ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.
Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.
"Dia handsome lah…cair hati aku."
"Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."
"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain…mana nak letak muka?
"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.
Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."
Joe menggeleng. "Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."
"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. "Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.
Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.
Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?
Jujur sha katakan inilah pertama kali sha mencuba genre yang berlainan. Genre seram @ paranormal activity yang berlaku didalam novel ini.
Tak sangka dari jam 10pm till 11pm sha membaca buku dengan penuh kyusyuk. Tengok jam 11pm, harus tidur cepat sebab terbayang² apa yang telah dibaca.
Kisah roh² yang tidak tenang mengganggu kehidupan Anis dan Maria sejak mereka berpindah ke flat Flat Seri Mastura. Mereka berkenalan dengan Joe dan ibunya yang membuka cafe.
Joe sentiasa berpesan pada Anis dan Maria. Antara pesanan² ringkas mereka :-
- jangan suka merayau senja² - tidur cepat sebelum jam 12 malam - kalau dengar apa² pun, jangan keluar dari bilik
Mereka diganggu bertubi² sehingga Anis jatuh sakit dan Maria pula mencari kesahihan cerita yang tidak menyenangkan mengenai Flat Seri Mastura. Ibu Joe menasihati agar berpindah kerna rumah yang mereka duduki tidak sihat.
Danny pula seorang lelaki kacak, sentiasa berbau wangi dan mempunyai tutur bahasa yang lembut. Agak misteri kerna selalu muncul tiba². Danny mencadangkan pada Anis agar mencari kerja part-time di Taman Air Vienna dan mencari perempuan bernama Hayati. Disitulah bermula misteri mengenai Danny.
Kalau boleh sha tidak mahu membaca cerita seram ini tetapi ramai mengatakan cerita ini best. Perasaan ingin tahu membuak² lantas sha menyelongkar almari mencarinya. Dah baca, syiok pula layan. Tak sangka best. Seram tapi diselit dengan kisah cinta, kisah menghayat hati, misteri serta penyiasatan membuatkan naskah ini berjaya dihabiskan.
Pergi kerja pun membaca dalam kereta sampai sakit² kepala.
Sanggup sha pergi menyorok dalam bilik air membaca buku ini sampai habis. Masa itu pun lagi suku nak habis, hati melonjak² ingin tahu endingnya.
Syabas pada penulis, ternyata cerita ini memang lain dari yang lain, best membacanya. Membuatkan anda suspen.
Sejujurnya ini memang pertama kali saya membaca karya genre sebegini dan saya ambil masa agak lama juga untuk menyudahkan pembacaan atas dasar diri sendiri yang dihantui fobia. J
Erti Cinta membawa kita menyelami kehidupan Anis dan Maria, 2 orang pelajar kolej yang bersahabat baik. Atas sebab tidak selesa dan tidak sanggup berhimpit di dalam bilik asrama yang disediakan oleh pihak kolej, mereka mengambil inisiatif mencari rumah sewa untuk keselesaan mereka sendiri.
Mereka kemudiannya berpindah ke Flat Seri Mastura, di tingkat 7. Di sini mereka berkenalan dengan Joe dan ibunya serta Danny yang penuh misteri. Joe yang sentiasa bertindak ala ‘guardian angel’ kepada Anis dan Maria ini sebenarnya menyimpan ‘cerita’ tentang kawasan tempat tinggal mereka tu. Atas sebab kawan yang pernah dikenali oleh Joe itu (Zana) ada iras Anis, maka Joe sentiasa sukarela bertindak sebagai ‘guardian angel’ buat Anis dan Maria supaya Anis (terutamanya) dan Maria takkan mengulangi sejarah yang telah menimpa Zana.
Antara pesanan-pesanan Joe dan ibunya;
- Jangan balik lewat.
- Jangan berkeliaran di bawah flat waktu senja / Maghrib
- Tidur awal (sebelum tengah malam)
- Abaikan bunyi-bunyi yang didengari.
Sebenarnya saya kagum dengan Anis dan Maria yang sangat berfikiran positif dalam menangani ‘gangguan’ sebegini. Walaupun sebenarnya Joe dan ibunya sudah meminta mereka mengabaikan saja bunyi yang mereka dengar itu. Sanggup pula ke tingkat atas semata-mata untuk ‘warning’ penghuni di atas rumah mereka yang suka buat bising mengalihkan perabot di tengah malam. Kalau sayalah, mesti dah meremang bulu roma. =)
Banyak lagi gangguan yang mereka alami sehingga Anis jatuh sakit dan akhirnya memaksa Maria mencari ibu Joe untuk membongkar kebenaran yang tersirat di sebalik kemisterian rumah mereka dan kawasan flat itu sendiri. Tapi, mereka masih lagi berani (atau tiada pilihan lain) untuk tinggal di situ.
