'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu utk menjadi adik adalah sesuatu yg langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!
Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan' peluru torpedo yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee... Bersabar itu separuh daripada iman.
Sumpah! hidup dia jadi tak ten tu arah bila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.
Tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abg Ee bebaik baik semula dengan kak Maisarah kerana dia tahu sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abg Ee.
Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abg Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!
"Sebelum kita belum jumpa lelaki yang betul-betul akan menjadi soulmate kita, kita pasti akan dipertemukan dengan lelaki-lelaki hampeh dulu"
I really adored this story. So sweet, rasa tenang je baca cuma meluat dengan sikap Arina, kakak Arissa yang ternyata begitu membenci Abang Ee.
Indah pulak bila sha menyebut Abang Ee, terasa seolah-olah Abang Ee ini wujud diantara ribuan manusia didunia ini. Jatuh cinta ke sha terhadap Abang Ee?
Cerita ini mengisahkan Azmer, abang sulung yang memikul tanggungjawab setelah kematian ibubapa dalam kemalangan sangat menyayangi adik-adiknya. Azmer menghidap barah otak, merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan adik-adiknya dan sentiasa mahu yang terbaik untuk adik bongsunya, Arissa bila Azmer tiada lagi. Arina, kakak Arisa pulak mahu Arissa hidup bersama dengan seseorang yang mempunyai pangkat besar.
Azmer membuat rancangan ingin sahabat baiknya @ rakan serumah berkenalan dengan Khairil Izlan (Ee) & Arina juga kenalkan Arissa dengan Fariz, seorang yang kaya dan mempunyai pangkat yang tinggi.
Arissa tak keruan, dia turutkan kemahuan Arina demi menjaga hati kakak. Kemahuan abangnya dipandang sepi apatah lagi ada sejarah yang mencuit hati diantara Arissa dan Ee. Setelah kematian Azmer, Arissa hilang punca.
Disini bermulanya perhubungan Abang Ee yang melaksanakan wasiat Azmer dan Arissa. Abang Ee menjaga Arissa seperti adiknya sendiri tanpa disedari perasaan cinta mula berputik. Kehadiran Maisarah, kekasih lama Abang Ee membuatkan Arissa terasa hati apabila cinta Arissa ditolak oleh Abang Ee.
Arissa cuba menyintai Fariz tetapi hatinya tetap pada Abang Ee. Sewaktu Fariz menghantar wakil untuk merisik, kakaknya Arina terus bersetuju tanpa menanyakan kepada Arissa. Arissa pujuk hati. Sewaktu mereke keluar dating, terjumpa Abang Ee dan Maisarah. Maisarah dan Fariz mencuba baju pengantin, mereka tampak serasi dan Arissa cuba bermanja dengan Fariz, Abang Ee cemburu. Inilah masa yang sha nantikan.
Abang Ee sedar dalam hati dia hanya ada Arissa. Dia sudah membayangkan untuk hidup bersama Arissa. Maisarah mengundur diri dan berkahwin dengan Fariz. Abang Ee mengambil peluang untuk memujuk Arissa. so sweeetttt
Cerita ini bukanlah kisah cinta, tetapi tentang perhubungan adik-beradik. Tersenyum-senyum sha baca buku ini. Bahasa dia santai cuma ada bahasa yang kurang enak. Syabas untuk Areila Sahimi. I liked your story
Petikan ini yang paling sha suka diantara Azmer dan Khairil Izlan "Sayang jugak kau dekat aku ya Ee." Tiba-tiba Azmer bersuara. "Kau ni sayang menyayang pulak malam-malam macam ini. Meremang bulu roma mak ni noks!" Khairil Izlan bersuara malu-malu kucing. Bahu Azmer ditampar pelahan. Manja!
Apa yang aku suka dengan penulis ini bila saja dia mengangkat hubungan antara adik beradik sebagai pokok ceritanya. Seperti mana dalam novel Iman Suraya, dalam novel CJUA ini, hubungan persaudaraan itu dilakar lebih meluas dan hampir sempurna.
Kisah tiga beradik ini ada temponya sendiri. Azmer, abang sulung yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka. Arina, kakak yang terlebih emosi tetapi tetap menyayangi adiknya dengan caranya yang tersendiri serta ya tak lupa Arissa; heroin utama CJUA yang agak kelam-kabut dengan perangai tak matangnya. Aku suka adunan ketiga-tiganya. Menarik!
Selaku abang, Azmer sentiasa mahukan yang terbaik untuk adik bongsunya, Arissa. Apatah lagi bila mengetahui nyawanya yang tak panjang akibat penyakit yang dideritainya, dia bersungguh-sungguh mahukan seseorang yang boleh diharap untuk menjaga Arissa. Bagi Arina pula, dia mahukan Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.
Apabila Khairil Izlan [Ee] diheret masuk ke dalam rancangan Azmer, Arina tidak duduk diam. Dia juga sudah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz yang berjawatan besar dan berpoket tebal tu memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tetapi demi menjaga hati Kak Inanya itu, dia cuba berkawan dengan Fariz.
