Jump to ratings and reviews
Rate this book

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain

Rate this book
Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain.

Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah.

469 pages, Paperback

First published January 1, 2012

6 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Web Sutera

35 books65 followers
Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (44%)
4 stars
21 (42%)
3 stars
4 (8%)
2 stars
2 (4%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
July 18, 2012
Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain merupakan sebuah novel sejarah mengenai Alexander The Great (Alexander Agung) dari Macedonia. Berbeza dari penulis-penulis Barat,penceritaan novel ini adalah berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang dinyatakan oleh penulis novel ini sendiri,Hijab Raja Zulqarnain dihasilkan berdasarkan kepada sebuah buku yang bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain hasil karangan Muhammad Alexander atau Wisnu Sasongko. Justeru itu,novel ini bagus dibaca sama ada selepas membaca atau dibaca bersama-sama secara beriringan dengan buku mengenai Alexander Agung seperti yang dinyatakan di atas untuk memudahkan pemahaman pembacaan para pembaca.
Mengenai novel ini,penulis novel,Web Sutera,menggunakan pendekatan penceritaan yang agak unik dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel sejarah yang lain. Penceritaan novel Hijab Raja Zulqarnain ini diceritakan melalui perspektif seorang watak yang bernama Zamri yang mengembara merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dengan bantuan Tok Janggut,moyang Zamri,Zamri berubah watak menjadi Sangarius ketika berada sezaman dengan Alexander Agung. Di sana,dia bertugas sebagai jurucatat/jururekod sejarah rasmi untuk Alexander Agung. Walaupun demikian,gaya penulisan orang ketiga tetap dikekalkan dengan penulis sendiri bertindak sebagai pencerita utama.
Dari segi bahasa,bahasa Melayu yang digunakan adalah standard dan mudah untuk difahami. Terdapat beberapa perkataan dan istilah yang agak janggal,namun,penulis memberikan maksudnya di dalam ruangan glosari di bahagian akhir novel.
Selain itu,peta dan gambar yang berkaitan juga turut disediakan untuk rujukan pembaca.
Pada masa yang sama,saya turut mendapati beberapa kekurangan yang wujud di dalam novel ini. Pertama,perkembangan dan pembangunan watak Alexander Agung yang kurang mantap dan teliti. Akibatnya,perasaan empati terhadap watak tersebut agak kurang. Kedua,kekurangan unsur-unsur penarik minat pembaca seperti cinta,komedi,emosi,thriller dan lain-lain unsur penarik yang berkaitan. Kekurangan kedua ini boleh dikaitkan dengan kekurangan yang pertama. Akibat ketiadaan unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas,telah menyebabkan jalan cerita novel ini agak mendatar dan kering. Kelemahan ini mungkin sedikit sebanyak menyebabkan sebahagian pembaca yang sudah terbiasa membaca novel-novel cinta dan thriller umpamanya,akan berasa sedikit bosan membacanya atas faktor seperti yang saya nyatakan di atas. Sebagai contoh,tiadanya babak dan dialog yang menceritakan bagaimana perasaan cinta antara Alexander Agung dan isterinya,Roxana,berputik dengan secara jelas dan terperinci.
Walau bagaimanapun,di sebalik kekurangan-kekurangan ini,saya tetap beranggapan novel ini berjaya dihasilkan dengan baik dan tidak mengecewakan. Satu bonus tersembunyi novel ini adalah para pembaca dapat mengetahui sejarah misi pembebasan Alexander Agung secara santai dan mudah tanpa perlu merujuk kepada buku-buku lain yang membincangkan perkara yang sama tetapi dengan isi kandungan yang mungkin agak 'berat' untuk dihadam oleh sesetengah pembaca. Malah,secara peribadi,saya mengalu-alukan kehadiran novel yang sebegini untuk menyerikan lagi industri perbukuan di negara kita. Keberadaan novel ini di pasaran juga umpama memberikan pilihan genre yang lebih meluas kepada para pembaca dan peminat buku di Malaysia,di mana industri buku kita dibanjiri dengan novel-novel cinta yang kadang-kala mutunya bertaraf novel picisan! Saya mendoakan dan mengharapkan bahawa penulis novel ini,Web Sutera,akan terus menghasilkan buku-buku cereka atau bukan cereka pada masa hadapan.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
March 4, 2013
Buku ini merupakan sebuah buku novel sejarah..yang dikarang dalam bentuk semi novel. Kisah Alexander Zulqanain dalam buku ini diceritakan dari sisi Islam..dimana Alexander Zulqanain mempercayai Tuhan yang Satu...

Nisa tertarik dengan kitab cahaya bersinar..Nisa tertanya2 adakah benar kitab tersebut wujud..Namun rupanya hanya rekaan penulis, apabila di akhir cerita..menyatakan kitab tersebut ditemui pada tahun 2020..