Danny pula dikenali oleh mereka pada hari pertama berpindah ke Flat Seri Mastura. Perwatakan Danny yang nampak ‘cool’ dan kacak itu telah menarik minat Anis untuk cuba lebih mengenali Danny. Tapi malangnya Danny ini sangat misteri dan hanya waktu tertentu saja dia memunculkan diri. Bila ditanya pada Joe, tiada siapa pun mengenali Danny. Lalu, siapa agaknya Danny?
Permintaan Danny yang menyuruh Anis mencari Haryati atau Pia bagi mendapatkan kerja part time di Taman Air Vienna akhirnya berjaya menyingkap misteri siapa Danny yang sebenarnya. Di situlah kita dapat menyimpulkan erti cinta yang cuba disampaikan dalam naskhah ini.
Komen saya: Cubalah baca karya ini dan anda takkan menyesal. Dengarnya akan ada kesinambungannya nanti. =)
yeaaa!!! suka cerita ini,tengok cover comel je rupanya kisah seram,walaupun dah baca beberapa review dan dah tahu yg ini kisah seram,mistik(tak lah mistik sgt) tapi tetap teruja nak baca. Rasanya bab permulaan tu mmg seram,sampai terpaksa tangguhkan bacaan,bila baca ditemani adik-adik tak feel langsung,jadi gagahkan diri juga lah baca ketika berseorangan.Selepas bab Zana terbongkar tu dah hilang rasa seram,jalan cerita dah boleh dijangka penamat agak terkejar-kejar sikit,padat ya jga dan agak mendatar sikit sebab watak jahat mcm senang sangat "kantoi" tapi secara keseluruhan. suka!!
PS:memang suka tengok Filem seram Melayu tapi dekat pawagam sahaja,kalo kat rumah mmg x tgk langsung alasan nak lebih rasa takut :P
Saya baru habiskan buku ini 10 minit lepas, dan saya tak dapat nak ingat apa nama watak-watak utama. Kena telek sinopsis semula XD
Jujurnya, the romance feels forced. Cara Anis digambarkan, kadang-kadang buat saya terlupa yang dia Anis. Tertanya juga, Anis ini ada split personality ke apa. Sebenarnya hampir semua watak ada buat saya garu kepala. Minta maaf cakap, saya memang tak boleh connect dengan mana-mana watak pun. That really took the fun out of reading.
Saya graduan dari bidang psikologi (bukan practicing psychologist tapinya). I have issues with the way the author choose to describe the reasons behind suicides and the treatment of mental illness through her characters' mindset. Ya, saya tahu yang mangsa-mangsa yang dikatakan bunuh diri itu sebenarnya dibunuh orang. Tapi itu tak menjelaskan pendirian watak-watak utama tentang bunuh diri. Saya faham yang kebanyakan orang Malaysia memang masih kurang pendedahan tentang pelbagai jenis masalah psikologi. Cuma saya rasa kecewa saja, mungkin sebab latar belakang saya.
Overall, the story's interesting enough. The 1st half was scary although things kind of went south in the 2nd half.
Mungkin diperam terlalu lama dan melangkaui 10 tahun lamanya, jadi saya merasakan kisah EC ini agak bosan. Sebenarnya annoying sungguh dgn watak Anis. Tak faham kenapa dia bersungguh bencikan Joe padahal Joe tu bkn jenis menggatal pun. Cakap pon elok2 je.
Tahulah Joe tu sukakan Anis, tapi tak perlulah kot tunjuk sgt perangai prejudis tu terhadap Joe. Mentang2 lah Danny tu hensem dan menepati citarasa dia, jadi perlu ke kau nak melayan Joe sebegitu rupa? Tapi bila tahu hakikat sebenar, ermm mmg rasa nak dipadankan aje muka si Anis tu.
Lagi satu yg saya tak puas hati part ending. Anis dgn Damien tu tak ada pula babak mereka berkenalan ke. Cuma mereka kenal each other dgn nama shj. Tapi boleh pula Damien terus luahkan isi hatinya kepada Anis dan Anis menerimanya begitu shj. AGAIN, tak suka sikap Anis yg memandang rupa! Ermm
Ok. Next. Sambungan ER, Sejak Kita Bertemu. Hopefully ianya tidak mengecewakan
Cite ni best. Cuma ad 2 benda yang buat aku terpaksa tolak 1 bintang.
