Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bersyukur Saat Diuji

Rate this book

190 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 2012

24 people are currently reading
329 people want to read

About the author

Muhd. Kamil Ibrahim

34 books102 followers
As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)

Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.

He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.

He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.

He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).

He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.

Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).

Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),

Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.

Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
145 (54%)
4 stars
85 (32%)
3 stars
27 (10%)
2 stars
5 (1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Fariza Nurbaya.
19 reviews
September 23, 2012
Ya, kekayaan, kecantikan, kejayaan, pangkat sebenarnya merupakan ujian kepada kita. Orang selalu melihat ujian hanyalah yang berbentuk musibah, kecelakaan, kesakitan dan kedukaan sedangkan ujian Allah kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Dikurniakan anak-anak yang pandai dan berjaya dalam pelajaran juga akan menjadi ujian kepada kita. Lalu, kita memandang rendah kepada anak-anak orang lain, wujud sifat angkuh, sombong, ujub dalam diri. Nauzubillah. Semoga buku ini mendidik hati dan jiwa kita agar lebih bersyukur dan berlapang dada. Moga kita dapat menerima hidup ini seadanya.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
December 7, 2014
Agak lama masa yang saya ambil untuk menghabiskan buku ni. Mana taknya, setiap kali baca, air mata berderu-deru keluar, jadi kena la pandai untuk mengatur masa membacanya (terpaksa mengelak membawa ke pejabat dan juga dari pandangan yang lain). Semoga air mata tersebut dapat menyucikan sedikit sebanyak hati saya, dan bukannya menjadi sia-sia.

Benarlah, apa yang datang dari hati akan sampai juga ke hati. Prof. Muhd Kamil menceritakan pengalamannya, apa yang beliau sendiri alami. Bukan secara mengajar siapa yang lebih baik dan tinggi ilmunya. Tapi pengalaman dan apa yang beliau rasai, semoga dapat dikongsi bersama dengan orang lain.

Betapa beratnya ujian terhadap manusia. Kita selalunya tidak sedar, apa yang kita anggap remeh itulah sebenarnya yang paling payah untuk kita buat. Bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik. Cabarannya lebih sukar bila kita berada di kalangan kita yang telah merasakan kita adalah golongan baik hanya dengan melakukan beberapa amalan. Banyak perkara dianggap remeh, tidak perlu, tidak moden kerana kebiasaan kita yang meremehkannya.

Ujian bukan hanya kesedihan. Kegembiraan juga adalah satu ujian. Kemiskinan adalah ujian, tetapi kekayaan juga satu ujian yang mungkin lebih berat. Seluruh kehidupan dunia merupakan ujian; suka dan duka yang diberikan oleh Allah untuk menentukan sama ada kita termasuk dalam golongan beriman ataupun pendusta.

Ya Allah, aku mohon kepadamu, supaya tidak ditarik balik hidayah yang telah Engkau kurniakan ini. Semoga kami dapat bersama-sama menjadi hamba yang lebih baik dan dapat bersama di syurgaMu kelak. Amin.
Profile Image for Aszifa Aris.
14 reviews2 followers
July 30, 2012
Maaf para pembaca kerana review ini sedikit panjang. :)

Terima kasih Prof. Semoga Prof sentiasa dilindungi Allah atas kisah peribadi yang sering dikongsi. Semoga para pembaca sekalian seringkali berlapang dada malah berbaik sangka takkala membaca kisah peribadi dalam memburu iman.

Hati yang baik akan cuba melihat kebaikan. Hati yang tidak baik, akan sentiasa mempermainkan sebuah perkongsian untuk mencari lemah kelemahannya orang lain. Ia nasihat buat diri sendiri. Semoga kita dilindungiNya.

Hidup saya, sering sy tafsirkan sebagai sebuah ujian. Segala derita yang menikam jiwa dan emosi sedari kecil, dijalani atas dasar ujian.Perlu teruskan langkah kerana hidup adalah ujian.

Namun prof sudah menyentuh sisi 'ujian' yang sy kurang nampak ia sebagai ujian.

m/s 23 - perenggan dua sebelum akhir. "Siapakah yang sebenarnya diuji?"- Bacaan pada bab ini beserta baris kata ini sangat mengoncang hati saya tentang erti ujian besar yang sebenarnya, membuat saya lebih pantas menyelak helaian-helaian sambil berderainya air mata.

