Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Done. Tamat sudah. Setelah lama dok merantau cari novel ni, jumpa juga akhirnya di Pacific Alor Setar . Stok fresh baru sampai, penuh dekat rak .
Oleh sebab dah keluar drama yg diadaptasi novel ni, so, bila baca novel ni automatik memang akan bayang Tiz Zaqyah dengan Izzue Islam la :) Sweet gila. haha. Tak lengkap kalo tengok drama tapi tak baca . So,jemputla baca novel ni .
And even dah baca and tao cerita dia, tapi still excited nak layan drama jugak :) Go ! Go ! Peace Yo !
Aku baca buku ni pun sbb drama kat tv3. Mula2 aku rasa tertarik nak baca. Maklumlah, nak tau apa jadi dekat drama.
Setelah aku habis baca buku 800++ mukasurat, aku agak kecewa. Cerita ni terlalu fokus pada dua watak sahaja. Watak syaf dgn firash. Yg kain seolah2 watak ekstra. Cerita yang meleret-leret, buat aku jadi muak nak baca. Watak jahat rania dan raimy pulak tak diketangah. Xde perkembangan langsung. Part rania kenakan firash, lepas tu main dgn siapa entah. Itupun tak tau dia main ke tak. Tau tau je dia mengandung, nak frame firash. Watak qimi pun. Watak tu menarik, tapi terlalu kaku. Tau2 je dia redha da pasrah. #eh Watak firash terlalu strong tenggelamkan watak yg lain, sampai dia tau dia bakal dikenakan oleh rania. Aih... Syaf pula, semacam perempuan yg lemah. Watak kena buli menurut je firash. Bosan.
Penat gak nak baca cerita yang berulang setebal 800++ mukasurat ni. Aku gagahkan jugak nak tau ending.
Bagi aku dalam drama digarap lebih baik. Byk watak dibawa dengan baik, cerita pun diubah supaya tak terlalu kaku. Nasib baik buku ni pinjam je. Kalau tak, rugi rm30.
Firash Arshad (Acad) dan Syafa Aqira (Syaf) terpaksa berkahwin walaupun Chad baru berumur dua puluh satu tahun dan Syaf adalah bekas kekasih abangnya Chad. Chad tidak mahu pernikahan mereka diketahui oleh ahli keluarga yang lain dan rakannya-rakannya. Hubungan mereka dingin dan penuh dengan salah sangka dan berkecil hati. Namun mamanya Chad sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan mereka berdua. Chad dan Syaf mula menyulam keserasian bila mereka menyambut Hari Raya di kampung Tok Wan. Mereka makin mesra bila dua-dua ditugaskan di Kerteh. Tetapi disuatu hari, Chad difitnah oleh Raina. Raina memasang dendam kerana tidak dapat memiliki Chad. Syaf terluka lalu terus meninggalkan Chad. Chad merana. Dia ditukarkan ke KL bila dia diserang oleh sekumpulan pekerja warga asing. Disana, papanya mula tolong mencari Syaf. Rupa-rupanya, Syaf telah pulang ke KL dan berkerja di syarikat papanya Chad dengan pertolongan Raimy, abang Raina. Chad dipertemukan dengan Syaf dan mereka mula menjalin kemesraan sebagai suami-isteri kembali. Sementara itu Raina didapati mengandung dan dia mengugut Chad untuk bertanggungjawab. Chad rasa terjebak lebih-lebih lagi dengan adanya CD dan kenyataan bahawa Raina mengandung. Dia tidak mahu melukakan hati dan kehilangan Syaf lagi. Raina akhirnya dipenjarakan. Chad dan Syaf bersanding dan perkahwinan mereka di ishtiharkan pada semua ahli keluarga dan rakan-rakan. Chad gembira kerana Syaf mengandungkan anak-anaknya. Di akhir cerita, kita diberitahu bahawa Acad yang berani melamar Kak Qira di 13 tahun yang lepas adalah Chad dan Kak Qira adalah Syaf. Sooo romantic! Well done! Banyak perbandingan boleh dibuat! Antara Chad-Syaf dan Isteri muda Datuk Fakhrul-partner; Raimy-Hakimi; Chad-Farish dan Raimy-Raina; Chad-papanya.