1) Watak Anis.Aku paling benci dgn watak perempuan yang macam ni.Bagi aku Anis ni gedik atau perempuan gatal pon ada.Kononya jatuh cinta pandang pertama dekat Danny,belum kenal or berkawan pun dia ni dh pandai2 kata yg Danny ni bf dia lah.Lepstu bila bru je berkawan dgn Danny dia pulak yg letak harapan tinggi dkt Danny,bila Danny sebut nama prmpuan lain dia pun cemburu tak tentu pasal.Bila Danny tipu psl tmpt tinggal dia pun si Anis ni pun terlebih emo sampai menangis macam org putus cinta.Masa Jay nasihatkan Anis supaya berhati2 dgn Danny,dia ni pulak yg cakap Jay tu jahat.Yg pasti aku cukup annoying dgn watak Anis ni😒dahla suka menangis.Lemah.
2) Aku tak rasa seram pon baca novel ni.Adalah beberapa babak seram yg penulis selitkan tpi macam tak memberi kesan pon.
Buku pertama yang dibaca from author ni dan buku ni dah diterbit lama ya, so aku beli preloved je time tu sbb tertarik dgn review someone. Tak ingat aku tgk review sape 😂
Dan tak dinafikan buku ni menarikkkk 🫢 Kalau aku tgk cover je dgn tajuk memang aku tak expect la buku ni storylinenya gitu. 😳😳 Aku suka dengan cara penulisan author ni, the way the things unravel throughout the stories tu rasa cam smooth je. 👍🏻👍🏻
Btw, i rarely read horror sebab aku mmg tak suka hahahah. Kitanya pengecut sikit. Thriller ok, tapi horror selalunya aku elak, tp biasalah horror dgn thriller berkait selalunya 🤧 Aku baca buku ni sehari je fuhhh sbb buku ni keep buat aku guessing every scenes yg happened, the characters buatkan aku nak tau apa yang jadi. Mmg page turner for me. Camellia is actually Maria Kajiwa. Aku biasa dgr nama Maria Kajiwa, tp tak penah beli sbb aku tgk author ni selalu buat buku seram, so terkejut jgk la yg it is the same author yg tulis this one. Buku ni satu lagi, tak tau nak explain mcm mana tp rasa vibe cerita dulu2 yelah cerita lama kan, tp feels dia tu nostalgic gitu 😌
Cuma the romance part mcm tetiba sikit, feels dia kurg sampai. Hahahha. Aku maleh nak trg pnjg nanti cam spoiler pulak. Anyway, the mystery part tu yg buatkan cerita ni menarik. 🥶 Buku ni ada sequel tau. Tp sequel ni nantilah aku baca. Hahah. Tunggu siang kemudian hari lak. Ni dah malam 🫣 #emptycanvashida
Okay, buku ni ialah antara 12 buku yang aku beli masa PBAKL 2022. Memang dah lama nak beli sebabnya dulu-dulu (10 tahun lepas) masa buku ni baru published kot, aku pernah follow kat website penulisan2u. So, somehow, aku suka ceritanya walaupun genre seram. hahaha. Tapi gitulah, lepas 10 tahun, baru aku beli. .
And recently, aku baru tahu yang Camellia ialah Maria Kajiwa. Sekarang baru faham kenapa walaupun covernya macam tenang damai gitu, tapi genrenya seram dan misteri. .
Anis dan Maria baru je pindah ke Flat Sri Mastura. Sebabnya dorang ni student, dan pihak pengurusan sumbatkan mereka semua dalam rumah yang dah macam tin sardin. So, dorang pindah la ke Flat tu yang sangat sunyi. .
Malam pertama lagi, Anis tak boleh tidur sebab dengar bunyi orang duk bertukang la, dengar pili air asyik terbuka la. Sedangkan Maria tidur nyenyak. .
Dorang jumpa Joe, anak seorang peniaga restoran kat flat tu. Joe ni sukakan Anis sebab Anis seiras wajah Zana, kekasihnya yang meninggal dunia akibat jatuh daripada flat tersebut. Tapi Anis sukakan Danny, seorang yang berpakaian kemas dan wangi. .
Joe la yang nasihatkan Anis dan Maria, tidur sebelum pukul 12 malam, jangan layan sangat bunyi-bunyi tu, jangan berkeliaran luar flat selepas waktu senja. .
Dorang tu pula tak tahu apa-apa tentang flat tu, mestilah rebel je. Sehinggalah mereka mula mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi di flat tersebut. Dan siapakah Danny yang sebenarnya? .
