Jump to ratings and reviews
Rate this book

Roti Canai Salad Taco

Rate this book
“Emak tak suka Raniah bekerja di majalah tu?”

“Kamu dah lama di situ, sudah masanya kamu berubah, Raniah.”

Raniah diam, mengira-ngira dalam kepala sudah berapa tahun dia menjadi wartawan. Sudah agak lama dan berpengalaman kalau dibandingkan dengan wartawan lain.

“Kamu boleh gunakan penulisan kamu sebagai dakwah. Dakwah bukan saja dengan hadis dan ayat-ayat Al-Quran, tetapi dengan bahasa yang santai, bersahaja. Tapi dalam masa yang sama, menyuruh setiap manusia membuat kebaikan.”

“Jadi, emak rasa bekerja di syarikat akhbar dan majalah sekarang tak baik? Tak boleh menyampaikan pesanan?”

“Boleh. Tapi mak meneliti penulisan kamu sejak akhir-akhir ni, ia tak lebih daripada hiburan semata-mata. Ia tak lebih daripada melalaikan orang yang membacanya, Raniah. Kamu bercerita mengenai pakaian, mengenai kecantikan yang tak sudah-sudah.”

Kalau emak sudah menegur, sudah pasti ada yang emak tidak puas hati. Raniah rasa tersentuh.

985 pages

Published April 1, 2012

2 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Norhayati Berahim

65 books207 followers
Novelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (33%)
4 stars
21 (46%)
3 stars
4 (8%)
2 stars
3 (6%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 28, 2015
(3.8 bintang)
Dihalang nostalgia dorama Sorimachi-san dan Takenouchi-san *wink*, akhirnya hamba berjaya juga menyudahkan naskhah yang berketebalan dua inci ini. Dengan jangka waktu yang begitu lama untuk menoktahkannya, ternyata langkah hamba sudah sumbang di bulan pertama 2015. Menyedihkan. :P

Baiklah, mari hamba berikan komentar setelah mencuba rasa Roti Canai Salad Taco:

i. Jika memori hamba tidak berantakan aturannya, RCST merupakan buku kedua Norhayati Berahim yang hamba baca. Yang pertama dulu dibaca sewaktu hamba masih terlalu remaja dan ketika itu janganlah berharap benar hamba tahu menikmati cara penceritaan yang terlalu kedewasaan. Namun sekarang, hamba tidak mendapat alasan untuk tidak menyukainya. Gaya penulisan dan bahan cerita yang ditulis NB sangat matang dan mematangkan.

ii. Hamba menyukai hakikat bahawa buku ini bukan buku cerita sewenang-wenangnya. RCST menyampaikan kisah dan informasi tentang banyak hal dari masalah sosial, isu semasa sehinggalah keagamaan. Bacalah dan anda akan merasa seperti menemui pengalaman baru dari jejak-jejak kerjaya kewartawanan Raniah.

iii. Selain itu, hamba suka sekali apabila RCST sepertinya berkembang melalui perhubungan antara watak-wataknya. Yalah, tentu saja macam-macam cerita menarik yang boleh diketengahkan dari perhubungan ibu anak, sahabat baik, sesama jiran, rakan sekerja juga suami isteri.

iv. Kisah cinta yang tidak terlalu dominan menjadikan buku ini pencuci mulut yang sempurna.

v. Zawi adalah kejutan yang berkesudahan menyenangkan.

Tetapi...
i. Hidangan utamanya terlalu banyak. Biarpun nampak lazat semuanya tetapi hamba keliru untuk memilih. RCST menyajikan terlalu banyak sub-cerita oleh ramai watak. Memang benar menarik tetapi hamba merasa seperti diperkenalkan kepada lima belas orang strangers sekaligus secara serentak. Hehe.

ii. Adakalanya hamba celaru sendiri siapa yang mengucapkan dialog dan siapa pula yang membalas. Ceritanya juga melompat dengan terlalu rawak dari satu ke satu situasi dan latar masa. Mungkin ini cara penulisan NB dan hamba saja yang tidak biasa. Tiada masalah besar pun sebenarnya selagi boleh difahami. ;)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
July 8, 2014
Melewati naskah ini seperti;

Dari JB ke Kangar dengan compact car yang dipandu 60 km/j. Of course melalui jalan lama. Jangan sekali-kali gatal2 nak bayar tol PLUS. Singgahlah untuk makan, minum, sembahyang, tandas tapi berhentilah di mercu-mercu tanda kawasan yang dilalui. Nikmatilah pemandangannya. Rasailah cuacanya. Jangan berhenti untuk menggunakan DSLR kerana secara tidak langsung disctract tumpuan anda.

