Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suami Aku Ustaz

Rate this book
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

583 pages, Mass Market Paperback

First published April 1, 2012

125 people are currently reading
1532 people want to read

About the author

Hannah Dhaniyah

3 books37 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
693 (45%)
4 stars
415 (27%)
3 stars
281 (18%)
2 stars
97 (6%)
1 star
50 (3%)
Displaying 1 - 30 of 81 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 12, 2013
Buku di tangan adalah cetakan ke-13. Hebat kan?

Full review: 12/11/2013

Antara suka dan tak suka. Aku nyaris membiarkan ianya kosong tanpa rating. Tapi pelik pula bila aku biar kosong hee...

Sebenarnya aku sudah cuba untuk jadi neutral semasa membacanya. Tapi.. aduh! Minda memang tak mahu berkerjasama denganku kali ini. Aku tak mahu membahaskan tentang isu kahwin muda itu. Aku masih boleh menerimanya walaupun terasa tak berapa betul pun untuk berkahwin sebelum menduduki SPM. Bimbang ada adinda-adinda comel sekalian menggunakannya sebagai satu escapism untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar sekolah.

Isunya, aku tak dapat melihat di mana rasionalnya ibu bapa mahu mengahwinkan anaknya yang dikatakan liar. Entah. Definisi liar aku lebih worst daripada itu. Malah, aku rasa Arumi lebih dua kali ganda liarnya daripada watak Lisa. Dan ya... perkahwinan bukannya solusi terbaik untuk anak gadis yang liar. Kalau begitu, mudah saja nak kurangkan masalah sosial - iaitu kahwinkan saja ke semua anak gadis yang bermasalah itu. Benarkah?

Baik, secara ringkasnya ini kisah Lisa yang terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya kerana ibu bapanya mahu ke Mekah. Kebetulan abang sepupu merupakan ustaz di sekolahnya. Hailoh! Ibu ayahnya bagai tiada orang lain yang boleh diharap untuk menjaganya. Ustaz Hafiz juga yang dicari. Lisa menolak tapi kedua-dua orang tua sudah beri kata muktamad.

Perkahwinan Lisa-Hafiz berjalan seperti biasa. Kredit pada penulis kerana berjaya menggayakan adegan rumah tangga pasangan ini dengan penuh bersahaja. Penulis mengajak kita bersama-sama Lisa menanam rasa suka dan cinta buat sang suami sedikit demi sedikit. Adegan sweet pun tidak terlalu bergula, sesuai untuk bacaan umum.

Tapi ya... seiring pembacaan, bila tiba di saat Lisa merahsiakan status perkahwinan semata-mata mahu mengejar cita-citanya untuk ke universiti, aku terus down. Sang suami pun bagai endah tak endah saja. Sekali lagi, aku masih tidak boleh menganggap ianya perkara remeh. Maaf.

Namun cerita ini banyak diselamatkan dengan mesej-mesej positif dan unsur Islamik. Semuanya disusun dengan baik sekali. Malah tak keterlaluan kalau aku katakan kematangan penulis terserlah bila saja berbicara tentang nilai-nilai dan Sejarah Islam. Mungkin kerana itu aku masih setia menghadamnya hingga ke titik penamat. Yay!

Apa pun... marilah kita nantikan filemnya. Bila ya? Jangan tanya sebab selalunya aku la yang paling last tahu hahaha :P
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 26, 2013
Hamba mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkan bacaan novel ini. Bukan kerana bahan ceritanya tidak menarik tetapi plot ceritanya sangat menganggu (disturbing) bagi hamba terutamanya di awal-awal cerita.

Mari hamba jelaskan tentang disturbing itu;

Perkahwinan rahsia antara seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 (Alisa) dengan ustaz di sekolahnya (Hafiz), ini bukanlah suatu isu ringan yang boleh hamba abaikan begitu saja. Pada hamba perkara yang membelakangkan peraturan dan melanggar etika seperti ini tidak boleh dianggap okey.