Buku ni generally tentang kisah misteri dan sedikit seram. (sedikit je seramnya sebab aku yang penakut ni pun, boleh baca buku ni pada waktu malam. hahaha)
Cerita yang sudah lama saya nak baca tapi baru berkesempatan nak baca. Sebenarnya Erti Cinta ni ada sambungan. Tajuknya Sejak Kita Bertemu. Dan saya membaca Sejak Kita Bertemu sewaktu buku ini baru saja diterbitkan. Sejak Kita Bertemu berani saya katakan cerita berkenaan adalah cerita seram lima bintang. Terbaik!
Erti Cinta - Sebuah cerita yang jujur. Bak kata-kata terakhir dalam novel ini... Dari hanya mencari sebuah rumah sewa, kini mereka mendapat sebuah pengalaman yang berharga. Digarap dengan baik. Mood seram dapat dirasakan. Kebolehan Camellia / Maria Kajiwa dalam mengolah naskhah seram sememangnya berada pada tahap terbaik! Seorang penulis yang prolifik.
#4 Erti Cinta Karya Camellia a.k.a Novelis Maria Kajiwa Terbitan Penerbitan Karyaseni
Sebuah naskah yg digarap dgn baik.. Sebuah naskah seram yg diselitkan unsur cinta.. Mengisahkan dua org student iaitu Maria dan Anis yg berpindah ke flat Seri Mastura akibat ketidakselesaan ditempat mereka belajar yg diibaratkan spt sardin dlm tin.. Lantas itu Maria telah berjaya mencari tmot utk mereka tinggal dgn harga yg berpatutan.. Pada awalnya Anis tidak bersetuju akibat fobia pada ketinggian tp akhirnya Anis bersetuju krn tdk tahan dgn keadaan tmpt mereka tggl skrg.. Kisah bermula apabila mereka menetap diflat itu.. Mereka menetap di Flat Seri Mastura block c tingkat 7 yg mempunyai kisah disebaliknya.. Nk tau kena baca.. Cuba anda bayangkan apabila anda menetap disebuah rumah yg mempunyai kisah hitam.. Disana mereka berkenalan dgn Joe dan ibunya yg membuka gerai disana.. Kehadiran Maria dan Anis membuatkan Joe gembira.. Tatkala memandang Anis Joe akan teringat kisah lamanya.. Pada awalnya Maria dan Anis selesa menetap disitu sehingga mereka sering diganggu dgn pelbagai keadaan aneh.. Disana Anis berkenalan dgn Danny yg misteri.. Keadaan itu menyebabkan Joe spt cemburu dgn persahabatan Anis dan Danny.. Mengapa? Anda harus baca.. Diflat itu jga masyarakat spt tdk ambil peduli dgn masyarakat sekeliling.. Disebabkan kehadiran Danny yg misteri mereka cuba utk mencari Danny di tmpt tinggalnya spt yg diberitahu oleh Danny di tinggal ats sekali tp hampa krn mereka gagal menemuinya.. Org yg tinggal lama disana pun tdk mengenali siapa Danny.. Selain itu kwsan itu juga sering diganggu dgn roh apek yg sering menyoalkan mana saya pny cinta.. Apa pula kisah roh apek ini? Anda kena baca.. Dlm itu Anis dan Maria bekerja sementara di Taman Air Vienna dan berkenalan dgn bos mereka iaitu Pia.. Danny menyuruh Anis utk rapat dgn Pia, tp kehadiran Anis dan Maria tdk disenanggi oleh Zack slh seorg org kuat taman air itu.. Mengapakah Danny menyuruh Anis berbuat demikian anda harus baca.. Ternyata setiap kisah ini ada kaitannya yg akhirnya akan terbongkar.. Jika anda ingin tahu apakah pengakhiran adakah cinta Danny dan Anis terjadi? Mengapakah Danny menyuruh Anis rapat dgn Pia? Mengapakah Joe spt cemburu apabila Anis rapat dgn Joe? Apakah rahsia yg terselindung di Flat Seri Mastura? Apakah pula misteri rumah yg mereka diami itu? Anda harus dptkannya dipasaran.. Bg mereka yg menggemari karya Thriller sudah pasti naskah ini harus anda milikki.. Pada yg telah memilikkinya jgn lupa dptkan kesinambungan kisah Anis dlm Sejak Kita Bertemu kerana Erti Cinta adalah permulaan.. Bg yg blm mendapatkannya anda harus dptkannya dgn segera harga RM19(sm) RM22(ss).. Anda harus mulakan dgn Erti Cinta dan barulah sambung Sejak Kita Bertemu.. Tahniah penulis naskah seram yg amat menarik bg pendapat sy.
