Baginda Parameswara hilang isteri. Tiada ia ingat mentadbir negeri. Daging celeng kembali dinikmati. Negeri dilanda hingus babi.
"Wahai Pujangga. bolehkah siput babi itu dimakan?" "Ampun tuanku beribu ampun. Menurut ilmuan binatang, adapun siput babi ini haiwan hermafrodit atau khunsa, tuanku. Tiada kita terfikir tuanku tergamak mahu makan haiwan pondan."
Faisal Tehrani kembali dengan satira purba yang penuh kontroversi. Dengan gaya yang bersahaja dan kelakar, Faisal Tehrani mmelontar drama kehidupan manusia yang merentasi zaman.
Novel ini merupakan buku kedua dalam siri Ketupat Cinta.
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Menurut hamba, tiadalah lebih baik karya ini berbanding yang pertama. Empunya ceritera sudah hilang bisa. Entah ke mana-mana dia membawa hamba. Adapun masih siasah Melaka menjadi tunjang cerita, namun berserakan ia hingga sukar hamba mengikut ia.
Watak demi watak memasuki cerita. Entah dari mana ia muncul tiba-tiba. Pening hamba dibuatnya. Sekalipun begitu, masih jua hamba tertawa dengan ulah mereka. Ada yang jahil, ada yang licik, ada kambing putus pelir dan ada yang cerdik.
Adapun karya ini semakin berkurangan puji-pujian dan pengagungan kepada ahlul bait. Apakah empunya ceritera semakin hilang cinta kepada mereka? Wallahualam bissawab.
Pada mulanya saya ingin memberi empat bintang, tetapi disebabkan saya rasa "tak cukup kenyang" dan kurang berpuas hati dengan kulit buku ini jadi saya beri tiga bintang sahaja.
Pada awal-awal lagi, ini bukanlah "feel good" story bak kata orang putih kerana kita telah didedahkan bahawa kesudahan Tun Lepat yang mulia itu akan meringkuk di dalam penjara di penghujung cerita nanti. Tidak semua adiwira punya penghujung yang bahagia. Apa yang ingin diceritakan di sini ialah perjuangan dan ujian seorang "unsung hero" yang masih rumaja bernama Tun Lepat tempuhi selepas perginya Dato Musa al-Kadzim.
Novel yang bersifat komikal ini punya humor yang begitu pedas sekali. Kepada mereka yang tidak tahan dengan makanan pedas usahlah risau kerana pedas yang ditulis oleh Dr. Faisal ini luar biasa pedasnya. Ada pedas yang masam, ada pedas manis, ada pedas-pedas biasa, ada pedas berapi, pendek kata memang sedaplah. Saya tidak mahu mengulas tentang penyampaian cerita, satira politik yang terselit, jenaka, moral bla bla... kerana Dr. Faisal memang pakar dalam mengadunkan kesemuanya.
Kepada pembaca yang masih belum memiliki Ketupat Cinta Musim Pertama, saya sarankan supaya membaca musim pertama terlebih dahulu sebelum membaca buku ini. Kalau boleh janganlah terburu-buru hendak menghabiskan pembacaan anda kerana saya yakin anda akan tidak sabar untuk menunggu penggal kedua pula. Bilalah Penggal Kedua akan muncul? Huhuhu... Saya sudah lapar...
Kalau dulu KETUPAT CINTA [MUSIM PERTAMA] menceritikan mengenai falsafah makanan, tetapi kini FT dengan idea yang sangat santai, menulis satira purba dengan sarkastik terhadap politik kini.
Dapatkan sebelum terlambat. Kerana mungkin akan diharamkan JAKIM & KDN kerana novel ini mengandungi unsur-unsur yang boleh MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM. Ada isi-isi yang mempertahankan Syi'ah didalam ini. KDN kan suka haramkan buku, jadi eloklah buku ni diharamkan juga.
~ KDN dicipta untuk mengharamkan buku Faisal Tehrani.
Panjangnya cerita di atas lancar diraja sahaja. Ada sambungan rupanya.
Tidak sangka siasah bisa bertemu masakan. Seronok membaca fiksi asal-usul makanan dan kuih muih yang kini menjadinresepi tempatan. Hebat satira dalam kisah ini. Terkadang geli pun ada, nasib diselang seli masakan kecur liur.
