Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Dari Jibril

Rate this book
Banyak kata ini dari tandas. Bukan dari Jibril. Boleh jadi salah, dan tak mustahil betul. Kau boleh nilaikan sendiri. Jangan risau, aku sekali-kali tidak memaksa untuk kau bersetubuh dengan kata-kataku.

Aku takkan merogolmu. Dan jangan pula resah, kerana kau juga tak perlu nikahi kata-kata ini. Kita boleh berzina sahaja. Asalkan kau puas, dan aku juga puas.

Selamat bersetubuh dengan kerelaan! Jika sampai kau pada ejakulasi, jangan malu dan tamak untuk kongsikan dengan teman-temanmu. Moga kepuasan itu milikmu!

112 pages, Paperback

First published March 1, 2012

1 person is currently reading
66 people want to read

About the author

Fikri Harun

5 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (29%)
4 stars
30 (31%)
3 stars
19 (20%)
2 stars
12 (12%)
1 star
5 (5%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
April 13, 2016
#bukandarijibril . Fuyooo~~Buku ni, memang tak kena tapis dulu kot. Semua artikel (0---0 eh, ke penceritaan pendek) / pemikiran sinis tentang situasi masyarakat muslim terutamanya Melayu kat Malaysia. Untuk isinya~~ha ha ha kalau aku tak terpengaruh dengan UTAM~ memang dah pangkah awal2 dah. Nasib aku buat 'research' dulu sebelum buat keputusan untuk beli. Persepsi pertama waktu dapat buku ni kat tangan lepas buka plastik (buku baru eh, bukan second hand!)- nipisnyeeee...harganya?! erk..., kemudian...eww, kenapa tajuk-tajuk ni semua KUNINGGGG!!! Terbeliak mata. ha ha

Then, after thinking deep~ alah deep-lah sangat kan. Isinya boleh hadam. Baguslah lagi2 untuk orang muda macam aku ni. Penulis ni suruh kau fikir, jadi jangan malas sangat nak fikir ye...
dan aku memang boleh 'tutup mata' dengan semua perkataan yang~~double meaning sangat kan.

Thats all.
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
May 5, 2012
Tulisannya tentang meleis. Mungkin lah tentang meleis, kerana aku tidak turn on.

Bercakap tentang citarasa, ini memang tidak turn on. Lain orang, lain citarasanya, mungkin citarasa kau. Aku lebih menggemari penulisan yang melemaskan aku dalam naratifnya. (atau ini catatan bukan naratif?)

Tandas rumah masa aku kecil beginilah, tandas luar, tandas penduduk kampung. Hahaha.

---

Serbani-ception. Kesemua catatan hanya berlingkaran tentang Melayu yang bermasalah.
Profile Image for nasyrun nasyrun.
32 reviews3 followers
May 5, 2012
isu2 yang dimainkan walaupun boleh dikatakan menarik secara umumnya, bagi saya (perlu ditekankan di sini bahawa 'bagi saya' tidak semestinya sama bagi orang lain) ia agak biasa. bolehlah...

(saya bagi tiga bintang (tambahan setengah bintang dari rating asal) kerana saya pun berak mencangkung atas jamban duduk)
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
December 20, 2017
Rebellious teruk.
Nak buat org turn on tapi ada benda kalau melebih lebih boleh jadi turn off terus ek?
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
May 24, 2013
Ini adalah buku pertama ak beli dari Buku Hitam Press. Masa aku beli, sebab aku tertarik paada covernya yang agak kontroversi bersama judulnya. tak padan sungguh! tapi sumpah memang aku meronta nak beli.

Aku tak expect langsung ni adalah himpunan catatan dari jamban cangkung. Sebenarnya aku tak expect apa-apa pun. memang kosong. tapi bagus pun! since nak baca buku ni lebih afdhal baca dengan minda yang tenang dan kosong. Baru mudah nak hadam apa yang penulisnya cuba sampaikan. kalau tak faham, memang rasa nak campak je buku. Ni kawan aku cakapla. Payah untuk dia terima apa yang tertulis dalam buku ni, walaupun aku insist, its worth to read.

Banyak pencerahan yang aku dapat baca buku ni. kenapa seks, berak dan agama berkait. Himpunan cerita yang ringkas dan padat dengan intipati, sekaligus membawa aku cara pemikiran ke level lain. Aku tak serik senggama minda dan hati dengan buku ni. sangat ketagih.