# p/s ini hanya pendapat peribadi ttg karya penulis dgn pendapat peribadi ttg penulisan penulis.. Citarasa setiap pembaca adalah berbeza
Banyak kali sebenarnya aku terserempak dengan buku ni. Kali ke-5 terserempak baru aku beli. DAN, memang aku tak menyesal beli, sudahlah masa tu diskaun, ceritanya pun menarik, berbaloi-baloi. Lain dari yang lain. Walaupun penceritaan nampak mudah, tapi aku suka! Tahniah penulisnya Kakak Maria Kajiwa. ^___^
kali pertama mengenali karya kak maria kajiwa dengan baca buku inilah.sebagai peminat gwnre seram,memang saya takkan lepas peluang untuk baca novel ni(maybe sebab tajuknya yang nampak tak horror langsung).Bila tau daripada penulis,dan sinopsis,okaylaaa i beli juga. Bila dah baca, wah,.menarik! Sampai sekarang i masih terbayang2 watak perempuan ketuk pintu kaca balkoni rumah...dan apek tak ada kaki!God...
Ok. Akak malu nk post. Sebab buku ni akak beli tahun 2012 rasanya dan baru skarang akak baca. Bayangkan brape tahun akak peram buku ni dalam gobok. Kenapa akak beli buku ni pun akak tak tau. Mungkin cover dia menarik pada pandangan akak sebab tu akak beli. Terus kepada review. 1. Cover novel - ini bukan cerita cinta yang romantik ye walaupun tajuk novel erti cinta. Tapi ada la penulis selitkan tentang cinta dalam novel ni. Cinta pandang pertama. Cinta tak harusnya memiliki. Cinta tak boleh dipaksa dan dihalang. Banyak lagi. Tapi korang kena baca sendiri la. Tapi memang tak de ye adegan romantik sweet2 dalam novel ni. 2. Abis tu kalau bukan cerita cinta cerita apa? Misteri. Thriller. Boleh kot akak klasifikasikan macam tu kan. Yang pasti ceritanya kalau baca korang akan macam kena pukau. Sebab makin korang baca makin korang nak tau apa yang jadi sebenarnya ni. Penulis susun plot dengan baik sekali. Korang confirm takkan pening baca. Akak bagi 4.5 bintang! Akak suka novel ni. Sekian. Kak @novelismariakajiwa double thumbs up utk erti cinta! #rakbukudedizul #reviewbuku #erticinta #instabook #book #bookworm #bookoftheday
Cerita yang mengajar Sha erti cinta sebenar.. Cerita ini bukanlah seperti tajuknya malah lebih lagi.. Kisah mengenai mereka-mereka yang terseksa dan bahagia kerana cinta.. Ya semuanya kerana cinta.. Dengan membaca erti cinta anda akan mengalami pengalaman yang sukar nak dijangka.. Perasaan yang pelbagai.. Rasa sedih, bahagia dan juga geram.. @mariakajiwafanclub #erticinta #camellia #mariakajiwa #cinta #seram #bookstagram #hobisaya #bacaanogos2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
dulu tngk cover - ermm cm x menarik je... mst cite cinta biase... kali ni betul dont jidge a book by its cover!!
btw, mmg x mengecewakan, mudah di hadam walaupun ade sedikit geram dngan watak Anis (yer sy jenis x sabar skt klo watak2 degil ni..kihkihkih). mampu dihadam dengan baik, elemen cinta & thriller yg x keterlalauan walaupn lps baca dipertengahan macam da bole agak ending die.
just part ending nampak macm rush - tak dilanjutkan penangkapan zack & cara pembunuhan/jmp bukti tu mcm terlalu senang lak kn...i mean dompet pembunuh tericicir, xkan die x perasan da beberape taun kn.. nape x g ambk je... tp mungkin sbb xnak bg novel ni tebal sngt so terpakse diringkas kn ending die...
overall, still ok. gud jobs!!