Tapi ya, mungkin saja hamba yang terbiasa menganggap batas-batas dan etika profesional antara guru dengan muridnya adalah berbentuk rigid - tidak boleh ubah. Namun jujur, hamba merasa sangat terganggu dan janggal dengan kisah Alisa - Hafiz apatah lagi pada setiap babak 'sweet' mereka sama ada di rumah apatah lagi di sekolah.

Perasaan tidak kena, tidak betul yang hamba rasakan tentang keseluruhan novel ini hampir hilang sebentar ketika Alisa tamat sekolah menengah namun datang kembali ketika Alisa membuat keputusan untuk menipu tentang status diri ketika memohon biasiswa dan Hafiz tidak pula melarang sungguh-sungguh. Alahai, begitu pula ya! :-(

Namun, hamba sedikit senang dengan input-input keislaman yang diselitkan oleh penulis dan kerana itulah hamba tidak tega memberi cuma satu bintang untuk novel ini. :-)




p.s Sebelum ini hamba tidak merasakan filem Korea, 'My Little Bride' itu adalah disturbing walaupun mengisahkan cerita yang hampir serupa seperti 'Suami Aku Ustaz'. Sekarang menonton filem itu pun membuat hamba risau-risau tentang sepupu dan saudara-mara hamba yang masih bersekolah walaupun persekitaran antara filem luar negara itu dan buku ini tentu sekali tidak sama.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
May 11, 2013
"Lisa just wondering. What will happen to us. Lagipun mak dengan ayah mintakkan abang kahwin dengan Lisa untuk jaga Lisa masa dorang takda jer. Bukan macam tu ke pada abang?"

Sampai sudah N tak boleh nak 'beli' sebab Lisa dikahwinkan dengan sepupunya Hafiz. Tak pernah seumur hidup N dengar parents suruh anak dorang yang masih bersekolah berkahwin sebab dorang nak pergi Mekah and tak ada siapa nak jaga anak sorang-sorang kat rumah.

 photo weird-1_zps4832a039.gif

Cerita ni has its moment. N sangat senang dengan kedua-dua karakter utama. Walaupun Hafiz tua 8 tahun daripada Lisa, N rasa mereka agak serasi. Walaupun Lisa pada mulanya membantah, dia akur sebab itu kehendak parents dia.

"Kau ingat aku suka sangat ke bila kena paksa macam ni?Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku, tau! Kau ingat aku nak sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku nak sangat ke dekat dia?"


Walaupun Lisa macam tak redha dengan pernikahan dia, hubungan dia dengan Hafiz baik. Kalau bab makan, selalunya Hafiz yang uruskan sebab Lisa tak reti masak. Kalau bab gosok baju pula, Lisa yang uruskan. Boleh dikatakan perkahwinan dorang ni harmoni sangat walaupun at times, Hafiz sedikit cemburu dengan friendship antara Lisa dengan Johan. Tapi cemburu dengan cara yang comel!


"Dari mana tadi?"
"Dari kedai kasut. Kan dah habis waktu sekolah ni?"
"Orang tanya elok-elok, cuba jawab elok-elok."
"Lisa baru balik dari koperasi. Ingat nak pergi makan sekarang. Ada apa ustaz nak jumpa saya ni?"
"Macam tulah cakap dengan suami."
"Ustaz...ada apa?"
"Tak ada apa. Saja jer tak nak Lisa berjalan dengan Johan."


 photo awww_zpsf3032c24.gif

Cerita ni agak easy-breezy sebab takda watak jahat. Dorang pun takda conflict. Yang menebalkan buku ni adalah sebab kisah dorang took place beberapa tahun. Daripada Lisa 17 tahun nak ambil SPM, sampailah dia graduate dari UTP 5 years later. So kalau nak baca untuk menghilangkan stress, this one is a good choice!

 photo woo_zpsbcfdf3cc.gif

"Sekali abang pegang amanah ni, insya-Allah sampai mati abang akan jaga sebaik mungkin. Kalau Lisa terfikir nak abang lepaskan Lisa, lebih baik Lisa lupakan."  photo aww.gif

 photo laugh2_zpsd7c4371b.gif
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 14, 2012
Selain isu mereka melanggar etika (si gadis berkahwin ketika masih dalam alam persekolahan dan berkahwin dengan gurunya sendiri merangkap sepupu), dan guru kelas serta Pengetua bersubahat merahsiakannya, menipu ketika mengisi borang kemasukkan ke pusat pengajian tinggi (status bujang sedangkan sudah berkahwin)... apa yang penulis sisipkan mampu memberi input dan pengetahuan kepada pembaca.

