Jump to ratings and reviews
Rate this book

Takdir Itu Milik Aku

Rate this book
Perlukah kau bertanya tentang hatiku
Sedangkan sejak itu kau telah tahu
Betapa ku kecewa oleh perbuatan
Yang tiba di luar jangkaan...

Ku rela diriku begini
Seperti karang di samudera sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani...

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka...

Paperback

First published January 1, 2012

201 people are currently reading
2176 people want to read

About the author

Siti Rosmizah

12 books2,297 followers
Novelist & Lawyer, Siti Rosmizah Semail.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
660 (56%)
4 stars
238 (20%)
3 stars
131 (11%)
2 stars
83 (7%)
1 star
49 (4%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 13, 2013
The third novel by Siti Rosmizah that I read and apparently her 5th work. Her first two novels are amazing. I can't really say the same for Takdir Itu Milik Aku. A bit note to sesiapa yang belum baca: if you trying to release your stress, don't read this book.

I think I can end this book earlier than I did... mainly because aku skip so many parts. I did try to go through every page tetapi I don't read every words seperti selalu. Cara penyampaian dan olahannya tak sampai and very messy.

Firstly, I gotta say, the cover is pretty, but I don't really like the long sentence there... kinda spoiled it. I'm very annoyed with the thickness of the book sebab susah bagi aku untuk membaca part dekat margin sebelah pelekat. At first I thought the margins of each page are very thin tapi when I compared it to another productions, macam sama saja and ada yang lebih thinner lagi. So, I don't know why it's so hard for me to read. Font pilihan could be problem... I dunno. I never had any problem with novel tebal sebelum ne. Maybe it's the productions... Kinda similar like NB's production, a bit better, but still tak kena dengan keselesaan aku.

The bad things don't end there. I was only a little unsatisfied with SR's writing style in "Andai itu Takdirnya" and "Cinta Kau dan Aku" sebab I think ada yang must be omitted sebab I think they're too much info, tapi it's only a wee thing so I think it's not worth mentioning.

Now, the parts need to be omitted tu ada BANYAK dalam novel ne. Dalam setiap page, aku came across sentences which seem to be the author's own inner thoughts, seperti dia sedang bermonolog (not the character, but the author)... sering menggunakan expression "Amboi!", "wah!" -- that sorts. Thoughts ne yang I guess something that the reader might be thinking after reading certain dialogues or scene. Ianya jua sering mengulang semula kejadian yang baru diceritakan, which I (and apparently some other readers) thought menyebabkan novel itu tebal... and it's mainly ANNOYING la.

I also don't like the part when watak utama yang started being an antagonist turns amigo then somehow trying to be an ass lagi then baik lagi. Kata-kata maaf pun sering diulang. It really makes me muak. I notice this always happen in SR's novels.

Aku rasa terseksa sangat membaca first half of the novel (Rasa macam nak stop tapi sayang la... bukan murah novel ne). For me, Zarif and Datin Munirah adalah dua watak yang paling tak berperikemanusiaan, even topped all the antagonists yang pernah I read. Jawapan lurus dari si Dian selalunya akan menimbulkan perasaan halus kepada those yang mendengar, tapi hati si ibu dan anak yang kejam tu seem like batu and very dark... instead of being sympathetic, they said all those nasty things. I think perkataan "bodoh" tu ada pada every page of the first half, if I'm exaggerating. Aku jarang nak kaitkan reality with novel, tapi this time, don't know why I relate these two parts. I don't know how these two manusia can be forgiven.

Huhu. Obviously, I stressed baca novel ne. I took a bit of recess after scene yang I think berat. Seriously not my type of novel.

Despite all that, I'm giving one stars because SR's writing could still make me cry. The dialogues were still very powerful. Tolak monologues and less herdikan, I think I might actually like this novel.

Sinopsis:

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
September 21, 2012
Tak perlu dipertikaikan hasil garapan dari Pn. Siti Rosmizah. Umum sudah mengetahui, betapa terkenalnya beliau dengan kemunculan novel- novel terdahulu yang mana, beberapa lama bertahan dalam carta novel paling laris.

Namun, untuk novel ini, saya mempunyai pandangan yang berbeza jika nak dibandingkan dengan novel beliau yang sebelum ni.