x sabar nk bace sequel die saat kita bertemu klo x silap
Anis dan Maria, dua sahabat yg masih belajar di sebuah kolej. Sangat akrab hingga mereka sentiasa kongsikan segalanya bersama. Kesusahan hidup mengajar mereka erti kesederhanaan dan saling membantu. -- Joe, seorang pemuda yg pernah melalui detik² paling hitam dlm hidupnya ketika kehilangan Zana, kekasih tercinta setahun yg lalu. Rasa bersalah yg dipikulnya, menjadikan dia terkurung dgn rasa bersalah hingga kemurungan. Hanya ibunya yg memahami. Dia yg membantu ibunya di kafe, banyak menyimpan rahsia tentang Flat Seri Mastura. Kisah apa yg Joe telah lalui dan rahsiakan? -- Danny yg kacak, kemas dan bergaya. Hadirnya tak dipinta dan perginya tanpa rela. Dua tahun menjadi penghuni di Flat Seri Mastura tanpa dikenali sesiapa sehinggalah bertemu Anis dan Maria. Siapa Danny? -- Kisah bermula bila Anis dan Maria dah tak sanggup hidup bersesak di bilik asrama kolej lalu mencari rumah sewa demi keselesaan mereka. Sebuah rumah yg murah dan agak dekat dgn kolej menjadi pilihan iaitu Flat Seri Mastura, Tingkat 7, Blok C. Tanpa sedar, kehadiran mereka berdua sbg penghuni baru, membangkitkan semangat dan kisah silam yg telah dilupakan. -- Anis, jatuh cinta pada Danny. Maria, tertarik pada Joe yg baik hati. Joe, rasa bahagia bila memandang Anis. Tapi sebenarya, kisah mereka baru bermula. Pesanan dan teguran Joe, mengganggu Anis. Perhatian Joe terhadap Anis, melukakan Maria. Tak sampai sebulan tinggal di situ, macam² yg dilalui dan hampir saja mereka diculik. Banyak kejadian pelik berlaku tapi mereka tetap positif serta ketepikan spekulasi dan khabar² angin tentang flat itu, hingga mereka sendiri melalui beberapa siri gangguan pelik dan jatuh sakit. Apa rahsia dan misteri yg tersembunyi di flat itu? Apa kaitan flat itu dgn Danny? -- Demi sebuah kebenaran, Maria siasat tentang kisah silam Joe. Sayangkan Danny, Anis ikutkan saja bila diminta mencari seseorang bernama Hayati. Segalanya terbongkar bila mereka berdua bekerja part time di Taman Air Vienna. Mengenali Hayati a.k.a Pia dan Zack, menjadi penamat kisah mereka. Misteri seorang Danny akhirnya diketahui. Siapa Hayati dan Zack? Apa yg terjadi sebenarnya? Apa pengakhirannya? Apa erti cinta bagi mereka? -- Sebuah kisah misteri di sebalik sebuah flat. Plot cerita tersusun elok dan terjawab semua persoalan. Cerita yg tak meleret dan agak seram bila baca time sunyi atau malam haha. Kalau sekadar baca tajuk, mmg aku dah tak beli buku ni. Terima kasih pada sahabatku, wati bookstagram kerana share buku ni yg bergenre seram-misteri, paranormal plus sikit kisah cinta. Baru aku tau penulis ni ada nama pena yg gah dgn karya seram. Best dan full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Aku tak tau pon yg sebenarnya novel ni bergenre cinta misteri. Lepas tengok penulis up pasal novel ni terus aku letak dalam wishlist + sequel novel ini, Sejak Kita Bertemu .
Anis dan Maria, mereka mengambil keputusan utk berpindah setelah tak tahan duduk dlm 'tin sardin'. Maka pilihan terbaik utk mereka yg hanya bajet kecil adalah Flat Seri Mastura. Saat mereka tiba disana, mereka tergamam. Kelihatan flat tersebut sangat buruk. Dan tak ramai orang. Malah lif juga rosak. Nak taknak terpaksa mereka tinggal disitu .
Pertemuan pertama dengan Joe serta ibunya ketika Anis dan Maria membeli makanan di kafeteria milik ibu Joe. Joe terkaku melihat Anis. Dia 'lihat' Zana. Siapa Zana? .
Bermula episod mimpi ngeri bagi Anis dan Maria .
1. Paip air terbuka sendiri 2. Pintu beranda diketuk dari luar 3. Maria seolah melihat kejadian ngeri yg berlaku dirumah itu melalui mimpi 4. Apek cina mencari cintanya 5. Kanak2 menangis
Kemunculan Danny pada hari mereka berpindah menjadikan Anis bahagia. Haruman Danny memikat jiwa Anis. Ditambah wajahnya yg tampan. Kata Danny dia tinggal di tingkat 15. Manakala Anis dan Maria di tingkat 7. Siapa Danny? .
Joe kata, tiada penduduk flat bernama Danny. Malah tiada siapa mengenali Danny. Danny katakan pd Anis, supaya mencari Hayati utk mengetahui semuanya. Hayati aka Pia pemilik Tmn Tema Vieena tmpt Anis dan Maria part time. Maka sedikit demi sedikit terbongkar rahsia yg tersembunyi disebalik nama Danny .
