Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mudahkan Jangan Susahkan

Rate this book
Manusia! Mereka mudah menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.

276 pages, Paperback

First published January 1, 2012

17 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Alwi Alatas

24 books53 followers
Alwi Alatas has already written 19 books, most of which were published in Indonesia. He started publish book in Malaysia at the beginning of 2010. His books are about history, adolescence, religion, and motivation; fiction and non-fiction. He became head of Forum Lingkar Pena (FLP) Malaysia from 2008 to 2010. At the moment, he is doing PhD at International Islamic University Malaysia (IIUM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (38%)
4 stars
24 (44%)
3 stars
7 (12%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
June 4, 2012
Pengarang yang pernah muncul dengan bestseller Bila Allah Menduga Kita, sekali lagi muncul dengan buku yang membawa motivasi menyegarkan - dibumbui kisah dan anekdot yang mampu menyuluh pemikiran dan melembutkan hati.

Buku ini menggamit pembaca untuk merenung semula segi-segi yang adakalanya kita terlepas pandang ketika mencari dan mengimpi kemudahan dalam segenap rentetan hidup. Ini kerana naluri manusia sememangnya mencintai kemudahan dan benci kepada kesusahan.

Bab pertama buku ini berjudul Manusia dan Kesusahan Hidup, membawa pembaca merenung mengenai hakikat kesusahan, sesuatu yang perlu kita tempuh sebagai manusia. Hanya dengan kesusahan maka hidup ini mempunyai makna, dan kesusahan itu juga menjadi daya gerak ke hadapan.
Kesusahan jika dilihat dari persepsi berbeza, mampu memberi impak yang berbeza dalam kehidupan seharian. Jadi ia berbalik kepada cara kita memandang sesuatu.

Dalam bab kedua Tuhan Tidak Ingin Menyusahkan Kita, pengarang menambah nilai agama terhadap makna kemudahan dan kesusahan, menjelaskan lagi bagaimana seorang Muslim patut menimbang kedua-duanya. Antara yang menarik adalah kisah Nasruddin Hoja yang mencari barang yang hilang di tempat yang tidak sepatutnya, menjadi sindiran tajam dalam konteks mencari kemudahan biar bertempat.

Bab ketiga Jangan Semua Dipandang Mudah memperteguh lagi isi dalam bab kedua, yang bercerita mengenai kepentingan tidak memandang mudah semua perkara. Ini adalah antara bab yang paling saya suka, kerana seringkali aspek ini yang paling sering terlupakan ketika naluri kita mendamba kemudahan. Adakalanya dosa itu tampak mudah di dunia, tetapi di akhirat menjadikan kita sangat susah.

Selain itu, bab keempat juga memberi sudut pandang yang bernas, mengenai Susah di Dalam Susah di Luar. Di situ ada beza yang nyata, antara kesusahan yang sudah menjadi raja di hati, dengan kesusahan yang kita tangani secara hikmah. Banyak kisah pembuka minda yang boleh direnungkan seperti cerita Cak To, tiga pengembara dan Syaqiq al-Balkhi dengan Ibrahim Adham.

Namun, apabila tangan kesusahan mencengkam kita dengan kuat, pesan pengarang adalah untuk Hadapilah Kesusahan Itu (Bab 5), dengan mencipta kemudahan, berdoa, bertawakal, memanfaatkan imaginasi, serta kekal positif secara praktis dan teori. Cerita Abdul Ghafoor dan Soros memberi gambaran lebih jelas bagaimana orang-orang yang hebat menghadapi kesusahan.

