ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.
Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.
Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.
Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.
Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur.
Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media.
Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen. Beliau bekerjasama dengan Akademi Penulis dan menjadi mentor penulis kategori rencana akhbar dan majalah. Klik di sini
Beliau juga jurulatih penulisan untuk Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil. Sebuah seminar yang diasaskan bersama-sama Izwan Wahab, pakar pereka kreatif sistem dan penganalisis carian enjin internet. Klik di sini
Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.
Aku kasi 5*, sebabnya hampir keseluruhan isi ceritanya 'sampai' ke hati. Tahniah penulis!
Full review: 02/12/2015
Seronok baca buku nipis ni. Lega otak, tak serabut dengan kisah cintan-cintun hahaha.
Pada hematku yang serba kerdil ini, ia adalah himpunan kisah-kisah biasa yang ‘luar biasa’. Bukan takat kisah keluarga, anak, jiran tetangga malah ada juga menyentuh akan hal penulisan. Aku ada kongsikan petikannya, boleh baca kisah selanjutnya di Catatan 5.
Sekali-sekala dengan buku seperti ini, aku dapat ‘membasuh’ hati agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Memang hidup ini tak mudah, tapi Allah tak juga membebankan hamba-Nya melebihi daripada apa yang mampu dipikulnya.
Hmm, tak terasa seperti mengulas buku ini. Tapi, itulah... cubalah cari dan baca buku-bukan-novel ini. Mudah-mudahan, ada manfaatnya untuk kita semua.
Pernah tak kita menghadiri majlis pengebumian seseorang. Dan kita mendengar ramai bercerita tentang kebaikannya. Pemergiannya ditangisi kerana kehilangannya sangat dirasai. Apakah yang dia lakukan ketika hidupnya?
Sudah tentu kita juga mengimpikan kita diingati sedemikian rupa. Lalu bagaimana? Seseorang itu akan diingati kerana salah satu yang berikut; 1. Ilmu Pengetahuan 2. Rekod Kejayaan 3. Pengalaman 4. Kebolehan 5. Rangkaian 6. Gerak Hati 7. Karakter
"Dalam banyak-banyak amalan kita, kita tidak tahu amalan mana yang akan membawa kita ke syurga. Jadi perbanyakkan berbuat baik."
Buku yang sangat bagus dan memberikan inspirasi untuk kita berbuat baik. Bukan berbuat baik sekadar untuk mendapatkan penghormatan dari manusiawi tetapi untuk meraih cinta Ilahi. Yang menjadikan cerita kita itu cerita dari syurga.
Kita tidak tahu pengakhiran hidup kita nanti bagaimana tetapi kita boleh mengatur perjalanannya. Moga-moga kita beroleh husnul khatimah.
Mula tertarik dengan buku ini apabila terbaca buku milik sahabat saya. Walaupun saya sudah pun menamatkan pembacaan, tapi tetap mahu memilikinya. Malah saya sanggup beli sehingga 3 naskhah untuk saya hadiahkan pada ibu dan orang lain agar manfaatnya dapat disebarkan.
Buku ini mengajar saya untuk cuba mengubah cara hidup agar kehidupan lebih bermakna dari sebelumnya melalui kisah tauladan yang dikutip oleh para penulis.
Bagaimana untuk kita mengenal erti kehidupan yang sebenar.
Bagaimana untuk terus diingati walaupun sudah meninggal dunia.
alhamdulillah , dengan kegigihan tahap master , akhirnya habis jugak buku ni :D nasib baik tak sampai seminggu . ni semua sebab internet ! kalau dia tak ada , sure dah boleh habis sehari je buku ni . eh ? eh ? haha . *ni tengah tulis review ke diary* back to main point , this book is quiet engaging :] suka cara penulis olahkan cerita . time baca dedikasi lagi dah tak sabar nak baca isi dia macam mana . senang cerita , it's worth to have this as our collection :) tajuk dia pun dah gempak mehh :P okeii , so nak bagi 4.9* . tapi dekat goodreads ni tak dapat point-point . kalau ikut math , bundar ikut nilai terdekat ialah 5 ! so , nak bagi 5* . haha :') sekian ^^,
HIDUPNYA PENUH BERERTI , SELEPAS MATI MASIH DIINGATI , CERITA TENTANG DIA SENTIASA DI HATI . <3
Ever wonder how we are going to be remembered when we'll be gone one day? Ever thought will we ever be remembered by anyone by then? How are we going to let them cherish us in their hearts when we leave?
This book tells us stories of how others are remembered by the little things and even big ones that they have done during their lives. Stories that tickles our minds, wanting our love ones or even those who've touched our lives, to remember us with good memories .......one day!
Having to read this in less than 24 hours, its one of a good read :)
buku nipis ni berjaya jugak aku habiskan walaupun ambil masa yang agak lama..banyak kisah teladan yang diceritakan dalam buku ini.sesetengahnya mungkin sudah pernah kita dengar dan baca di tempat lain.tapi masih bagus untuk di ambil sebagai contoh dalam menjalani hidup seharian..semoga bermanfaat untuk orang lain jugak..
Buku nie ringkas dan padat. Siapa sangka buku senipis ini terkandung mcm-mcm cerita ringkas yg berjaya buat aku termenung & bermonolog-dalaman seketika. ☺️