Jump to ratings and reviews
Rate this book

Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W. Dalam Puisi Sasterawan Negara

Rate this book
Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci,
telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti, dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru; pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.

317 pages, Paperback

First published January 1, 1999

10 people are currently reading
90 people want to read

About the author

A. Samad Said

59 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (54%)
4 stars
12 (25%)
3 stars
5 (10%)
2 stars
1 (2%)
1 star
4 (8%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 9, 2019
Segala penderitaan, dan kemudiannya segala kebahagiaan, tidak datang tanpa suatu makna dalam kehidupan seseorang. Direnung jauh ke dalamnya, saya mulai yakin bahawa setiap insan yang datang – betapa pendek pun usianya – sebenarnya telah diberikan kesempatan luar biasa dalam hidupnya. Sering saya bertanya apakah pula balasannya kepada satu nikmat kehidupan yang teranugerah kepadanya itu? – Halaman vii


Deep. *tepukdadatanyadirisendiri*

Ps: Aku sebenarnya tak ingat samada ini ‘utusan’ daripada seorang sahabat pencandu buku atau tidak (kes suka peram kan, ha gitulah jadinya). Tapi, kalau benar ya terima kasih untuk bingkisan terindah ini. Moga kamu baik-baik hendaknya walau kita sudah lama tak ‘bersua.’

Full review: 9/05/2019

Speechless.
Bagaimana harus aku katakan untuk sebuah puisi panjang nan indah lagi menusuk hati? Dalam tak sedar, air mata mengalir di pipi tanpa mampu kutahan. Sebak.

Bacalah untuk mengetahui isinya, kerana tiap catatan penting perjalanan sang kekasih Allah ini dinukil dalam rangkap yang cukup indah; kata-katanya mengalir umpama air sejuk yang menyamankan hati.

Dan, jujur aku pun tak pandai nak menzahirkan apa yang aku rasa. Please, kalau ada waktu dan kesempatan cubalah baca. Moga ada manfaatnya untuk kita semua.
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
May 26, 2019
Saya meminati sirah. Uniknya A. Samad Said menyampaikan dalam bentuk puisi panjang. Agak lelah membacanya - sememangnya panjang! Namun, harus diakui malahan dipuji, penyair telah berusaha mendalami dan menyelidiki bersungguh-sungguh demi menyampaikan maklumat dan fakta. Saya tertarik untuk tekun membaca terutama di halaman berkaitan Perang Badar dan Perang Uhud.
Ralatnya, buku yang saya miliki ini mengalami sedikit permasalahan muka surat akibat salah cetakan yang serba sedikit menganggu mod dan fokus bacaan saya.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.