Sudah tentu dalam memperkata kesusahan tidak lengkap jika kisah dakwah Rasulullah s.a.w. yang penuh ujian dan tribulasi tidak dijengah. Dalam bab enam Belajar Daripada Sejarah, kisah-kisah dakwah diperturun semula dalam bahasa mudah dan dari sudut pandang yang menyegarkan. Antara yang mengesankan adalah bagaimana menguasai perasaan di kala kesusahan itu mampu menghalang musibah yang lebih besar yang mungkin terjadi, dan di sini kisah ketewasan Muslimin dalam perang Uhud benar-benar menyentuh. Manakala kisah perang Khandaq menuntut bakaran semangat pada saat-saat paling genting. Sejarah Rasulullah sentiasa mengajar supaya meletakkan Allah dan Rasulullah sebagai penawar segala musibah, menjadikan kedua-duanya pengubat hati orang-orang Mukmin. Kisah Qadi al-Fadhil juga sangat menginsafkan, dengan kecacatannya mampu mengubah rentetan sejarah, dan Salahudin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih sendiri tidak melalui jalan yang mudah dalam menjadi pahlawan ulung Islam. Begitu pula Malcolm X, mengambil contoh dari zaman kini.

Seterusnya bab tujuh Apakah Ini Menyusahkan? menyenaraikan prinsip-prinsip yang harus dipegang bagi sesiapa yang ingin mencari kemudahan hakiki dalam hidup. Mungkin sesetengah prinsip ini susah dilaksanakan, tetapi sebenarnya wajib dimiliki oleh setiap orang. Teristimewa adalah sikap jujur dan mencari yang halal, yang dalam zaman kini sering dianggap suatu kebodohan jika pada permukaannya terlihat merugikan. Padahal di sebaliknya ada kesenangan yang terbentang, penuh keberkatan.

Setelah melalui pelbagai kesusahan dan kesulitan, Kemudahan Akan Menemui Jalannya (Bab 8), dan inilah yang diyakini oleh pengarang serta dimantapkan dalam bab ini. Manis sekali apabila pengarang menyimpulkan bahawa apa yang dipilih Allah untuk seseorang, adalah lebih baik daripada pilihannya sendiri. Meskipun ada pengulangan yang telah disentuh bab-bab di atas tetapi kisah-kisah yang dihidangkan adalah penguat kepada kenyataan-kenyataan terdahulu, menyokong judul yang dibawakan pengarang.

Bab 9, Agar Menjadi Mudah menghidangkan lebih banyak tips dan formula, bagaimana mencapai kemudahan dalam setiap perkara yang diusahakan. Niat yang baik, kemahuan yang kuat, persediaan rapi, usaha yang keras dan sikap hati-hati dapat membantu dalam banyak hal untuk menghindari dan melepasi setiap kesusahan yang bakal datang.

Bab akhir sekali, Mudahkan Diri Mudahkan Orang Lain, mengajak pembaca untuk turut menciptakan kemudahan untuk orang lain, bukan hanya diri sendiri. Secara tidak langsung, kemudahan yang dicipta untuk orang lain itu, nescaya akan membawa kemudahan berganda pula kepada yang mencipta kemudahan itu.

Buku ini sendiri secara keseluruhannya adalah buku yang mudah dihadam, kerana cara penyampaiannya yang bersahaja dan tidak berat, sesuai dengan judul dan konsepnya untuk memotivasikan secara berhikmah. Buku ini sesuai terutama kepada para pelajar yang sedang mendaki tangga pengajian ke peringkat lebih tinggi dan sedang memasuki dunia kerjaya, selain secara umumnya untuk sesiapa sahaja yang mencari kemudahan hidup, tetapi belum berasa puas, atau yang bergelumang dengan kesusahan, dan berasa sangat resah. Mungkin buku ini akan dapat membuka beberapa aspek sudut pandang dan memberi makna baru kepada susah senang kehidupan.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
November 14, 2012
Saya suka dengan cara buku ini ditulis.

Setiap satu teori, disisipkan dengan kisah-kisah benar yang boleh dijadikan panduan sebagai bukti yang teori itu boleh dilaksanakan dan dicapai.

Ia banyak menegur saya secara langsung dan tidak langsung. Sememangnya kita bukan sempurna dan sentiasa perlukan tazkirah buat diri.

Saya kongsikan salah satu kisah dalam buku ini dalam satu ucapan semasa majlis perpisahan staf dan satu kisah lagi semasa ingin memotivasikan staf. Ternyata terlalu banyak yang boleh dikongsikan.

