ada bahagian yg okay pada aku,,ada juga yg tak berkenan dihati. maap,,aku cuma berlaku jujur. kisah jeni dan joni am nya,, buat aku rimas dan rasa tak sabar ntk ke muka surat lain + cerita yg lain. no hard feelings okay ! tp byk juga cerita yg bikin aku tertarik, kisah yg punya makna tersurat dgn olahan ayat yg hebat. thumbs up !
Sesuai untuk bahan bacaan ringan, santai, riang ria dan untuk minda yang merdeka (ada kaitan ke?)
Nasyrun ~ bagi aku, beliau adalah seorang yg sangat kompleks. Serius, kadang-kadang aku pun tak paham dengan tulisannya yg memerlukan daya imaginasi yang tinggi. tapi, aku memang tabik spring dgn setiap cerita yg ditulisnya. bukan kisah tipikal yg biasa.
Rudeen ~ Kaitan lirik lagu antara kisah Joni dan Jeni adalah satu perkara yang unik. Aku harap sangat kisah mereka dipanjangkan dan bykkan lirik lagu yg berkaitan. ok. aku adalah peminat lagu creep. hehehe...
Amal ~ setiap jalan cerita yg ditulisnya bikin aku cepat-cepat nak tahu endingnya. memang tidak menghampakan.
Lang ~ Jujurnya, inilah kali pertama aku membaca hasil tulisan beliau. Dan, aku telah jatuh chenta pada setiap baris huruf-huruf yg ditaipnya.
Ok. review yang jujur dari aku.
4 bintang. sorang satu bintang yek. jgn berebut. =P
Soalan aku, adakah tema buku ini sememangnya perlu ada cerita perihal kecelaruan gender ataupun ia adalah kebetulan/ketidaksengajaan penulis?
Untuk penerbit, harapnya dapat minimalkan lagi ralat ejaan dalam buku terbitan kalian. Ia benar-benar menganggu aku.
Untuk manusia yang mindanya sarat macam aku, ini adalah bacaan santai yang cukup merelakskan. Setiap penulis punya sisi tarikan tersendiri yang bikin aku mahu lekas-lekas ke halaman seterusnya walau ada sesetengah cerita itu langsung biasa-biasa sahaja. Namun, keseluruhannya masih tidak menghampakan.
Tanda bagus untuk kalian; Nasyrun, PakLang, Amal dan Rudeen.
Banyak rasa sebenarnya baca ini selain rasa cinta kadang-kadang rasa geli hati ada, marah ada, nak nangis pun ada dan rasa-rasa yang entah kenapa ada. Memang benar banyak sangat watak yang kecelaruan identiti pulak. Aigoo..
Berharap anak angkat kuasa tiga akan cukup bajet untuk buat majlis setelah mak angkat behel mendapatkan ini di pesta buku kelmarin.lulz.
Date saya yang pertama adalah dabel date bersama adik, pakwenya dan ..... Malangnya ianya tak sebunga-bunga dabel date dalam ini. Ok jeles.
Mula-mula aku ingat cerita tentang pasangan kekasih berdabel date. Alkisahnye, bukan rupanya. Selak punya selak, sampai mukasurat tengah, ingatkan salah cetak. Padahal dah memang macam tu kondisinya.
Karya milik Amal Hamsan, Lang Rahman, Rudeen Ayyad dan Nasyrun Malik.
Cerita-cerita cinta dalam buku ni bikin aku ketawa tak sudah. Memang lawak! Kisah cinta kita-kita diceritakan dalam bentuk humor. Siapa yang tak suka kan?
Lang Rahman. Punya imaginasi yang kadang-kadang orang kata, ridiculous! Walau bagaimanapun cerita-cerita dia bawa banyak makna tersirat. Antaranya, cerita Sarah dan Rashid dalam Celupar.
