Ummu Hani Abu Hassan adalah penulis awal yang saya ikuti tulisannya. Rasanya hampir setiap bukunya saya baca. Mengetahui yang beliau ialah anak kepada Cikgu Hassan Morad yang lebih saya kenali apabila membaca Majalah Anis suatu masa dahulu.
Saya suka memerhati susunan kata beliau. Penuh deskriptif. Entahlah waktu itu manalah saya tahu tentang istilah penulisan dan perbukuan. Yang saya tahu saya sukakan corak penulisannya.
Beberapa hari ini duduk di rumah emak. Saya membuka kotak Galeri Ilmu milik emak. Kebanyakan buku sudah dibaca tapi tak salah kan untuk dibaca semula. Saya memilih untuk membaca buku ini lagi.
Dimulakan dengan kehidupan awal beliau yang berwarna-warni sebagai anak kampung dan cucu tok yang sangat manja. Sehinggalah kepada didikan mak ayah yang menggalakkan beliau banyak membaca dan menulis.
Ada juga disertakan beberapa hasil karyanya di dalam buku ini. Sungguh, untuk menjadi seorang penulis, tidak cukup sekadar duduk diam. Harus banyak membaca, keluar berjalan dan mengadun maklumat dengan lebih sempurna.
Ulasan Buku: I Want to Be a Writer oleh Ummu Hani Abu Hassan
Buku ini membawa kita menyusuri perjalanan hidup penulis dan bagaimana cintanya terhadap dunia penulisan mula berputik dan terus berkembang. Menjadi seorang penulis bukan sekadar duduk, tulis, dan siap — ia satu jalan yang penuh cabaran, pengorbanan dan pencarian makna. Kita selalu anggap menulis itu mudah, tapi sebenarnya, idea dan ilmu perlu digali, dicerna dan diolah sebaik mungkin sebelum menjadi sebuah karya.
Apa yang menarik, penulis bukan sekadar berkongsi kisah peribadinya, tetapi turut menyelitkan pelbagai tip berguna untuk sesiapa yang bercita-cita mahu jadi penulis. Sangat bermanfaat!
Kenapa aku suka buku ini? Jalan hidup penulis sangat memberi inspirasi. Banyak input yang boleh kita ambil untuk refleksi diri sendiri. Dan paling aku kagum — didikan ibu dan ayah penulis. Ayahnya tegas, tapi penuh visi.
Dan yang buat aku ternganga — rupa-rupanya buku Julia yang aku suka baca masa zaman sekolah tu adalah hasil tulisan ayah penulis! Dulu mana aku tahu, baca pun sebab pinjam kawan. Lepas baca buku ni, terus teringat balik dan cepat-cepat Google. Ya Allah, memang betul! Lepas tu… checkout lah jawabnya 🤭.
Satu amaran: Jangan baca buku ni kalau kau tengah berjimat! Sebab lepas baca, kau akan kenal ramai penulis hebat dan buku-buku menarik. Silap-silap, semua kau nak baca dan beli.
Disebabkan buku ni jugalah, aku nekad nak belajar Bahasa Cina. Wish me luck! (Dah pun checkout buku panduan. Tinggal susun jadual balik je lepas ni 🤣)
Kesimpulan: Pengisian buku ini sangat bermakna, penuh motivasi dan memberi kita gambaran sebenar tentang dunia penulisan. Meskipun aku bukan penulis, hanya seorang pembaca tegar… tapi buku ini tetap beri kesan yang mendalam.
Perkongsian kisah dan pengalaman dari zaman kanak-kanak hingga dewasa termasuk tatkala terbitnya novel pertama dan perjalanan ke negara orang - bacaan yang menarik dan laras bahasa yang mudah.
Buku ini hadir saat rasa ingin menulis, dan mengabdikan segala pengalaman dalam hidup. Apayang boleh dikatakan tentang buku ini, buku ini bukan guru yang mengajar menulis, tapi sahabat yang mendukung impianmu menulis, support sangat penting untuk menulis, kerana akan berlaku banyak kali writer's block tu.