Pertama, bila terlalu tebal, mood untuk menghabiskan hingga ke helaian terakhir memang lari. Dan jujurnya, untuk menghabiskan baca novel ini, saya banyak kali lompat- lompat ke helaian seterusnya. Saya kira, kalau tak setebal ni, boleh pergi jauh jugak. Asalkan, plot, watak, jalan cerita kemas.

Kedua, kenapa watak Zulkifli, kawan baik kepada Zarif tenggelam selepas Zarif kahwin dengan Dian? Awalnya, saya ingat Zulkifli ini watak yang aktif tapi digantikan dengan Rahman yang jadi batu api atau watak jahat. Kalau dikekalkan watak Zulkifli tu dari awal hingga akhir pn okey jugak.
(Eh alamak, pandai- pandai saja nak komen. Yang tulis novel ni Pn. Siti Rosmizah. Bukan calang- calang orang)

Ketiga, saya perasan, setiap dialog atau pengakhiran cerita untuk satu- satu bab, akan ada kesimpulan sendiri. Seolah- olah saya bercakap dengan diri saya sendiri atau bermonolog. Macam lain sangat sebab sebelum ni rasanya tak pernah lagi baca novel yang terlalu banyak monolog dalaman.

Keempat, pendapat saya lah, novel ni, seakan- akan sama dengan Andai Itu Takdirnya. Tapi tak tahu lah dari segi apa. Sama ada jalan cerita, watak jahat, ataupun lain- lain. Cumanya, tak pelik sebab kebanyakan novel dari Pn. Siti Rosmizah kalau kita tengok, tak lari jauh. Kekejaman, kesedihan, kejahatan, ditimpa musibah/balasan, lepas tu insaf, happy ending.

Profile Image for Afinie Syahirunnisaa.
76 reviews
March 27, 2013
For me , plot dekat nak sama dengan andai itu takdirnya walaupun different but still pregnant and didera and so on. Di awal 200 page something , sedikit menjengkelkan sebab Dian sangat blur dan tak mungkin wujud org seblur itu , kalau ada of course lah dah sakit mental... eh. Hihi
Profile Image for Mathew Mandi.
9 reviews2 followers
May 24, 2013
Tajuk: Takdir Itu Milik Aku
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Genre: Cinta/Kekeluargaan
Bilangan muka surat: 1055 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 978-967-5822-08-7

Sinopsis:
Dian Zara seorang gadis malang tinggal di pondok usang bersama-sama dengan ayahnya, Pak Dollah Kutty, neneknya, Nek Wan, ibu saudara merangkap ibu tirinya, Kamsiah dan kakak saudara merangkap kakak tirinya, Adira. Hinaan, cercaan, makian dan sebagainya adalah sebahagian daripada hidupnya. Setiap hari dia menjual kuih dan nasi lemak. Setiap hari juga dia dan ayahnya hanya dibenarkan makan nasi atau keraknasi berlaukkan air garam atau kicap sahaja. Nasibnya bertambah malang apabila niatnya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke menara gading dihalang oleh Kamsiah. Malahan dia disuruh menjadi orang gaji di rumah Zarif Adha, pemuda kaya yang perasan diri bagus. Zarif dengan kekayaannya begitu benci dengan Dian. Nasib Dian bertambah malang apabila ayahnya yang kudung meninggal. Semenjak itu, dia hanya punya Nek Wan tempat menumpang kasih. Namun, cahaya bagaikan menerangi kehidupannya apabila Zarif, majikan tempat dia berkerja sebagai orang gaji melamar dirinya. Apa? Lelaki yang begitu membencinya melamar Dian? Biar betul? Ini semua adalah rancangan Zarif dengan ibunya, Datin Munirah. Rancangan apakah itu? Sama-sama kita baca!

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Jalan ceritanya yang touch-and-go membuatkan rasa cepat kita mengharungi muka surat demi muka surat buku ini. Dialog hinaan dan makian yang meninggalkan kesan mendalam juga buat kita mengetap bibir membaca. Sepanjang membaca buku ini, jujur saya katakana banyak kali menangis meratapi nasib Dian. Kejam sungguh Kamsiah, Adira, Zarif dan Datin Munirah kepada dirinya. Berikut merupakan beberapa sedutan dialog dari buku “Takdir Ini Milik Aku”.