"Ayang nak tivi jugak!' Dan mendengar jawapan itu, Rashid jadi makin celupar, "Ok, kalau kau nak sangat tivi tu kau beranak ja keluar tivi!". Sembilan bulan berlalu. Sarah telah melahirkan sebuah tivi lcd flat screen 42 inci bukannya seorang bayi. Bagaimana Sarah melahirkan tivi tersebut tak perlulah diceritakan ye dak. [...] Sementara itu tivi lcd flat screen 42 inci tersebut pula mengeluarkan bunyi seperti tivi rosak ataupun tivi tiada siaran"
Nasyrun Malik. Pada aku, dia pandai buat twist dalam cerita. Bila aku expect endingnya A, rupanya B. Selain tu cara dia menggambarkan seseorang, tidak secara spesifik. Ia lebih kepada umum. Pembaca hanya boleh tahu di pengakhiran cerita itu. Macam cerita Joe dan Kimi, dua jiwa dalam satu ikatan terlarang. Siapa Joe? Siapa Kimi? Korang kena explore sendiri. Hehe
Amal Hamsan. Dalam banyak-banyak cerita dia, aku paling suka 'Panggil Dia, Ed'. Menyentuh perasaan. Cara penyampaiannya terkesan di hati. Mungkin sebab aku pernah merasai pengalaman yang sama cuma situasinya sedikit berbeda.
Rudeen Ayyad. Ha! Dia menulis simple je. Cerita Jen Joni memenuhi mukasurat milik penulis ni. Ceritanya pendek-pendek dan mudah dihadam. Aku suka 'Mahunya Heri' Itu
"Ajarkan aku cara memikat Nina" Keluh Heri setelah hampir putus asa mendapatkan gadis idaman hati. Lalu ujar Jeri selamba: "Pertama sekali, kau wajib bertukar menjadi manusia. WAJIB!"
Ada yang lawak macam baca majalah gila-gila Ada yang aku konfius tak faham (atau aku memang blur) Ada yang merapu mengarut ke laut sungguh..
Favourite cerpen: Lang rahman – celupar dan zaiton tak suka itik Nasrun malik – suatu fajar tika langit sedang menangis dan rusuh-rusuh rasa(untuk jauhir) Amal hamsan- itu kenangan semalam bukan hari ini punya sayang ( yang lain banyak cerita tentang kecelaruan gender je) Rudeen ayyad- cerita joni jeni tak boleh blah sungguh
Konklusi : baca nilai fikir berpijak dibumi yang nyata.
buku ni pun aku baru baca 3/4.tapi dari 3/4 yg aku baca buku ni mcm banyak kecelaruan gender jer..takpalah..menulis ni kan seharusnya bebas..so org yg nak membaca pun seharusnya bebas pemikiran dia..jgn semua benda nak disekat-sekat..
First time baca buku yang kemudiannya malas nak bagi rating. Yang paling tak faham kenapa buku ni boleh dihasilkan sehingga mencapai 4 kali batch cetakan? Isi semua merepek. Tak tahu la terlampau liberal ke apa. Banyak juga dah baca buku-buku dari Lejen Press. Tapi yang ni paling tak bermanfaat untuk dibaca.
urgh....apakah..aku rasa menyesal pulak beli..haish...permulaan je aku rasa dah macam huh? boooringgggg.......mcm ni punye cerita pon boleh ke? soryhhhh..tp aku gagahkan jugak baca..sampai kat part two, baru aku boleh senyum sengih-sengih baca..at least aku boleh gelak sikit dari aku stress baca starting dia.
Aku bagi empat bintang sebab almost semua stories dalam Dabel Date buat aku tergelak terkekek-kekek dekat library ni. Nasib baik gelak tak kuat, buat malu orang. Cuma bahagian penulis perempuan, ada cerita ngeri pulak geli aku baca. Apa-apa pun buku ni best baca masa santai, bosan macam aku sekarang ni.
Arghhhh geramnya dengan cerita Mariya sayang Padeli. Apa yang Mariya nampak dekat Klinik Puah? Anyway, aku suka Aku, Suzanne dan Sebuah Kisah Cinta Tanpa Tajuk.