"Mujurlah Amani membesar dengan ayah dia, sebab itu dia boleh berjaya. Kalau kau yang besarkan dia Zahrah, dah tentulah jadi macam Dian ni, gelap masa depan!"
Hamburan kata-kata itu membuat Dian nekad untuk mengeluarkan dirinya dan mama daripada penghinaan manusia. Dian percaya nilai dirinya hanya akan dihargai dan disanjungi tatkala dia meraih status sosial yang tinggi di mata orang lain.
"...kau tahu kan sebenarnya, yang kau akan jumpa aku dekat sini."
Hidup Dian menjadi huru-hara tatkala dia dihantui oleh bayangan seorang budak berhoodie. Dian juga tanpa sengaja telah membuka semula kunci kepada taman temanya yang telah lama dibiarkan sepi. Kemunculan Ana, teman lamanya juga menambahkan lagi kekalutan dalam jiwa Dian yang menyangka Ana telah lama hilang.
"Taman ini wujud untuk membantu kau, Dian. Bukan untuk menghukum."
1. It's a very good book. I devoured it. This book represents reality, what really happened in our life. Bukan cerita fantasi yang semuanya indah belaka.
2. Aku suka cara penulisan penulis. Ada dua dunia. Dunia realiti dan dalam minda Dian. Sisi jahat dan sisi baik seketul Dian.
3. Aku tak suka Dian. Dari awal sampai almost the end aku rasa nak hempuk dia. She keeps making bad decisions sampai sisi baik dia hampir pupus. Nasib baik beberapa minit terakhir cerita ada sinar. Tapi aku faham kenapa dia macam tu.
4. The struggle to keep you sane. Yang mana orang sekeliling tak akan faham. But you can never be alone. Sometimes you need someone so that you won't stray from the right path.
5. There's a lot of good messages! Yang paling aku suka dan rasa tertampar muka sendiri:
"Hidup kita ini untuk Allah, Dian. Hidup Dian bukan untuk kejar pandangan manusia, tapi pandangan Allah. Apa yang Dian buat dalam hidup ini, semuanya hanyalah untuk dapatkan keredhaan Allah. Itulah hakikat kejayaaan yang sebenar, redha Allah dan syurga."
Kisah seorang yang bernama Dian bergelut dalam mencari makna kehidupan. Bertarung dengan pergelutan konflik kekeluargaan, peribadi dan kerjayanya. Dian dan kakaknya, Amani mempunyai persamaan yang sama. Keliru akan definisi dan makna pada perkataan KEJAYAAN. Masing-masing mendefinisikan kejayaan itu pada terma yang salah dan makna yang bersimpang siur terhadap kejayaan itu sendiri. Pergelutan dan konflik yang menjerumuskan masing-masing kepada menghukumkan diri sendiri terhadap jangkaan masyarakat sekeliling.
Buku ini banyak mengetengahkan kritikan sosial. Kritikan terhadap ibu bapa yang bercerai. Kritikan terhadap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga tidak mengimbangi kasih sayang di antara anak-anak. Kritikan kepada masyarakat yang mendefinisikan kejayaan itu terletak pada kasta sosial dan tingkatan darjat serta kemewahan harta. Kritikan kepada ibu bapa yang menggadai masa depan anak mereka tanpa sedar dengan meletakkan penanda aras nilai kejayaan mereka. Kritikan-kritikan ini menghasilkan satu petanda bahawa situasi dan keadaan begini berlaku. Keluarga bercerai, anak terabai. Keluarga bercerai dek desakan kasta sosial, pangkat dan darjat yang berbeza di antara 2 keluarga.
Vibe K-Drama, Start-Up terutamanya babak temuduga (interview) di Crystal Tech. Penilaian-penilaian di Crystal Tech itu seakan-akan sama dengan sistem penilaian di Crystal Tech. Tidak dinafikan juga, di satu sudut yang lain sistem penilaian temuduga di Crystal Tech ini menampilkan suasana Kem Jati Diri. Ia merupakan satu permulaan yang baik dalam memunculkan babak sebegini secara khususnya.