“Kau jangan ingat aku benci anak kau tu sebabkan dia cacat. Sebelum aku tau dia cacat pun, memang aku benci dengan anak kau tu. Kau tau kenapa aku benci anak kau? Kau bukak lubang telinga kau ni luas-luas dan kau sematkan dalam otak kau ni sampai kau mampus ya!”

“Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku. Kau tau tak, betapa jijiknya setiap kali menyentuh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab itulah aku sanggup usir kau, halau kau macam kucing kurap dari tempat tidur aku. Aku buat kau tak ubah macam perempuan jalang!”

“Macam tulah aku tak ingin tengok muka kawan kau yang bodoh tu. Jijik tau tak, jijik! Nama pun aku haramkan letak kat batu nisan si cacat tu. Hei! Perempuan bodoh, kau dengar sini, aku dah tak nak simpan kau lagi. Mulai hari ni aku...”

http://tersebutlahsebuahkisah.blogspo...
Profile Image for Raden.
56 reviews9 followers
May 17, 2013
It's so frustrating reading this book. Seriously stressful. I believe the writer's first two books were way better than her other books. Till this day, I am very curious how the book could be at number 1 on the bestseller list for such a long time. I'm very sorry to say that it's truly disappointing.
Profile Image for waves violet.
7 reviews
Read
October 24, 2012
bought it coz i was deceive by the people around said it's a best book ever, 1st page you'll definitely cry but tooooo bad I did'nt cry at all!

This is the longers book I need to finish reading it. 3 months 20 days. to finish 1 page a day is very challenging to try not to fall asleep.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
Ia mengisahkan Dian Zara bercita-cita nak berlajar sampai ke universiti dan mendapat kerja lebh baik untuk mengubah kehidupan yang miskin. Dibesarkan oleh Neneknya yang uzur berkerja sebagai orang gaji disebuah rumah banglo besar dan mewah. Dalam kesempitan hidup Dian membantu mak su merangkap mak tirinya menjual nasi lemak dan kuah untuk menyara keluarganya di kala ayahnya sakit dan tidak boleh berbuat apa-apa. Hidup Dian lebih menderita apabila Dian didera oleh mak su demi sesuap nasi. Dian yang masih belajar di tingkatan 6 terpaksa berhenti atas desakan mak saudaranya menggantikan tempat neneknya berkerja sebagai orang gaji. Sikap Dian disenangi oleh Nek Tuk tuan empunya banglo tempat Nek wan berkerja ( nenek Dian ). Walaupun tidak disenangi oleh Datin Munirah dan anaknya Zarif Adha. Sifat Dian yang lurus dan tidak pernah berburuk sangka pada orang, Dian mudah dianiaya. Datin Munirah yang terlalu tamakkan harta mak mertuanya memaksa Zarif berkahwin. Zarif Adha yang berkerja sebagai Pilot tertekan dengan tindakan mamanya. Keputusan untuk berkahwin dengan Dian idea rakannya Rahman hanyalah kerana zuriat, bukan kerelaan hatinya. Harapan madu yang diberi oleh Zarif tapi tuba yang diterima pada Dian . Hinaan dan cacian dari suami sudah menjadi kata-kata harian buat Dian . Keperitan lebih bertambah bila Doktor mengesahkan Dian mengandung dan anak dalam kandungan itu cacat. Zarif tidak lagi menghiraukan keadaan Dian. Zarif leka bercinta dengan Azura sepupu Rahman dan Dian didera oleh mak mertuanya membuat kerja-kerja dibutik. Dian hanya diberi nasi bersama air garam sebagai mengalas perutnya dan air paip sebagai air minumnya. Lebih menyedihkan anak yang dilahirkan itu meninggal dunia. Kegiatan Zarif dan mamanya terhidu oleh Nek Tuk. Dan Nek Tuk mengambil keputusan untuk menarik segala harta yang telah diberikan Kepada Datin Munirah. Balasan atas kekejaman mereka Allah balas dengan berlakunya satu kemalangan ngeri pada Zarif , mamanya dan Azura. Disitulah Zarif sedar dan menyesal segala perbuatannya. Ketika Zarif sedar hati Dian sudah mati. Dia mengganggap Zarif telah mati bersama anaknya . Menangis mata darah pun hati Dian tak ada lagi bersama Zarif. Kerana terlalu tertekan Dian hilang ingatan. Zarif mengambil kesempatan itu untuk menebus segala kesilapan lalu. Dia cuba buat yang terbaik untuk Isterinya. Dia juga memutuskan hubungannya dengan Azura. Kerana tidak puas hati Azura dan Rahman mengganggu keharmonian rumahtangga Dian dan Zarif. Dalam kekalutan itu ingatan Dian pulih dan sekali lagi Zarif dibuang oleh Dian. Zarif tidak pernah berputus asa dan membuktikan keikhlasan diri menerima Dian dalam hidupnya.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
August 9, 2012
Dian & Zarif