Mampukah Anis mengecapi bahagianya jika Danny bukan tercipta untuknya? Siapa Danny yg sebenar? Siapa Hayati? Apa terselindung disebalik Flat Seri Mastura? Siapa Zana pd Joe? .
Banyak persoalan yg timbul. Dan penulis bijak menyusun puzzle jawapannya. Serius novel ni sgt misteri .
Semalaman tak boleh tidur teringat ingat cerita ni. Pertama kali aku baca buku yang tak kena lansung dengan tajuknya. HAHAHAHAHAHHAHA
Kalau baca tajuk ERTI CINTA, mesti membayangkan cerita cinta yang mendayu dayu, Mengasyikan dan segala galanya lah kan. Tapi kalau dah baca, tak payah jauh bab bab awal dah buat ko rasa sedang diperhatikan. Ko tak rasa sendiri walaupun hakikatnya ko memang tgh bersendirian. Tak tahu berapa bintang nak bagi sebab selayaknya maksimum bintang untuk karya ini. Tahniah kak Maria. Karya akak memang tak pernah mengecewakan saya. Walaupun terganggu dan terkesan pada awalnya, Tapi penamatnya mampu buat saya senyum senyum sendiri. 'Mana saya punya cinta? ' Apek, Ko memang wajaq kan. Petang pon ko datang. P main jauh jauh la apek Hadoiii. Terima kasih kak Maria. Tak de ke director yg nampak karya macam neh ya....???
Nak sambung SEJAK KITA BERTEMU pulak..Weeehoooo!!!
sungguh benar org kata " dont judge a book by its cover".. tajuk buku amat mengelirukan tapi bila sudah mula membacanye.. Ya Allah Genre fav ku rupanye #thriller/misteri/horror/cinta#.. padahal da berapa kali nmpk buku ni tapi dari tajuk, ingat kan pasal CINTA so jeling2 manja sajalah jwbnye.. RUPANYA TIDAK..lagi2 nama "author" mcm tak pernah dgr/nampak rupanye nickname author yg agak famous jgk dan salah satu my fav author (MARIA KAJIWA).. sampai apek da mati pun masih mencari "mana saya punya cinta". ni la padahnye tak baca background history di blkg buku.. #lessonlearnt# pendek kata mmg amt memuaskan hati.. skrg ni tgh baca sambunganye pula..
kisah bermula apabila Anis mahu pindah keluar dari kolej kediamannya. jadi Anis ajak Maria pinda keluar dari situ dan mereka berdua akhirnya duduk disalah sebuah rumah di flat. bermula pertemuan Anis dan Danny mereka berkenalan akhirnya mulai timbul rasa suka antara mereka tapi diesebabkan keadaan Danny yang menjadi misteri pada Maria. kemudiannya Anis bertemu dengan Joe, salah seorang penghuni di flat, kisah tragis yg berlau dalam hiudp Joe yg membuatkan dia ingin melindungi Anis dari bahaya. Maria yang menjadi orang tengah antara Joe dan Anis.
satu demi satu peristiwa aneh yg berlau di flat itu dan juga bila anis dan maria mula mencari kerja separuh masa disitu juga terjawab satu persatu soalan yang bermula apabila mereka diganggu 'sesuatu'
kenapa Danny hanya muncul di hadapan Anis saja ? kenapa setiap kali pertemuan anis, danny dan joe maria merasa sesuatu yang tidak kene dengan 2 jejaka misteri itu.
this book jangan harap cinta pada manusia ok, buku ni more pada Anis nak mencari cinta dan kedamaian. kesian pada dia nk pindah rumah dapat berkawan dengan benda yang dia jer boleh nampak. Anis seorang yang sanagt berani dengan sesiapa saja yang dia tak lawan cakap, yang boleh tenangkan dia hanya Maria. joe lelaki misteri dia cuba nk dekat dengan ANis hanya satu sebab ..??? dia cuma nak indung Anis dari perkara lama yang pernah joe alami. cinta yang tidak kesampaian. danny lelaki yang manis dan baik pada awal buku ni dia ni tak banyak keluar toward the end baru lah tahu siapa dia dan kenapa dia dekat dengan Anis.
dalam buku ni tak boleh missed satu page pun sebab semue yg duduk dekat flat ni berkaitan antara satu sama lain. kisah mereka berantai.
how Danny treat Anis ... so gentelman .. green flag
tapi plot twist dia tak boleh sembang ok. dalam plot twist ade lg ya plot twist. flashback so smooth sangat detail kisah orang2 dalam buku ni
eh orang ker tu ? kesian kerana dendam cemburu sanggup merampas nyawa orang lain.