🧄- KC2 ini masih dalam kesinambungan KC1. Selepas Musa Al-Kadzim mati dibunuh manakala Tun Lepat pula tiada di Melaka isu halal haram makanan di Melaka agak genting.Lagi² Tuanku Parameswara waktu itu masih baru dalam soal Islam. Watak aku suka Tun Halimah itu berusaha untuk bawa Tun Lepat balik ke Istana untuk selamatkan keadaan. Namun, tak sampai tengah cerita watak Tun Halimah dimatikan secara misteri.Tun Lepat tetap mahu pulang ke Melaka namun terpaksa guna identiti lain iaitu,Pujangga sebagai cucu angkat sepasang nenek kembar. Merancang untuk masuk ke Istana melalui temuduga di Madrasah Makan sebagai gerau Istana. Timbul antagonis lain Tun Rosdah yang menyamar sebagai adik Tun Halimah namun sebenar² datangnya berhajat lempiaskan dendam kematian kembarnya bekas permaisuri iaitu Tun Rosjah.
🧄- Tun Lepat dikagumi oleh Parameswara kerna selesaikan kekusutan isu Tengku Tembam yang mengidam makan siput babi. Sejak itu, beliau di musuhi gerau lain dan juga Mufti Malaun. Kali ini bukan kisah Tun Lepat semata tapi juga tak kesudahnya isu isteri² Parameswara yang baru termasuk Tun Rosdah. Masing² ingin dapat tempat di hati suami mereka dan nama 'permaisuri'.
🧄-Masih selitkan fiksyen asal usul makanan dan kuih tradisional, unsur kelakar, selingan ilmu secara bersahaja kadang rawak. Sindiran berapi untuk orang² politik, geng² wahabi dan ayat bermaksud berlapis² jika baca fahamlah apa dan siapa. Satira politik ini seakan auranya terasa baca 'Politik Kandang' (Animal Farm) George Orwell. Bezanya, itu guna watak binatang ini pula watak² Diraja Melaka dan para pembesarnya yang difiksyenkan. Terasa buku kenalkan nama dan cara masakan pun ya!☺️
🧄- Tak cukup rasa dengan siri 2 ini, sikit kurang auranya tak seperti buku 1 terutama bab hujah² makanan. Berharap kisah Tun Lepat difitnah racuni Sultan Alauddin dikembangkan tapi tak ada. Awalnya seronok ada hujah terutama aku melekat hal siput babi yang khunsa tu😂 Tapi lama² mendatar hinggalah di atas lancar diraja itu punya panjang tak sampai² belayar ke Negeri China😂 Eh,konflik baru timbul kematian Long Jongos tak sudah lagi disiasat. Tertanyalah, ada buku sambungan ke?🤔
⭐ ISI KANDUNGAN Masih meneruskan kesinambungan dari novel Ketupat Cinta sebelum ini, masih berkisarkan Parameswara dan keadaan setelah kematian isteri-isterinya serta Tun Musa.
"Adapun dalam kitab Khetupat Chinta, berkata sekalian pekerjaan di dunia ini berdiri di atas dua perkara juga. Satu makan, kedua minum. Bermula pada segala pekerjaan manusia ini terlebih berlaku pekerjaan makan kerana segala pekerjaan makan itu menjadi darah dan daging. Jika baik ia makan, maka baik perilaku ia. Jika buruk ia makan, maka seperti bangkai juga perilakunya. Adapun barang siapa mengetahui segala perintah alam ini, maka ia tiada dapat terlepas dari halal dan haram makan minumnya."
⏳ YA/TIDAK Bagi Dija, sambungan ni agak membosankan sebab masih berkisarkan tentang Parameswara dan konflik isteri-isterinya. Macam meleret-leret jalan ceritanya sehinggalah plot perleraian, baru ada 'misteri baru' yang akhirnya tak terungkai juga.
Dija membayangkan ada kesinambungan misteri pembunuhan Sultan Alauddin dalam novel kali ni, ternyata tiada. Dan agak mengecewakan, tiada seorang pun watak perempuan yang bijak pandai dalam novel kali ni.
👨🏻🦱 KARAKTER Watak yang Dija minat dalam novel sebelum ni iaitu Tun Halimah telah dibunuh. Makanya, Dija pilih Tun Lepat yang sering jadi tempat rujukan Parameswara.
