Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love You Mr. Arrogant #1

Love You Mr. Arrogant

Rate this book
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

462 pages, Paperback

First published March 1, 2011

153 people are currently reading
1949 people want to read

About the author

Aliesha Kirana

10 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
596 (49%)
4 stars
306 (25%)
3 stars
212 (17%)
2 stars
56 (4%)
1 star
40 (3%)
Displaying 1 - 30 of 80 reviews
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
April 14, 2013
Zafriel Irham dan Zaara Amirah bertemu bila kereta mereka berlanggar. Papa Irham menyuruh Irham untuk mengawini Zaara. Zaara mula mencintai Irham walaupun lelaki itu sangat egois. Irham juga mula menyukai dirinya. Tapi dugaan datang dalam bentuk Hadry, faisal, Sherry, Puan Sri Maryam dan Kak Safiya. Tapi Zaara tidak pernah cuba melukai hati Irham. Dia cuma mampu memujuk irham dan menangis dalam diam. Dia melarikan diri bila Puan Sri Maryam menyuruh dia berjanji untuk meninggalkan Irham bila dia mula sihat. Akhirnya, Irham dan Zaara dapat bersama. Irham bahagia mengetahui Zaara sedang mengandungkan anaknya.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
July 9, 2013
Mak oi, garang dan kasar sungguh hero cerita ni. Watak-watak dalam cerita ni membuatkan N teringat kat hero-hero drama Korea.
 photo happydance_zps36acde90.gif

There's the handsome, arrogant hero, Zafriel Irham. And then the ever patience and loyal heroine, Zaara. And then the second hero, the calm and slightly more romantic guy of the two, Hadry. Then lastly, the sexy siren slash villain, Sherry.

Kalau siapa yang suka cerita Korea, rasanya you can guess the love pattern already.

Zaara jatuh cinta dengan suaminya Zafriel, yang sentiasa control macho, yang menjadi idaman Sherry si seksi dan gedik. Dalam pada masa yang sama, sepupu Zafriel, Hardy Hakimi yang calm and collected jatuh hati pandang pertama dengan Zaara. Namun Zaara setia menanti cinta si suami Zafriel yang mengahwininya kerana tak mahu berkahwin dengan Sherry.

Segarang-garang si Zafriel, ada lucunya juga. Dia ni memang typical hero cerita Korea lar. Cakap dengan Zaara asyik nak marah-marah, tapi sangat protective.

"Awak, terima kasih." Zaara bersuara dalam esak yang masih bersisa.

Irham berdeham.

"Walaupun kau kata aku berlagak, layan kau buruk...aaa...apa lagi?" Irham mengira-ngira dengan jarinya.

"Ego tinggi..." Zaara mengingatkan.

"Aku masih sudi peluk kau, tenangkan kau. So, aku memang layak dapat ucapan terima kasih tu, kan? Jadi, sama-sama."



N suka dengan cerita ni. Baca sampai pukul 3 pagi sebab tak boleh nak stop. Tapi N perlulah katakan di sini yang cerita ni kurang dari segi originality. Bab awal-awal,ia mengingatkan N pada cerita Bicara Hati karya Damya Hanna. Zaara bertemu dengan Zafriel dalam kemalangan kereta. Zaara tak mampu nak bayar ganti rugi kereta mewah Zafriel. Untuk melangsaikan hutang itu, Zafriel memaksa Zaara mengahwininya.

Selesai yang itu, N rasa macam dah masuk cerita Korea pulak.
 photo awkward_zpsf3f8087b.gif

Satu lagi yang N nak highlightkan di sini adalah dari segi format penulisan. Ada bahagian yang N susah dan keliru sekejap nak tahu siapa cakap apa. Maksudnya, N tak pasti dialogue itu diucapkan oleh siapa.

Contohnya:

"Kenapa tengok aku macam nak telan ni?" Zaara menggeleng kepala.

Kalau tak perasan, kita akan sangka line itu diucapkan oleh Zaara. Tapi sebenarnya ia dilafazkan oleh Zafriel.

Contoh lagi:

"Apa maksud kau?" Kedengaran Fiz mengeluh.