Ee pula kenalan abangnya itu langsung tak dipandang. Mereka berdua ada history kih5 Arissa memang berbulu je bila melihatkan Ee. Namun bila Azmer pergi meninggalkan mereka, Arissa tiada tempat mengadu. Ee pula terperangkap dengan wasiat terakhir Azmer yang memintanya menjaga Arissa. La sudah... bagaimana Ee mahu berdepan dengan Arissa yang pantang ditegur, pedas dan berbisa itu? Hanya membacanya kamu akan dapat jawapannya ;)
Kalau ikutkan aku melihat kisah ini lebih kepada hubungan adik-beradik, bukan kisah cinta yang sweet. Ia memang agak berbeza sedikit dengan novel-novel Areila Sahimi sebelum ini. Laras bahasanya pula masih dikekalkan, ya itu mungkin identitinya. Cuma mungkin bahasa pasarnya ada yang agak kasar dan bila ada perkataan ‘puaka’ tu automatically kening dah terangkat sebelah. Wow! Daring you kih5
Lastly, I would like to extend my sincerest thanks to Kaki Novel. As a publisher, they’ve done a good job ;) Sebenarnya novel CJUA dalam tangan aku ni ada kesilapan percetakan. Bukannya satu halaman tetapi boleh tahan la kesilapannya dan bila dipanjangkan pada pihak pengurusannya, mereka sudi menggantikannya dengan yang baru. Jadi, pada mereka yang mungkin mengalami masalah yang sama sila jangan segan-segan mengirimkan maklum balas anda di sini :D
Ini kisah Arissa. Selepas putus cinta dengan Azizi (katanya lah. Tapi Azizi tak ada hati pn dekat Arissa ni), Azmer selaku abang Arissa mahu kenen- kenenkan Arissa dengan abang Ee. Namun kakak Arissa, Arina plak mahu menjodohkan Arissa dengan Fariz; si lelaki berduit.
Jadinya, Arissa sekarang mempunyai dua orang calon. Cuma Arissa tidak sukakan abang Ee. Selepas beberapa bulan berkenalan dengan Fariz, Arissa akhirnya bersetuju untuk 'declare'. Itu pn sebab mahu lari dari abang Ee, bukan atas dasar cinta.
Tiba- tiba abang kesayangan beliau Azmer meninggal dunia akibat menghidap penyakit barah. Azmer bagi wasiat; diari hitam kepada abang Ee supaya menjaga Arissa dan menganggap sebagai adik sendiri. Jadi akibat sikap 'caring' abang Ee ini, Arissa jatuh cinta. Si Fariz pula seringkali lepas tangan terhadap Arissa. Tambahan pula, keluarga Fariz tidak ngam dengan Arissa.
Lama kelamaan, muncullah Maisarah. Perempuan yang abang Ee minat sejak lama lagi. Di sini muncullah konflik.
Endingnya, Maisarah dengan Fariz. Arissa dengan abang Ee. :)
Dulu... Arissa: "Awak ni kan, nak kata bengap tapi jawatan tinggi dekat dalam bank tu. Takkan awak tak faham? Kalau awak jaga girlfriend awak dulu tu baik-baik, pastilah dia tidak akan menggatal dengan boyfriend saya. Jadi, tak adalah dia nak mencantas jalan saya, mencaras boyfriend saya." Mangkuk! Menyakitkan hati! Batu! Tak berperasaan! Hampeh!!
Khairil Izlan: "Excuse me cik adik. Awak nak menyalahkan saya pulak. Awak tu pandai ke menjaga bekas boyfriend awak dulu tu? Kalau awak pandai jaga, tak adalah dia tinggalkan awak." Perempuan makhluk Tuhan paling complicated. Padanya, selagi dia tidak berjumpa dengan seorang perempuan yang tidak kisah untuk dating di kedai mamak hari-hari, selagi itulah perempuan tersebut tidak melepasi tahap penilaian pertama.
Mereka rapat setelah abang Arissa, Azmer meninggal dunia. Khairil Izlan pula, telah diberikan mandat oleh Azmer untuk menjaga Arissa..
Pada masa yang sama juga, Arissa juga berkenalan dengan Fariz (kenalan kakaknya, Arina). Fariz suka kat Arissa. Tapi Arissa lak, dah terbabas suka ngan Khairil Izlan.. Khairil Izlan pulak, di tengah-tengah citer, terjumpa kenalan universiti yang pernah dia suka dulu, Maisarah.. Dia menolak cinta Arissa kepadanya.. Tapi, cinta Khairil Izlan untuk Arissa telah wujud tanpa Khairil Izlan sedari.. Hinggakan Maisarah sendiri perasan yang Khairil Izlan menyintai Arissa.. Tersasul menyebut nama Arissa di hadapannya.., cemburu dengan Fariz kerana berjaya mendapatkan cinta Arissa.. Ketika bertembung di butik pengantin, Maisarah dapat lihat betapa tegang raut wajah Khairil Izlan dek kerana cemburu melihat Arissa mesra dengan Fariz.. Saat itu, Maisarah tahu yang hati Khairil Izlan adalah milik si 'dia'...
Kini... Khairil Izlan: "Kahwin dengan Abang Ee. Biar Abang Ee jaga Ris."
Arissa: "Sebab janji dengan arwah abang atau..."
Khairil Izlan: "Sebab Ris adalah perempuan yang Abang Ee nak jadikan teman untuk habiskan seluruh hidup Abang Ee." "Senyap tandanya setuju." "Senyum tandanya suka."
Arissa: "Bentang proposal dekat kedai mamak tu tak romantik tau! Tak pernah tengok cerita orang putih ke? Fail!!!"
Khairil Izlan: "Abang Ee nak propose perempuan Melayu terakhir, bukan Megan Fox."
Kalau lelaki itu tidak kuat jiwa mengikut arahan dan petunjuk serta petua yang Azmer tulis di dalam diari itu, mana mungkin dia berjaya mendekati Arissa dan membuatkan Arissa jatuh cinta setengah mati kepadanya.
Berbeza sikit drp previous novels areila sahimi..Bahasa dlm novel ni selamba sgt..Jln cite sweet as usual..cuma bahasa pasar yg digunakan tu agak kasar smpai ada part yg jadi serabut..pape pn, cite ni best!terasa mcm, 'bilelah aku pny love story nk jd sweet cmni?' :p