Untuk 100 muka surat pertama, babak monolog diri Dian dengan imaginasinya, Ana yang menguasai jalan ceritanya. Ini menyebabkan halatuju penceritaan untuk permulaan tidak tahu ke mana hala pucuk pangkalnya, penyudahannya yang boleh diteka dan diintrepretasi pengakhirannya. Malah, ia agak menganggu pembacaan kerana terlalu baca deskripsi suasana yang perlu dibaca tanpa sebarang dialog.
Permulaan cerita agak kelam kelibut dalam mendeskripsikan suasana latar dan mungkin agak lewah di beberapa babak awal yang patut dikurangkan. Namun, pertengahan dan penguhujung buku begitu menakjubkan, bacaan lebih lancar sehingga tidak sedar berada di penghujung buku.
Secara keseluruhannya, novel ini merupakan sebuah karya yang baik dan harus dibaca oleh masyarakat. Hal ini kerana, isu-isu yang diketengahkan ini bersifat rencam terutamanya di dalam pendidikan keibubapaan (parenting) dalam membangunkan dan membesarkan pertumbuhan anak-anak.
Buat penulis, jika ini merupakan karya pertama anda dalam fiksyen, ketahuilah ia sebuah karya membangun. Karya yang wajar dibawa ke masyarakat untuk diamati dan ditekuni akan teguran-teguran sosial yang disematkan oleh penulis. Terdapat pelbagai mutiara nasihat yang boleh diambil serta ibrah yang dapat dipelajari dengan lebih mendalam.
Banyak naratif alam dalam Lentera Kaca. Membaca novel ini memerlukan waktu tenang yang panjang supaya dapat melayan cerita Dian dan Amani. Dua adik beradik yang dibesarkan dalam keluarga yang berpisah. Tema novel adalah makna kejayaan yang sebenar dan bagaimana menerima pandangan manusia. Tertanya-tanya juga mengapa Ashraf sebagai ayah membiarkan Dian membesar dengan ibunya tanpa bantuan. Zaman sekarang perpisahan boleh membuahkan persahabatan demi kemaslahatan anak-anak. Novel ini kisah anak-anak yang meniti alam dewasa. Dalam diri kita, ada banyak watak yang bersatu membentuk kita.
Sebuah naskah yang boleh relate dengan ramai orang. Ada pelbagai isu dengan watak watak yang hidup. Cerita yang realistik. Paling penting, penulisan yang sedap dibaca!
Isu broken family, penceraian ibu bapa selalunya akan memberi kesan negatif yang berpanjangan buat anak anak. Dian tertekan dengan hidup sedari kecil, ada "imaginary friends" sehingga dewasa.
Minat yang terpaksa dilupakan demi mengejar mitos "kejayaan sebenar" akibat termakan atau tercabar dengan kata kata orang lain. Dian tinggalkan lukisan demi menjadi seorang engineer.
Aish paling suka isu pengangguran dalam LK. Tak mudah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini dengan kelulusan yang kita ada, untuk kerja yang kita idam-idamkan. Susahnya nak masuk bekerja dekat sebuah syarikat besar, melainkan kau ada ORANG DALAM. Terdapat juga isu rasuah untuk mendapatkan sesuatu.
Boleh jadi orang yang kita tak suka, akan jadi orang yang baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.
Miscommunication antara adik beradik dan ahli keluarga. Amani dan Dian hidup dengan berbeza kelebihan tetapi masih ada hubungan yang boleh dikatakan baik. Masing-masing tidak terlalu mengambil tahu akan kehidupan yang lain mengakibatkan wujudnya andaian-andaian tersendiri terhadap pihak yang satu lagi.
Wujudnya bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap anak anak setelah ibubapa bercerai. Walaupun hubungan itu baik, ada orang yang sambil lewa bila melibatkan soal tanggungjawab dan nafkah.