Mungkin perjalanan yang mengambil masa 8 jam dengan lebuh raya akan menjadi 15 jam dengan jalan biasa. TETAPI.... bila tiba di destinasi, imbaslah kembali apa yang 'dikutip' sepanjang perjalanan tersebut.

:)
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 10, 2012
Rasa bahagia itu sangat subjektif. Bagi aku mudah saja. Kalau aku tak susah hati, itu bermakna aku bahagia [page 862]

Bahagia. Aku bahagia kerana ceritanya tak buat aku susah hati. Puas. Aku puas bila mana ceritanya melebihi jangkaan peribadiku. Dan tak salah rasanya aku lihat novel ini antara yang terbaik hasil karya NB, dan selepas ini aku akan letakkan RCST sebagai penanda arasnya ;D

RCST bukan kisah cinta si uda dara. Ia bukan kisah kahwin paksa, bukan juga kisah perkahwinan aturan keluarga. Tidak. NB mengupas perjalanan hidup seorang Raniah; gadis yang membesar di kawasan setinggan yang mandiri dan seterusnya menjadi seorang wartawan berjaya. Secara halusnya, penulis mahu menunjukkan cara hidup mereka yang bergelar wartawan. Kerja mereka, etika mereka dan apa saja yang berlaku dalam perjalanan hidup mereka sebenarnya sama saja dengan kita. Cuma mungkin mereka lebih expose kepada apa yang berlaku dalam dunia. Ya, mereka merupakan gateway. Orang penting dalam menghubungkan kita dengan yang lain.

Raniah; peribadinya mungkin sama saja dengan heroin novel sebelumnya. Gadis kental yang tak mudah mengalah. Seorang anak yang tak punya banyak masalah dan karenah. Pendek kata, Raniah umpama heroin ideal cuma ya, dia masih belum berkahwin. Rakan lelakinya; Daim hanya dianggap sebagai seorang kawan rapat sementelah dirinya merupakan anak tunggal pada Makcik Delima.

Perhubungan Raniah dan Makcik Delima ada pasang surutnya. Namun, Raniah sentiasa meletakkan ibunya di tempat yang paling tinggi. Aku suka bila penulis menitip pesan halus yang mungkin sebagai orang tua, kita terlepas pandang. Walau sesibuk, sesukar mana pun kita menjadi ibu atau bapa, anak itu jangan diabai. Perkara-perkara kecil seperti bertanya akan hal sekolah, kawannya mahupun hobi barunya tidak seharusnya dilepas pada orang lain. Lagi-lagi kalau ada pembantu rumah. Bibik membantu kita menjaga anak, bukannya menjadi emak baru pada anak kita. Ada masanya saling duduk berborak kosong, sambil makan aiskrim akan menciptakan memoir indah buat sang anak. Eh, tiba-tiba ingat pada mak di mana kami sering ‘berbalah’ tentang novel! kih5 [baca lanjut di halaman 543-544].

Amirul atau Mukmin; watak ini sudah dapat diteka awal-awal lagi. Ya, mungkin kerana sudah terbiasa dengan cara Kak Yati *wink* Aku lihat Amirul sebagai seorang abang yang ‘sanggup’ melakukan apa saja demi adik-beradiknya, manakala si Mukmin pula sebagai abang yang ‘mampu’ berbuat apa saja bukan untuk adiknya tetapi untuk keluarga besarnya. Amirul bagai sudah ditransformasikan menjadi Mukmin yang baru. Wah! Hati berdegup kencang bila melihat nama Mukmin di halaman-halaman seterusnya. Cewahhhh gatai! ;P

Zawi; watak ini akan melekat kuat dalam otak, mengalahkan watak si Daim mahupun Hani. Walaupun menyampah dengan Zawi, tetapi hati tetap nak tahu apa dan kenapa Zawi berbuat sedemikian. Dan hujungnya memang agak terperanjat. Wah! Tak sangka ya! Janis; gadis yang baik hati tetapi tidak percaya pada Tuhannya. Alhamdulillah, dia menemui cahayanya sendiri. Tak ketinggalan keluarga Hawa yang juga punya rahsianya tersendiri. Dan aku suka semua kebetulan yang ada dalam cerita ini. Mereka bersangkut-paut dan tiap satu-satunya diceritakan tidak terlalu terburu-buru. Satu per satu, dan itu mungkin menyebabkan novel ini tebal hee ;P

Ada juga terselit akan bagaimana mahu menghadapi sihir [lihat di halaman 945]. Perkongsian yang bermakna buat diri kita. Ingat! Jangan percaya benda-benda yang tahyul! Percaya pada Tuhan kita. Bukankah Al Quran ada penawarnya untuk semua penyakit selain mati.

