Jump to ratings and reviews
Rate this book

Teduhan Kasih

Rate this book
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

575 pages, Paperback

First published January 1, 2012

67 people are currently reading
1027 people want to read

About the author

Marissa

18 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
502 (52%)
4 stars
242 (25%)
3 stars
160 (16%)
2 stars
33 (3%)
1 star
16 (1%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
January 13, 2013
Photobucket

Wujud ke seseorang lelaki yang baik hati seperti papa Ehsan? Dan wujud ke perempuan yang ditindas oleh suami serta dibuang bagaikan barang yang tidak berharga? Tidak mustahil didalam dunia ini. Kerna banyak cerita luahan hati seperti ini.

Cerita mengenai seorang isteri, Iffa telah dibuang bagaikan sampah oleh suaminya, Ryzal sewaktu dia mengandung. Si suami telah terlanjur bersama kawan baik Iffa sendiri, Ayu. Iffa telah dipukul dicaci malah dihalau tanpa belah kasihan. Ibu mentua dia sendiri tidak menyukai diri. Lantaran itu, dia membawa diri ke rumah mak tirinya. Status sebagai anak kepada isteri ke2 membuatkan ibu tiri serta kakak tirinya mencaci, mengherdik malah dikerah sebagai orang gaji.
Photobucket

Sewaktu mahu melahirkan Adam, dia ditinggalkan oleh ibu tiri yang sedang seronok pergi bercuti. Dengan kuasa Allah, ada pemuda bernama Ehsan melalui tempat Iffa menunggu teksi dan menghulurkan bantuan.
Di hospital, jururawat menganggap Ehsan sebagai suami Iffa dan mengajak Ehsan masuk sekali ke bilik bedah. Ehsan melalui detik yang begitu indah sewaktu Iffa melahirkan Adam dan disitu timbul perasaan yang sukar untuk ditafsirkan oleh Ehsan dan Iffa jua.
Photobucket

Ehsan membawa Iffa pulang ke rumahnya dan dijaga oleh Makcik Hanim. Ehsan menjaga Adam seperti anaknya sendiri. Selepas Iffa habis pantang, Iffa kembali semula ke rumah ibu tirinya. Dek kerna tidak tahan diperlakuan sebagai orang gaji, dan Ehsan yang merindui Adam. Iffa bersetuju pulang semula ke rumah Ehsan.
Photobucket

Akhirnya Ehsan melamar Iffa dan hiduplah mereka sebagai suami isteri. Kehidupan mereka yang baru bermula diganggu oleh Nurlisa. Kisah silam Ehsan yang penuh dosa membuatkan Iffa curiga. Lantaran kemunculan Ayu yang memohon maaf menganggu perhubungan Iffa dengan Ehsan. Iffa menyangka Ayu telah insaf dan meminta pertolongan Iffa untuk bersemuka dengan Ryzal. Tetapi lain pulak yang disampaikan oleh Ayu kepada Ehsan. Nasib baik Ehsan jenis seorang lelaki yang tahu mana intan yang mana kaca. Ehsan menasihati Iffa supaya tidak terlalu baik dan percaya pada seseorang yang pernah menghancurkan kehidupan Iffa.
Photobucket

Setiap yang berlaku pasti akan ada pembalasan, cuma cepat atau lambat. Walaupun Iffa memaafkan perbuatan Ryzal, Ayu, ibu tiri dan kak long terhadapnya, tetapi terselit jua hati supaya mereka mendapat balasan. Kita sebagai manusia tidak lari dari sifat tersebut.
Photobucket

Terdapat jua kisah-kisah yang mencuit hati didalam Teduhan Kasih. Tidak sesuai untuk orang yang belum berkahwin sebab ada perhubungan intim diantara suami isteri. Ada penulis kata berbau agak lucah tapi bagi sha yang selalu baca English romance, ini adalah normal. Biasalah hubungan suami isteri. Sila baca dengan hati yang terbuka.
Photobucket

Ada beberapa kesilapan, mungkin terlepas pandang. Bab 55, Iffa bersolat sedangkan waktu itu, Iffa sedang uzur. Dan satu lagi sewaktu Izad memanggil Iffa as kak long instead of kak cik sewaktu menanyakan tentang kereta. Sha musykil sama ada Sofea ada 2 orang yang berlainan, satu sofea adik tiri Iffa dan adik sepupu Ryzal.
Photobucket

Cerita ini akan diadaptasikan as drama tidak lama lagi. Ohhh tak sabar nak tengok papa Ehsan. Suka sangat!
Photobucket
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 6, 2016
Adam Ehsan [Adam], anak pertama yang amat dinanti-nantikan Iffa. Telah lama menunggu, dia pun dah tak larat menanggung rasa dipandang hina oleh keluarga Ryzal. Namun siapa tahu belum sempat berkongsi rasa, hatinya dicalar-calar. Ryzal rupanya dalam diam berhubung dengan Ayu; teman baik sendiri. Enam tahun menyulam cinta rupanya tak cukup untuk mengikat Ryzal menjadi suami setia.