Jika segala isu yang bertentangan itu dielakkan saya percaya dan yakin, naskhah ini mampu mengikat hati saya hingga ke dasarnya.

Ya, jujur saya katakan, saya sukakan naskhah ini jika saya tutup mata tentang isu berkahwin hanya kerana alasan ibu bapa si gadis ingin ke Mekah menunaikan Haji. Berkahwin ketika masih bersekolah di tingkatan lima dan bakal mengambil peperiksaan SPM.

Jika penulis mengambil inisiatif untuk mendidik para pembaca (terutamanya remaja yang masih bersekolah) segala isu yang bertentangan terutamanya berkaitan dengan peraturan sekolah, seharusnya cubalah elakkan. Walaupun tidak dinafikan ini hanya sekadar fiksyen dan hiburan semata-mata.
Profile Image for CekMoNSter.
309 reviews
May 24, 2013
Buku novel melayu yang saya ingat last sekali baca,Cinta Yang Ku Rasa.Buku novelis yang diminati, tetapi berasa sangat tak puas hati sebab trauma dengan kisah yang agak merapu-rapu. Sejak itu, dah cakap dalam hati tak nak dah beli buku novel, nak pinjam je kat library.

TETAPI!

Sebab blurb yang menarik, buku ini saya beli juga guna BBIM last. Masa nak beli memang fikir dua tiga kali, sebab tak nak menyesal macam sebelum ni.

Memang berbaloi. (^-^)b

Mengisahkan tentang Nur Alisa, seorang gadis berusia 17 tahun yang terpaksa mengahwini abang sepupunya, Hafiz yang juga merupakan seorang ustaz dan guru di sekolah Alisa sendiri. Dia yang akan menduduki SPM, dipaksa berkahwin kerana ibu bapanya yang tidak ingin meninggalkannya berkeseorangan sepanjang peninggalan mereka ke Mekah.

.....

Permulaannya memang rasa sedikit tak masuk akal.Zaman sekarang ada lagi ke yang kena paksa berkahwin semasa masih bersekolah sebab takut tak terjaga? Boleh sahaja kalau Alisa menumpang tinggal di rumah ibu saudaranya untuk sebulan, tetapi malangnya ibu bapa Alisa tetap berkeras. Lainlah kalau kena tangkap basah ke, atau alasan kukuh yang lain.

Tetapi, bukan itu yang menyebabkan buku ini rasa sangat berbaloi untuk dibaca. Kisah ini terselit unsur-unsur pengajaran dan keagamaan di samping menghiburkan pembaca dengan kisah bagaimana Alisa mengharungi hidup berumah tangga. Perkaitan antara plot cerita Hafiz dan Alisa dikaitkan juga dengan isu-isu mengenai islam, dan secara tidak langsung, penulis sebenarnya menyampaikan mesej-mesej dakwah tanpa kita sedari.

Hafiz antara hero yang paling sweet pernah saya baca. Alisa? Keras-keras pun, masih boleh dengar dan terima cakap suami walaupun selalu diusik. Sabar sahajalah. Penulisan buku ini lebih bercorak keremajaan, dan senang untuk difahami. Percubaan yang baik bagi kali pertama.

A good read! Nuff said~

HANYA ALLAH CINTA KU SEKARANG:)
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
May 27, 2012
Kisah yang mana budak baru berumur tujuh belas tahun dipaksa kahwin oleh ibu bapanya. SPM pn tak lepas lagi masa tu. Gara- gara, perangainya yang agak nakal. Keluar malam, lepak dengan kawan- kawan sampai lewat malam. (Tapi penulis hanya menceritakan kenakalan Alisa yang ini sahaja. Maksud saya, tak ada benda- benda Alisa lakukan yang terlalu nakal sampai ke luar batasan). Sebelum ibu bapa Alisa mahu berangkat ke Mekah, disuruhnya Alisa kahwin dengan abang sepupu, Hafiz, merangkap ustaz Alisa di sekolah.