Apa yang uniknya, kisah pengembaraan Alexander Zulqanain ini...diceritakan dengan perjalanan seorang pemuda bernama Zamri yang merentasi masa dengan bantuan leluhurnya Tok Janggut dan sama2 mengikuti pengembaraan Alexander Zulqanain ke pelosok dunia dengan bala tenteranya bagi mengembalikan keamanan tanah yang dijejakinya..

Di Zaman Alexander, Zamri adalah Sangarius..jurucatat sejarah Alexander Zulqanain.

Secara jujurnya..Nisa suka konsep buku ini, dimana sejarah diceritakan melalui cerita...membuatkan ia lebih difahami. Nisa teringat kata2 seorang tokoh sejarah.. Dato' Mokhtar Baginda yang berkunjung ke pejabat baru2 ini..Beliau diminta oleh Dr Mahathir supaya membukukan kisah pengorbanan beliau dalam bentuk semi novel supaya pembaca lebih memahaminya..

Tahniah kpd penulis...
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
November 3, 2012
perjalanan sejarah alexander atau raja zulqarnain yg mnarik..kisah perang dan strateginya bagaikan menonton filem perang yg epik..
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
October 24, 2024
Sebuah novel sejarah Alexander Agung yang diceritakan melalui kaca mata seorang pelajar lelaki bernama Zamri. Kerana perlu menyiapkan tugasan akhir tahunnya, Zamri dapat melalui pengalamannya sendiri berada di zaman Raja Alexander dengan bantuan moyangnya, Tok Janggut.

Saya tahu ada pendapat yang menyatakan Alexander bukan Zulqarnain, dan ada juga yang menyatakan Alexander itu Zulqarnain seperti yang dinyatakan di dalam Quran. (Hanya Allah yang Mengetahui). Tapi, apa yang boleh saya katakan, penulis ini berjaya menulis ceritanya dengan baik, berserta kisah kronologi peperangan dengan bukti kajian yang dibuat. Mind blowing!

4.5⭐️
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,553 reviews41 followers
November 18, 2018
Pengembaraan Alexander merentas dunia bertemu pelbagai jenis manusia, memerangi pelbagai jenis kaum... dalam usia begitu muda, mempamerkan kematangan luar biasa, sangat menarik. Alexander dikenali sebagai pemimpin berani, bersemangat waja, musuh apalagi sahabat disantuni berhemah. Plot disusun menjadi gripping, tak susah terleka mengadap buku ini.
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
November 12, 2018
MACEDONIA – ALEXANDER AGUNG (HIJAB RAJA ZULQARNAIN)

WEB SUTERA

GALERI ILMU

2012

465



Cerita dalam cerita. Kisah pelajar universiti, Zamri dan Zainal yang membuat tugasan mereka dan memilih subjek tentang . Hanya berpandukan ayat dalam Surah Al-Kahfi 18: ayat 83-98 mereka cuba menjejaki salah silah dan sejarah negarawan yang terbilang ini. Kisah bersambung bagaimana Zamri bermimpi bertemu dengan moyangnya yang merupakan seorang pahlawan. Melalui moyangnya dia menyusuri sejarah Alexandar The Great.

Kisah Alexander The Great yang menjadi bualan mulut orang-orang barat atau Raja Zulqarnain bagi orang Islam. Mengisahkan bagaimana seorang putera raja yang masih muda berjaya mengatur bala tenteranya untuk menawan banyak negara.

Berbagai strategik peperangan dilakukan oleh Alexander yang merupakan seorang pahlawan dan pemimpin yang bijak. Mempunyai sikap penyayang terhadap rakyanya. Cara dan teknik peperangannya hampir sama yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Wanita, perempuan tua dan anak-anak dipastikan tidak menjadi mangsa. Berperang biarlah hanya dengan para tentera sahaja. Bijak dan penuh ketelitian. Keperibadianya digarap dengan cantik sekali. Seolah-olah dapat mengenali Alexander dengan lebih dekat dan memahami serta mengagumi kehebatan Pahlawanan dan pemimpin yang berjiwa rakyat. Berusaha menakluki semua negara yang menjadi tanah jajahan parsi. Kesungguhan dan perancangan yang rapi memberi kejayaan yang besar kepada Alexander atau Raja Zulqarnain.

Latar belakang cerita dua zaman. Zaman sekarang dan zaman sebelum masihi. Dipaparkan dengan baik dan tidak membuat para pembaca keliru.

Membaca buku ini membuatkan kita mengenali lebih dekat siapakah Raja Zulqarnain atau Alexander The Great. Barat selalu memomokkan bahawa Alexander beragama Kristian. Menarik, jalan cerita yang dipaparkan mudah difahami. Gaya bahasa Bahasa Malaysia Tinggi. Tetapi masih boleh dihadam. Sesuai dibaca oleh semua golongan, tidak kira tua atau muda. Tahniah kepada penulis. Kalau hendak mengenali kisah dan siapa Alexander The Great atau Raja Zulqarnain, dapatkanlah karya ini.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
To Web Sutera,



This is one good book. I’ve read one by this author before, Perang Armagedon, which is basically a dystopian, and I love it. This one is a history fiction. I learned a lot from this book and the fact that it has a lot of historical facts does not bore me, fortunately.