SSID mula jalan cerita sngt menarik n detail gila. cerita satu persatu apa yg terjadi. tapi betullah, syafa tu terlalu baik . adoii. x la pelik sngt sbb ada je org yg baik dlm dunia ni, tapi bagi kita, mybe sbb kita ni tak terlalu baik, jdi terasa nak ketuk kepala Syafa suh dia jahat sikit. ehehehehe...
n bila part last2 tu bnyak je dugaan dorang. firash pun dh termakan kata, si syafa pun ... fitnah pulak... overall cerita ok. wlupun agak detail, suka baca. panjang ya jugak ..
Aku 'terjumpa' buku ni. Rupanya ada lagi stok pending masa duk mengemas gobok putihku. Terfikir entah-entah ada lagi buku yang terselit di gobok opis pula ni. Haihh... orang dah nak sibuk bercuti, time ni la aku jumpa buku-buku pending yang tidak di-ketahuan-mana-aku-sorok-selama-ini muahahaha :P
Full review: 19/05/2015
Beli buku ni masa dramanya tengah hot di kaca TV. Tapi sengaja aku tak baca dulu sebab tak mahu terpengaruh dengan dramanya tu.
Premis mudah rahsia cerita ini berkembang sebenarnya. Apa lagi dengan kewujudan watak lurus seperti Syafa Aqira [Syafa] yang diganding dengan Firash Arshad [Firash] yang nakal. Syafa sebenarnya bercinta dengan Farish Adryan, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan apabila satu insiden yang tak dijangka berlaku. Dek kerana sayangkan Syafa, Datin Farizah meminta Firash menggantikan tempat abangnya. Rela dalam paksa, Syafa menerima demi harga diri dan rasa kasihnya pada Datin Farizah.
Hubungan-suami-isteri-atas-kertas dilalui oleh kedua-duanya. Lagipun Firash yang lebih muda daripada Syafa sibuk dengan kehidupannya sebagai pelajar. Langsung meninggalkan Syafa terkontang-kanting melalui perkahwinan tanpa cinta. Tapi, semuanya mula berubah bila Syafa dihimpit oleh kawan baik dan abang sepupu Firash.
Mana si suami nak senang duduk bila hari-hari ditanya akan hal sang isteri. Panas saja hati Firash bila ada 2 insan yang tak kurang hebatnya cuba menggoda isteri. Dalam diam, Syafa dirapati dan tak diduga, perasaan kasih mula timbul dalam hati.
Namun, adat rumah tangga dilanda badai. Ujian datang menguji keteguhan hati Firash dan Syafa. Fitnah yang dijaja terlalu melukakan. Syafa bertindak mengundur diri, jauh dari pandangan Firash. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Firash kekal menjaga hatinya, sedangkan dugaan luar tak kurang hebatnya?
Ceritanya sudah cukup cantik, tapi sayang redundancy is not my forte. Agak lelah nak menghabiskan kisah-kisah selanjutnya, terutamanya bahagian awal-awal cerita. Haishh... ulang-ulang gaduh, baik, gaduh, baik... aduyaiiii... memang menguji kesabaran.
Apa pun, masa baca buku ni minda masih tak dapat lari daripada membayangkan si Tiz & Izzue. Aku rasa ianya antara drama adaptasi terbaik yang pernah aku tonton. Syabas!
im sorry. i had to give up on this book. i had to. i already half through almost 700 page. i surrendered. i couldnt deal with it. here are some my complaints about this book.
the story was as cliche as ever. very common in the Malay novel world about force marriage. dont get me started with the raining scene. that is so Korean drama much.
i know it's just a figment of the author imagination but i felt the book was very unrealistic sometimes. there are times i feel the storyline was a bit sloppy and mediocre.
what's up with this car accident? almost entire book must have car accident. Does the author trying to get her main characters killed?
the mode of narration was very confusing. the author like to jump from one scene to another. i got mixed up so many times. the main character Syafa Aqira was freaking annoying. she was timid, selfless and there were times she couldnt stand up for herself. i thought she was a weak character and very irritating. sometimes, i want shake her so bad. argh!
im sorry at first i thought i can give this novel a chance but nope. this novel keep trying to get the main characters killed by car accident, car chased unreasonably, tree block the road, knocked by the head before went to the car, etc, etc..
it's not i'm against Malay romance novel. i've been reading Malay novel since way back from my high school days. it's not you, it's me. to me, this book doesnt live up to its hyped. i'm losing my expectation with this novel.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Cerita ni takder lar best seperti yang N sangka. (N tak tengok the drama series. Jalan ceritanya agak biasa and at times rasa meleret. Tapi N suka sangat dengan Firash dan Syaf. N rasa dorang cute, terutamanya masa dorang mula-mula kahwin. Sebenarnya N suka dengan cerita ni up until the point when Raina kirim gambar dia and Firash. From that point onwards, N dah rasa agak penat nak melayan. Baru seminggu dorang happy, masalah pulak datang. Nyibuk jer!