ada orang yg wujud dalam buku ni dia sambung pada buku lain. nice to meet you "Damien"
"saya akan terima jika awk percayakan saya sepenuh hati, sehingga di antara kita tidak ada lagi rahsia," - Damien
Wei,,,dlm nie tak boleh baca ke?????macam mana nieeee ,,,aku nk baca buku nieeee pls help me hehe sorry Macam mana nk baca eh kat Goodreads nie Ke tak boleh baca kat sini Kalau korang boleh baca kat sini bagi tau aku tau cam mane nk baca,,shared la sikit. Aku nk baca buku niee macam best je :D tpi mcm x boleh baca je nie:(
kisah ini lebih kepada misteri dari seramnya. kisah yang simple tapi jalan cerita mengajak pembaca bagaimana perasaan cinta untuk pelbagai watak manusia.
Seronok mmg seronok, puas sgt selepas selesai menamatkannya. Syg klu korang x cuba baca terutama klu korang minat genre seram atau misteri. Melihat tajuk jer ajer mcm tertipu tp cter dlm nie msh bersangkut paut dgn tajuk. Syg sungguh kesinambungan dia x sampai sekali klu x dh boleh sy sambung baca kisah mereka.
Mereka dlm nie watak utamanya dua org student yg merasa lega dpt menyewa rumah flat wlupun pd awalnya Anis agak keberatan. Setelah menimbang buruk baiknya mereka berdua setuju, apatah lg prosuder kemasukkan yg mudah dan sewa yg murah.
Hari pertama pindah mereka dh diserbu tanda tanya apabila melihat flat yg lengang seperti tiada org. Yg menjd kekuatan utk mereka duduk di situ apabila Anis jatuh cinta pandang pertama dgn Danny yg cukup misteri, slh satu sbb utamalh.
Serius mereka mmg naif krn wlupun menghadapi beberapa kejadian pelik mereka msh tdk menyedari hakikatnya bkn mereka shj yg berada di situ. Sehinggalh sehari demi sehari mereka menghadapi kejadian pelik dan seram n mereka menyedari sedikit demi sedikit.
Wlupun mereka pening dgn segala kejadian misteri yg menjd tanda tanya, sebenarnya ada satu misteri yg plg besar dan utama yg akn mereka rungkaikn nanti. Tak sia2 klu korang baca novel nie, selain menerangkan erti cinta dr pelbagai sudut, kita akn dibayangi dgn segala rasa aneh n seram dlm setiap muka surat. Takkn sedikit pun kurang perasaan tu. Suka sy nyatakan novel nie termasuk dlm genre seram n ada beberapa persen plak thriller.
Korang nk tahu rahsia apa yg ada di flat yg suram n kurang penghuni tu, siap lengkap dgn undang2 kene tdo sebelum pukul 12am lg tau... "Selamat Datang ke Flat Seri Mastura".
I've read this book years already but baru nak tulis review haha😅 My colleague recommended me this book, so had to give it a read.
Nampak macam buku genre romance kan, but unexpectedly its more to mystery and suspense, which is good lah. Seram jugak kalau baca malam malam 😹 So many type of love yang ditunjukkan dalam novel ini, kenalah dengan tajuk novelnya "erti cinta". Sekian haha
Cerita berlatarkan dua orang pelajar kolej yang menyewa sebuah rumah di flat sri Mastura, yang dilabelkan berhantu. Meeka menyewa dirumah tersebut kerana murah tanpa mengetahui latarbelakang rumah yang mereka diami sehingga mereka diganggu oleh kejadian kejadian pelik dan juga mimpi seram. perkenalan Anis dengan Danny dan Maria yang meminati Joe secara diam merancakkan lagi jalan cerita dan kisah hidup Joe yang menyayat hati dijadikan rencah disebalik kisah Danny yang membayangi Anis sehingga membawa kepada pertemuan Anis dengan Hayati. Sedikit demi sedikit cerita dirungkai disebalik kehilangan misteri tunang Hayati dan kisah disebalik rumah yang mereka diami..... Bermacam kejadian dan kisah yang digambarkan penulis disebalik sebuah flat yang dilabelkan berhantu oleh masyarakat setempat sehingga tidak ramai yang berani tinggal disitu tetapi berjaya dirungkai oleh dua pelajar tersebut.
Mengenali novel ini melalui saranan dan review kawan2, sebab kalau sekali pandang tajuk novel ini tak macam novel seram pun. Namun bila mula membaca saya tertarik dengan kelainan yang dibawa penulis melalui ceritanya. mampu mengusik hati pembaca dengan keseramannya, tak percaya,baca dikala duduk sorang2 dimalam hari :-)