Bagi saya, macam susah jugak nak diterima bila difikir balik. Ya. Suka saya bila membaca novel, saya berhenti sebentar untuk membayangkan dahulu apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Kalau nak diikutkan etika sebenar, pelajar sekolah mana boleh berkahwin bukan? Pengetua juga turut bersubahat?
Oh ya. Ini adalah fiksyen semata- mata. Tapi masih lagi boleh diterima. Nak baca pn tak tersekat- sekat. Cuma pada awal- awal cerita, agak boring sedikit. Penulis juga menyelitkan unsur- unsur nasihat dan tazkirah di penghujung jalan cerita.

Masalah muncul apabila Alisa merahsiakan perkahwinannya dengan kawan baik di sekolah, yang mana si Johan mempunyai perasaan suka terhadap Alisa.

Bila masuk UTP, Alisa masih lagi nak berahsia tentang perkahwinannya, lama- lama beliau terjerat dengan keputusan sendiri. Ini kerana, muncul pula watak si Naim.

Jadi bagaimanakah kesudahannya? Carilah jawapannya sendiri dengan membaca novel ini!


Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 17, 2013
Macam yang diberitahu di belakang buku ni, cerita ni bukan bertujuan untuk menggalakkan budak sekolah berkahwin muda. Cuma ambillah mesej-mesej positif yang cuba disampaikan dalam buku ini.

Nur Alisa (Alisa) dinikahkah dengan sepupu merangkap cikgu sendiri (Ustaz Hafiz) bila kedua ibu bapanya nak mengerjakan ibadah haji. Tujuannya supaya ada yang menjaga Alisa semasa ketiadaan mereka dan sekaligus dalam men'jinak'kan perangai Alisa. Menjinakkan tu bukanlah bermaksud Alisa ni jenis lepas laku. Cuma biasalah, sebagai anak remaja kan banyak perkara yang nak dilakukan. Kadang-kala sampai terlupa batasan diri.

Memang dilema buat Alisa. Nak katakan tidak, dia bukanlah orangnya yang akan memalukan keluarga walaupun tak dinafikan kenakalannya itu selalu memeningkan kedua ibu bapanya. Mana nak fikirkan penerimaan orang di sekelilingnya lagi. Mana nak fikirkan cita-citanya lagi. Namun, akhirnya selamat juga mereka bernikah.

Lepas berkahwin, dilema yang dihadapi Alisa pula adalah macam mana nak hadapi penerimaan orang di sekelilingnya sekiranya terbongkar identiti perkahwinannya di sekolah tu. Mau ada yang fikir bukan-bukan kalau terbongkar ni. Yelah, SPM pun tak lepas lagi dah jadi isteri orang. Isteri ustaz sendiri pula tu. Uish, memang menempah maut namanya tu. Hehe. Jadi, mereka sepakat untuk merahsiakan perkahwinan mereka sampai waktu kenduri mereka berdua. Sehingga waktu itu hubungan antara keduanya memang penuh drama dan turun naiknya. Mujurlah Ustaz Hafiz tu memang penyabar orangnya. Kalau tidak mau juga pinggan mangkuk melayang. :)

Habis peperiksaan SPM, saat menunggu keputusan peperiksaan adalah saat mendebarkan bagi Alisa. Yelah, mana nak fikir tentang suami dan dalam masa yang sama, dok fikir dapat ke dia menyambung pelajaran bila dah bergelar isteri orang ni? Berkat usaha dan doanya berserta restu suami, Alisa dapat juga menyambung pengajiannya ke Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Bagaimana agaknya Alisa mengimbangi tanggungjawabnya sebagai isteri dan sebagai seorang pelajar? Dapatkah bertahan atau pun ada gangguan daripada pihak ketiga? :)