1. Tak ingat bila beli novel ini. Tahu2 ada je kat rak buku belum baca. So ambil je lah.
2. Ini antara novel awal2 penulis ke? Sebab tengok tahun pun 2011 punya cerita. Kalau iye, boleh faham lah kenapa cerita ini lemah.
3. Coincidence is good but TOO MANY coincidence, I cannot take it lah.
4. How come seorang ayah tak tahu anak sulung meninggal? How come seorang ayah tak tahu anak bongsu kahwin? Then tahu pula nak kecil hati.
5. Katanya rapat dengan Farish sejak zaman universiti tapi tak tahu ayah Farish dan Firash tu yang mana satu. Takkan satu gambar takde dalam rumah tu? Lepas tu boleh pula tak ingat nama penuh suami sendiri. Adoi...
6. Dah dua tahun jadi adik beradik tiri tapi saling tak kenal. Padahal Raimy dan Farish tu kawan baik. Serius tak masuk akal
Tengok drama lebih seronok lepas baca novel ini. Jujurnya, membaca buku ini, graf keterujaan plotnya seperti menuruni bukit. Hampir ke penghujung cerita, plot jadi terlalu cliche seperti penulis nak menyumbat segala idea dlm novel ni sebelum pen habis dakwat. Baca online sangatlah best, awal cerita boleh terima lagi. Ending, susah sikit nak faham perlakuan watak-wataknya, ke saya yang lembab.
1. Kenapa Syaf perlu larikan diri, macam orang tak matang sedangkan dia lebih tua. Kerja leqloq dah haih, hang berenti jadi pembantu butik ja? 2. Kalaupun nak lari rumah, buatlah lari lama sikit, baru gempak...sebulan dua hilang, xberbaloi. 3. Kata panggilan untuk mereka berdua masih nampak tak kena, walaupun sudah berbaik. Kenapa? Nasib baik dalam drama ok...
~ok, takle kritik banyak2, sebab khatam jugak novel ni dikunyah mindaku. Cerita yang best untuk release tension. Tebal wooo...RM30 pulak tu, novel paling mahal dibeli. Nasib dapat diskaun.
Bila kali terakhir saya membaca novel melayu? Mungkin 20 tahun yang lalu atau mungkin tak pernah kerana waktu itu saya hanya membaca buku teks sekolah. Jadi, ini boleh dikatakan novel melayu saya yang pertama lah! Ternampak juga buku ini dijual di Kinokuniya KLCC semasa bercuti di KL kelmarin namun tak terlintas langsung untuk membelinya. Tetapi pada suatu petang yang membosankan, saya saja2 menonton drama SSID di Youtube and terus tersangkut dan addicted! Dan kerana saya tak sabar nak tahu kesudahannya, terpaksalah beli novel ini.
Kisah cinta mereka diceritakan dengan begitu terperinci tapi jalan ceritanya begitu lancar walaupun novel ini hampir setebal kamus (897 mukasurat). Sewaktu menonton drama nya, beberapa babak yang mengelirukan hanya dapat saya fahami setelah membaca novel ini.
Watak yang paling menyerlah sememangnya Firash Arshad. The typical bad boy with a good heart - his domineering presence is just so magnetic and it's no surprise that his actions and reactions can make the readers' hearts flutter (whom I believe are mostly females). Syaf mungkin terlalu pasif bagi saya tapi saya rasa memang amat sesuai digandingkan dengan watak seperti Firash. It's like yin and yang, opposites attracts!
My only hope is that the drama lives up to the novel!
Aku suka character Firash Arshad ~ comel. Seronok kot tgk dia buli Syaf ~ *GIGGLING* Actually aku terdetik utk beli buku ni disebabkan SSID ni dah kena tayang dekat TV3. Handsome kot Izzue Islam tu aku tengok dkt preview cite SSID tu. Hahaha. Lagipun tak dan aku nak tunggu TV3 tu ~ tayang SSID seminggu sekali aje ~ haaa sbb tu la aku dok busy cari buku ni ~ *dah la payah sikit nak cari buku macam ni dkt hometown aku, nasib la dkt internet ada jual* *BIG-GRIN*
Okay, I just finished reading this SSID! Overall cerita okay cuma ~ susunan cerita tak kemas bagi aku and i think byk editing kena buat dari segi penggunaan bahasa. Im not talking about how good I am in bahasa ~ but as a reader bila terbaca grammatical error penulis, tak kisah la melayu ka english ka buat saya fikir penulis ni mcm tak dibantu oleh syarikat yg terbitkan karya dia. Its like company tu nak kaut untung saja.