Masya Allah!!
Letih rasanya nak menghabiskan bacaan novel ni.. huhu :(
Demi nak menghabiskan bacaan, baca pon 'lompat-lompat' je.. :(

Terlalu banyak monolog yang penulis selitkan yang kebanyakannya saya rasa tak perlu!
Profile Image for MinnIsmail.
17 reviews2 followers
April 12, 2013
2*
Kenapa 2*? sebabnya cerita ini tidak ada kelainan dengan novel-novel Siti Rosmizah yang lain.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
March 9, 2024
Hahhaa.. dah lama tak baca novel tebal ni (tebal lebih kurang 1030++ muka surat), rasa semput juga nak menamatkan pembacaan. Mana taknya, sekejap je hidung dah rasa tersumbat sebab air mata 'helok' je mengalir baca kisah si Dian ni. Walaupun kalau boleh tak nak si Dian ni terima balik si Zarif tapi bila Zarif dah insaf dan tak putus asa pujuk balik Dian, rasa macam okeylah. Memang takdir jodoh mereka untuk bersama sehingga ke akhir hayat. Sebab dah nak hujung-hujung tu macam annoying pulak dengan Arman, asyiklah dok mengejar Dian ni. Hello, Dian masih lagi isteri Zarif la beb.. wake up please!

Walaupun tebal 'typo' sangatlah sikit ya.. ada beberapa perkataan je. Syabas puan penulis, teruskan menulis naskhah best yang lain lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ummi Farahiyah.
63 reviews
September 16, 2012
Jalan citer dh okey tapi macam dah biasa sangat. Banyak dialog berulang, monolog2 yang tak diperlukan. Penat jugaklah nak baca buku ni. Tebal bukan main lagi, kualiti dari penulis tu yang kurang memberangsangkan..
Profile Image for Miss Rose.
377 reviews3 followers
April 28, 2024
Menyampah aku dengan novel SR ni. Balik-balik benda sama. Suami kejam, minta maaf merayu-rayu, settle. Haih. At least drama takla teruk mana ending. Baru betul. Setakat ni heroin pada aku yang kuat dan berani adalah Mia Adriana dan Kasih Maisara. Haaa isteri yang berani nak tegakkan hak. Kalau ikutkan drama, Aleya pun tergolong sama sebab akhirnya, dia tinggalkan juga suami dia tu. Bagus. Jaga hati dan mental sendiri dulu.
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
October 31, 2022
Takdir milik aku | Siti Rosmizah
Rate ---> 10🌟

Sumpah ni novel paling best pernah baca. Sedih amat. Nak cerita kang takut org kata spoiler. Tapi nak cerita jugak boleh? Novel ni dah baca dulu, tapi sebab dah tau best, so kita reread la kan.

Dian, gadis polos, yang terlalu baik. Yang didalam hatinya hanya fikir positif pasal orang. Bermula jadi orang gaji kat rumah orang kata, lepas tu berkahwin dengan Zarif yang jahat jahat amat. Aaa red flag la hero ni. Tapi walau ref flag, ku tetap suka ye pengakhirannya begitu.

Zarif dengan mak dia ada plan untuk gunakan Dian untuk dapatkan harta dari nek tuk. Kejam amat. Macam macam jadi, paling pain bila dah tau keadaan anak Dian yang bakal lahir. Makan ayam goreng dari tong sampah, pukul kepala dia dengan pinggan, sepak bola sampai kena perut dian. Dah la orang tu tengah mengandung. Wei tak sangka la ada manusia berjiwa binatang macam tu. Sampai dera bini sendiri. Aaa kejam.

