel Pecah - karya Khairulnizam Bakeri. Ini adalah bagus. Budaya membaca semakin menular. Dulu aku susah nak jumpa Melayu baca buku. Ada Melayu pegang buku tapi majalah Mangga, Mastika, URTV. Hari ini semakin kurang dan berkurang. Ini perkara bagus. Menyampah aku tengok bahan bacaan Melayu yang jual gambar tetek dan cerita hantu semata-mata."
Ironinya, petang semalam aku tertengok dalam Nona ada dua orang bising pertahankan majalah Mangga yang asyik tayang tetek artis tu. Konon lepas masuk Mangga, banyak artis baru dapat tawaran. Wah, nak kena tayang tetek dulu baru laku ya? Lepas tu boleh pulak cakap majalah Mangga ni balance antara cerita pasal artis seksi dengan cerita pasal agama.
Apalah nak jadi dengan orang kita? Aku rasa baik korang yang belum baca Bayang, pergi baca cepat-cepat. Walaupun aku tak setuju dengan semua idea Nami, tapi aku hormati pemikirannya. Beliau ada sebab untuk berkata begitu. Beliau ada sejarahnya sendiri. Beliau yang kita nampak dengan terang mungkin hanya sebahagian, sementara sebahagian yang lain gelap dilitupi bayang. Aku beri 4 bintang - tak ambil kira kesalahan teknikal.
Ini memang buku 100% gaya Nami. Takde ubah-ubah. Memang identiti dia.
Buku ni memang best. Best sebab boleh serba sedikit faham macam mana pesakit schizophrenia melalui liku-liku kehidupannya. Bukan senang nak faham orang yang ada mental disorder ni. Selalu kita cakap orang-orang macam ni berjiwa kacau ataupun paling mudah cakap, gila. Tapi hakikatnya, jiwa kacau pun betul jugak. Yang tak betul cuma gila ajelaa.
Yang penting, buku ni mudah dibaca. Tak buat aku pening dan jadi gila macam membaca buku Mautopia. Buku yang ada ilmu-ilmu disampaikan walaupun tak secara tersurat tetapi ternyata menambahkan lagi apa yang aku telah tahu. Serius aku lebih suka tulisan urban Nami. Cuma harapan aku ah kan, kalau kurangkan adegan-adegan erotis pun mesti lagi better kot. Macam Awek Chuck Taylor. Please, tanpa porn pun Bayang dah brilliant. Serious.
Last but not least, please editor do serious proofreading. Bila kita nak hasilkan karya agung, perlulah karya itu cantik tulisan dalaman dia.
membaca tulisan nami kali ini buat aku rasa terseksa emosi dr awal pembacaan. memerlukan fokus yg tinggi tatkala utk memasukkan tulisan2 berkenaan dgn negara Delta ke dlm otak. tp pengakhiran cerita membuat aku rasa marah sebenarnya.
Betul ke aku baca buku ni, ke aku yang create cerita dalam buku ni yang nampak macam aku baca buku ni? Atau, betul ke aku komen kat ruang komen buku ni?
Atau semua ini hanya imaginasi aku.
Atau buku ni memang tak pernah wujud. Ruang komen ni pun tak pernah wujud?
plot dan penghayatan ilmu kejiwaan dalam karya ini amat menarik.. meskh. ada beberapa adegan xxx yang rasanya tidak perlu ada kerana takkan mempengaruhi perwatakan dalam karya
What a story!! Tema utama cerita tentang split personalities memang menarik dan secara tak langsung membuatkan aku minat dengan psikologi tapi takpelah, nanti aku yang lagi gila daripada orang gila. Faris ada dua personaliti. Lepas tu boleh ter-create some imaginary characters pula tanpa sedar. OMG. Dia memang hidup dalam alam bayangannya. Dia rasa 'kawan-kawan' dia tu alive padahal kita nampak dia bercakap sorang-sorang. Well this type of disorder does exist and maybe this is how a schizophrenia person behaves.
Sudahlah Faris pandai. Kecil lagi dah pandai baca surat khabar. Kebolehen membaca dengan lancar pada awal usia ni aku sangat faham. Memang bosan bila masuk Darjah 1 kena belajar perkara yang kita dah tahu. Menjadi anak sulung memang aku boleh relate sebab seawal tiga tahun kita dah kena beralah dengan adik-adik. Tapi kesian Faris. Zaman kanak-kanak dia terjejas sebab didera teruk. Memanglah boleh murung kalau mental and physical kena tortured. Aku pernah juga kemurungan yang teruk tapi nasib baik tak jadi gila. Haha
Isu racism yang diketengahkan juga menarik. Contoh frasa "cina makan babi" deemed as racist statement. Maka Nami mengingatkan kita tentang sejarah bahawa wujudnya melayu itu asalnya daripada kelompok manusia yang berhijrah dari Yunan, China dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Sambil tu ada juga diselit sejarah rekaan dan falsafah. Imperialisme, kapitalisme, revolusi, dictatorship. Nice! Yes, semua aspek ni sememangnya mencerminkan kehidupan kita. Antara kata-kata dan persoalan dalam novel ni yang aku suka:
"Sebagai seorang keturunan cina, apakah mereka beranggapan bahawa masuk Islam adalah masuk Melayu? Apakah dia ingat masuk Islam kita perlu menjalankan adat istiadat Melayu?"
"Selalu sahaja aku dengar orang mengeluh, "adoi, matilah aku duit takde". Kamu tidak menyebut nama Tuhan kamu tapi kamu menyebut duit."
"Kau nak aku ajar main bola, tapi kau tak nak belajar cara-cara ikat tali kasut. Kau nak aku ajar kau melawan tapi kau tak nak bangun. Kau nak aku ajar apa itu perjuangan proletariat tapi kau tak pernah bekerja. Macam mana aku nak ajar kau?"
"Kenapa sesetengah orang kena kerja kuat tapi tak kaya-kaya, kenapa ada sesetengah orang nampak macam tak bekerja tapi kaya gila-gila, kenapa?"
"Peperangan - ia bukanlah permainan kau hanya menyerang dan menakluk semata-mata. Ia bagaimana kau mempertahankan taklukan daripada dirampas orang lain. Hanya bila kau dapat mempertahankan apa yang kau rampas, baru layak dipanggil hegemoni."
Kenapa bukan 5 bintang? Sebab grammar mistakes (basic english grammar salah yang annoying tu) and typo. Benda-benda ni banyak sangat dari awal sampai habis. Ini buku dah, bukan manuskrip lagi? Typo yang paling ingat ...dengan dengan... dan Pakcik Amir tiba-tiba bertukar Pakcik Azman pada awal cerita. Grammar errors are a lot such as ..if you don't got balls.., ..I'm not decide anything yet, Yes, I'm confirmed, ..I hope you'll coming to see.., Is he feel insecure to admit.., ..if you don't recognized him.., ..are you hallucinate sayang?, Jack is exist.. Sorry I have to point out those but there are many others. I read cetakan pertama (2012). I really hope Lejen has done something for cetakan seterusnya. Come on..cerita dah best kot...ke nak aku jadi editor? Hehe gurau je.
Yes, it is about split personality. Semua watak yang ada dalam hidup Faris masa dia dewasa, semua tak wujud. Hanya watak masa dia kecik dan didera oleh sepupu dan pakcik nya saja watak yang betul-betul ada dalam hidup Faris. Kisah negara Delta dan Kerajaan Soviet Union tu sangat MEMBOSANKAN. aku skip je cerita dia. Tak menarik minat langsung utk aku baca. Nasib baik tak ambik port sgt kisah Jack, sebab Jack tu imaginary person dalam diri Faris. Anyway cuma ambik masa 3 hari saja nak baca. Selesai.
Kalau belum menonton Fight Club, mungkin boleh beri 5 bintang. Amat kagum dengan pengetahuan penulis mengenai sejarah, falsafah dan muzik. Cuma agak kurang berkenan adegan seks yang agak terperinci. Jika tiada adegan seks tersebut, tiada apa yang akan kurang mengenai karya ini.
First time jumpa penulis Malaysia yg tulis pasal mereka yg menghidap skizofrenia dengan (at least lah, boleh lah) cara betul. Penulisan pun senang dibaca, Jalan cerita pun menarik👌
*Rereading rating 12/2022; 3/5
First time baca cerita ni masa saya masih dalam alam sekolah. Saya ingat keseronokan membaca cerita ni tika itu jadi ingatkan nak baca semula lah untuk merasai keseronokan tu kembali. Tapi sesudah membaca kembali cerita ni, saya punya pendapat tentang buku ni berubah.
Pertama skali, penulisan senang sangat nak hadam. Cara penulisan seperti mendengar seorang kawan bercerita - santai dan simple. Kalau suka penulisan fixi, korang mungkin akan suka penulisan buku ni. Tapi bagi yang ambil berat tentang tatabahasa, rasa jengkil dengan penulisan yang campur aduk Melayu-English, penulisan buku ni mungkin bukan untuk korang. Kadang perbualan antara watak memang full on english terus and ngl the broken English kinda annoys me a little. Dan saya mengaku lah kadang tu dialognya 'questionable' dan sejujurnya 'cringy' lah jugak. Bahagian yang paling saya tak suka adalah penyampaian tentang penyakit schizophrenia - tidak begitu organik dan ada tika penulis memang copy paste terus dari laman sesawang berbahasa Inggeris tanpa penterjemahan. Peralihan dari satu babak kepada penyampaian maklumat tersebut tidak begitu cantik. Cerita ni punya timeline berulang-alik antara masa lampau dan masa kini. Skali-skala Faris akan mengimbau kembali masa silamnya tika dia mengelamun.