** This is specially to Zura Asyfar, good job utk awak! Cerita best cuma perlu touch-up lagi. SSID has a good story though. I loved the way I imagined how Izzue will act as Firash yg comel tuh. And ~ I'm looking forward utk baca your next baby! =)
Usik mengusik dan buli membuli diantara Syafa dengan Firash memang berjaya membuatkan aku tersenyum seorang diri. Walaupun permulaan cerita yang agak kurang kick bagi aku tapi lama-lama bila characters dah build up and jalan cerita pun dah kukuh barulah boleh diagak macam mana penyudahnya.
Cliche cerita melayu banyak sangat kebetulannya. Penamatan cerita macam terlalu rushing.
Hmmmm... first time cari buku ni kat kedai sume dah sold out . B4 this dah nampak buku ni , tp mase tu tgh borong buku2 lain , so x amik pot sgt ... Then bila dah kuar kat tv , dan baca sinopsis serta e-novel , rasa2nya buku ni mesti DIMILIKI ...
So pegi try survey lagi , at last jumpa kat Popular, Ampang Point .. beli 9/6/2013 mlm , esok pagi dah habis ... tak giler kata kau .. hahaha
MMG sgt best , jlan cerita yg tak bosan langsung ... dan pendek kata , pd semua penggemar novel , buku ni WAJIB anda miliki ... ok
Oh gosh.. TOO MUCH! I bet many people out there would go for this kind of books. Redundancy that suffocates the brain with the whole all out-of-this-world romance concept.
It felt like reading a diary. Me, as a 21 kalau Firash in front of me i would so singa. Dia ingat kepala dia je boleh geledak🤯 and why is this Shaf so like ikut je kata kata LIKE EH GERAM LAK AKU MINAH NI. the fact that fir ni suka shaf since kecik so bila once dia jumpa gambar Syaf masa budak shouldn’t he at least be gentleman.. ni asik nak bergaduh je with her
And the time jump cam tak consistent. Cakap 13 tahun lepas so thats mean hes 21 tapi anak dah 2 tahun shouldn’t it be 15 tahun lepas. And then the two/three months after the accident. I was keeping track of the marriage. It was supposed to be like 7 months into the marriage but whatever iguess
Kalau aku abang dia memang i would be cursing from the grave. The brother died from heartbreak after seeing his ex gf that he loved so much married HIS younger brother and nobody bats an eye…
I do like reading it tho so 3.90⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
The plot of the story was a little dragging. But when Firash Arshad started to develop feelings for Syafa Aqira, it make the story goes smoothly and pinch of sweetness. My favourite part of this book is when they went on a honeymoon. Firash tried his very best to make Syafa his by doing things shes like, for example the beach. But Syafa was a little doubtful because Firash is very playful, but it makes sense Syafa was 4 years older than Firash.
Climax of the story isn’t really dramatic but is entertaining cause Syafa begin to learn her true feelings towards her husband.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca balik di musim lockdown ni. Okay lah. Older women/younger man (4 tahun je bezanya 😂)
Based on personal opinion saya, lelaki lebih muda daripada perempuan ni okey je kalau laki tu matang. Tapi kalau dia kebudakkan susah la sikit. Yelah kan kalau lelak; partner dia tak matang macam mana dia nak lead dia punya family kan? Ni opinion sahaja
Just finish re-read this novel after 7years. I used to feel dreamy and satisfied when finish reading this novel. However now, maybe due to old age i seem to notice a lot of weakness in the whole plot. Banyak scene yg mcm berulang tapi utk buat baca suka2 berangan2 it is still a good novel hehe
Saya menjual preloved novel SSID dengan harga Rm 10 tak termasuk postage ☺ Boleh ws 01123597018 atau add acc Carousell hazelnadia untuk senarai novel yang dijual
sesiapa yang nak baca novel ni tapi tak jumpa kat kedai buku, boleh beli dengan saya. Rm 10 je saya bagi :) Berminat boleh ws 01123597018 atau add account Carousell hazelnadia
Memula baca keliru dengan firash farish rasa macam nama watak tu sempitka otak memula ingat syaf tu lelaki...😂😂😂 kalau baca novel nama terbelit ni memang sakit ptak nak baca...huhhuhu