Overall, aish sukakan mesej yang ingin penulis sampaikan dalam Lentera Kaca. Bagaimana broken family memberi kesan terhadap anak anak, kata kata keji cukup seorang individu sahaja, boleh mendatangkan kesan yang mendalam terhadap seseorang. Apatah lagi jika terpaksa berhadapan dengan kata kata yang menyakitkan sejak kecil. Social status yang sering dimomok-momokkan kepada kita menjadikan kita manusia yang mudah untuk menilai seseorang melalui pandangan mata sahaja. Judgemental. Sedangkan definisi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza-beza.
Aish dapat tahu yang penulis sendiri pergi ke kelas menulis, tak hairanlah penulisannya sedap dibaca!
Tetapi, apa yang mengganggu aish adalah:
Sebagai seseorang yang mengambil masa untuk membaca fantasi, elemen fantasi dalam LK membuatkan pembacaan aish sedikit terganggu. Sebabnya, tidak dinyatakan bahawa Dian sudah pun berada di dalam dunia imaginasinya, di taman temanya. Aish sudah bayangkan taman tema sebenar, baru sedar yang ianya adalah sekadar imaginasi. Mungkin boleh dinyatakan sebelum scene bahawa Dian berada di sekian sekian tempat untuk menjadikan jalan cerita smooth buat semua.
Keduanya, banyak naratif dan ada yang terlalu lama untuk diterangkan.
Walaubagaimanapun, untuk buku debut, Lentera Kaca sudah terlalu baik!
Geram dengan watak Dian yang tak pandai nak stand up for herself tapi hakikatnya orang macam Dian ni wujud.
Dian yang selalu rasa dia ni failure sebab tak sepandai kakaknya dan sanggup buat apa saja untuk membanggakan ibu dan ayahnya termasuklah dengan meninggalkan bidang seni.
A very good book. Banyak motivational quotes. Suka dengan watak ayah dan Amani. Kurang satu bintang sebab awal penceritaan tu aku tak dapat nak masuk and rasa bosan sikit tapi bila dah masuk pertengahan cerita tu dah best.
Aku jugak tak berkenan dengan watak mak Dian dan Amani yang membiarkan maruah dipijak dengan alasan nak balas budi 🙄.
Bagaimana ya mahu simpulkan buku ni pasal apa? Hm maybe i would say dia mcm battle of thoughts la , apa itu kejayaan yang sebenar ,hakikat hidup di dunia adalah utk bekalan di alam sana
Cuma satu je la yg saya x suke knp dian dipisahkan dari ayah nya and bukan ayah seepatutnya kasi nafkah kat dia ke like knp ayah dia biarkan dian terkontang kanting sesorg
Overall buku ni bnyk pengajaran yg kita bole ambil iktibar and saya recommend buku ni
Dian yang membesar dengan ibunya baru saja berhenti kerja dan dalam proses mencari kerja baru. Amani, kakak Dian pula yang membesar dengan ayahnya digambarkan sebagai seorang yang sentiasa berjaya, sekurang-kurangnya mengikut pandangan Dian. Ibu saudara Dian yang sentiasa menghambur kata-kata nista menambah beban pahit pada bahu Dian.
Dalam masa yang sama, Dian menghadapi kemelut kehilangan Ana dan taman temanya jika dia salah langkah dalam kehidupan.
Siapa Ana? Siapa budak berhoodie? Dua persoalan ini benar-benar menambat saya untuk membacanya. Walaupun mengambil masa yang agak lama, persoalan ini sentiasa menarik saya kembali untuk membaca bab demi bab.
Walaupun pada awalnya saya sedikit jengkel dengan Dian yang begitu takut dengan masa lalunya (apa yang Dian suka dulu), namun saya sepertinya memahami Dian lewat perkembangan wataknya pada bab-bab seterusnya.
Sepanjang pembacaan, tidak dapat tidak saya acapkali membayangkan diri sendiri sebagai Dian. 'Ana' yang semakin menghilang dalam diri saya membuatkan saya sangat terkesan dengan cerita ini.
Dunia taman tema yang wujud juga membuatkan graf tertanya-tanya saya sentiasa meningkat. Semakin dibaca, semakin saya memahami perkaitan watak Dian, Ana, budak berhoodie dan taman tema yang wujud pada sela-sela cerita Dian dan temuduga dengan Crystal Tech yang begitu mencabar.