Saya faham cerita ini bermain soal sakit Schizophrenia tapi schizophrenia yang diilustrasikan di sini agak mengelirukan bagi saya - sebab penulis sendiri kadang kaitkan simptom DID (dissociative identity disorder) dengan skitzo, kadang juga dengan psychosis. Namun, memandangkan saya sendiri tidak begitu arif dengan penyakit ini, saya tak boleh nak bagi komen sangat tentang ketepatan penulis dalam menggambarkan watak yang mempunyai penyakit ini. Memang perwatakan watak ini boleh diakatakan 'berlebihan/exaggerrated' dan faham cerita sebegini biasa lah exaggarated sikit tapi memandangkan penulis sendiri seperti mengambil serius dalam meyampaikan maklumat tepat tentang penyakit ini kepada pembaca (walaupun penyampaian tu x berapa nak sampai), saya agak penulis ini memang mengambil kisah dalam membuat penggamabaran watak yang mempuanyai penyakit ini dengan tepat, which I cannot say he suceeded.
Cerita ini mengisahkan tentang Faris sebenarnya, tapi saya jauh lebih tertarik dengan kisah Jack. Kisah Jack jauh lebih menarik, walaupun diringkaskan, kisah hidup dia sarat dengan permainan politik, kritikan sosial, plot dan perkembangan watak (Jack punya pandangan terhadap dunia dia, dan bagaiman dia berubah dari budak yang lemah dibuli mejadi Komandor yang digeruni) yang menarik. Ia membuatkan saya berhajat penulis menulis kisah Jack je terus. Fokus je kepada dunia Jack, tinggalkan kisah pasal skitzo tu.
Pengakhiran cerita ini boleh dikatakan terburu-buru lah jugak. Boleh nampaklah macam penulis tak tahu nak 'bungkuskan' cerita ni secara cantik. You can tell that the author has an idea where the story was going at first but got lost pada akhir2 tu. In the end, banyak plot convienience jugak dan tidak begitu memuaskan.
Overall, I had a really good time reading this - especially the 2/3 of this book but I cannot say that it's well-written. Sorry.
Setelah membaca beberapa buku dari penulis yang sama, boleh dikatakan bahawa penulis membawa signature style dalam setiap penulisannya. Antaranya:
-Mesti ada sebut tentang pasukan bola EPL dan apa sahaja yang berkaitan dengan bola -Ada perempuan cantik -Ada kucing sebagai watak picisan tambahan -Ada bermacam ideologi yang mungkin mencerminkan idea penulis -Sebut tentang movie Fight Club
Begitulah lebih kurang setakat yang saya ingat. Tapi masih, masih ya... Terdapat kesalahan English grammar yang banyak apabila menggunakan ayat English. Glaring mistakes. Obvious. Kalau status Facebook ke ape, saya tak kisah. Ini novel, yang mana sepatutnya kurang kesalahan tatabahasa kerana ia boleh mempengaruhi kemahiran bahasa pembaca. Part ni, boleh improve dengan mengupah editor/proofreader yang lebih teliti. Jangan marah sebab komen sekadar untuk memberi peluang kepada penulis untuk memperbaiki kesilapannya. Thanks!
Lagi point, setahu saya, seseorang tidak boleh menjadi wali kepada anak tirinya. Ini macam common knowledge dalam Islam kan? Ok mungkin saya silap paham apa yang cuba disampaikan penulis.
faris bijak. umur 3 tahun dah boleh membaca.. tapi dek kerana ayahnya menghantarnya duduk di rumah nenek, dia sering di dera oleh pakcik azman dan sepupu kembarnya, zairil dan zahrul.. penderaan yang dilakukan atas alasan ibunya cina. ketika itulah dia bertemu dengan jack. jack membawanya ke negara delta sebagai tetamu agung dan jack sering menekankan yang dengan kemarahan baru dia berjaya mencapai suatu kejayaan. pertemuannya dengan jack berlarutan sehingga dia dewasa. dia bertemu pula dengan pakar psikologi adleen. dalam masa yang sama juga dikisahkan tentang comrade jack di negara delta, negara yang kerajaan memerlukan persetujuan rakyat untuk membuat keputusan.. penderaan mental terhadap faris telah mencetuskan sesuatu dalam hidupnya.. sesuatu yang menarik ditemui di akhir-akhir bab dalam novel ini.... suka dengan gaya penceritaan yang berbalik-balik ke tahun-tahun tertentu untuk mengaitkan jalan ceritanya. abaikan segala negatif yang ada, tu mungkin sebagai orang kata pemanis cerita (kot la..) banyak perkataan extravaganza yang kutemui.. hehe... biasala bila orang kampung baca buku urban... camni la jadinya... bukak kamus, bukak buku sejarah jadinya....
