Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sehelai Surat Saujana

Rate this book
“Saya dihadiahkan sebuah syurga bahasa, keindahan muziknya, dan renungan terhadap kehidupan yang tidak mungkin didapatkan dari bentuk-bentuk lainnya.”

91 pages, Paperback

First published January 1, 2012

1 person is currently reading
24 people want to read

About the author

Muhammad Haji Salleh

75 books30 followers
Sasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (14%)
4 stars
8 (38%)
3 stars
10 (47%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 4, 2014
Menurut SN Muhammad Haji Salleh, alam sering menjadi teraju dalam kebanyakkan puisi yang dikarang. Ini terbukti apabila beliau sendiri mengakui kencenderungan itu kerana baginya puisi yang berbicara soal hati cuma terkurung dalam ruang lingkup si penyair. Terhad dalam susur galur pengalaman sendiri. Tidak seperti alam yang sememangnya luas dan tak akan puas diterokai. Saya lebih terpikat pada esei yang dimuatkan. Sayangnya cuma ada dua di sini.
Profile Image for Api Husien.
44 reviews16 followers
November 5, 2012
Secara keseluruhannya, buku ini anggap baik--dari segi puisi dan eseinya kerna beliau sasterawan negara. Tak petah untuk aku mengatakan lebih.

Tiga bintang bukan menggambarkan keseluruhan buku ini sebab pada aku, aku sendiri belum puas dengan sedikit saja karyanya yang dikongsikan. Itu saja.
Profile Image for gasko.
40 reviews3 followers
October 1, 2014
Sastera Muhammad Haji Salleh, adalah khazanah kepada bangsa Melayu di rantau ini. Beliau melarik baitnya dari pemikiran dan kajian, lalu disulam dengan jiwa. Bahasanya indah, santun Melayu tetapi progresif tak takut disanggah. Buku ini memaparkan secebik dari ilmunya.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
May 26, 2012
Esei tulisan SN Prof Muhammad Hj Salleh sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke 70.

Tulisan yang hebat tetapi tersangat pendek. Rasa tidak puas.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.