Sumpah banyak part sedih dalam ni. Salah satunya part Mohd Adif. Sedih amat. Taknak cerita, nanti spoil pulak kan. Tapi tula dah takdirnya begitu, dari benci boleh pulak timbul sayang. Dari sayang jadi benci dah lepas tu sayang pulak. Aaa tapi takpe la sebab ku tak suka dia dengan abg Arman tu. Baik dengan Zarif lagi. Orang dah menyesal dan bertaubat, haruslah diberi peluang kedua kan. Walaupun bila memikirkan apa yang Zarif buat pada Dian, rasa nak ketuk je kepala Zarif dengan mama dia tu kuat kuat biar mati 😆

Walaupun novel ni tebal amat, tapi langsung tak bosan ya. Bila baca setiap helai tu, mesti terasa macam tak sabar nak baca helaian seterusnya. Tak sabar nak tau apa jadi lepas tu. Tabik kepada penulis sebab dah hasilkan novel yang sangat meruntun jiwa tapi berbaloi beli ini.
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
November 6, 2017
Well novel hasil Siti Rosmizah tak pernah mengecewakan. It makes me cry in like a cool way*harry styles* . Pada mulanya, i really tak suka watak Dian yang sangat lurus its like dia tak makan hati dengan layanan dingin si Zarif. Maybe because on that point time, she's just 19 years old which is too YOUNG for her to being in love and know which is right or wrong. And somemore dia kurang kasih sayang dari orang terdekatnya contohnya si Adira and Kamsiah which selalu abuse her. And dia tidak ada ibu dan jugak baru kehilangan ayahnya. Tapi lama kelamaan when Dian dah tukar karakter into yang lebih garang after kematian arwah anak pertamanya, i was like 'Yeah go girl, this is the NEW character of Dian that I want!' . Come on, takkan Dian akan jadi HAPPY dengan pemergian anak yang dia kandungkan selama 9 bulan? Which Zarif and his mum wants that baby to be killed!(SANGAT KEJAM) When she was still pregnant, she's very STRONG demi anaknya yang tak sempurna, arwah Ibu dan Ayah, sahabatnya, Maryam, dan jugak neneknya. - Terharu dengan pengorbanannya. Sanggup dihina, dimaki, dipukul oleh both Zarif, Azura, Rahman and Datin Munirah. It makes me think about my mum now. But then Zarif and Datin Munirah dah starts insaf after dia ditimpah kemalangan and blah blah he's trying to gain Dian's attention back. But to get Dian back is not as EASY as he thinks as Dian has changed into a NEW Dian. Which takes time actually but after that THE END happy ending.
4 reviews1 follower
May 15, 2013
MasyaAllah...seksanya nak habiskan baca buku ni. Rasa macam menyesal pula beli kelmarin. Saya sebenarnya tertipu kerana sudah banyak kali nampak buku ni di rak bestseller. Sepatutnya bestseller tu baguslah, kan? Tapi jangan tertipu ya. Ini kisah don't judge a book by its cover. Kulit buku nampak okay, tapi tulisan di dalamnya susah hendak dicakap dengan perkataan. Kalau perkataan bodoh, buruk, poyo, macam-macam lagi perkataan yang kurang enak didengar terlalu banyak dan selalu diulang hampir dalam setiap bab. Tension betul nak habiskan buku ni.

Budak-budak sekolah, tak usahlah beli dan baca buku ni. Bimbang merosakkan bahasa pula jadi susah hendak tulis karangan yang baik.
Bayangkan ini salah satu contoh yang buat saya mula rasa menyampah dengan gaya tulisan buku ni:-

''...Sedap mulut dia aje nak mengata orang ada muslihat. Dia yang ada udang di sebalik mi bandung Muar tu tak sedar.' (m/s 889)

Itu cuma satu contoh saja. Kalau ada yang rasa saya exaggerating, sendiri bacalah, ya? Selamat menikmatinya. Ini bukan buku yang berbaloi beli. Buang duit saya saja. Memang hampa sangat.
Profile Image for Auditory Hallucination.
29 reviews17 followers
June 30, 2015
2 stars.
1) Sebab cerita lebih kurang macam novel SR yg lain2.
2) Tak tahan dgn Dian. Can't help from thinking that she's such an idiot. I'm sorry Dian. Org lurus pon xlurus gila2 macam tu rasanya.
3) Tak berjaya buat aku nangis. Uhm, hati aku keras mcm batukah? Actually x. Kalau ada karya yg betul2 bagus, there's this kind of feeling yg menyerap kat badan aku. Rasa mcm bulu roma meremang, rasa mcm tetiba blood flow aku lain, xtau nak explain macam mana. Ada org pernah rasa mcm aku kah? Dan novel ni xberjaya buat aku rasa semua tue.
4) Aku rasa nak skip bnyak part, tp sbb aku jenis yg xsuka buat gitu, aku gagahkan jugak baca.
5) Ada persamaan dengan AIT. Tapi AIT super duper best banding yg ni.

