Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar di miliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas daripada Al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.
Buku yang bagus ! Buku yang berguna buat kita yang bergelar muslimah. Dalam menjalani kehidupan seharian, seseorang wanita haruslah mengetahui dan mempertingkatkan kualiti ibadah fardu ain yang dilaksanakan. Bagi saya, buku ini menarik kerana penulisannya bukan hanya dalam bentuk ayat yang panjang, tetapi ada juga dalam bentuk nota-nota ringkas dan ilustrasi gambar yang mudah difahami. Setiap hukum-hukum yang diketengahkan, adalah daripada Al-Quran dan hadis yang sesuai dengan isu yang dibincangkan.
Tajuk buku ini, Hadiah Buat Muslimah, amat sesuai kerana sememangnya bagus jika buku ini kita buat sebagai hadiah kepada para muslimah. Kalau saya pun saya suka if dapat buku macam ni. Buku ini bukan sahaja untuk dibaca semata-mata. Tetapi boleh dibuat rujukan dari masa ke masa agar setiap apa yang kita laksanakan, mendapat keredhaan Allah.
Sebuah buku yang mesti dimiliki oleh setiap Muslimah. Terkandung panduan-panduan asas fiqh berkaitan wanita khususnya, yang perlu diketahui oleh setiap Muslimah dalam kehidupan seharian. Bukan saja untuk wanita, malah sesuai juga dibaca oleh para suami, ayah, abang, pendek kata sesuai untuk segenap lapisan masyarakat. Sesuai dijadikan sumber rujukan.
Secara peribadinya, saya suka sangat dengan cover buku ini. Pink. Isi dalam buku lagilah menarik. Ada gambar, ilustrasi dan fakta yang menarik.