Ummu Hani menulis dengan suara yang jujur, rendah hati, dan sangat membumi. Beliau bukan hanya berkongsi teknik, tapi mengajak pembaca untuk menulis dengan hati. Bukan sekadar mahu jadi penulis terkenal, tetapi menulis untuk meninggalkan warisan jiwa, ini sebenarnya yang ingin dicapai saat menulis. Bukan nama,tapi RASA.
Apa yang boleh dirangkumkan dari buku ini adalah: 1. Tulis Untuk Warisan JIwa. "Menulislah agar jejak hidupmu tidak hilang dibawa masa." Setiap manusia ada cerita. Tapi tak semua berani berkongsi. Penulisan adalah cara untuk hidup dua kali; satu di dunia, satu dalam ingatan orang lain.
2. Jangan Tunggu Ilham, Tulis Saja Ummu Hani tekankan, ilham bukan sesuatu yang perlu ditunggu. Kita yang perlu memancing ilham dengan duduk, pegang pen, dan mula menulis. "Biar tulisanmu buruk, asalkan ada. Daripada kosong, lalu terus lesap begitu saja." Ini yang menyebabkan lahirnya buku bertajuk Brain Dump daam hidup, semua diluahkan di situ.
3. Gunakan Bahasa Jiwa, Bukan Bahasa Skema Tulisan yang hidup bukan yang paling sastera, tapi yang paling terasa. Tulis dengan suara sendiri. Kerana pembaca bukan mahu dikagumkan, mereka mahu disentuh.
4. Tulis 15 Minit Sehari Pun Tak Apa Disiplin menulis tidak perlu bermula besar. Ummu Hani sarankan jadikan menulis seperti minum kopi , rutin kecil yang membahagiakan. Setakat ini masih belum dapat perutukkan 15 minit tulis, baru dapat hidupkan 15 minit baca huhu
5. Menulis Adalah Proses Membaca Diri Sendiri Sambil menulis, kita sebenarnya sedang menyelami diri. Mengenal luka, mengingati syukur, dan memaafkan apa yang belum selesai. Untuk jiwa introvert, ini satu proses untuk mengeluarkan diri dari kepompong yang selesa.
Buku ini seperti pelita kecil dalam ruang yang gelap. Ia membisikkan: "Tulislah, walau kau rasa kecil. Kerana kebenaran kecil pun, bila ditulis dengan jujur, boleh mengubah hati yang besar."
Kesimpulan: Buku ini tidak menjanjikan kau jadi penulis best-seller. Tapi ia mungkin akan membuat kau mula menulis dan tak pernah berhenti.
Buku ini menjadi penyuntik semangat untuk mula menulis, ujian-ujiannya ada. Tapi kena lalu. Dan antara yang penting juga adalah bermula awal, mungkin dengan jurnal dan penulisan pendek, dan satu lagi adalah sistem sokongan untuk menulis. Dua perkara ini sangat memberi impak kepada usaha untuk menulis tersebut.
Sebuah autobiografi disertai dengan tips penulisan dan juga gambaran bagaimana penulis menulis cerpen dan novelnya. Penulis juga bermurah hati melampirkan contoh skrip drama televisyennya buat panduan pembaca. Semoga lahir lebih ramai penulis-penulis berunsur dakwah seperti Ummu Hani sahabatku yang membawa ke jalan Allah melalui penanya.
Say beli buku ini sebab saya ingat ia merupakan buku panduan bagaimana menjadi seorang penulis. Namun ia lebih kepada memoir penulis itu sendiri. Hanya 2 bab terakhir dibincangkan tentang bagaimana mahu menjadi penulis. Keseluruhan buku yang baik. Tidak rugi membacanya.
Minggu lepas baru sahaja menghabiskan makalah "I want to be a Writer" oleh Ummu Hani Abu Hassan. Buku ini lebih kepada catatan perjalanan bagaimana penulis Ummu Hani menjadi penulis buku dari pelbagai genre-novel,novel kanak2,novel kembara,biografi.