📝 PLOT Bahagian paling menarik, yang dekat-dekat nak habis sebab ada elemen misteri baru. Jadi tertanya-tanya, apa yang berlaku sebenarnya tapi sayang .... jalan cerita masih tergantung.
Memang lain style FT dan Ketupat Cinta ni pun kira genre yang jarang-jarang saya terasa untuk baca, unless penulisnya Faisal Tehrani. Lawak kisah sekitar Tuanku Param, gundik-isteri, orang besar dan kecil istana Melaka. Kalau nak kata terhibur memang iya, tapi nak kata puas hati kureng sikit. Kebanyakan cerita pasal Tun Kuala / Cik Puan Rosdah yang kalau nak di "mix and match" dengan si anu yang saya memang meluat dan nampaknya masih bertenggek di pucuk pokok kerajaan sekarang, tak cukup kuat dibelasah. Patutnya .... takpelah malas nak terbawa-bawa pasal benda tak berfaedah. Anyway, back to buku ni, terkilan sebab Tun Lepat tak kuat karismanya. Mungkinkah sebab dia masih budakx2 lagi? Tak tahu pula apa kesah kematian Long Jongos. Tergantung tiba-tiba habis dan cerita. Apapun, resepi banyak juadah memang terbaek, rasa macam mudah nak buat dan yang paling sata suka bubur lambuk ... yummy.
Novel ini merupakan sambungan daripada Novel Ketupat Cinta. Jadi ceritanya masih dalam lingkungan zaman Parameswara dengan nama Islamnya Sultan Iskandari Shah. Juga masih mengekalkan pelbagai jenis masakan Melayu yang menarik.
Kemelut politik masih berterusan dalam karya ini yang juga melibatkan para gundik sultan yang berangan-angan untuk menjadi permaisuri. Dalam novel ini jugak mengangkat Tun Lepat selaku gerau istana setelah pakciknya Dato Musa al-Kadzim meninggal dunia setelah dibunuh.
3 bintang sebab kemelut yang berlaku di dalam kapal kurang menarik dan ceritanya belum habis lagi sebab tergantung. Jadi tak pasti sebenarnya ada tak buku sambunganya.
Buku ni Nisa start baca awal tahun lagi, tapi... entah macam mana mood membaca tiba-tiba ke laut... Mungkin juga kurang ummmphh daripada buku yang pertama. Di awal pembacannya lancar saja.. tetapi bila sampai ke kisah pelayaran rombongan Parameswara ke China, Nisa rasa sedikit boring. Seperti buku sebelumnya..buku ni penuh dengan 'lawak sindiran pedas' dan resepi masakan melayu yang pasti membuatkan pembaca terliur. ^ ^
KC2... mengisahkan, selepas tukang masak Istana, Musa Al-Kadzim mati dibunuh, soal makanan halal dan haram di Melaka menjadi kucar kacir. Untuk menyelesaikan masalah itu, Permasuri Melaka, Tun Halimah memanggil anak saudara Musa Al-Kadzim pulang dengan jaminan keselamatan. Tetapi belumpun sampai Tun Lepat ke perairan Melaka, Tun Halimah telah dibunuh oleh orang upahan Dato Bendahara gagap, Tun Perpatih Tulus. Pada masa yang sama juga, Parameswara mengarahkan Dato Bendara supaya memanggil Tun Lepat pulang, tetapi tidak diendahkan.
Setelah hampir sahaja ke perairan Melaka, Tun Lepat membuat keputusan untuk berenang ke tepi pantai. Dia diselamatkan oleh sepasang nenek kembar, 1Tempeyek dan 1Tempoyak. Tun Lepat menyamar seperti hilang ingatan dan diberi nama Pujangga. Berdiamlah Pujangga di rumah 1Tempoyak dan 1Tempeyek sebagai cucu angkat mereka sambil mencari peluang untuk memasuki Istana. Pada Ketika itu juga, Rosdah telah datang ke Melaka dan menyamar sebagai adik Tun Halimah bagi membalas dendam atas kematian bekas pemaisuri Melaka, Tun Rosjah.
Sementara Madrasah makan masih ditutup kerana menularnya demam hingus babi, Tengku Tembam ( anak Parameswara ) mencari pelajar-pelajar baru untuk menjadi tukang masak Istana. Maka, berangkat Tun Lepat untuk menghadiri temuduga tersebut.