Sekali imbas seperti ayat itu dilafazkan oleh Fiz secara mengeluh. Tapi sebenarnya tidak. Ayat itu adalah dialog Zaara.

Final example:

"Oh, samalah kita. Saya pun tak kenal sangat tetamu yang datang ni." Zaara tersenyum, cuba menyembunyikan rawan hatinya yang asyik bergelora dalam jiwanya.

Again, seolah-olah dialog itu dilafazkan oleh Zaara. Tapi sebenarnya ia dilafazkan oleh Hadry.

Banyak lagi contoh-contohnya tapi yang tiga ni pun N rasa sudah mencukupi untuk menjelaskan 'kekeliruan' yang N maksudkan.

Harap-harap penulis akan lebih peka dalam hal-hal yang mungkin dianggap remeh ini. Tapi pada N, benda-benda kecil ini pun sebenarnya boleh menganggu konsentrasi seorang pembaca.
 photo dumbledore_zps2590fb74.gif
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
July 27, 2019
Ni novel lama ni cuma masa drama ni tengah hit dulu adalah zaman i study kot so masa tu tak layan drama melayu dan novel pun masa tu tempoh hibernation memang tak baca langsung.
Ni tetiba jalan2 kat pnm tetiba ternampak novel ni so try la baca nak tau kenapa hit sangat dulu.. Apa nak dikata, novel ni memang menepati ciri-ciri drama melayu pukul 7 yang selalu dipersoalkan.

Heroin biasa2-hero CEO kaya hensem arrogant-kahwinpaksa-mula benci kemudian cinta-mak mertua taksuka-langau bimbo pilihan mak mertua-hero kedua syok kat heroin-salahfaham fitnah-gaduh2-happy ending!
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Pengajaran lepas baca buku ni:
1. Kalau nampak anjing lalu tengah jalan, langgar je. Jangan tekan brek, takut kemalangan.
2. Kalau jadi kemalangan, jangan cagar phone sendiri kat pihak lain.
3. Kalau terjadi perkara ini, terus repot polis. Duit tak boleh ganti maruah diri. Untung dapat kahwin laki hensem, kaya...kalau mat gian ke, penjenayah ke, tak ke haru..

Komen: Tersenyum baca novel ni, patut sejarah watak Zafriel yang ego tu dikembangkan sikit lagi. Watak antagonis perempuan dalam cerita ni memang kena ada ke? Macam plot cerita Korea sudah. Nipis sangat. Pertama kali baca cerita hero tahap selamba badak sampai ending, selalu bila plot tamat, hero mesti nak bertukar jadi sweet2 gitu. err...Oklah.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 4, 2014
2.5*

Lagu si mamat ganu tu memang menghantui pembacaan aku. Pheww..

Full review: 04/02/2014

Bila dah tonton ceritanya di kaca TV, automatik ianya akan menganggu kosentrasi pembacaan. Pheww..

Tiada masalah untuk hadam kisah ini. Ringkas. Klise. Ya, benar. Cuma mungkin, dibaca ketika aku sudah hampir muak dengan cerita tipikal novel Melayu, makanya aku rasa ianya biasa-biasa saja. Maaf ya! Dan aku perasan, ada sedikit elemen Korea. Bagaimana tu? Kisah lelaki yang egonya tinggi, suka buli heroin tapi dalam hati ada taman hikhikhik :P

Cuma pada pendapatku, si Zafriel Irham [Irham] tu tak arrogant mana pun. Tak dapat menandingi keegoan Robin Heiden dalam Seducing Mr. Perfect. Eh! Takde kaitan pun. Sila abaikan!

Dan, aku agak penat membaca kerana naratifnya yang kelam-kabut. Semuanya mahu disumbatkan dalam satu perenggan. Atau, apakah masalah pengeditan? Kerana, dalam cetakan yang ketiga belas ini, perenggan bagai ada-tak-ada saja. Begitu juga dengan masalah ejaan, nak pejam mata pun dah tak lalu.

Mungkin juga buku ini dibaca pada waktu yang salah -- at a wrong time and wrong place. Ha, begitulah lebih kurang. Faham ke? Haihh... buat-buat faham je la *wink*

Apa pun, laras bahasanya santai. Cukup sempoi, bak kata adindaku. Walau ada masanya agak kaku, tak mengapa kerana setahu aku ini karya pertama penulis. Banyak perkara yang boleh dibaiki lagi untuk masa akan datang. Moga terus menulis!