Mungkin ramai dari kita, sama seperti saya, yang menafsirkan ujian sebagai satu bebanan yang turun pada jiwa, sesuatu yang membuat kita sedih dah rasa berat memikul suatu perasaan. Namun kita sebenarnya lupa, ujian yang sebesar-besarnya adalah pabila KITA DIUJI DENGAN TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN KETAATAN PADANYA.

m/s 66 :
Seorang pembaca blog menulis "Saya seorang kontraktor dan ujian yang paling besar ialah kerana tidak berjaya memenangi kontrak perniagaan. Kemudian, saya jatuh muflis." Ia sangat logik untuk berasa dukacita dan memikirkan Allah mahu menguji beliau.Ia langsung tidak luar biasa."

Ia menjadi luar biasa jika seorang kontrator lain berkata, "Ujian terbesar pernah saya hadapi ialah memenangi kontrak perniagaan berjuta ringgit. Saya memberi rasuah, saya terlupa membayar zakat, masa solat saya terbatas, saya sukar berjemaah dan ...."Allahu Akbar, itu juga suatu ujian. Dan ujian ini lebih parah kerana ramai yang tidak menyedarinya.

Sungguh saya pernah berada di landasan perjalanan "ujian yang tidak saya sedari itu" namun atas Rahmat dan PertolonganNya, hidup saya didorongkan kepada jalan-jalan ketaatan yang dipermudahkan.

Apa erti ujian bagimu? Sungguh dalam baris kata ini, untuk saya dalami sendiri.

Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
February 25, 2013
I once had quoted " The worst part about happiness is its temporary and the worst part of sadness is it's also temporary."

Whatever it is,being grateful and contemplate in every situation will help us from bringing ourselves down but see a promising future that we might just have to wait and look forward to. As this book have emphasized from the Quran surah Al Insyirah, it says,

" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan), Sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan."

True to those words. This book gives an insight of the writer's life, his views and perspective on how he sees in the incidents after incidents of his walks of life. A great book and a must have. A heartfelt stories that we need to absorb. A tear jerking moment for those who can feel the message that the author is trying to reach out :')Again a recommended must read book.

Profile Image for Ms.Caeee.
15 reviews
June 24, 2014
Sebuah buku yang penuh pengisian, yang digerakkan hati oleh Allah untuk dibeli dan dibaca di saat Malaysia diuji dgn kehilangan MH370, di saat diri sedang mencari erti sesuatu. setiap helaian menggetarkan jiwa, setiap bait perkataan terkesan di hati.

Buku pertama hasil penulisan MKI yang saya baca, buku pertama seumpanya yang berjaya saya habiskan dari kulit ke kulit dlm masa kurang drp 8 jam.

Penulis melihat sesuatu yang berlaku ke atas diri dan keluarga dari sudut dan perspektif yang berbeza dari kebanyakkan kita. ia mengajar kita akan sesuatu ysng kita sudah sedia maklum tetapi jarang dipraktikkan iaitu sentiasa bersangka baik kepada Allah. Setiap apa yang kita lalui sama ada baik atau buruk adalah ujian daripada Allah untuk menguji hati dan keimanan kita.

bersyukurlah sewaktu diuji kerana ia petunjuk bahawa Allah menyayangi kita..
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
April 3, 2014
sepanjang pembacaan several times jugak air mata tumpah.bukan sedih tapi sampai zuuq ke dalam jiwa cerita yg cuba dikongsi dan kadang2 pernah mengalami ujian yang sama/perasaan yg sama seperti yg prof kamil ceritakan.
bagus untuk mendidik hati dan jiwa supaya sentiasa beringat Allah datangkan ujian bukan utk sekadar main2 tetapi ada benda yang lebih baik dan lebih besar Allah sediakan dan ujian iti adalah sebagai persiapan utk kita hadapi benda yang lagi banyak cabarannya.
Profile Image for Erin95.
147 reviews5 followers
September 19, 2018
First book that I give 5/5 stars ❤

Buku ni mengisarkan perjalanan hidup pengarang sendiri. Ujian demi ujian yang kadangkala buat kita jatuh terngadah, tapi tanpa kita sedar ujian itu sedang mengasah kita untuk menjadi manusia yang lebih kuat dan sabar 💪

Terlampau banyak pengajaran dalam cerita ni yang boleh saya ambil iktibar. Buku ni sangat dekat dengan diri saya bila mana diri ini juga sedang dilanda ujian yang pada diri ini amatlah besar, rupanya ada lagi yang diuji dengan lebih hebat dari saya.

