Fizz Fazlullah terperangkap di alam dongeng semasa dia berada dalam keadaan koma. Dia diperintahkan oleh Konsortium Pari-pari supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cinderellah. Adiknya, Tizz Tiranah juga termasuk ke dalam alam dongeng selepas menemui sebuah perpustakaan lama di dalam sekolah Sri Bangsar yang dipercayai pintu masuk ke alam dongeng. Mereka berdua akhirnya bergabung idea untuk menyelesaikan masalah Cinderellah. Semuanya berjalan lancar hingga jemputan majlis di istana.
Kemunculan Rapunzellah menjadi pesaing kepada Cinderellah membuatkan Tizz dan Fizz terpaksa menukar rancangan mereka. Pelbagai usaha dilakukan namun Rapunzellah enggan mengalah dan membuatkan Cinderellah menjadi bertambah marah. Milo, seekor kucing terbang yang dijumpai di dalam stor konsortium turut serta dalam misi mereka. Apabila pelbagai usaha mereka secara keras gagal, mereka menggunakan strategi baru iaitu pelan damai termasuk merekabentuk menara untuk Rapunzellah.
Akhirnya, Rapunzellah menerima pelan damai tersebut dan mereka berjaya dalam misi mereka kali ini. Namun begitu, Fizz dikenakan syarat harus menyelesaikan 10 masalah di alam dongeng untuk kembali semula ke dunia nyata.
Hmm saya bukan tak suka cerita fairytale orang putih, suka sangat², tapi macam pelik dengan perangai Cinderellah. Awal2 cerita, dia macam seorang yang pasif (tak pandai melawan) dan sabar. Tapi bila tiba² je jodoh dia nak kena caras dengan Rapunzellah, wataknya berubah menjadi agresif, kurang sabar dan pemarah. Kenapa dia pendamkan sifat dia masa dengan keluarga tirinya? Takkan la reda je dengan perangai keluarga tirinya sepanjang dia kanak² sampai dewasa... Pelik. Cuba la jadi agresif sikit dengan tiri² tu semua. Takkanlah sebab lelaki kena caras je, karakternya berubah? Macam gedik pun ye.
Alur cerita ni seronok je. Saya suka. Tizz Zaqyah Tiranah tanpa sedar telah memasuki dunia cerita dongeng melalui sebuah buku misteri di perpustakaan sekolah. Di sana, dia terjumpa dengan abangnya, Fizz Fairuz Fazlullah. Pelik bagi dia sebab abangnya sekarang tengah koma di katil hospital. Tapi dia layan je la semua kejadian mengarut ni sebab dia rindu abang dia sebab dah lama sangat abangnya koma. Untuk keluar dari dunia cerita dongeng ni, mereka terpaksa bekerja sebagai pari² dan harus selesaikan 10 masalah² dari pengadu² berbeza. Mereka dibantu dan disusahkan 😜 oleh kucing terbang bernama Milo.
Misi pertama mereka, jodohkan Cinderellah dengan Putera Mahkota supaya Cinderellah dapat keluar daripada keluarga tirinya. Nampak mudah tapi masalah ni disukarkan dengan kehadiran tiba² Rapuzellah, yang turut serta dalam acara memiliki Putera Mahkota. Putera Mahkota pun nampak lagi berminat kat Rapuzellah berbanding Cinderellah. Pening dah 2 beradik ni terpaksa fikirkan berbagai cara nak menyatukan Putera Mahkota dengan Cinderellah, yang kebanyakkannya pelan² itu gagal dengan sangat teruk!
Bukan tak best ceritanya ... malah seronok juga dibaca dengan banyak adengan lucu dan idea kreatif ...cuma tidak sesuai dengan saya, atas pilihan saya sendiri pun. Impiana series dulu kira masih boleh saya enjoy, dengan elemen thriller dan suspense... yang ini memang hanya sesuai untuk anak-anak awal remaja. Milo saja mudah nak sebut namanya; boleh terbayang lah rupa gerangan si kuching bulat yang boleh terbang dan bermulut murai ni. Watak yang lain namanya membelit lidah
rapunzellah menyibuk padahal die sudah ditakdirkan menuggu putera datang menyelamatkannya...tetapi akhirnya cinderellah hidup bahagia bersama putera shah jehan....