Komen saya: Bagi yang sukakan kisah yang penuh konflik, buku ini bukanlah pilihan anda sebab perjalanan kisahnya agak smooth. Konflik cuma bila Alisa menghadapi cabaran masa tahun ketiga pengajiannya. Cuma saya sukakan perjalanan kisah ini yang banyak menyelitkan kisah-kisah berkaitan peringatan dan info berunsur keislaman. Tak ramai yang berani sebenarnya untuk menulis kisah sebegini. Walaupun tidak sehebat kisah-kisah novel islamik lain, keberanian untuk mencuba itu harus dipuji. Tahniah untuk penerbit dan penulis. Moga lebih banyak kisah-kisah sebegini bakal diterbitkan. :)

Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
December 8, 2015
sy rasa terlalu "tua" untuk menyelami dunia alisa.. cerita semasa di zaman uni di-fastforward-kan pula.. too draggy and too childish.. not my cup of tea.. not a fan of this book.. sorry pd peminat buku ni ye..
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
August 11, 2017
Cikgu nikah dengan student ni dalam alam nyata pun ada. Tapi sebabnya selalu ke arah cinta. Kalau sebab pilihan keluarga pun, alasannya lebih logik. Tak logik ke mak abah nak ke Mekah? Logik la kot dengan watak Lisa yang bebas lepas tu sebab takut sesuatu jadikan. Kena tangkap basah ke apa ke kan. Tapi tak dapat hadap la. Cuba kalau student tu lelaki dan pasangannya ustazah. Haru-biru jawabnya.

Hafiz sebagai suami seolah-olah tak kisah dengan sikap Lisa. Jadi suami gimana itu kalau tak mampu bimbing isteri? Bukan calang-calang orang, ustaz lagi. Yang nak rahsia bagai tu kenapa? Kahwin apa kalau tak nak orang tau. Ish tak faham la kisah camni.

Kisah Hafiz dan Lisa ni tak memikat hati. Meleret sampai tamat uni. Buka tutup buka tutup sampai lunyai buku. Akhirnya ke laut sebab tak masuk otak.
Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
December 6, 2013
Mula-mula baca pun muka dah -_- sebab lame sangat alasan nak paksa anak dia kahwin. Lepas kahwin okailaaa ada scene kiutmiut. Tapi bila buku tak ada konflik, macam bosan pulak. Tapi okla dia selitkan bab-bab agama. And macam mana Alisa jadi 'orang' sikit. But stilllll. Pastu suka time jump tetiba sampai tak ada kesinambungan character Alisa.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 20, 2012
Cerita ini banyak pengajarannya. Nur Alisa (Lisa) telah dikahwinkan dengan sepupunya Muhamad Nur Hafiz bila ibu dan ayah Lisa ingin ke Mekkah. Mereka mahu Hafiz menjaga Lisa semasa mereka tiada. Lisa masih lagi belajar dan akan menempuh SPMnya dan Hafiz adalah ustaznya di sekolah. Cerita ini bermula dengan bagaimana Hafiz mendidik Lisa dengan lembut dan berkhemah dalam ilmu ugama. Kita dapat melihat perkembangan Lisa dari hari ke hari dan juga perkembangan perasaannya untuk Hafiz. Lisa bercita-cita untuk belajar keluar negeri selepas SPM, tetapi dia hanya dapat sambung belajar di Ipoh. Disana dia dicuba. Pelajarannya dirasakan semakin susah dan ada rasa kecewa bila tidak dapat markah yang memuaskan. Kerana dia menyembunyikan statusnya, Naim mula cuba untuk mendekatinya. Perasaannya terganggu tapi dia cuba untuk tetapkan hatinya. Ayahnya pula terlibat dalam kemalangan. Tetapi bila Lisa keguguran, dia rasa sangat hiba kerana dia tahu Hafiz sangat mengharapkan anak. Bila Hafiz bercadang untuk mengambil anak angkat dari bekas anak muridnya, dia reda. Dan Lisa mula belajar untuk menjadi ibu mithali. Akhirnya, mereka dikurniakan dengan anak mereka sendiri.
Cerita ini lebih menceritakan perjalanan Lisa sebagai seorang anak, ke seorang pelajar, dan selepas itu ke seorang isteri dan akhirnya menjadi seorang ibu. Ia juga mengenai perjalanan dirinya untuk menjadi seorang mukminin yang lebih baik.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Mesej yang sangat tepat dan berguna, berbaloi untuk wang anda. Ceh...
Memula cam orang lain, skeptikal sikit pasal 1. Kenapa heroin kahwin umur 17(takleh terima) 2.Tajuk "Suami aku ustaz" pun nampak...eww,eww sudah...