Bab pertama dalam buku ini ialah cinta pertama. Cinta pertama yang dimaksudkan adalah bagaimana bermulanya cinta penulis terhadap pembacaan. Disebabkan perangai penulis semasa kanak2 yang suka memberontak, penulis dilekakan dengan buku cerita oleh bapa penulis. Saya tertarik dengan cara didikan bapa penulis yang juga sebenarnya seorang penulis. Awal didikan mencintai dunia penulisan bermula ketika penulis masih kanak2. Semasa perjalanan balik ke kampung, penulis disuruh oleh bapanya mencatit segala pemandangan/objek yang dilihat sepanjang perjalanan. Penulis disogok dengan latihan menulis oleh bapanya yang memang mengimpikan salah seorang anaknya mengikut jejak langkah si bapa sebagai penulis.Dan akhirnya, didikan itu terbawa-bawa hingga dewasa, tak sah kalau takde buku catatan jika hendak ke mana2. Didikan itu juga melahirkan seorang penulis yang bagi saya punya aura tersendiri dalam tulisan beliau. Segmen terakhir dalam buku ini terisi dengan tips2 menulis dari penulis. Saya belajar sesuatu dari buku ini. Saya boleh meniru cara latihan yang penulis alami. Betullah kata orang,practice makes perfect. Tapi, kalau lambat berlatih menulis pon takpe, better late than never right?
Ingatkan buku ini berbentuk fakta tentang cara-cara nak jadi penulis. Tetapi buku ini lebih kepada autobiografi penulis Puan Ummu Hani dari zaman kanak-kanak sehingga menjadi seorang isteri dan ibu. Permulaan buku ini sungguh kelakar. Seronok membaca kisah penulis sebagai seorang kanak-kanak nakal dan tidak makan saman. I can relate some of the author's experiences with my childhood memory. Masa kecil, aku juga suka korek tanah untuk cari cacing macam penulis. Yang bezanya, penulis cari cacing untuk buat umpan. Tapi aku cari cacing untuk dipelihara dalam tin Milo.
Penulis sungguh bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sangat pandai mendidik anak-anak. Ayah penulis antara orang penting yang membentuk dan melatih beliau untuk menjadi seorang penulis. Ada tips parenting dari ayah penulis yang mungkin akan aku guna untuk didik anak aku satu hari nanti.
Buku ini barangkali lebih sesuai dikenali sebagai satu catatan perjalanan penulis semenjak kecil sehingga sekarang. Mengenali penulis secara peribadi, buku ini mengorek lagi sisi-sisi di dalam diri seorang Ummu Hani. Bertaaruf melalui buku ini mengenai dirinya, barangkali lebih mendalam kerana kadang adalah mustahil untuk bercerita tentang diri begitu sahaja melulu.
Pun begitu, terdapat tips yang terselit di sana sini, dan dimampatkan di penghujung buku.
Saya merasakan buku ini memang benar-benar ditulis buat anakandanya yang pertama- sebagai tanda kenang dan cinta seorang ibu; di balik gelojak pengharapan supaya anakanda menjadi penulis sepertinya juga...
Merupakan catatan hidup penulis. Tips penulisan pula disisip di akhir buku. Sangat suka dengan cerpen dan skrip drama penulis, yang bagi saya sangat kuat mesejnya. Penulis mengajarkan saya yang menulis ini adalah kolaj mutiara yang kita kutip dalam hidup masing-masing.
Saya faham yang penulisan itu tips dan tekniknya bukan semata-mata dipelajari melalui kelas atau buku tetapi dikayakan melalui pengalaman. Penting untuk penulis mengakrabi suasana sekelilingnya dan menggunakan segala informasi yang boleh dicapainya untuk karyanya. Alhamdulillah buku ini mampu memberi inspirasi.
Buku yang menarik. Didahului dengan latar diri penulis yang saya fikir zaman kanak-kanaknya sangat 'happening'. Diceritakan bagaimana beliau menulis dan diberikan beberapa contoh hasil tulisan beliau untuk dijadikan panduan kepada bakal penulis.