Pada yang dah bosan baca novel cinta, apa kata luangkan sedikit masa menghadam novel ini. Selami sedikit demi sedikit, moga ada manfaatnya untuk kamu.

Bagaimana cantik, bijak, kaya dan datang dari keluarga yang bagus sekalipun, jika perempuan itu bukan seorang yang beragama dan solehah, maka nilainya kosong [page 812]
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 11, 2018
#61

Roti Canai Salad Taco (Norhayati Berahim)

Novel setebal 900+ halaman ini berjaya dihabiskan dengan perasaan puas. Jarang-jarang baca novel NB rasa tidak puas. Membaca novel RCST ini banyak memberi informasi serta pengajaran yang berguna. Novel seperti ini yang selayaknya diangkat sebagai novel terbaik.

Bagi saya walaupun novel ini tidak menampakkan "ayat jiwang" atau "sentuhan suami isteri", tetapi novel ini berjaya memberi "keinsafan" kepada pembaca. NB memang terkenal dalam menggerakkan cerita berunsurkan masyarakat. Melalui Raniah, kita mengenal kisah kehidupan rakyat marhaen yang jarang ditonjolkan dalam novel sekarang yang hanya dapat dilihat kisah seperti ini di dalam akhbar sahaja.

Kebiasaannya novel tebal NB mengetengahkan banyak watak sehingga kadang kala membuatkan kita tertanya apa kaitan watak utama dengan cerita si B dan C. Tapi, di penghujung NB berjaya merungkaikan kekusutan itu dengan lancar. Kesimpulannya, bagi saya novel RCST ini cukup rencah!

p/s - Bagi anda yang sedang mencari novel NB, penulis sedang mengadakan jualan murah di page NBKara. Sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi!
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
November 17, 2014
Banyak betul watak dalam kisah ni.. Bersimpang siur dan sedikit memeningkan.. Sedikit sebanyak proses pembacaan menjadi sedikit perlahan.. Ditambah lagi dengan masalah yang mendatang, makin lambat la nak habiskan baca sampai ke penyudah.. Namun, akhirnya berjaya juga menghabiskannya sebab nak tahu kesudahan kisah ini.. Selain itu, nak juga tau siapa yang berjaya menambat hati si Raniah.. hehh.. Apa yang aku harapkan di awal cerita akhirnya terlaksana.. Mujurlah bff sedari kecil bukan menjadi pilihan.. Yang paling best, ada rasa nak selak muka surat terakhir tapi akal berkata; jangan selak..! Nanti dah tak teruja nak baca..! *wink
.
.
Banyak input yang ada dalam novel ni.. Jangan tanya aku apa inputnya.. Sebaliknya, pergi beli/pinjam novel ni dan bacalah sendiri... *wink wink wink..
.
.
p/s: "Senang kalau kita tahu kita bermusuh dengan siapa. Tapi amat sukar kalau musuh itu adalah sahabat kita. Kadangkala kita tak sangka orang yang bermusuh dengan kita dan mengkhianati kita itu adalah orang yang rapat dengan kita.."- Muka surat 205
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
June 24, 2013
tebal dan padat,banyak isu yang moral dan nilai-nilai kemanusian yang cuba disampaikan,mungkin kerana watak utamanya seorang wartawan jadi kesempatan untuk mengupas isu-isu semasa digunakan sepenuhnya oleh penulis,watak-watak dan plot-plot yang pada mulanya tiada kaitan antara satu sama lain tapi seperti biasa dihujung cerita mempertemukan antara satu sama lain,
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 24, 2012
Sungguh mengasikkan! Banyak pengajaran yang saya dapat. Terimakasih!
Raniah dibesarkan di satu kawasan setinggan oleh seorang ibu tunggal yang menjual roti canai untuk sara hidup mereka. Hidup yang susah dari kecil telah mendewasakan Raniah serta buat dia lebih mandiri. Dia membesar dengan nilai-nilai yang murni dan ramai yang menyayanginya serta menyenangi dirinya. Setelah berjaya sebagai wartawan hiburan yang terkenal, Raniah bertukar arah. Dia jadi wartawan yang mengetengahkan hal-ehwal masyarakat. Dia jadikan kerjayanya untuk jadi tapak dia beribadah, seperti menyebarkan ilmu serta berbuat amal. Semua itu atas usul ibunya yang banyak tunjukkan contoh baik untuknya. Daim, Janis, Kak Hawa serta Zawi adalah teman-temannya yang dia dapat tolong.. Dia juga ditemukan dengan suaminya, Amirul Mukmin, yang pernah ibu Raniah tolong suatu masa dulu. Tapi diawal perkahwinan mereka dia dicuba. Nasib dia baik, atas bimbingan keluarga dan kecekalan hati, dia dapat atasi serangan ilmu hitam.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.