Semasa menanti keputusan temuduga, Tun Lepat telah membantu Raja Parameswara menyelesaikan masalah Tengku Tembam yang mengidamkan makan siput babi, kerana kepintaran Tun Lepat diangkat menjadi salah seorang tukang masak Istana sehingga timbul perasan dendam di hati tukang masak Istana, Gerau Mail Rebung dan Mufti Melaka, Mufti Malun.
Dengan bantuan Dato Bendahara, Rosdah dapat masuk ke Istana dan menjadi salah seorang gundik Parameswara. Tun Lepat pula menjadi orang kepercayaan Raja Parameswara apabila masakannya dapat mengalahkan tentera Siam dan Gerau Mail Rebung bertambah marah, nekad mahu bersengkongkol dengan Siam.
Bagi menyelamatkan Melaka, Raja Parameswara berhajat untuk pergi ke Negara China bagi mendapatkan perlindungan. Rosdah pula mula merancang untuk mendapatkan 'title' Permaisuri dan bersaing dengan gundik-gundik Parameswara, Cik Puan Ani Petra dan Puteri Noorkumuthakaseeh.
Pada peringkat awal pembacaan, saya merasai kesantaian pembacaan ini, satiranya dalam kelucuan. Di saat akhir, seolah 'nada' pembacaan saya agak mendatar. Mengikut saja haluan perjalanan cerita. Sukar untuk saya menemui kelucuan.
Kritikan kepada pemerintah di awalnya begitu halus. Kemudian kritikan kepada penganut wahabi juga begitu tajam. Ia diadun secara selindung yang membuat saya berfikir. Berfikir lebih menjana minda!
Apa yang dapat dikatakan dari segi perbandingan dengan musim pertama, saya setuju yang musim pertama lebih menarik perhatian.
kata sahabat, kita dapat bangga apabila FT memasukkan elemen kuih tradisional orang Melayu untuk dijadikan santapan buat pembaca. Ya, saya setuju dengan perihal itu, sedangkan diri saya sendiri masih banyak yang tidak diketahui jenis-jenis kuih tradisional.
Novel bersiri yang memang lebih sesuai dibaca secara bersiri. Banyak cerita diilhamkan daripada isu politik dan hiburan semasa. Secara keseluruhannya novel ini tidaklah menyengat sangat. Ketupat musim lalu nyata lebih 'ng' lagi yen-yen rasanya.
Pun begitu saya ucap tahniah kerana berjaya menyelitkan unsur kecintaan kepada itrah nabi sambil menyindir mufti malaun wahabi laknat. Padan muka mereka yang kerjanya asyik membidaahkan orang padahal mereka sendiri pun bidaah.
Novel satira Melayu pertama yang pernah saya baca. Satira menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud; karya (prosa atau puisi) yg mempersendakan atau menyindir orang dll. Lain dari genre karya Faisal Tehrani yang pernah saya baca. Membuktikan bahawa betapa beliau merupakan penulis yang versatil. Entah mengapa mengingatkan saya pada Animal Farm oleh George Orwell; mungkin kerana keduanya merupakan novel bergenre sama.
Seperti musim sebelumnya, ia terisi dengan pelbagai hadith dan resepi tradisional. Namun terasa sedikit kekurangan. Jangan tanya di mana, baca sendiri dan anda akan temui di mana kekurangan tersebut. Walaubagaimanapun, ia tetap sebuah novel satira tempatan yang terbaik selepas Ketupat Cinta Musim Pertama yang lebih padat tentunya.
Kesinambungan dari Ketupat Cinta (Musim Pertama). Kupasan isu asal usul masakan dan makan2, dari GERAU (tukang masak) diraja, Tun Lepat. Kemunculan Cik Puan Rosdah dan Adik Beradik Jongos memang mantaps. Sila baca dan cernakan sendiri. Bagus untuk latihan minda. Ada lagi sambungan dari Ketupat Cinta (Musim Kedua- Penggal Pertama) ini. Can't wait!
Dibandingkan dengan Musim Pertama, Ketupat Cinta Musim Kedua Penggal Pertama (KCMK2PP) saya rasakan tidak sekuat dengan yang Musim Pertama. Tidak tahu mengapa, tapi saya kuat mengatakan yang sebegini.
Terasa KCMK2PP tiada aura sebagaimana apa yang Musim Pertama bawa.