Dan ya, citarasa ala-ala maktok seperti aku ni memang susah nak diramal. Apa pun, aku akan cari novel keduanya :D

Ps: Tak rasa tulis review, sebabnya ramai dah tahu pun kisahnya, kan? hahaha Jadi, aku cuma tulis apa yang aku mahu ceritakan *wink*
Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
December 6, 2013
Terlalu fokus kepada jalan cerita sehinggakan (1) naratif tergopoh-gapah (2) tiada perkembangan watak. Ya, memang boleh baca novel ini dengan laju sebab 90% novel ini terdiri dari dialog. Tapi bila sarat dengan dialog tanpa memberi ruang kepada naratif, tak nampak depth di situ. (Apa depth dalam BM eh hahaha..) Nampak shallow sangat karakter yang diketengahkan. Contohnya, karakter Datin Maryam sangat two-dimensional dan klise, benci Zaara sebab nak kahwinkan anak dia dengan Sherry........and that's it. TOLONGLAH JANGAN HOLLOW SANGAT CHARACTERIZATION..

Contoh lain, jumpa Hadry lepas tu eh tiba-tiba Hadry dah jatuh cinta kepada Zaara.....uh, okay, I'm sorry, WHAT just happened??? Contoh ketiga, dalam PERENGGAN YANG SAMA, Zaara buat pregnancy test lepas tu tiba-tiba dekat klinik terima berita dari Dr yang dia pregnant. Haish. Ni aku kata, naratif tergopoh-gapah. Rileks. Memang dalam cerita Melayu kalau naratif banyak sangat cenderung jadi bosan, tapi naratif tu penting untuk bagi motif, untuk bagi characterization dan details kepada jalan cerita. Ni Zaara kerja apa tah aku pun masih tak tahu sampai ke hujung. Ok. Takpelah ni novel pertama sooo kira trial run lah. just wish Malay authors don't take readers for granted. We expect more than just a few lovey-dovey scenes. It's time to step up your game if you really want to improve the local publishing industry. (Ok emo pulak bai.)
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
May 18, 2017
2.5*

Baca kali pertama tahun 2012 dulu rasa macam best, baca kali ni macam errr okay thanks 😂
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
October 13, 2013
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog HERE . I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also... spoiler alert!


Just done with this novel... and I'm very happy with it. Setelah struggling nak habiskan novel yang sebelum ne I baca (which still belum habis I baca), I decided to read this novel, yang sememangnya dah lama I letak on my bed headboard, sebab I heard the drama is currently on di TV.

I rasa macam pernah came across this kind of writing style. Kata-kata seru di luar dialog, memasukkan "hehe" di dalam dialog... I rasa I pernah komen sebelum ne. Then I realised that the author ne is the same one yang menulis cerita "Cinta Bersaiz XXL". No wonder la... However, this novel is Aliesha Kirana's first, so I baca dah terbalik.

I tak beberapa suka dengan title buku. Maybe I ne anti sikit when novel Melayu bertitle Inggeris. Really is a turn off for me. Despite that, I think penulis telah melahirkan sebuah novel yang boleh dibanggakan.

Accident di antara Zafriel Irham dan Zaara Amirah telah menemukan hero dan heroine cerita ini. Satu pertemuan yang agak klise, tetapi berkesan. Punca pertemuan, is not a big deal for me, really... Pengolahannya yang I care about. The part where Zaara gadai handphone pink dia tu... very funny! I can just imagine a macho guy pegang that handphone.