Tapi... sila baca dulu bab2 terawal di penulisan2u. Terasa matang, dengan mesej lebih padat, tanpa perlu meletakkan ayat yang jiwang2. (err...).

Isu kahwin usia muda dari persepsi remaja. Mungkin? Remeh, tapi penting!Sebab remajalah yang banyak kisah begini.

Melihat tujuan beli novel ni memang merepek. sebab nak beli online.Mmg berbaloi beli online melalui publisher karya seni. 1. dapat diskaun RM3 (buku RM22 jadi RM19) 2. kos penghantaran free, mana nak cari gitu kan???. Order cepat&efisyen lagi.

Disebabkan mood baca melonjak lepas pre-read di penulisan2u, seriously tak puas hati sebab sambung baca sudah separuh buku? oh tidak, oh no! spoil mood.Sebab terlalu cepat habis....

Paling suka ayat Hafiz jawab sejak bila mula hafaz quran? ~sejak tahu makna hafiz~briliant tak? memaknakan makna nama sendiri dalam realiti... Setakat ini hanya 2 novel yang saya baca wataknya membudayakan solat malam 1. Laksamana Sunan@Saifudin -RAM 2. Muhammad Ameen (1511H[Kombat])-FT (ada lagi yang lain, tapi xterkesan di minda)

Lepas ni boleh buat.

Profile Image for Fnatasha.
7 reviews1 follower
August 2, 2012
Pengkisahan mengenai Alisa yang mendirikan masjid sebelum menghadapi SPM dengan Ustaz Hafiz. Banyak yang boleh direnung dan dikutip dari novel ini. Walaupun mungkin isi ceritanya agak jiwang dan berbunga-bunga, tapi fortunately laras bahasa yang digunapakai sangat simple dan ringan. Namun penceritaan tetap hidup walaupun sedikit datar pada mulanya.

Konflik yang timbul juga tidak parah sangat. Sekadarnya aja.
Saya paling suka part Ustaz Hafiz mulai membimbing Alisa untuk jadi solehah. Penuh kelembutan dan hikmah.

Terjatuh hati seketika dengan watak Ustaz Hafiz.. :p

Banyak nasihat yang diselitkan. Dan tentang Ini Sejarah Kita (ISK) dan Tafsir Fi Zilal (TFZ) juga disebutkan di sini. Seperti direview kembali mengenai ISK. Tak sangka ada terselit juga tentang usrah di dalam novel ni.
Ingat macam novel cinta biasa.
Tapi betulah orang putih kata," Don't judge a book by its cover"

Input yang diperoleh berdasarkan apa yang pembaca mahukan. Jika dia hanya ingin tahu mengenai cintan cintun, maka itu yang dia dapat, tapi sekiranya dia ingin mengutip input-input yang OSEM dalam novel ni, maka itulah yang dia dapat.

Ah, tetiba teringat tentang Hadis 1: Niat... cliche je..
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
October 20, 2013
Buku ini dibeli semata-mata untuk mengkaji trend novel popular masa kini.

Plot tiada apa yang menarik hari. Ada beberapa fakta untuk pedoman pembaca diselitkan bersama.
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
September 8, 2012
Lately, sedikit busy. Travel KL-Kangar dah macam travel Cheras-Bangsar. Buat gaya macam dekat je. Jadi dalam travel yang kerap. Sempat sambar buku ni. Suami Aku Ustaz.

Seriously dah lama tak membaca. Dan dah lama tak beli buku dari penulis baru. (Oops.. tak sure ni penulis lama or baru. Sebab lazimnya beli buku dari orang-orang yang saya kenal sahaja.)