P/s: I'm a buyer, a reader and a critic. Deal with it. However, aku puji SR sbb mampu menulis karya ni.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 8, 2016
Dah selesai baca Takdir itu Milik Aku malam tadi pukul 2.15am. Kiranya ini buku Siti Rosmizah yang ke-5 ku baca selepas 7 Hari Mencintaiku, Lafazkan Kalimah Cintamu, Andai itu Takdirnya 1, Andai itu Takdirnya 2. Yup, suka juga buku ni; the characters so well defined, the conversations and scenes had such amazing flow I couldn't stop reading hoping & hoping that the wife in this story would really finally get her divorce and marry someone else and leave the husband crying his heart till the end of his miserable life. Hasn't he paid enough for being such an awful #@# towards his wife and son? Nope, not to me.
Like · Reply · 3 mins
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
June 9, 2012
Awatlah Lurus Sangat Pompuan Ni......Aduhhhhh Rimas.....dengan kebendulannya. Karya ni banyak mengundang simpati jer...mula dengan plot teraniaya....n then jadi cinderella....n then jadi snow white...n then karma untuk hero dan mak hero.Overall still best. Tapiiiiii " Lafazkan Kalimah Cintamu" lagi mengujakan.Plot Sedey - Plot Bangkit - Plot Komedi - Plot Romantik...semuaya plot melengkapi ada sedey, ada gembira, ada sakit, ada resah.
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
March 29, 2014
sangat membosankan. novel pertama yang saya skip dan skip dan skip dan akhirnya baca ending terus. penceritaan imbas kembali buat makin pening. saya pun pening. tak tau da skang pasal apa. namun harus dipuji pada babak sedih. ketika anak heroin meninggal. macam real je..tak sanggup nak baca pn ada gak..penceritaan memang menyentuh perasaan.
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
June 21, 2012
Sakit hati dengan Zarif dan betulkah wujud gadis selurus/naif Dian?
Profile Image for Ain.
32 reviews
April 12, 2014
Berserabut.. Bila pihak ke3 pon sibuk nak bercerita... Pening kepala
2 reviews
December 24, 2025
Sebuah novel yang ditulis dengan teliti. Walaupun novelnya tebal, tetapi jalan ceritanya tidak meleret, membuatkan pembaca terus membacanya tanpa jemu.
Watak Dian sebagai seorang yg lurus bendul memang ternyata wujud didunia ini. Sucinya hati seorang Dian, ditulis wataknya dengan baik sekali oleh Siti Rosmizah.
Dari segi ketebalan novel pula, memang tebal dan berat tetapi ada berbagai jenis cara yg kita boleh guna untuk menyenangkan pembacaan. Cara saya ialah, saya letakkan bantal diatas peha dan saya letakkan novel ini diatas bantal. Dan saya boleh membacanya dengan selesa.
Profile Image for NURUL SYAFIQAH.
5 reviews
June 27, 2018
This year is my third time reading this book. I bought it couple years ago. I did cry while reading this, but there’s some point I do cringe during romance part (maybe sbb I dah banyak kali baca idk). Still it’s a good read. And i got all SR books (I love her).
Profile Image for Siti Sarah.
232 reviews
September 6, 2020
Aduh...jenuh nak menghabiskan buku kali ini.! Terpaksa lompat banyak bab di hujung cerita sebab dah boleh nak agak yang Dian akan terima balik Zarif. Jalan cerita memang best, tapi terpaksa bagi 2 bintang jew sebab penulisan yang menjela panjang buatkan aku dah penat membaca.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
May 4, 2017
tak dapat nak teruskan. penulis punya monolog ke apa tu mengganggu sangat. overr
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.