Saya terpanggil untuk mengulang cerita pengarang iaitu Muhd Kamil Ibrahim (MKI) yang pada satu ketika beliau dilanda masalah apabila beliau difitnah sehingga menyebabkan kerjanya terganggu. Dalam perjalanan menyelesaikan masalah itu, beliau tak henti² membaca doa Nabi Yunus ketika Baginda terperangkap dalam perut ikan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui kebenarannya. Maka MKI pun terlepas dari ujian ini. Otw balik tu dia rasa happy sgt, smpai dah tiada doa atau zikir meniti dibibirnya. Allahu Rabbi beliau rasa diperli oleh Allah apabila beliau hanya berdoa ketika susah/ketika menghajatkan sesuatu sahaja. Cepat² beliau beristighfar.
Allahurabbi cerita ini sangat dekat dengan diri saya. Bila sedih di mana kita? Di sisi Allah. Manakala, bila gembira kita lupa siapa yang menukarkan sedih kepada gembira. Allah aku mohon pengampunan dariMu 😢

Penggunaan bahasa, semuanya disusun satu persatu dengan baik dan teratur. Bahasanya mudah difahami. Setiap ayat Al-Quran yang diselitkan amat bersesuaian dengan isi yang dikupas pada ketika itu. Di akhir setiap tajuk di tuliskan doa yang apabila kita membacanya kita turut berdoa sekali untuk diri kita.

Allahuakbar benarlah kata dedikasi yang saya baca di awal buku ini bahawa kata-kata yang datang dari hati akan juga masuk ke hati. Allah bagi MKI kelebihan untuk sentuh hati kita. Allahu moga² dipermudahkan urusan MKI sekeluarga dan umat islam sedunia. In shaa Allah.
Jika kamu dilanda kesedihan maka berdoalah dan bacalah Kalam Allah Al-Quran, kerana tidak ada hati yang tidak tenang apabila mendengar Kalam Allah ❤
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
February 28, 2024
Penulisan yang sungguh memberikan peringatan yg lembut dan terasa. Begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita namun kita terlupa atau terlena atau tak sedar atau buat buat tak tahu atau munkin sebab semua orang ada kita nak lebih. Mungkin dengan ujian ini kita beralih arah, beralih fikiran, beralih tujuan datang ke dunia ini. Mungkin.....

Penulisan yang ada sedikit sebanyak ini juga selalu dikongsi jika anda mengikuti tazkirah beliau.
Buku ini memberi peringatan yang sungguh luar biasa dengan cara yang sangat lembut.
102 reviews2 followers
June 17, 2020
Naskah yang ditulis berdasarkan perjalanan hidup penulis. Ianya lahir dari hati maka sampailah ke hati pembaca.

Ujian. Kita selalu beranggapan bahawa ujian adalah sesuatu yang sedih, perit dan sakit. Namun kita tidak sedar bahawa bahagia, gembira itu juga sebuah ujian.

Sukar untuk kita melihat sebuah kegembiraan itu adalah salah satu sisi ujian. Maka kita dengan bangga mendabik dada menyatakan bahawa kita bebas dariapda ujian Sang Pencipta.

Naskah yang membuka mata, hati dan fikiran.
Profile Image for Azmir Ismail.
210 reviews
December 7, 2017
Peminat tulisan Prof Kamil harus membaca buku ini kerana ia adalah kumpulan-kumpulan tulisan beliau sebelum ke Madinah. You will learn a few things from his writings. Apa dia? Setiap bacaan ada persepsi sendiri. :)
31 reviews4 followers
January 13, 2025
Buku yang mengajar erti kesyukuran dan kesabaran atas setiap ujian yang Allah berikan pada kita.
Siapa sangka setiap apa² yang berlaku baik ianya bagus atau kurang bagus untuk kita, ia adalah ujian yang mengajar kita tentang banyak perkara yang perlu kita renungi.
Profile Image for NanieAliff.
3 reviews
February 18, 2025
Alhamdullilah, buku ni byk buka mata hati hamba Allah yg selalu mengeluh dgn ujian dan kesukaran. Walhal ujian paling besar itu adalah ketika senang dan sihat. Buku penulisan yg smp ke hati. Moga segala ilmu dlm buku ini sy manfaatkan sehingga hujung nafas sy.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
March 27, 2015
Berapa ramaikah di antara kita yang bersyukur ketika dalam keadaan gembira? Berapa ramai pula mengucapkan syukur ketika menerima ujian? Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya yang berjudul Bersyukur Saat Diuji bercerita tentang hakikat kesyukuran yang perlu kita insafi bukan sahaja pada waktu senang dan gembira tetapi juga waktu susah. Buku ini terhasil dari pengalaman yang dilalui ketika dilanda banjir besar pada 2011 di Segamat. Kejadian itu memusnahkan harta benda, kereta, rumah, pakaian, buku dan perabot di rumahnya di Segamat.