Kecewanya hanya Tuhan yang tahu. Sakitnya benar-benar menghiris, tetapi kerana anak yang dikandung Iffa tegar. Dia perlu bangkit untuk anugerah yang terindah itu. Di saat melahirkan, takdir membawanya bertemu Ehsan. Lelaki itu umpama angel. Melindungi dan memeliharanya agar tidak terluka. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, Ehsan ternyata lelaki yang berjaya membuat Iffa kembali bahagia. Tapi... Apakah benar Ehsan lelaki yang baik?

Ehsan mengaku dia bukannya lelaki yang baik. Agak klise lah, anak orang kaya, punya rupa dan pangkat tetapi kaki perempuan. Tetapi bila bertemu seorang wanita yang sarat mengandung yang mahu melahirkan, hati Ehsan tergerak untuk membantu. Dan Iffa nyata bukan wanita yang sembarangan. Dengan Iffa, Ehsan mula mengerti rasa kasih sayang. Dengan Iffa, Ehsan mula mengenal fitrahnya sebagai hamba Tuhan.

Namun sukar juga untuk Ehsan mengorat Iffa haha5 Bukan kerana Iffa masih sayangkan bekas suaminya tetapi hati yang hancur berderai perlu masa untuk sembuh. Iffa sedang cuba melindungi diri daripada terpedaya lagi dengan janji seorang lelaki. Mujur ada Adam, si kecil penghubung rasa cinta antara mama dan papanya. Adam sememangnya ‘watak utama’ yang paling comel! *wink*

Dan kerana Adam jugalah, mereka berdua berkahwin. Ehsan kan sayang sangat dengan Adam, mana dia mahu lepaskan anaknya itu. Tetapi Iffa, sudah bersediakah menerima suami baru yang punya banyak kisah silam itu? Dan Ehsan, apakah benar hanya Adam sebabnya, bukan kerana sudah jatuh hati pada Iffa? Jeng jeng jeng... sila-sila baca sendiri ;))

Aku tak punya banyak masalah menghadam karya ini. Ia cerita yang santai walaupun agak berat sebenarnya - kisah si isteri yang ditinggalkan, suami yang curang dan sahabat yang sebenarnya gunting dalam lipatan. Cuma rasanya ia tak sesuai untuk anak remaja sebab ia cerita suami isteri. Walaupun taklah terlalu expose, tetapi eloklah beringat ;))

Oh! Nak beritahu tentang ini. Mungkin ada kesilapan kot di bahagian Iffa yang sedang uzur tetapi boleh solat. Nak kata plot berbeza, rasanya dalam satu bab je tu. Dan sedikit keliru tentang watak Sofea. Gadis tu adik tiri Iffa atau sepupu rapat Ryzal? Atau mungkin kah nama sama jadi aku yang keliru *rolledeyes*

Hujan rintik-rintik, air bergelombang. Adam sangat cantik papa sangat sayang. Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang. Mama sangat cantik...papa sangat sayang... [page 90]

Well...well, mana ada hati perempuan tak terbuai ye tak? kih5 ;P
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
August 28, 2013
N agak terkejut tone cerita ni jauh berbeza dengan Bila Hati Kata Sayang. BHKS agak silly dan kebudak-budakkan tapi Teduhan Kasih lebih serius dan dramatis dari awal.

N rasa ramai betul manusia yang kejam dan tak berhati perut dalam cerita ni. Harap-harap in real life, takdalah orang seperti Ryzal and his family dan family tiri Iffa. Kalau ada, mintaklah dijauhkan. Dorang ni dah tak boleh kira sebagai manusia lagi.

Selepas diceraikan oleh Ryzal semasa dia sedang mengandungkan anak Ryzal, Iffa menumpang di rumah mak tirinya. Walaupun dia sarat mengandung, Iffa dipaksa menguruskan hal rumah seperti hamba abdi. Family Ryzal pun tak mengendahkan Iffa.

Iffa bertemu dengan Ehsan semasa dia nak bersalin. Ehsan lar yang pegang tangan dia semasa dia nak bersalin. Selepas bersalin, Iffa tiada tempat nak dituju untuk berpantang. Nak balik ke rumah mak tiri, dorang pergi bercuti sebab saja nak biarkan Iffa bersalin sorang-sorang. Nak tumpang rumah bekas mak mertua, memang tak boleh haraplah. Terpaksalah Iffa terima pelawaan Ehsan untuk berpantang di rumah bujangnya.

Ehsan sangat attached pada anak Iffa yang diberi nama Adam Ehsan. Ehsan layan Adam seperti anak sendiri, sedangkan family Iffa dan Ryzal menganggap Adam sebagai anak sial dan anak haram. Kasih yang ditumpahkan pada Adam membuat Iffa jatuh cinta pada Ehsan. Sama jugalah Ehsan pada Iffa. Mereka mengambil keputusan untuk bernikah dan membesarkan Adam bersama-sama.

Iff bahagia menjadi isteri Ehsan. Tapi ramai yang mendengki. Ada yang cuba memisahkan Ehsan dan Iffa tapi rumah tangga mereka tetap utuh. Nasib baiklah dorang ni saling berkongsi rahsia. Jadi segala fitnah yang ditaburi orang lain, tak ke mana pun. Risau jugak N kalau dorang ni bergaduh. Nanti karang tambah pulak lagi satu masalah!
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
April 9, 2022
12/2022

Lama betul buku ni baru nak baca... Selepas tgok drama berapa tahun yg lalu .. baru kesempatan baca novelnya sekarang.
Novel ini mengisahkan tentang Iffa dan Ehsan. Mereka bertemu ketika Iffa dalam kesakitan untuk bersalin. Kesian Iffa.. dah lah Suami menceraikan dia ketika dia baru sahaja tahu sedang mengandung. Suami Iffa dirampas oleh sahabatnya bernama Ayu. Tiba masa bersalin tak ada seorang keluarga pun nak tolong Iffa. Nasib baik Ehsan datang membantu.. dari saat Iffa melahirkan anaknya Adam hingga lah dalam berpantang.. semuanya Ehsan yg bantu Iffa... Sehingga lah Ehsan berkahwin dengan Iffa kerana Ehsan dah sayang sgt pada Adam seperti anak kandung. Sebenarnya bagi saya.. Ehsan juga perlukan Iffa utk menjadi insan yang lebih sempurna... Ehsan dan Iffa saling lengkap melengkapi. Banyak pengajaran yg boleh kita dapat dalam karya Teduhan Kasih ini. Selagi kita ada niat utk berubah menjadi insan yg berguna.. insyaallah pastu Allah swt tunjukkan jalan.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Membaca kisah ini membuat kita jatuh simpati kepada watak utamanya, Iffa. Perjalanan hidupnya penuh liku sebelum bertemu kebahagiaannya sendiri. Sudahlah diceraikan suami waktu sedang mengandung, bekas suaminya, Ryzal tu tak mahu mengaku yang anak yang dikandung Iffa tu adalah anak daripada benihnya. Paling tak disangka, Iffa diceraikan sebab Ryzal mahu berkahwin dengan orang yang mengaku dirinya sahabat baik Iffa, Ayu. Heh. Memang kawan makan kawan punya spesies ni.

Sebaik diceraikan, Iffa menumpang tinggal di rumah keluarga tirinya. Mereka ni bukannya bersimpati, tapi makin menambah beban tekanan perasaan kepada Iffa. Walaupun pelbagai kata cacian yang diterima daripada ibu dan kakak tirinya, Iffa tetap bertahan demi anak dalam kandungannya. Layanan mereka kepada Iffa pun tak ubah seperti layanan kepada pembantu rumah. Lagi kejam, waktu Iffa dah sampai masa nak bersalin tak ada sesiapa di kalangan keluarga mereka yang membantu. Masing-masing memang dah berpakat supaya Iffa bersalin sendirian.

Kebetulan, waktu Iffa sedang menunggu teksi nak ke hospital, Ehsan muncul menawarkan pertolongan. Kira Ehsan ni macam penyelamatlah kepada Iffa. Sanggup teman Iffa sampai ke dalam labour room walaupun mereka tiada pertalian. Cuma part ni saya agak confuse. Sanggup pula Iffa ni biarkan lelaki bukan mahram teman. Hmm, mungkin penulis ada sebabnya sendiri. Ehsan yang dah jatuh sayang kepada Adam (anak Iffa) menawarkan tempat tinggal untuk Iffa untuk berpantang selepas melahirkan Adam.

Habis berpantang, Iffa kembali ke rumah keluarga tirinya. Kononnya untuk menumpang sementara sebelum dapat kerja. Dalam masa yang sama, hubungan dengan Ehsan masih berterusan disebabkan Adam. Ada satu peristiwa yang menyebabkan Iffa cedera dan kemudiannya nekad untuk keluar dari kongkongan keluarga tirinya. Ehsan pula dengan senang hati menerima kehadiran Iffa dan Adam dalam hidupnya. Untuk mengelakkan timbulnya fitnah, Ehsan kemudiannya melamar Iffa untuk dijadikan isteri. Masing-masing ni sebenarnya dah ada hati dalam taman. Tapi kedua-duanya fikir hubungan halal mereka berdua tu hanya disebabkan oleh Adam.

Bagaimana kedua-duanya menyesuaikan diri dalam perkahwinan ini? Bahagiakah Iffa dengan pilihannya ini? Atau masih ada lagi anasir-anasir gangguan daripada Ayu?

Komen saya: Papa Ehsan ni memang manis. Haha. Walaupun digambarkan sebagai kaki perempuan dan seorang pemabuk tapi disebabkan kehadiran seorang anak kecil yang tiada langsung pertalian darah dengannya mampu buat seorang Ehsan merubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Phew. Saya agak berpuas hati dengan keseluruhan kisah ni sebab rasanya tak ada persoalan yang tergantung. Cuma ada sedikit kesilapan fakta yang mungkin pihak editor terlepas pandang. Oh, satu lagi untuk adik-adik, buku ini tak sesuai dibaca oleh kamu sekalian ya? Ada adegan yang tak sesuai untuk tatapan umum. Jadi para ibu atau kakak, sila tapis bahan bacaan untuk anak-anak atau adik-adik kalian ya? :)
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 30, 2013
Teduhan Kasih merupakan novel pertama daripada penulis Marissa yang aku baca and I think this is her second book. First impression is very important to capture readers' interest to buy more from the same author. I don't know about her first novel, tapi novel kedua ini memang superb.

Novel ini menceritakan kehidupan yang ditanggung oleh seorang isteri mengandung yang baru kehilangan suami; kehilangan as in diceraikan. Iffa was described as an isteri yang solehah, from what we can see and apparently, that's not what her husband wanted. Di dalam diam, suaminya, Ryzal mempunyai hubungan dengan kawan baik Iffa, Ayu. Disebabkan Ayu tidak rela bermadu, she asked Ryzal to choose... and he chose Ayu. Iffa balik ke rumah ibu tirinya and she ended up being tortured. Adui... terseksa membaca part before baby lahir ne.

Ehsan used to be a womanizer and drinker. Takdir telah menjadikan dia sebagai penyelamat Iffa semasa dia sedang sarat mahu melahirkan anak. Orang-orang di hospital tu pun thought that Ehsan was the father so dia dibawa masuk ke labour room. Creepy...

Kelahiran Adam membawa makna baru dalam hidup Ehsan sampai dia mengelarkan dirinya Papa kepada Adam. He even suggested the baby's name. I suka sangat dengan perwatakan Ehsan and his character development was brilliantly written. Dari seorang yang tak ada moral kepada seorang bapa yang bertanggungjawab, dan kemudiannya menjadi suami yang pengasih... dan akhirnya sedar daripada kealpaanya sebelum mengenali Iffa.

One thing that I tak suka sangat... the part di mana Iffa membiarkan orang sekililingnya menyangka Adam adalah anak hasil perhubungan sulitnya dengan Ehsan. Hmm... Tau la dia nak menyakitkan hati orang yang berkenaan tapi cara ini, bagi I, menjatuhkan maruahnya and I don't like that. The truth was hidden far longer than it should be.

I'm really unsure how I feel about Iffa's character. I like her as a wife, tapi I tak suka at the beginning tu dia macam tak ada maruah. Merayu-rayu even setelah dimaki. Stress I baca that part. Selepas bersama Ehsan, she's becoming more likable.

Seperti yang saya baca dalam review sebelum ini, memang this novel isn't suitable for underage readers and even some yang dah cukup umur are not comfortable with the image the author dah lakar. For me, I'm not really bothered by this sebab novel Inggeris banyak yang menceritakan lebih detail... tapi bila membaca novel Melayu ne, feelnya lain and weird. Some things are acceptable, but some are not, seperti part strip dancing tu. I think this is the first Malay novel yang ada babak-babak daring dari husband and wife... well -- at least the one that I have read la.

Dan lagi... seperti yang sudah kena mentioned, terdapat satu kesilapan di dalam novel ne. Memang ketara sangat... In one of the chapters, Ehsan bantu Iffa untuk melakukan solat and in the same chapter yang I think lewat beberapa minit selepas tu, Iffa cakap dia bendera merah... Contradicting.

I have satu kemusykilan... Selepas Iffa, Adam and Ehsan balik dari Kuching, Ehsan planned nak bawa mereka overseas and mentioned something like everything dah settle, tinggal nak uruskan passport Iffa and Adam. Kalau baru nak buat, macam mana Iffa and Adam can naik flight ke Kuching? I don't know if Malaysia ada dua passports (for within Malaysia or for international use) or maybe you don't need a passport untuk naik flight within Malaysia. Confuse I...

Lagi satu kemusykilan... Dari apa yang Iffa cakap, macam tak ada apa-apa bad dalam perkahwinan diorang recently tapi selepas she was divorced, banyak flashback Iffa showed kenangan buruk bersama si bekas suami. Apa yang bahagianya kalau dia kena treat buruk macam tu. Belit-belit...

The thing that I like and enjoy the most about this novel is when the attempts si Ayu nak buat untuk sakitkan hati Iffa tu selalu gagal. It's fun and amusing. Selalunya watak baik ne senang je dimanipulate oleh watak antagonis, tapi here that is not the case.

Watak-watak antagonis dalam novel ne, nauzubillah, ramai! Semua mendapat pembalasan, tetapi tak semua sedar dengan kesilapan diorang and still stay jahat... very unusual, really...

Style penulisan, for me, ditahap average. Kadang-kadang I have goosebumps membaca certain part sebab for me seperti sedikit kebudak-budakan and banyak repitition. Despite that, it's still readable.

Highly recommended. Plot wise, amazing.

P/S: Drama novel ne dah ada! Adi Putra as Papa Ehsan. :D


Sinopsis:

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 11, 2019
Masa 1st time baca, ambik masa 1 hari je untuk habiskan. Baca plak dalam bas, perjalanan dari KL ke KT. Sekarang, baru terasa nak review kat sini. Best sangat jalan ceritanya. Jadi, buku ni dah masuk kategori diulang baca berpuluh kali dah. Drama pun dah tengok dan jadi fenomena gak dulu.

Kalau nak dipertikaikan, wujud ke Papa Ehsan ni dalam dunia nyata. Mungkin ada tapi kita tak pernah jumpa. 😁 Saya suka dari segi kematangan watak hero & heroin. Apa jua masalah yang berlaku selesai dengan cara baik sbb tak wujud rahsia antara mereka.

Walaupun ada pengacau baik dari segi perempuan yang pernah mendampingi Ehsan masa zaman jahiliyah dia dulu dan keluarga Iffa sendiri tapi Ehsan pandai handle dan tak mudah percaya dgn anasir negatif yg cuba nak porak-peranda rumah tangga mereka.

Karakter utama yang menyatukan hero & heroin dlm novel TK sudah semestinya Adam Ehsan. Suka dengan perwatakan dia dalam TK. Walaupun x dpat kasih sayang bapa kandung tapi dia dapat kasih sayang Papa Ehsan yang melimpah ruah. Siapa pun tak leh usik or cakap yang tak elok pasal dia konfem Papa Ehsan marah balik org tu. Maklumlah dah jadi kesayangan papa. ☺️

Tak sabar nak baca Teduhan Kasih 2 nanti. Kak Marissa cakap ada sambungan. Hopefully, tahun ni. Hehehe... Sabar jelah menunggu 😊
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 18, 2013
Mungkin ceritanya biasa2 bg yang pernah baca kisah suami curang dengan kawan baik sendiri dan isteri diceraikan dalam keadaan berbadan dua. Dan yang paling sadis, anak yang dikandung dan ditunggu bertahun lamanya akhirnya tak dialu-alukan kehadirannya oleh si suami malah menuduh si isteri yang curang.

Kesian dengan watak Nurul Iffa. Mertua tak terima, suami curang, kawan makan kawan dan mak tiri dan kakak pula layan dia macam cerita Melayu bawang merah bawang putih tak pun cerita cinderella. Dalam keadaan mengandung, semua kerja rumah mak tiri serahkan pada Iffa. Adat menumpang teduh, Iffa terpaksa telan semua sumpah seranah dan cuba pertahankan bayi yang dikandung yang dikatakan anak sial. Akhirnya Putera kacak muncul di saat Iffa sakit nak bersalin tatkala bekas suami berbulan madu dan semua orang masa tu la nak cuti-cuti Malaysia. Lahirnya bayi comel melembutkan hati lelaki yang tak dikenali sehingga sanggup mengaku sebagai papa. Bermula dari saat itu, nasib Nurul Iffa dan Adam Ehsan terbela. Mereka berteduh kasih dengan Ehsan, lelaki yang memiliki segala-galanya tetapi jiwa kosong dan ketandusan kasih sayang.

Adam disayangi papa Ehsan seperti anak sendiri dan menjadi penghubung Iffa dan Ehsan. Akhirnya Iffa diangkat menjadi isteri. Kisah selanjutnya adalah kisah rumahtangga Iffa Ehsan dan penghijrahan Ehsan. Ehsan mula mendekatkan diri pada penciptanya dan belajar menjadi hambanya setelah 32 tahun hidup dengan kemungkaran dan kejahilan. Pengakhiran bagi mereka yang membuat onar tidak ketinggalan diceritakan dan masing2 menerima hukum karma.

Komentar Cik Pah,
Cerita Tanggungjawab Iffa sebagai isteri dan Ehsan sebagai suami boleh dipuji tetapi bab 'hubungan' suami isteri tidak sesuai untuk bacaan umum.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
August 8, 2019
Pilih buku ni sebab baca review di GR mostly positive. Tapi em em. Nak kata best sgt tu tak, nak kata tak best pun tak jugak.

To me agak meleret kat certain parts of story. Ada scenes yg seems like berulang cuma dialog berbeza je which is membuatkan cerita ni macam slow pace and boring bagi aku. Scenes tu mostly part si heroin sebab asyik cakap diri terbuang lah blabla so on. Menampakkan wanita ni lemah, sakit pulak hatiii kita. Huhu

And I like how patience the hero is. Even dia ada bad black past of his life but dia tu dikira baik lah. Baik, sabar.

And apa yg aku suka pasal cerita ni banyak terapkan good value of life. Even heroin tu asalnya free hair, dia baik and takde nak judge orang. And dia usaha untuk being better day by day.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
November 12, 2012
Kerana seorang bayi,dia berubah dr yg krg baik kpd yg lebih baik
kerana seorang bayi,perasaannya terhadap wanita turut berubah.
kerana seorang bayi,maafnya ada untuk seseorang yng melahirkannya !

Semuanya berubah hanya kerana seorang bayi yang tiada kaitan dengannya.

Adam Ehsan.

Ehsan seperti insan yang hidup semula bersama lindungan kasih dari Adam.
Profile Image for bibliophile.
91 reviews1 follower
May 7, 2025
What I thought about this book:

🔖Best best best. Novel lama tapi baru baca sekarang. Storyline dan plot tersusun dengan baik dan cantik. Cerita tak draggy and conflict selesai dengan cepat. Tak buang masa dan meleret just nice.

🔖Al rasa semua watak dalam novel ni dari watak utama sampai watak sampingan semua berjaya menghidupkan cerita.

🔖Al sangat berpuas hati dengan ending untuk Ryzal dan Ayu. Padan muka... Semoga semua Penyondol dan Cheater dekat luar sana dapat kifarah macam Ayu dan Ryzal.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
1. Ryzal kaki pukul. The fact yang pembaca tahu sedikit demi sedikit. And here I was thinking, what the fish was Iffa still doing with him? 6 tahun menyulam hidup bersama lelaki baran yang cepat naik tangan. Wow!

2. Ehsan dikatakan anak luar nikah. Err hello, tak pernah dengar DNA test ke? Kalau si ayah tak nak buat, kenapa si mak tak berkeras? Adeh...

3. Ada 3 perkara yang ustaz (lupa nama dia) kata tak perlu minta izin suami.
- Bayar hutang
- Bagi nafkah pada mak ayah
- Bagi sedekah pada fakir miskin

Jadi bila Iffa minta izin nak sedekah surah Yasin pada arwah mak ayah dia, saya tak pasti itu jatuh kategori mana.

4. SubhanAllah selalunya digunakan pada perkara yang macam tak berapa nak bagus la. Cth, SubhanAllah hambaMu ini bertaubat Ya Allah.

MasyaAllah pula pada perkara yang cantik molek gitu. Cth, MasyaAllah cutenya baby tu atau MasyaAllah cantiknya bulan tu.

Ini saya baru tahu.

5. Pasangan Iffa dan Ehsan ni saya pernah jumpa. (Bukan watak novel ni tapi manusia sebenar yang sikapnya begini). Saya pula jadi malu alang tengok kemesraan pasangan tu. Nasib la suami isteri. Kalau tak, memang mandi teh o ais la setiap kali jumpa. Hahaha... Jadi tak boleh kata yang watak novel ni tipu sebab dalam 8 bilion manusia,mesti ada yang macam Iffa dan Ehsan.

6. Saya suka lenggok bahasanya. Ringkas tapi boleh bayangkan situasi masa tu dan memek muka watak. FYI, saya tak tonton dramanya.

Kenapa tak dapat 5 bintang?

Something is missing. I just can't tell what the heck is it. Mungkin sikap dua watak utama yang meragui kelebihan yang dimiliki masing-masing. Macam makan laksa mak masak baru ni tapi rasa kureng sikit walaupu tetap umphhh. (Rupanya guna ikan lain dari selalu guna daa).
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
January 6, 2014
Beautiful! Ehsan dan Nurul Iffah.
Iffah telah diceraikan oleh Ryzal walaupun dia telah mengandung. Yang sedih sangat, Ryzal kata dia telah terlanjur dengan kawan baik Iffah, iaitu Ayu dan dia tak pernah rasa bahagia semasa mereka bersama. Ryzal dan ibunya serta ibu tiri Iffah mahu dia menggugurkan kandungannya. Namun Iffah bertahan. Dia diseksa semasa tinggal dengan ibu tirinya. Bila waktu dia mahu melahirkan, Ehsan datang memberi bantuan. Ehsan menemani Iffah semasa dia melahirkan Adam dan beri tempat untuk Iffah berlindung di rumahnya sementara Iffah berpantang. Iffah cuba untuk pulang ke rumah ibu tirinya selepas berpantang tetapi dia masih di seksa dan akhirnya dia membuat keputusan untuk tinggal bersama Ehsan dan Makcik Hanim. Hidupnya mula tenang dan Ehsan sangat prihatin akan dirinya dan Adam. Akhirnya mereka mendirikan rumahtangga. Banyak cubaan yang mereka lalu bersama. Mereka saling kekurangan dan saling memerlukan. Mereka saling melengkapi. Akhirnya Iffah dapat mengecapi bahagia dan Ehsan mula berubah menuju kebaikan. Adam jadi penghubung kasih mereka. Ryzal dapat tahu Adam adalah anak kandungnya di akhir hayatnya dan Ayu jadi gila setelah Ryzal meninggal dunia. Ibu tiri Iffah dan Kak long masih berdendam. Ibu tiri Ehsan juga tidak berubah walaupun anaknya telah meninggal dunia dan masih mempertahankan fitnahnya.
Profile Image for A-t.
24 reviews5 followers
June 15, 2013
mmg citer xde sakit ati..hero n heroin x mengong pun..niat jahat slalu xjadi..hahaha..
Adi watak Ehsan mmg terbaik..Sherin ok gak la jd Iffa..da best skali Nabila Huda jd Ayu,Zarina jd Kak Long..mmg terbaik la..Shah Iskandar memei sesuai jd Ryzal..
Profile Image for Sandal Leha.
19 reviews2 followers
June 16, 2013
iffa terlalu baik, sanggup diperkotak-katik oleh sang teman dan bekas suami berkali-kali. mudah memaafkan kesalahan orang lain menyebabkan orang keliling sering mengambil kesempatan atas dirinya.

ehsan, lelaki romantik yang menjadi igauan semua wanita dan dicemburui kebanyakan lelaki
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
August 26, 2015
Best jugak jalan cerita dia. Tak cliche
macam novel lain. Agaknya novel terbitan karya seni memang tak mengecewakan. Setakat ni, tak pernah baca terbitan KS yg tak best. Ada yang tak logik tapi biasalah.. novel kan. Rekaan semata-mata.
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
June 15, 2013
i'm in love with u papa adam..so sweet
1 review
February 25, 2021
novel terbaik yg pernah sya baca.. sangat2 best cerita nya
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Diniy Qistina.
144 reviews5 followers
February 1, 2025
Novel lama, terbitan tahun 2012. Sebenarnya, versi adaptasi drama dah banyak kali sangat tengoknya. Dari masa masih ongoing tahun 2013 hinggalah ulangan tah kali berapa 😂. Jadi kita curious lah nak tahu versi asli novel macam mana pulak. Boleh dikatakan persamaan dengan versi adaptasi drama hanya pada permulaan sehingga awal pertengahan cerita sahaja. Sebahagian besar separuh kedua cerita memang totally berbeza dengan yang diadaptasi.

Watak Iffa ni kebanyakan hampir setiap masa rasa nak maghoh dia ni. Sejenis baik tak bertempat. Ada je part dia jadi kurang baik. Betul-betul menguji kesabaran kita sebagai pembaca. 😮‍💨

Ehsan, walaupun masa lalu dia gelap tapi setelah bertemu dengan Iffa & Adam hidup dia telah berubah. Berubah jadi lebih baik. Lepas kahwin dengan Iffa, memang almost flawlessly ya. Pastu layan dan jaga Adam macam anak kandung sendiri. Even ayah kandung Adam pun buat tak peduli dengan kewujudan dia. Memang susuk suami dan bapa mithali betul. Too good to be true. 😔✋🏼

Sejujurnya saya kurang masuk dengan gaya bahasa(?) untuk dialog-dialog dalam cerita ni. Agak baku. Sangat pelik untuk dibaca 😭. Dia jadi awkward tau. Bila sekian watak sedang marah atau mengamuk guna ayat baku, dia jadi sopan pulak. Pelik tau orang sedang marah atau mengamuk ni guna ayat sopan untuk melampiaskan perasaan dia. Dah macam sedang masuk uji bakat berdebat pulak. 😔

Pastu ada jugaklah ilmu rumah tangga yang first time saya dengar. Benda yang selama ni saya mati-mati fikir boleh, rupanya tak boleh. Satu ilmu baru untuk saya. 😔
154 reviews2 followers
July 11, 2018
Hmm... tema biasa2 cinta, dendam, kemaafan, hubungan suami-isteri, ayah-ibu-anak2, dan persahabatan (yang sweet dan yang berantakan) - mungkin takle terlampau kalau kata 'ini cerita biasa2 aje' atau mungkin boleh kata 'novel ni boleh memberi impak yang lebih' kalau penulis (dan editor) rajin sikit nak trim beberapa parts yang (IMO) agak draggy atau komplen2 lain (yang jugak biasa2, heh)

Novel yang aku boleh baca banyak kali, mungkin sebab cara penulis menghidupkan watak2 utamanya - Iffa, Ehsan, dan anak mereka Adam - 'karenah' mereka memang jadi kekuatan cerita. Two thumbs up!

edit: 11/Julai/2018
Bab 52: Dalam melaksanakan perkara2 fardhu i.e tudung/tutup aurat, takde isu kena mintak izin suami (atau mak-bapak etc.) boleh rujuk hadis "Tiada taat (i.e tak wajib/haram ikut perintah makhluk) dalam melakukan maksiat kepada Allah..."
Profile Image for NurulHana.
1 review
September 29, 2025
3.5/5

Bagi saya, jalan cerita agak cliche. Dah boleh predict apa akan jadi seterusnya. Tiada faktor ‘WOW’, tapi lebih kepada “ohhh macam tu, faham”.

Saya suka dengan character development untuk Ehsan. Persoalannya, wujudkah lelaki sebaik dia? Hahaha

Dan untuk Iffa, kuat dan tabahnya jadi seorang ibu tunggal. Saya kalau boleh, nak masuk dalam novel dan peluk Iffa. Kemudian, nak pergi pukul bekas suami dia. Oopss terlebih emosi! Hehe

Satu lagi, orang sekeliling dia memang jahat bethollllllll lah ek. Kita pula rasa nak baran….

P/s lepas scene kahwin, banyak pula adegan-adegan yang ‘medium spicy’, saya pula yang rasa sedikit canggung😅 maklumlah, tak pernah kahwin. Tak tahu rasa dia macam mana haha
59 reviews
July 8, 2023
Lain orang, lain cita rasa nya.

Bagi saya, cerita ni penuh pengajaran. Takde orang yang sempurna dalam dunia ni kecuali nabi dan rasul utusan Allah. Dan setiap manusia, ada peluang untuk berubah.

Ujian yang diberikan juga setara dengan kemampuan seseorang itu sendiri. Bersendiri ketika mula sakit ingin bersalin. Tapi, muncul seseorang yang entah dari mana untuk membantu.

Percaya dan kasih seadanya. Kalau berlebihan, boleh memakan diri. Kawan ke, suami ke, keluarga ke, sama je. Huhu. It hurts. Tapi itu la realiti kehidupan kita semua kan?

Allah jua tempat bergantung. Suka karya penulis. Plus, bnyk lagu sy tw drpd novel ni 🙈

#novelpreloved
21 reviews
September 3, 2020
Sangat-sangat best! Suka sangat dengan watak Ehsan. Sangat penyayang. Walaupun Iffa janda, dan Ehsan pun ada kisah silam sendiri, tapi cerita ni best sangat tak macam novel lain. Banyak kali dah ulang baca hehehe. Tapi tak sangka kawan baik Iffa, Ayu sanggup rampas suami kawan baik sendiri. Kesian juga kat Iffa sebab kena layan dengan buruk oleh family dan family in law
Profile Image for Siti Sarah.
232 reviews
September 2, 2020
Buku ini beli sebab drama kat TV3 dan sangat berbaloi beli buku. Sebab cerita dia memang best dan mencuit hati dan perasaan. 2020 second time baca.
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.