Gambaran proses temuduga dalam cerita ini terlakar dengan baik. Proses demi proses yang diceritakan memberi pandangan yang berguna terutamanya kepada mereka yang terlibat.
Banyak nasihat dan kebaikan yang terserlah daripada cerita ini mendapat tempat di hati saya. Pesan yang dititipkan terasa menghidupkan.
Saya suka Lentera Kaca - sebuah cerita realiti hidup buat pembaca yang mencari makna kehidupan.
Mengisahkan Dian yang 'bertarung' dengan satu sisi gelap dirinya yang tidak ingin dipamerkan pada org lain. Namun, sisi tersebut sebenarnya amat perlu bagi Dian untuk mengharungi cabaran kehidupannya.
Ana, budak berhoodie, taman tema, lentera dan kapal layar adalah sebahagian dari diri dan memori Dian yang ingin dilupuskannya dalam pada dia mengejar kejayaan palsunya.
Saya agak Dian sebegini kerana Dian tidak mendapat kepastian kepada setiap persoalan tentang hidupnya, sementelah lagi Mak Ngah Datin Mariah itu selalu membezakan Amani dan Dian. Walhal Amani dan Dian tiada masalah sebenarnya melainkan perpisahan ibuayah mereka yang menyebabkan mereka terpisah. Teringin nak tau apa jadi dengan Mak Ngah Datin Mariah tu.
Something to ponder melalui buku ini, walau apa pun cita-cita atau tujuan kita dalam hidup ini, jangan la sesekali kita buang nilai-nilai murninkehidupan semata-mata untuk mencapainya. Kelak, pencapaian itu tidak akan datang dengan pakej ketenangan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Terkejut, tidak menjangkakan mesej utama buku ini adalah tentang tujuan hidup. Tidak tahu kenapa, mungkin Allahlah yang mengatur sehingga saya memilih untuk beli dan baca buku ni.
Orang-orang yang berada dalam kelompok tarbiah lebih serasi dan selalu akan bertemu dengan persoalan tentang tujuan hidup. Tapi lain apabila teori itu harus dipratikkan di dunia nyata. Kisah Dian, banyak persamaaan dengan rata-rata manusia di dunia ini. Kita terlalu mengejar tanggapan manusia, bersaing secara tidak sihat. Menenggelamkan impian dan rasa hati sendiri. Hingga akhirnya kita jatuh dalam lembah dilemma yang kita ciptakan sendiri.
Dunia ini terlalu kejam. Dunia ini penuh muslihat. Maka, prinsip yang jelas dan tanggapan yang benar tentang tujuan hidup amat penting untuk memimpin kita menempuhi dunia ini dengan jayanya dan akhirnya kita mampu pulang ke negeri abadi dengan kejayaan yang nyata.
Dian, mungkin tidaklah melakukan kejahatan dan kekejaman serius. Tindakan Dian hakikatnya sedang membunuh dan menguburkan diri sendiri kerana pada awal langkahnya bermula, tujuannya salah .
Well done author! Saya dah mula meminati gaya penulisan Kak Nuha, menanti karya akak seterusnya❤️❤️
Buku ni banyak pengajaran. Dan buku ni adalah realiti kehidupan kini.. Apakah definisi kejayaan, kebahgiaan, maaf pada diri kita ? Adakah status itu penting dlm masyarakat, pandangan org terhadap kita ?? Masih adakah kejujuran dalam diri kita dalam menghadapi dugaan kehidupan?? Beranikah kita mengaku salah dan mula semula dari tapak permulaan?
Basically buku ni almost made me cry esp scene Dian slowtalk dengan mak ayah dia..keretakkan rumah tangga, campur tangan org luar, kata2 ahli keluarga yang menyakitkan punca lemah semangat diri anak2.. kesian Dian🥲
Penggunaan metafora kehidupan yang mendalam dan menyentuh jiwa.