Terima kasih, dan tahniah Fikri Harun. :)
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Ah,gila! Buku apa ini? Memang karya pecah otak. Ini karya tandas cangkung yang cerdik. Kemas tapi kejam. Fikir bukan untuk sains. Fikir bukan untuk matematik. Ok,setuju! Kalau kalian otak Akasia, jangan pernah berangan nak baca buku ini. Semua isu dikupas dengan busuknya tapi seksi. Mind rape tapi aku tak inzal. Next Jibril please!
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
August 24, 2014
Masuk dalam wishlist sebab kawan aku kata buku ni dasyat. Aku baca sebab ada kawan aku yang lain hadiahkan. Aku baca dan memang dasyat mungkin aku perlu jaga buku ini lebih baik sebab hal tabu yang disebut dalamnya masih tabu untuk didedahkan. Bicara dari jamban dengan gaya yang sesuai dari jamban pendek dan kotor tapi tak kosong. Ada isu yang ingin disampaikan mungkim boleh difahami tanpa analogi-analogi seks. Tapi mungkin ada sesuatu juga yang mahu disampaikan penulis melalui pendekatan ini. Banyaknya isu dia ketengahkan aku setuju. Tentang serbanitas, ekstrimis dan marhaen meleis.

Cuma ruang lingkup bicara mungkin tipis aja. Aku cuba menjadi terbuka untuk menghadam bait-bait kata di dalamnya, sememangnya kau perlu jadi sangat terbuka atau kau boleh campak sahaja buku ini jauh--jauh. Ini adalah penulisan awal sewaktu Buku Hitam baru memulakan kegiatannya. Jadi tidak boleh terlalu tinggi pengharapan.

Sesuai untuk bacaan santai kerana pendek dan ringkas. Hanya untuk yang mampu untuk menilai sahaja. Sebenarnya aku tak boleh simpulkan tentang hasil pembacaan buku ini. Mungkin ini cara rebellious pemikiran penulis yang sengaja menganalogi seks untuk provokasi pemikiran. Aku hormat tentang itu. Cuma analogi seperti itu tak beri impak pada aku. Namun tahniah pada Fikri kerana berani bereksperimentasi. Jauhkan buku ini daripada kanak-kanak bukan perihal tabu tapi perihal moral yang masih belum utuh. Dan Ya, buku ini dasyat.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 29, 2015
pertama sekali ialah aku memang dah lama mencari naskah ini. lama hingga kini bukuhitam buat promosi dan aku sangat bersyukur kerana aku dapat membelinya dengan harga 5 ringgit. berbaloi lah untuk naskah senipis itu.

buku ini mengupas realiti yang sedang bermain melalui kaca mata penulisnya fikri harun. aku suka ayat dia yang boleh dikata puitis dan sinis itu. cuma ada masanya jijik dengan pendekatan tandas yang dia guna. tapi aku ok. terus baca dan habis dalam masa yang optimum.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
August 20, 2012
tandas mangkuk, tetap berak mengcangkuk, hah orang boleh keluarkan aku dari kampung, tapi kampung tetap tidak boleh dikeluarkan dari aku. Pendapat peribadi penulis yang buat aku berfikir dengan lebih luas dan telus.
Profile Image for Gary Asip.
7 reviews1 follower
July 28, 2014
man... I love this book... ayat2nya aku suka. isu yang diutarakan pun aku suka. kadang aku terpaksa baca ayat yang sama dua kali, bukan sebab aku tak faham, tapi sebab aku terlalu suka. penulis memang seorang yang berani, dan aku suka orang yang berani. aku suka buku ni. rugi kalau kau tak beli..
Profile Image for Ashraf Rahman.
14 reviews7 followers
August 1, 2012
Selama 23 tahun hidup ni, waktu berak aku tak pernah fikir topik berat macam yang Fikri Harun fikirkan sampai boleh bikin buku. Tahniah
34 reviews2 followers
September 9, 2012
Aku tak dapat hadam penuh buku ni. Nafsu ada. Tapi, please sayang, kita foreplay dulu. Aku tak dapat tenggelam dalam permainan kau.
Profile Image for Yasmeen Rosli.
7 reviews1 follower
Read
October 14, 2013
sila buka minda anda sebelum membacanya. tapi seriously a good read. tak rugi baca.
Profile Image for amnhkm.
11 reviews
January 23, 2014
Bukan Dari Jibril tapi daripada seorang penulis yang memikir apa yang perlu di tulis sambil berak cangkung. Kata kata dari buku ini amat menusuk ke jiwa saya. #Deep
Profile Image for Malique Ridzuan.
57 reviews
July 8, 2015
Tak tercapai akal aku baca buku ni. Bak kata Elyana: Diriku Bukan Tapak Sulaiman.
Profile Image for aqqi.
21 reviews
February 4, 2016
Need to open your mind. See the side of Malay-Islamic from another point of view. Sarcastic.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews