Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Edisi Terhad

Rate this book
DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

512 pages, Paperback

First published April 7, 2010

1 person is currently reading
33 people want to read

About the author

Lynn Dayana

52 books64 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (18%)
4 stars
20 (36%)
3 stars
20 (36%)
2 stars
5 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
November 16, 2020
[135-2020]

#CintaEdisiTerhad #LynnDayana

Novel Cinta Edisi Terhad ini membawa kita mengenal tiga watak utamanya, Zira, Julia dan Haida. Masing-masing punya cerita yang tersendiri. Dipertemukan dalam sebuah runtuhan bangunan. Dendam, air mata, kekecewaan itulah yang mereka alami untuk meneruskan hidup. Jadinya, apakah akan ada bahagia buat mereka?

Sudah lama rasanya tidak membaca novel daripada Lynn Dayana. Untuk novel ini, ceritanya mudah difahami, tidak berbelit walaupun diselitkan dengan watak Taufiq. Apa-apapun tahniah buat Lynn Dayana untuk novel ini. Menghiburkan.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
April 6, 2019
*masih lagi dalam mood 'Lynn Dayana'* Buku lama, tapi kakwan baru nak baca.
.
.
Kisah 3 wanita dengan 3 masalah utama (berkaitan dengan lelaki yang paling dekat dalam hidup mereka - suami, tunang dan 'kawan')
.
Terperangkap dalam runtuhan bangunan menemukan mereka dan menjadikan mereka rapat dalam masa yang singkat. Sangat suka dengan cara mereka bersahabat!
.
Pengakhiran yang membahagiakan.
.
.
.
.
.

Salam sayang,
Kak Wan
.
Ps: kakwan sudah jadi malas untuk buat ulasan - boleh rujuk resensi2 daripada adik-adik yang lebih detail dan panjang. Kakwan cuma mahu santai-santai baca dan menikmati cerita yang Puan Penulis garapkan sahaja sekarang. Faktor umur kot *wink-wink*
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
April 26, 2016
Wow!!!! Jalan cerita yg amat teruja utk d baca....

Sepanjang pembacaan puas fikir siapa Taufiq & Kameil????
Apa kaitan dia dengan Julia, Haida & Zira??
Tapi akhirnya terjawap juga kewujudan Taufiq & Kameil dalam cerita ni... so amazing.. :)

Banyak kejutan-kejutan yang tak di sangka, siapa Dahlia dengan Haida? kenapa Haida sukar nak terima Fariz?
Qairil yg sweet + nakal dengan Zira?
Julia yg matang dalam menghadapi cabaran kehidupan... Banyak sebenarnya... he he!!

Antara 3 watak Perempuan ni suka sgt dgn watak Zira... terasa bila baca kisah Zira seolah2 meletakkan identity penulis sendiri pada watak tersebut, malah bukan penulis shj, aku pon terasa macam watak tue ada sedikit utk aku... he he!!

Pertemuan d bawa runtuhan bangunan menemukan mereka sehingga menjadi sahabat. Sesungguhnya hebat sungguh perancangan Allah SWT & tahniah buat penulis kerana menghasilkan karya yg sebegini. Dari pemulaan baca begitu sukar nak lepaskan novel ni... :)
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
December 4, 2020
Agak lambat untuk membaca naskhah ini kerana baru berpeluang membacanya pada penghujung 2020. Lynn Dayana adalah seorang penulis yang sentiasa dapat memenuhi selera membacaku kerana jalan cerita yang lain dan yang pastinya terkesan di hati .
Watak Julia , Haida & Zira pastinya mempunyai kisah mereka yang tersendiri dan apa yang pasti kerana kekuatan diri mereka adalah sumber kemanisan hidup mereka di pengakhiran cerita .
Jangan sesekali kita melihat kepada sejarah lama dan masa lampau kita kerana itu adalah sesuatu yang lama yang telah ditinggalkan. Berfikiran positif dan sentiasa yakin dengan terus melangkah kerana Allah pasti akan senantiasa bersama hamba-NYA.
Tahniah LD . Keep fighting .
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
May 20, 2012
Zira Maya, Julia Hana dan Haida Fatma bertemu didalamm timbunan batu-bata bangunan yang roboh. Julia dan Haida berkongsi cerita tentang lelaki dalam hidup mereka yang melukakan hati mereka. Tak disangka ada yang mendengar dan dia (Taufiq) bertekad untuk membalas dendam untuk mereka. Zira mula berkawan dengan Qairil tapi teman wanita Qairil sangat cemburu akan keakraban mereka. Namum, persahabatan mereka direstui oleh keluarga Qairil. Julia telah diceraikan oleh Hairul. Tapi ibu mertuanya masih mahu mereka kembali bersama. Tapi Julia sudah bertekad untuk tidak kembali kepada Hairul. Peristiwa dia tidak dibenarkan menjenguk ibunya yang sedang sakit hingga dia meninggal dunia sangat melukakan hatinya. Dia sekarang tengah menguruskan rumah tumpangan di pulau Tioman. Haida ada rahsia yang sangat membebankan dirinya sehingga dia sanggup berpisah dari Fariz. Tapi Fariz bersungguh-sungguh ingin hidup bersama Haida. Akhirnya, Fariz peroleh rahsia itu dari ibu-bapa Haida. Dahlia itu adalah anak Haida. Dia meneriam kehadiran Dahlia dalam hidup Haida dengan reda. Haida sangat tersentuh lalu terima Fariz dalam hidupnya. Sementara itu Taufiq sedang cuba untuk membalas dendam untuk mereka bertiga. Mula-mula dia membunuh Hairul dan teman wanitanya, Lili. Kemudian, dia menculik Fariz. Nasib Fariz baik dia sempat diselamatkan oleh pihak polis.
Exciting juga jalan cerita ini.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
October 7, 2012
Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

Mengisahkan 3 wanita yang terperangkap di bawah timbunan bangunan runtuh. Lepas kejadian, ketiga-tiga mereka menjadi kawan. Cuma watak Zira Maya sahaja agak dingin berbanding 2 lagi watak utama Haida Fatma dan Julia Hana.

Kisah perjuangan ketiga-tiga wanita ini yang paling menarik. Yang mampu buat pembaca nak teruskan bacaan. Kisah silam dia org yang pahit tu, dan cara dia org bangun semula untuk mencari hidup yg lebih bermakna.

Saya bagi 4 1/2 bintang untuk Cinta Edisi Terhad. Cerita yang mengajar wanita untuk terus bangkit dari kisah silam yang kelam. Semangat Julia, Haida, dan Zira, saya sebagai pembaca dapat rasakannya.

Unsur misteri dan thriller dalam cerita ni mmg menjadi.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.