A good reminder for the adult, that there are so much more in life and never forget the little young you 🌟
Buat dewasa sekalian, teruskan berjuang. Moga kita akan jumpa, dalami dan fahami makna kehidupan yang sebenar. Moga Allah mudahkan, dan moga Allah redha :)
Terlalu banyak persoalan yg Dian wujudkan dlm hidup dia. Tbh, aku tak suka karakter Dian. Nampak lembik and blur all the time. Bercakap pun mcm tak ada hala tuju. Asyik, aa... hm.. erm... bosan. Dari awal baca mmg dh fikir yg Ana dan Dian ialah org yg sama sbb bila gabung dua nama tu dpt la Diana iaitu nama full Dian. Banyak juga soalan² yg tak terjawab dlm buku ni. Spt: 1.Kenapa ayah Dian tak bantu Zahrah besarkan Dian padahal tu anak dia juga. 2. Kenapa ayah Dian tak halang kakak dia (Datin tu) drpd hina mak Dian dan Dian? 3. Apa kesudahan mak Dian tu? Masih rela utk kekal dihina sampai dia mati ke? Dan byk lagi la, saya fikir ending dia penulis akan clarify yg Dian ni ada isu mental health mcm Bipolar ke apa. Sbb kedua² character kat taman tema tu ialah diri dia sendiri. Also, scene dlm taman tema tu kan scene dalam otak dia sahaja. Bukan real pun. Basically dia just having a beef dgn diri sendiri la.
Tapi saya faham la niat penulis utk wujudkan buku yg bertemakan kehidupan realiti. Banyak juga ilmu² bermanfaat yg diselitkan. Banyak juga ayat² yang menusuk kalbu pembaca. Mungkin karya ni berkait rapat dgn kehidupan sebenar penulis? (Ntah la main teka je hehe) Apa² pun, tahniah untuk penulis! Saya yakin buku ni mampu menolong mereka² yg mempunyai dilema dalam kehidupan spt main character.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Lentera Kaca by Nuha Yusuff. Buku ni honestly feels like a quiet companion macam lantern kecil yang menyala dalam ruang hati kita yang paling gelap. Nuha Yusuff punya gaya penulisan memang lembut, introspective, tapi ada ketegasan halus yang buat kita rasa “eh, kena batang hidung sendiri ni.”
Lentera Kaca bukan jenis buku yang bagi nasihat secara direct. Instead, dia bawa kita merenung tentang kehidupan, sakit hati, kecewa, healing, dan bagaimana kita belajar berdamai dengan diri sendiri. Banyak ayat yang nampak simple, tapi bila baca perlahan-lahan… bam, rasa menusuk.
Yang I suka, buku ni tak cuba jadi “perfect guide untuk sembuh”. It is so realistik yang kita tak perlu pulih 100% untuk teruskan hidup. Kadang-kadang kita cuma perlukan sedikit cahaya enough untuk nampak jalan satu langkah ke depan. Dan itu pun dah cukup.
Dalam banyak tulisan, Nuha highlight benda-benda kecil yang kita selalu overlook: • how our heart proses kehilangan • how we try to be strong depan orang • how exhaustion feels when the world keeps asking for more • and how faith quietly sits with us even when we’re falling apart
Tone buku ni sangat soothing. Macam duduk tepi tingkap waktu senja, dengan angin lembut, sambil baca sesuatu yang buat kita rasa “I’m not alone in this.”
Dialog internal yang gambarkan pun relatable especially untuk kita yang pernah rasa hilang arah, atau yang tengah cuba rebuild diri pelan-pelan.
Overall, Lentera Kaca is a reminder that fragility isn’t weakness. Sometimes kaca pun boleh jadi lentera, it reflects, refracts, and still shines, even dengan segala retak di dalamnya.
A beautiful, gentle read. Perfect untuk hari-hari yang kita perlukan sedikit pelukan dalam bentuk kata-kata. ✨
Pada 140 mukasurat awal mmg agak membosankan sikit dan saya tercari-cari apa yg ingin disampaikan oleh penulis ini...dan terasa agak 'berat' memikirkan siapa ana & budak hoodie, adakah ianya hanya mainan perasaan Dian atau mmg wujud. Setelah melewati 330 mukasurat barulah saya mula memahami apa yg ingin disampaikan oleh Si penulis. Novel ini berkisahkan tentang Dian yg salah tafsir & keliru tentang kejayaan mengikut persepsi masyarakat skrg. "Hmm, jadi kau rasa hanya dgn menjadi jurutera baru kau boleh berjaya?"Menjadi org yg berpangkat dan berharta, baru akan dianggap berjaya?" "Habis, org yg tak ada pangkat dan kurang harta, selamanya akan dianggap gagal? Novel ini sesuai utk student yg baru habis belajar & mencari erti kejayaan dlm hidup. Utk ibu bapa pun sesuai sb kadang2 ada yg terlepas pandang keperluan kpd anak yg kurang maju dlm pelajaran. Saya suka part ending novel nii...yg memberi motivasi dan pengajaran kpd kita semua.
Finished this book in one sitting. Buku ni genre dia slice of life. Kalau siapa yang tengah nak cari erti hidup and matlamat diri sangat sesuai baca buku ni.
Buku ni adalah antara salah satu buku yang buat aku tak suka dengan watak utama. Tapi kita boleh faham kenapa dia buat macam tu. Cuma kita susah nak terima. Sebab apa ? Sebab semua yang jadi tu terlalu realistik. Memang apa yang kita selalu hadapi.
Rasa takut. MC takut dengan banyak benda sebab rasa diri dia takde apa apa. Dian yang tinggal dengan ibu dan hidup dalam kesusahan, dipandang hina oleh mak saudara. Kakak pulak, Amani seorang yang pandai, bekerjaya. Dian tak rasa Amani sebagai kakak tapi sebagai pesaing. Aku faham. Tak boleh salahkan Hana.
Jadi sebab nak berjaya, Dian guna cara salah. Ni korang kena baca sendiri. Ada kait sikit dengan dunia fantasi. Ni umpama dia melawan her own innerself la.
Sebagai seorang yang sangat menyukai genre slice of life, novel Lentera Kaca benar2 menyentuh hati aku. Jalan ceritanya sederhana tetapi sarat dengan makna dan nilai kehidupan. Watak utama, Dian, dibawa dalam perjalanan mencari makna sebenar tentang kebenaran dan kehidupan.
Melalui pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh Dian, kisah ini mengajar aku bahawa tersalah sangka tentang makna kehidupan bukanlah sesuatu yang memalukan. Yang penting ialah keberanian untuk berubah, memperbaiki diri, dan terus maju menjadi versi terbaik diri kita sendiri.
Nuha Yusuff berjaya menyampaikan mesej yang mendalam dengan gaya bahasa yang indah dan realistik. Banyak pengajaran boleh kita sematkan dalam hati selepas membaca novel ini. Nak tau apa pengajaran2 tu? Go read and find it out yourself! ;)
Not usually my type of book to read but at least I give it a try. Honestly, it hooks me up but I’m not fan of fantasy genre that much. However, the fantasy part kinda acceptable for me cause we can differentiate the reality world and the fantasy world. For me, I tak suka character Dian dari awal sampai akhir. The way she acts, thinks and make a stupid decision truly icks me so much. I don’t know why, maybe some part of her character kinda related to me but most of the time her character truly annoyed me but I understand why she acted like that. The book has the ‘wow’ factor for the story line and luckily she got the character development at the end of story.
Tertarik nak baca sebab sinopsis, tapi bila baca tak boleh sabar dengan Dian ni. Rasa nak baca habiskan cepat-cepat. Sepanjang berkecimpung baca fiksyen seingatnya tak pernah lagi geram dengan watak utama. Kau nak apa sebenarnya Dian, haa macam tu rasa dia. Macam tak ada logika juga ada orang sabar dengan perangai Datin. Orang dah maki boleh lagi mak si Dian ni senyum? Banyak lagi persolan, tapi dah taknak lagi tau sebab geram dengan Dian ni.
kalau anda bukan pembaca yang gemar dengan writing style jenis naratif, jangan baca buku ini. sebab anda akan cakap bosan dan tak best. tapi kalau anda seorang yang suka dan boleh 'masuk' writing style begini, belilah. Buku bergenre slice of life ini memerlukan anda untuk membacanya dalam keadaan tenang. naskhah ini tentang menyembuhkan jiwa, berdamai dengan takdir dan memahami bahawa alam dewasa memerlukan kita menjadi lebih kental.
Pergh!! Stress betul baca buku ini.. Stress dengan perangai Dian.. Namun semakin Sha baca, semakin Sha faham apa yang penulis ingin sampaikan.. Bukan senang nak lawan dengan diri sendiri..
Novel ini mengisahkan Dian, seorang gadis yang dibesarkan dengan kata - kata hina dari orang sekeliling. Kata - kata yang sentiasa menyamakan masa depannya dengan kegelapan menjadi pemangkin kepada tekadnya untuk membuktikan nilai dirinya.
Dian percaya yang status sosial adalah kunci kepada penghargaan dan penerimaan orang lain terhadap dirinya. Tapi dalam usahanya untuk keluar dari belenggu tu, dia dihantui oleh bayangan seorang budak berhoodie yang secara tak sengaja membuka semula taman tema yang telah lama ditinggalkan. Kemunculan Ana, teman lamanya yang disangka hilang, menambah kekalutan Dian. Taman itu menjadi ruang surreal yang mempertemukan trauma, kenangan, dan harapan.
1st of all, izinkan aku bertanya: 1. Kenapa ayah Dian tak suka Dian? Dia hanya suka Amani seorang sahaja. 2. Apa yang menyebabkan mak Dian apabila dihina dengan kata - kata maha kesat, dia hanya diam seribu bahasa? Adakah dia pernah buat sesuatu yang sangat teruk? 3. Apa sebenarnya yang terjadi apa Dian sebelum mak dan ayahnya bercerai? Didera sehingga jadikan Dian, Dian yang sekarang?
Banyak plothole yang mungkin bukan plothole, tapi latar belakang yang tak jelas.
Watak Dian ni sebenarnya bagi aku digarap dengan niat untuk menampilkan kedalaman psikologi mangsa penceraian mak ayah, tapi sayangnya - tenggelam dalam monolog dalaman yang berulang dan menjengkelkan. Sebabtu wataknya statik dari awal hingga akhir - tak berkembang. Ana pula watak misteri yang ada potensi untuk merubah hala tuju novel, tapi tak diberi peranan untuk menjadi lebih daripada sekadar alat naratif. Budak berhoodie tu pula sebenarnya adalah trauma masa lalu Dian yang samar - samar, dan hanya berfungsi sebagai elemen gangguan naratif.
Plotnya menarik. Executionnya, loose.
Gaya bahasa Nuha Yusuff OK, tapi amat meleret. Dia terperangkap dalam retorik yang berlebihan dan tak konsisten. Bila kau dah sampai ke bahagian yang berjaya menyentuh emosi, berulang - ulang pula idea yang sama dalam babak yang seterusnya. Stress aku dibuatnya.
Aku sebenarnya agak suka struktur naratif novel ni yang berselang antara realisme dan simbolisme surreal cuma pembacaan aku terganggu dan aku jadi confuse bila persoalan "kenapa" tu tak ada jawapan. Taman tema sebagai latar surreal tu sepatutnya menjadi ruang psikologi yang mendalam dan merungkai masalah Dian dalam realiti, tapi tak dimanfaatkan sebaiknya - kucar kacir dibuatnya.
Mesej yang cuba angkat sebenarnya sangat bermakna untuk pembaca muda - tentang harga diri, stigma sosial, trauma keluarga, dan pencarian makna hidup. Sayangnya macam aku cakap tadi, tenggelam dalam gaya penceritaan yang terlalu dramatik, meleret dan tak cukup subtil.
Cerita tentang Dian yang merasakan dirinya gagal, tak seperti kakaknya. Bila baca buku ni, buatkan kita renew niat kita. Kita buat semua benda kat dunia ni untuk apa. Untuk manusia atau redha Allah. Yang minat cerita tentang kehidupan ni boleh la baca. Terbuka juga minda ni.