Pelbagai perkara yang dilihat dan dialami sewaktu berhadapan dengan banjir, membersihkan rumah dan berada dalam lingkungan mangsa banjir segera mengingatkannya akan nikmat yang Tuhan sampaikan pada waktu susah. Perkara penting yang diceritakan ialah tentang hakikat dan kuasa doa. Ketika berpeluang mengajar di Makkah, beliau berkesempatan mengerjakan umrah beberapa kali. Kemudian beliau menerima doa-doa yang dikirimkan oleh kenalan menerusi FB dan blog yang menurutnya 'kalau dikumpulkan, agak saya berpuluh-puluh lembaran kertas kajang yang meminta saya berdoa di Madinah terutamanya secara spesifik di Raudah, Masjid Nabawi..”

Mungkin beliau sini dalam hal ini tetapi Prof Kamil mengingatkan bahawa, 'doa ibu bapa paling mustajab. Anak kita, harapan kita, hati kita, biarlah kita yang berdoa bersungguh-sungguh buat mereka'. Maksud tersirat yang ingin beliau katakan ialah doa sendirilah yang paling hebat kerana kita sendiri yang meminta, bukan menerusi perantara. Malah yang paling hebat ialah ujian yang akan kita lalui untuk menjadi anak soleh. Selepas ibu bapa meninggal, ujian kehidupan berpindah kepada anak-anak untuk menentukan ibu bapa mendapat hubungan dari anaknya iaitu doa anak yang soleh. Adakah kita selalu mendoakan mereka?

Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
January 5, 2022
Buku yang ditulis oleh seorang Professor merupakan pengalaman beliau dalam menghadapi ujian, sebelum menghuraikan jenis-jenis ujian dan cara menghadapi ujian.
Beliau menyelit ayat-ayat al Quran dan hadis yang berkaitan dengan peristiwa atau perasaan yang beliau alami pada waktu itu. Beberapa poin yang best:
🌸 Manusia kerap menyangka ujian mestilah merupakan perkara duka/malang yang menimpa. Manusia lupa perkara suka/baik juga merupakan ujian buat manusia
🌸 cara menghadapi ujian adalah dengan SABAR dan SOLAT
🌸 Orang yang berilmu perlu menjadi pencetus bukan pengikut, mengamalkan ilmu yang diketahui dan memanfaatkan kepada orang lain
🌸 khusyuk dalam ibadah hadir apabila kita berharap hanya pada Allah semata-mata dan bila kita sedar tentang ujian suka dan duka.
.
Ada banyak lagi manfaat daripada buku ni. Serius highly recomended. Buku ni sangat bessttt dan banyak perkara yang penulis sentuh related dengan diri kita. Alhamdulillah fiza terjumpa seller buku preloved ni di facebook dan Allah gerakkan hati untuk beli buku ni. I love it so much❤️
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
June 14, 2014
Apa itu ujian?

Saat suka, saat berduka...kedua-duanya adalah ujian. Pendek kata kehidupan ini adalah ujian.

Namun, apabila kita renung kembali apakah ujian paling hebat yang pernah kita hadapi, mungkin kita akan lebih cenderung mengatakan ujian ini berbentuk kehilangan, kemiskinan, kematian, kesedihan....

Kita mungkin terlepas pandang yang kenikmatan dunia ini juga adalah ujian. Nikmat tidur..ujian untuk bangun solat subuh pada waktunya. Nikmat mempunyai set home teater, ujian untuk menunaikan solat di awal waktu. Nikmat mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, ujian untuk sentiasa rendah diri. Nikmat harta benda, ujian untuk membayar zakat.

Ataupun, apa yang disenaraikan di atas sebagai nikmat adalah ujian juga?

Manusia sentiasa diuji. Tiada siapa yang tidak pernah diuji. Masih belum diuji dengan kesedihan, kematian, kehilangan...mungkin juga kita sering diuji dengan sukarnya untuk bangun solat subuh.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
June 27, 2025
Alhamdulillah, selesai pembacaan untuk buku kedua tahun 2025.