Apa pun, enjoy baca novel ni. Tak menghampakan. Ada sesuatu yang boleh dijadikan ilmu. Alhamdulillah. Ada ciri-ciri islami di sini.

In details?
Insha-Allah, nanti saya ulas in details di blog saya http://diya1902.blogspot.com
Apa pun, congrate for the interesting story to the author :)
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
November 18, 2013
So-so lah.. Maybe because the storyline is predictable? Alisa got into an arranged marriage with her cousin which is also her guru ugama. Kana kawin kan coz the parents went to mekah and no one utk meliatkan anak nya.. Then slowly cinta mula berputik between alisa and hafiz.. It's an easy reading pulang.. Stress free lah.. Boring nya alisa ani mcm just give in easily with the arranged marriage.. Anyhow, noting much to comment.. As what I told early.. Stress free book and more like predictable story line... Hehe

I haven't watch the movie plang..
Profile Image for Fatin.
103 reviews
June 14, 2012
mula2 macam kelakar and best, but at the end makin bosan. this novel do not have any real conflict. But overall, banyak pengajaran boleh dapat :)
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
December 13, 2013
kena paksa kahwin sbb parents nak g haji - lame.
rahsiakan perkahwinan even masa kat uni - aku tak boleh terima.
nak beri kosong or satu tu mcm kesian plak so aku beri dua je lah - below average
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
May 30, 2015
Best sebab dapat membaca semula novel ini dan membuat perbandingan dengan filemnya.
1 review
November 27, 2018
Penasaran banget sama novelnya tapi bingung gimana cara dapatin novelnya karena ku cari" gak dapat , ada yabg punya saran kah buat cari dimana
Profile Image for Yan.
119 reviews2 followers
November 8, 2022
Rating: 🌟🌟🌟🌟.3

Novel nie kita dah baca lama dah. Almaklumlah, novel lama. One of my comfort reads. Kalau stress, memang akan ulang baca novel nie.

Ramai yang bagi review, macam tak puas hati tentang plot dia. Budak umur 17 tahun (belum SPM lagi) kahwin dengan seorang ustaz yang mengajar di sekolahnya. So, boleh bayangkan lah berapa age gap tue…😅 And budak sekolah plak tue. Aduhai…😬

Apa yang kita suka tentang buku nie, character development Lisa. Daripada seorang yang tak matang, terpaksa berkahwin dengan sepupunya, and belajar bagaimana nak jadi seorang isteri solehah. That’s the whole plot. Conflict pun ringan2 jer.

ML - Abang Hafiz.
Ustaz yang mengajar di sekolah Lisa, merangkap sepupu Lisa. Dah lama suka kat Lisa, tapi lebih banyak berdiam. Suka character dia yang selalu berlembut dengan Lisa, sabar dengan kerenah Lisa dan menjadi pendengar setia untuk setiap masalah Lisa. Paling tak tahan, kuat cemburu gak ustaz nie. Yer lah kan, suami mana tak cemburu kalau ada lelaki lain yang dok minat kat isterinya? 🫢

“𝑻𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒑𝒂. 𝑺𝒂𝒋𝒂 𝒋𝒆 𝒕𝒂𝒌 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑳𝒊𝒔𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑱𝒐𝒉𝒂𝒏.” ~ 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 𝒕𝒐 𝑳𝒊𝒔𝒂.

Omo omo omo 🥰🥰🥰

FL - Lisa.
Umur 17 tahun. Sedang belajar dan bakal menduduki SPM. Awal2 kena kahwin, dia agak memberontak jugak lah. Everytime Abang Hafiz nasihat dia, ada jer jawapan dia. Makin lama, dia belajar untuk mencintai Abang Hafiz, and makin lama, dia makin sayang dengan Abang Hafiz.

Plot novel nie bermula dari Lisa berumur 17 tahun sehingga lah dia tamat pengajian di universiti. So, perubahan tue bukanlah dalam sebulan dua, makan tahun jugak tue. Sabar sangat Abang Hafiz dalam mendidik isteri kesayangannya nie.