The starting is a bit slow for me; the part where Zamri and Zainal were discussing about the assignment. Slow, but still interesting.

I love Alexander in this story. He was a one good leader. And it is not surprising that he was able to conquer the Persian empire at such young age. I love reading about his journey. I’ve been looking forward to read about Alexander before this, and it’s a fortunate that I found this good book to learn more about him. I think this book is a good way if anyone want to learn more about Raja Zulkarnain. And yes, Raja Zulkarnain and Alexander is the same person. Glad I finally able to see that now.

One thing that I was slightly confused was the part when General Parmenion was killed.

"Saya ada arahan daripada Alexander". Orang yang berkerudung itu menunjukkan suatu objek kecil yang berupa sebuah mohor kebesaran diraja Macedonia. Setelah memastikan orang berbangsa Parsi itu memahami akan makna objek tersebut, dia menyambung kata-katanya. "Ini adalah tugasan rahsia. Tiada siapa pun perlu mengetahuinya, termasuk Alexander sendiri."

So, what is the meaning of the object? Why at first he said that it was an order from Alexander, but then he said that Alexander does not have to know about it?

I can’t help but feel smarter after reading this. Hehe. I'm looking forward to read more from the author.

p/s Encik Web Sutera, ada plan nak tulis tentang Spanish Inquisition era tak? Hehe.
Profile Image for Elle Syeila.
18 reviews2 followers
December 8, 2012
Bacaan tamat, komen susun atur buku yang sangat menarik dengan petikan kata-kata hikmat dan surah-surah Al-Quran pada permulaan bab menjadi buku sebagai sumber rujukan baik dari segi falsafah, sejarah mahupun agama sendiri.

Yang menarik bagi saya adalah petikan dari kitab cahaya bersinar yang menimbulkan tanda tanya...benarkah ada kitab ini. Petikan itu seperti sebuah petikan yang benar. Namun tertipu jua kerana kitab itu hanya bakal dijumpai pada tahun 2020.

Banyak sesi dapat dilihat dimana lebih menjuruskan bahawa mana-mana makhluk mempercayai konsep Tuhan Yang Esa adalah makhluk Allah seperti kita orang-orang Islam dimuka bumi.

Secara keseluruhan saya menyukai konsep buku ini yang menceritakan sejarah melalui cerita. Oleh itu, lebih banyak ilmu diresap berbanding buku sejarah yang banyak memaksa kita menghadam fakta saja. Ia lebih memahamkan kita tentang konsep sejarah itu sendiri, sebuah cerita yang telah berlaku dan perlu menjadi pedoman dan panduan masa hadapan.

Syabas, menantikan buah tangan kedua dari penulis ini.
Profile Image for Nazirah Nahar.
8 reviews
January 9, 2014
Perjalanan sejarah Alexander berserta butiran mengenai
strategi perang, suka dan duka adalah konsep yang sangat menarik dan segar.Pembaca dibawa kembali ke zaman itu, potongan ayat-ayat Al Quran dan hadis yang disertakan juaga adalah satu pendekatan yang baik.

Watak-watak Zamri dan Tok Janggut juga menarik untuk saya dan cara penceritaan yang disampaikan mengenai peranan mereka di dalam novel ini.

Saya menyukai konsep buku ini, berbeza daripada genre yang biasa ada di pasaran buku Malaysia. Jalan ceritanya mungkin agak berat buat sesetangah pihak, namun ia harus diberi peluang.

Tahniah kepada penulis, saya doakan beliau akan terus menghasilkan karya-karya berilmu seperti ini, insyaAllah.
Profile Image for Web Sutera.
Author 35 books65 followers
May 10, 2014
“Tuan, mahu menangis aku menghabiskan pengembaraanku bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga hijab itu. Aku mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, Tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah."

http://pasalbuku.blogspot.com/2012/06...
Profile Image for Hidayah.
35 reviews6 followers
October 31, 2012
buku ini cuba membersihkan kembali nama Alexander The Great, setidaknya itulah perkara yang paling sedikit saya pelajari dari novel ini. Dan ternyata Alexander The Great dan Iskandar ZulQarnain adalah orang yang sama :)
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
June 28, 2018
Tahniah kepada Penulis yang bijak mengolah, mengadun dan kaitkan cerita baru dalam cerita sejarah agung ini. T.E.R.B.A.I.K.

Alexander Agung adalah Raja Zulqarnain. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
26 reviews
December 17, 2020
Saya teruja dengan kisah ini... Saya berharap kisah ini dapat difilemkan...
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.