Zafriel Irham, seorang lelaki yang berhati kering, tapi bila berhadapan dengan keluarga dia, namely parents dan sepupunya, dia menjadi seorang yang baik tingkah laku. I see a very contrasting perwatakan here, but again, it works. Characteristic lelaki macam ne typically sering ada pada hero drama Korea -- tak sayang mulut, blunt, sayang tapi tak nak mengaku, handsome and kaya. I think I baru pernah come across watak lelaki yang vocal macam ne. Tapi I very much like his character. Walaupun arrogant, dia jenis tak melenting bila disuruh solat (walaupun pada mulanya liat nak solat Subuh) and dia ne tak pernah cakap kasar dengan parents dia. His mother pushed dia dengan perempuan yang dia meluat pun, still dia tak kasar with his mother. That's... something. I rasa his dialogues are the best that I've come across. The dialogues seemed harsh, tetapi disampaikan bukan dengan kekasaran... it's being delivered in an arrogant kinda way. Patut la kena panggil "Mr. Arrogant". Some of my favourite dialoges:

"Aku tak tanya pun"

"Apa yang aku rasa, kau tak perlu tahu. None of your business."

"Petang ne balik awal. Jangan mengada-ada balik lambat. Lambat seminit, aku tinggal"

"Nak suka aku ke, nak cinta aku ke, ikut suka kau la. Aku tak peduli"

LOL

Zaara Amirah ne mempunyai perwatakan yang very contrast from the hero and yet, ada juga persamaan. Zaara ne seorang yang tenang dan tidak mudah melenting. I think one time je dia melenting (semasa Irham send message yang tak sepatutnya kat mak Zaara). Other than that, Zaara ne is the kind of girl yang berfikiran matang. Pada dasarnya, perkahwinan ne terjadi sebab janji. Kerana terpaksa, Zaara menjadi wife si Irham. Walaupun terpaksa, Zaara menerima statusnya dengan tenang and she acknowledged it. Like Irham, Zaara seorang anak yang baik, and sentiasa mendahulukan parents. Walaupun kena treat dengan buruk oleh mother in law dia, she still treated her with best she could. I love that about her.

Hadry Hakimi, sepupu Irham dan juga merupakan sahabat baiknya, has feelings for Zaara. I love his character. Typically, seorang perempuan boleh menjadikan dua sahabat bermusuhan, but not in this case. Perasaan Hadry for Zaara is real, tetapi he knows siapa perempuan yang dia suka tu... and I suka that he's not the type yang insistent. He also knows that Irham and Zaara kahwin bukan atas dasar cinta, but that doesn't stop him from respecting the marriage. He even tried to make things better bila something bad happen between Irham and Zaara. Serious I like his character. I'm glad dia bertemu jodoh dengan bestfriend Zaara. Rasa nak pula read story of them. Hehe

Jalan cerita is very streotype, tetapi I like how penulis mengolahkan every plot. I think watak-watak dan dialog-dialog dalam cerita ne yang membuatkan novel ini berkesan.

I mentioned about my problem with the writing style before... ne nak tambah sikit. Ada masanya, penulis menyatukan dialog satu watak dan narrate perbuatan watak yang lain dalam satu perenggan. I rasa puzzled sometimes. I was like "eh, siapa yang cakap ne? Kejap si Tiz, kejap si Zaara".

All in all, a very simple story and yet, sangat menarik. Very much recommended!

Sinopsis cerita:

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..
Profile Image for Mslvoe.
2,078 reviews200 followers
November 20, 2012
Pengajaran yang boleh kita contohi dalam buku ini 'harta duniawi jangan dikejar sangat, amalan agama dan harta akhirat kita jangan lupa'. Sifat keluargaan dalam buku ini amat menyentuh hati sha.

Walaupun ibu mentua Zaara membenci dia, tapi Zaara tetap hormat dan menjaga ibu mentua dengan penuh kasih sayang. Baik sungguh hati Zaara.

Sha akui cerita dia biasa² saje tapi pengajaran dalam cerita ini membuatkan sha terfikir betapa indahnya sebuah keluarga yang mempunyai hati yang cukup baik, merendah diri, ingat Allah dan bersangka baik. Penulis memang bijak memikat hati sha.
Photobucket

Sikap Irham terhadap Zaara buat sha tersenyum. Mahu tapi malu. Walaupun perkahwinan paksa, tetapi lama kelamaan Irham mula menyukai Zaara. Hati Zaara yang baik, manja dan tak suka berdendam dapat meruntuhkan ego Irham.
Photobucket

A LOVE story with a HAPPY ending!

Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 17, 2016
Drama melayu pertama yg saya actually tengok followed by Ariana Rose setelah sekian lama membeku dari nonton dan membaca anything malay. Saya suka jln ceritanya langsung cari novelnya untuk pembacaan lanjut. Bukan sombong atau kerek tapi disebabkan cerita melayu asyik ulang2 di tv, itu yg bosan..kalau 3 kali ulang still ok..ni mcm dah pupus pula. Cerita English, tamil, hindi dan chinese juga diulang but less in frequency.. Saya rasa siapa Sporean will somewhat agree to this. Sekarang still as bad tapi ada kemajuan with new drama, still tak dapat tarik minat untuk nonton drama melayu. Lebih suka membaca and leave everything to my own imagination.

Cerita ini tiada apa yg boleh ditambah selain best dan kelakar. The drama was a hit. Yg tak suka ada sequel. Since I hate sequel, i didnt follow up on it. Sorry for that author.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM11.00. PM je..

Ada cerita, ada rasa..... cuma kurang jiwanya....

Watak Zaara dah ok.... cuma kearrogantan si Zafriel mcm x menepati title sombongnya.....

Banyak lompong yang boleh diisi.......
Profile Image for asnzue.
17 reviews3 followers
May 27, 2012
jalan cerita yang biasa sahaja. terlalu banyak genre cerita sebegini di pasaran sekarang... sesuai untuk dijadikan bacaan santai dan ringan kerana konfliknya tidak berat. just nice.... apa pun it was OK untuk karya pertama aliesha kirana.
Profile Image for Yuslizy Yunus.
27 reviews3 followers
May 22, 2012
Cerita menarik and sweet tp mcm stereotype je ngan banyak citer di pasaran... However, worth to read as mcm sweet la...
Profile Image for Xin Ya Jian.
402 reviews36 followers
June 18, 2016
Huhaaa!! Suka giler watak lelakinya yang arrogant but at the same time sweet and caring about his wife. Suka juga pada watak perempuannya yang penyabar dengan sikap Mr. Arrogant and her mother-in-law plus withe that perempuan gedix. Lol, kalau ada dalam realiti perempuan gedik macam tu, makan penampo jawabnya! Hahaha
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
April 19, 2013
Cerita yang ringkas, senang digest dan penggunaan bahasa yang agak sempoi oleh penulis membuatkan aku membaca buku ini dalam jangka masa yang sangat singkat. Tahu-tahu ceritanya dah habis. Buku yang membuatkan kita tak sedar sudah menyelak sebanyak beratus muka surat in one sitting.
Profile Image for Szawanah S.
16 reviews1 follower
December 2, 2013
jujur. biasa2 saja.

aku baca sebab nk tahu apa pasal org gila2 tgk drama magrib2 tu sambil sengih2 romantik. dan jugak sbb nk tahu nape org sanggup time lunch layan tonton nk tgk cite ni. tp sbb aku mmg tak berapa minat tgk cerita melayu sambung2, aku lebey prefer membaca.

tapi, sayang, xada wow factor yg mampu buat aku kata wahhh best buku ni.

pasal drama xmo komen sbb mmg xpenah tgk. tp novel, nah... xde pun dialog atau adegan yg mampu buat aku sengih2 sendrik ataupun buat jiwa romantik aku tersentuh. (ok, aku mmg tak romantik. mengaku.) tp ada beberapa novel yg bila baca, romantik dia tu terkesan dihati. yang mana buat pembaca rasa terbuai2 dan masuk ke dunia watak2 tersebut. seolah2 kita melihat dgn mata kepala sndrik.

ok, get what i mean?

dialog yg sgt mudah, tp xterkesan dihati.

cerita stereotype. paksa kawen ngn keluarga kaya. jatuh cinta ngn suami sndri. mertua jahat ada pilihan sndrik. ah, semua cerita melayu cenggitu. bosan.

but come on. get real la. kalo aku dipaksa kawen sbb langgar kete. owh xmungkin. insuran kan ada. jgn jadik lembu cucuk idung ikut je. takat langgar bontot. pegi hantar kedai, evaluate the loss. come on, bukan total loss. kalo kate die petik 5k, pegi evaluate, u can easily haggle the price with apek kedai kot. (if tamo gune issurance ko sbb sayang eh?)