Ia menarik untuk disyorkan kepada orang lain untuk turut membacanya.
Profile Image for Mohd Zamri.
2 reviews
September 18, 2012
Buku yang memaparkan banyak kisah2 motivasi yang boleh dijadikan teladan. Sesuai dengan keadaan sekarang dimana masyarakat perlukan suntikan rohani dalam mengharungi setiap dugaan. Sesuai untuk dibaca untuk peringkat umur kerana penggunaan gaya bahasa yang mudah (walaupun ada sedikit "keIndonesian")
Profile Image for fahmee.
20 reviews5 followers
April 13, 2012
kesinambungan daripada buku "Bila Allah Menduga Kita" & "Senyumlah"
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 1, 2012
just finish my read. Love this book and make me blessed.
An eye opener. Thank you Allah.
Profile Image for Khuraisah Mohd Nasir.
34 reviews
Read
April 16, 2013
Anak saya Sarah suka lolipop di cover buku ini. ;) Buku ini mengembirakan. Bacaan santai yang saya hargai sehingga saya bawa ke mana-mana saja. Bila bawa ke mana saja, saya sudah cicirkan sekali, ditemukan semula - baca lagi - cicir lagi. Di saat saya menulis ini, masih mencari-cari di mana agaknya ia tercicir (lagi!). :P
Profile Image for Mahirah Jazlan.
21 reviews1 follower
October 29, 2012
Simple but meaningful.. gaya bahasa yang mudah difahami & penceritaannya menyentuh hati

"Sebagaimana kita tidak mempersoalkan kesenangan yang datang, kita juga tidak patut mempersoalkan musibah yang menimpa" :)
Profile Image for fadzli.
7 reviews
June 22, 2012


penuh pengajaran, yg tinggal hanya mengaplikasinya dlm mehidupan. Mudahkan kehidupan org lain utk memudahan diri sendiri, memang menarik.
Profile Image for Rashidi Ab rahman.
1 review12 followers
June 13, 2013
mengandungi kisah2 dan kata2 yang memotivasikan diri...
satu penulisan yang ringkas dan padat..
Profile Image for Huda Engku.
13 reviews
April 24, 2024
Secara fizikal, buku ini comel dan kelihatan mudah dengan kulit berwarna putih dihiasi gambar gula-gula lolipop yang berwarna-warni. Saya kira, isinya juga mudah difahami, sesuai dengan tajuk yang diberi.

Ternyata benar telahan saya. Isinya mudah dicerna (sekurang-kurangnya oleh minda saya). Hampir keseluruhan poin yang diberi, pembaca disajikan dengan kisah-kisah yang berinspirasi. Yang paling saya gemar, penulis menyelitkan kisah-kisah sekitar hidup beliau sendiri, mengaitkan perkara yang dialami dengan perkara yang dibincangkan, membuktikan penulis menulis tentang perkara yang realistik, bukan sekadar teori semata-mata.

Buku ini dibahagikan kepada sepuluh bab dan di dalam bab-bab tersebut dinyatakan beberapa keadaan susah yang sebenarnya boleh menjadi perkara mudah. Jika dalam diri kita ada mentaliti susah, pasti kita cuma nampak yang susah-susah sahaja, padahal perkara itu bukanlah susah sangat (atau sebenarnya sangat mudah!).

Di sepanjang pembacaan saya setakat ini, banyak perkara yang saya terkena jadi banyak peluang untuk saya berfikir, dan bermuhasabah.

Kerana mudahnya penyampaian buku ini, banyak yang mampu saya cerna dengan baik walaupun ketika menunggu LRT.

Sungguh. Buku ini bagus dan perlu diulang baca untuk mengingatkan diri supaya bermentaliti mudah.
6 reviews
July 18, 2020
Buku yang memberi pengajaran dalam kehidupan seharian .Ada orang yang sentiasa lebih susah dari kita.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
May 8, 2018
Setiap manusia mempunyai pilihan dalam kehidupan mereka sama ada kemudahan ataupun kesusahan...pilihan berada di tangan masing-masing dan setiap orang berhak membuat keputusan dalam menentukannya. Buku ini menghimpunkan sejumlah kisah pengajaran dan motivasi yang mampu dijadikan pedoman...perkara yang mudah tidak perlu disulitkan !!
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.