Overall, baca novel nie, amat mendamaikan jiwa. Penulisan yang santai, diisi dengan banyak sangat nasihat, kata2 Islamik yang boleh menyentuh jiwa. To the point, rasa macam nak improve diri nie, untuk nak jadi isteri solehah kat suami kita. Hurhurhur…👩🏻‍❤️‍👨🏻

Tapi, apa2 pun, kita memang enjoy sangat baca novel nie. 👍🏻 from me ❤️💛💖
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
January 25, 2024
Cerita santai. Sweet and best je baca.

Minus 1 sbb tak faham knp Alisa takut sgt org tahu dia kahwin lepas SPM tu. Sampai nak tipu dkat application uni and biasiswa. Kawan uni pun tak tahu. Plus part Alisa fefeeling dgn abg kwn dia tu. Hmm, faham the lesson diorg nak introduce kan, tp tu la. Kitonyo tak berkenan sgt gitu. Katanya matured lepas kahwin, but tak nampak sgt la bhgn mana maturednya...

Hafiz love gila. Green yg teramat. Kesian dia tak tahu wife sendiri fefeeling dgn lelaki lain. Suami yg org kata, ultra rare lah zaman skrg. Serba serbi lengkap. Memahami. A provider. Listener. Teacher. Maybe atas sbb dia yg sgtlah lemah lembut and bertolak ansur, Alisa ambil kesempatan kebaikan tu.
154 reviews2 followers
June 3, 2018
Top reviews semua komplen pasal takleh terima heroin kawen masa sekolah... adess, really?

Cuba fikir ek, kita kasi budak2 lesen bawak motor umur 16 tahun dan bawak kereta umur 17 tahun tapi takde sorang komplen dop? Why? Motor dan kereta tu melibatkan nyawa orang ramai kut...

Adake sebab nikah kahwin ni tak pernah dipandang sebagai solusi agama? Yang sahih nikah kahwin dalam Islam bukan macam yang digambarkan dalam majoriti novel2 cintun (yang kita semua minat baca)

Agaknya semua terlupa tazkirah tersirat Hannah Dhaniyah i.e Islam is THE solution.

p/s takde review pasal aku rasa aku setuju dengan banyak pandangan yang dah disebut dalam review2 sebelum ni, heh
Profile Image for Dina.
47 reviews
January 12, 2023
i liked this book. i like the idea of ustaz hafiz. and i love myself some age gap. but there was one thing that bothers me. the fact that she was seventeen and he was twenty five when they got married and that he’s been liking her since she was like a child. even though he didn’t act on it and went through loops to avoid her, i still can’t shake off that weird feeling. anyway i started reading this book because of the film (adi putra mwehehehehe) but as i read more into the book, i no longer imagine adi putra as ustaz hafiz. he totally turned into a different man that ah makes my heart go biteul biteul. k bye.
Profile Image for Shea.
153 reviews5 followers
September 23, 2017
Well written, if one isn't too strict about grammar. Minor errors which were not distracting for me.
Can't like the book because it's a bit preachy (should've guess from the title) and I'm still disturbed by Alisa's parents' reason to marry her off. The bit about ambition was half-arsed, kinda like an afterthought just so Alisa doesn't appear like a typical girl with marriage as life-goal.
Profile Image for Najwa Najeh.
32 reviews
March 24, 2018
Jalan cerita best dan sweet. Cuma satu sahaja yang agak janggal. Budak 17 tahun kena berkahwin awal kerana ibu bapa nak pergi haji dan tiada siapa jaga. Ia membuatkan aku berfikir, adakah perkahwinan ini betul-betul menyelesaikan semua masalah
Profile Image for Nur Ayuni.
2 reviews
July 6, 2021
Okey dan best aje novel dia. Tapi agak pelik sbb dengan pengetua skali bersubahat dlm perkahwinan diorang. Bagi yg dh layan movie, novel ini adalah lain dari story sebab ending and of course jalan cerita.
Profile Image for Dara Oh.
23 reviews2 followers
July 18, 2019
Sengsara nk habiskn pembacaan..
Nyesal beli
Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
May 28, 2020
Sesiapa yang berminat, boleh pm.
Harga RM15 exclude pos.
Displaying 1 - 30 of 81 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.