ye ye paham, sbb org tu pakai bmw. dan zahraa pakai myvi. so? come on. pakai myvi kan. kalo dah 5thn pakai pun, aku rasa sum issued ada la dlm 29k. itu aku bercakap dari pengalaman. sbb aku pun pakai myvi.

see what i mean? bukan aku nk condem gile2. tp, aku sedikit frustrated dgn penulis kita.

please, get real. be realistic.

berapa ramai teenagers kat luar sana baca novel2 romantik camni dan berangan2 nk jadik cenggitu. mcm duduk dlm dunia sendrik. tak berpijak di bumi yg nyata.

but seriously. biasa2 saja. typical malay romance book.

nasib baik aku pinjam je xbeli.

maaf cik penulis. aku tak berniat nk condem anda. tp ini dari kacamata aku. seorang pembaca, yg semakin lama semakin lemas dgn cerita2 cinta melayu stereotype yg bersepah2 di pasaran malaysia.
Profile Image for Yana Ismail.
5 reviews2 followers
October 10, 2013
"love you mr. arrogant" tipikal novel melayu yang sudah di jangka jalan ceritanya di mana kebanyakan novel melayu menggunakan konsep penceritaan yang sama tetapi berlainan corak olahannya. "love you mr arrogant" kisahnya bermula pabila kemalangan yang tidak disengajakan berlaku di antara zara dan irham pabila zara cuba mengelak daripada terlanggar kucing yang cuba melintas. detiknya bermula daripada kejadian tersebut hingga terjadinya kejadian-kejadian yang berikutnya sehingga mengikat dua hati.
Profile Image for W.N. Leefia.
10 reviews
November 20, 2016
Aku tahu cerita nih biasa-biasa aje. Lepas tengok drama tersohor nih, hati aku terus memberontak mahu membelinya. Well, aku lebih berpuas hati. Sekeras-keras hati Irham pun, masih punya hati yang baik. Zaara pula mempunyai keperibadian yang patut kita semua contohi. Walau dihina oleh ibu mertua, masih tidak meninggi suara kepadanya. Oh, ini sikap yang jarang ada pada manusia di muka bumi ini! Huh, kalau akulah.... dah lama aku melenting. Tak pun, dah bercerai-berai dengan Irham sebab dah tak tahan dihina untuk sehari dua. Huish... dahsyat...
Profile Image for indahuda dezy.
12 reviews
June 16, 2012
agreed with comment cite ni klise...for me it's too simple...mcm klu masak tu xcukup garam kot...hihi..usaha lg Aliesha Kirana!!
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
September 14, 2012
penggunaan bahasa sgt ok tp jln cerita sgt tipikal.
10 reviews38 followers
November 26, 2020
I'm sorry for giving three stars, kak.


But you have write a very beautiful book and beautiful language. Your romance is very simple and nice. It flows easily and predicted. You are a very talented author that can create a nice story line.

However.

This book doesnt have much souls, when i tried to understand each character, i can't. This book got lack in specification of how to describe a character well, all characters looked stiff and lack of good communication sometimes. But don't take this review by heart okey, it's just what i thought about this book.

Overall it's beautifully written. I know i am late. I know Aisha Kirana dah improve banyak dalam novel lain.


That's all,
El
154 reviews2 followers
August 6, 2017
pendapat kejam: buku ni lagi teruk dari drama adaptasinya... nasib aa aku dah tengok di tv/internet dulu sebelum baca novel ni

- gaya penulisan: macam baca report atau summary atau berita -- very impersonal
- watak-watak: takde yang menyerlah waima hero dan heroin
- timeline hancur, scene-scene tak logik, watak-watak sampingan tak membantu, lawak tak kelakar...

+ takde, haih...
Profile Image for Bluebell.
44 reviews
June 28, 2020
Langsung tak ingat berkisar pasal apa novel ni. But this novel berbalut. So maksud nya saya pernah sukakan novel ni :D
25 reviews1 follower
August 1, 2021
Kisah kahwin paksa mungkin kedengaran klise tetapi cara penceritaan dan perwatakan setiap watak terutamanya hero dan heroin menjadikan novel ini menarik.
Displaying 1 - 30 of 80 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.