Mengenali arwah penulis ketika mana beliau dimasukkan kedalam hospital tempat pembaca bekerja. Rupa-rupanya beliau merupakan seorang Profesor yang hebat dan disanjung bagi mereka yang mengenali beliau, dan juga bagi pembaca yang baru sahaja mengenali budi pekerti beliau. Mengingat kembali keadaan kesihatan beliau ketika dimasukkan di hospital dan menjadi pesakit pembaca, menajdikan pembaca ingin mengenali lebih jauh tentang arwah penulis, maka belilah buku beliau yang pertama Edisi 2025, Bersyukur saat diuji.

Ujian yang datang bertubi-tubi menjadikan arwah semakin kuat dan tabah menempuh ujian tersebut
Profile Image for Dya Ored Dalia.
1 review
March 18, 2015
Ia mudah. dan menyentuh hati. Cara penyampaian yang mudah.. terus ke hati. Saat kita diuji sering kali merasakan Allah itu tidak adil. Namun buku ini membuka mata..untuk melihat konteks ujian dr Allah adalah lebih dari sekadar menguji. Ia adalah anugerah nikmat dr Allah dalam cara yang berbeza. Kini saya cuba lihat dunia bukan sekadar mata kasar. melihat dengan mata hati. buku ini memudahkan saya memahami ujian Allah dan belajar meredhai segala kurniaanNya.
8 reviews3 followers
March 17, 2013
buku ni sangat best. memotivasikan kite. selama ni kite ingat ujian allah hnyalah waktu kite berduka. padahal kesenangan,kekayaan juga merupakan ujian dr allah. ini yg kite terlepas pandang. allah mahu menguji kite kite igt ke tak allah walaupun ketika senang dan ketika susah. alhamdulillah kerana dpt baca buku ni sampai habis.
Profile Image for Norhafisah Zakaria.
3 reviews
August 12, 2016
Buku prof Kamil yang pertama saya baca.Sangat terkesan dihati.Melalui buku ini saya terus mencari siapa penulis yang hebat ini.Sehinggalah saya menemui UMKI,sebuah universiti alam maya yang sangat ringkas tapi signifikan.Penulisan yang santai dan segala isi buku ini masuk dalam hati.Allahukbar.
Bacalah anda pasti takkan rugi.Selami rasa bersyukur walaupun ketika diuji...5 bintang untuk buku ini
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
February 6, 2013
Buku ini hebat. Betapa, ujian bukanlah tertumpu kepada kesedihan, kesakitan dan kehilangan tetapi ujian merangkumi semua perkara termasuk perkara-perkara mengujakan seperti kemewahan, kekayaan, pujian dan kejayaan.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Profile Image for Chirpy_chummy.
8 reviews8 followers
May 17, 2013
Tulisan Prof Kamil tak pernah menghampakan saya. Tulisanya sering menyentuh hati dan berjaya membuka hati pembaca. Sila ambil dan baca. Kalian pasti tak kecewa akan isinya; seperti tulisan tulisannya yang sebelum sebelum ini juga. (jari tebal ni susah nk kasi lagi separuh bintang)
Profile Image for Syarifah Alaydrus.
1 review
Read
October 25, 2013
alhamdulillah bersyukur kepada allah swt saya dapat membaca buku ini, buku bersyukur saat diuji banyak memberi saya keinsafan serta motivasi untuk bersabar atas ujian yang allah swt bagi dan saya percaya dibalik ujian ini ada hikmah kebahagiaan yang sedang menanti.
Profile Image for Raja Ahmad.
4 reviews
August 20, 2016
Dari hati terus ke Hati.. Minda Dicerna....mata lendir ku hanya "tool" untuk menampak butir-butir tulisan hasil cetakan komputer.

Terima kasih Ya Allah.

Terima kasih MKI.

Subhanallah, ALhamdulillah, Allahuakbar.
Profile Image for Syamim.
67 reviews
November 28, 2013
I guess a few stories inside this book can be found in the author's blog. It is a quick reading if you have read the blog.
Profile Image for nurhafizah.
40 reviews
May 20, 2014
"kalau berkongsi biarlah dari hati , insyaALLAH akan sampai juga ke hati" -indra masran


sungguh lah prof kamil ni berkongsi dari hati . Alhamdulillah






Profile Image for Hy.
3 reviews5 followers
November 14, 2014
Inspirational Book and I would like read it millionth times
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.