i prefer this one than awek chuck taylor. buku ni lagi buat aku banyak berfikir, ajar aku benda baru (schizophrenia - which memang i have no idea what it is about before), and i think it's much more interesting dari awek chuck taylor. one moment you're in the present then one minute it brought you to his past, to Jack's world. kagum dengan watak faris yang dari kecil dah boleh baca buku, yang lagi berminat nak tahu tentang sistem solar, yang berfikiran lagi jauh dari kawan sebaya dia. at the same time sedih sebab faris kecik-kecik dah kena dera dengan pakcik, kena buli dengan sepupu, macam tak dapat terbayang umur macam tu dah dilayan dengan teruk. overall, cerita ni best and memang recommend people to read this. to nami, please don't stop writing.
The story line was great. I like the story but not the language. I personally believe, to say something that is grammatically correct all the time is not possible, even to a fluent speaker. But in writings or books, i find it very annoying to see and read sentences with grammatical errors and the mistakes are not on subjunctives or something difficult but mostly on the most basic English such as subject verb agreement, tenses and stuff, and..the mistakes are too obvious.It is too glaring. I have to read the wrong sentences out loud so that i don't feel that annoyed. And i skipped whenever i have to encounter English sentences in the novel.
It is a good book but hopefully the language-wise of the book can be enhanced.
In life,everything is deux en machina. Jangan jadi lumpenproletariat,kata Karl Max. Senang kata,loser! Aku Faris. Aku Jack. Aku Adleen. Aku dia. Semuanya bersatu dlm jiwa saat membaca karya ini. Aku nampak dia di setiap helaian muka buku ini. Memang boleh pakai teori 'survival to the fittest' cuma kita adalah Homo Sapiens yg bukan seperti Comrade Jack. Krisis itu peluang. Kalian pernah rasa ingin menyeru nama seseorang kerana rindu,sayang,dendam? Tak pernah? Ok,kalian tak cukup jiwa untuk karya hebat milik Nami ini. Schizophrenia. Mungkin kita bukan mereka tapi kita juga ada bicara kaedah kita sendiri. Aku?
Buku tentang skizo yang mengompilkan ciri ciri dunia ilusi seseorang manusia boleh hidup di dalamnya. I can feel and sense the very rippen of the characters he made.
Isi yang tak dijangka. Banyak elemen yang mengejutkan. Terdapat banyak fakta berat yang menarik walaupun tidak semua diketahui. Nami ni boleh dikatakan seorang penulis yang bagus dari segi effortnya dalam novel Bayang ni. Saya bagi applause dengan wit atau cleverness yang ada disusun dalam ceritanya.
Tapi sejujurnya... life saya lebih kurang begini selepas tahun 2011 walhal saya membaca novel ini pada Oktober 2014. Maka saya nak tanya... Nami, awak buat mejik eh?
First tengok cover, menakutkan. plus tajuk 'bayang'. Penulis macam kenal. Tanya kawan, 'beb, u kena baca. sumpah best !'. Kebetulan PWTC ada Bookfair, apa lagi mencari dan tercari buku ni. Baca sinopsis macam menarik and start baca. First time baca buku ni and rasa diri tertipu dengan BUKU ! Seriously Nami memang gilaa
Nami telah (cuba) mencipta 'sense of character', dan berjaya meletakkan saya didalam keadaan itu. Walaupun bukan skizo, tetapi dapat saya rasakan satu sense yang mengatakan Adleen itu hidup dan saya mencintainya!
kisah faris dan bayang-bayangnya yang menjadi teman hidupnya...kesan penderaan di zaman kecil memberi impak yg besar kpd dirinya...kisah yg mnarik dan ending yg terkejut...nice story dari nami..konsep still sama...
I related to the main character from many aspects. Been bullied in school too. Been depressed since I was a child too. Gladly setakat ni me belum create my imaginary friend(yet?). Because I have myself to be my own friend. Ceh. Haha. My most favorite book. 5 stars, for sure.
satu cerita yang Bagus bila kau letak expectation terlalu tinggi terhadap buku ni. lepas naskah yang kurang memuaskan dari nami, aku kembali boleh baca bukunya.
cuma yang ini lebih kurang dari lelaki eksistensial.
jujur aku cakap,ini pertama kali aku baca karya nami. utk kisah ni, aku suka dgn cara garapan dan ideanya. aku akan cari karya nami yg lain. aku kasi 3.5 bintang