Sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selamanya, dia terhenti lewat gawang pintu kemudian tangannya menggagau-gagau di atas belebas kayu tak berketam, lalu tanpa memandang anak mataku ke dalam telapak tanganku yang resah diletakkannya sebungkus plastik berisi serbuk kekuningan.
Kunyit.
Dia tersenyum dan mengadah kepadaku. "Ingatlah, jangan lupa. Ini resam cinta kita," katanya. Dan kemudian diapun berlalu.
Hampir 10 tahun dah naskhah ni terbit, baru tahun ni aku sedar akan kewujudannya. Baru kali ni dapat baca. Baru ku sedar siapa dia Ruhayat X. Baru aku tau hebatnya tulisan dia. Tapi skang dia dah takde. Dah pergi buat selamanya. Kehilangan yang besar dalam dunia penulisan especially dalam scene indie. Alfatihah buat arwah.
Lama saya berangan untuk baca buku ini, baru kini ada peluang. Oh well.
Saya boleh katakan coretan kata-kata Ruhayat X paling sedap kalau dapat dilahirkan menjadi visual, di dalam khayalan kepala pembaca. Kalau boleh saya gambarkan di dalam medium lain, mungkin paling sesuai menghampiri lakaran lamunan Gir (atau lebih tepat Moebius). Ideanya begitulah.
Walaupun penulis, memilih metafora hubungan intim dalam kebanyakan cerpen, namun gambar-gambar yang mengiringi cerpen adalah dari sudut pandang daripada seorang kanak-kanak: foto-fotonya tak lebih dari ketinggian pusat seorang dewasa (yang ada terlebih pun seakan pandangan seorang kanak-kanak berdiri di atas meja). Sama sekali tidak cocok secara jelas (foto dan naratif), namun saya kemudiannya faham, bahawa sememangnya kanak-kanaklah yang biasanya memikir yang tidak serius dan berangan-angan yang ghairahnya begitu jauh. Sedondonlah jadinya foto dan naratif tadi.
Membaca cerpen terakhir, kemudian melihat latar zaman sekarang, memberi makna yang berbeza akibat perkataan 'kunyit'.
Ini buku karya Allahyarham abang aku - Amri Rohayat. Buku ni satu dari tiga siri - Lost in KL (Bernice Chauly), Kayangan (RuhayatX) & Pasca Manusia (Sufian Abas).
Dia punya genre ni agak pelik pada aku. Aku membesar dengan karya-karya sastera yang proper. Bila baca bahan yang pelik macam ni, agak susahlah juga nak hadam. Tengok pada tajuk buku ni pun dah pelik, apa lagi isi kandungannya. Heh. Mungkin inilah yang dikatakan "alternative". Daya imaginasi dia lain dari yang lain. Though ceritanya agak amusing, kadang-kadang terfikir apa motif cerita tu & apa mesej yang cuba nak disampaikan?
Aku tak heranlah yang itu. Memang sejak dulu pun bahan-bahan bacaan dia novel-novel inggeris yang tah apa-apa. Aku tengok tajuk pun dah rasa ngeri. Anyway, aku cuba nak menyelami pemikiran dia dan kerana itulah aku membaca buku peninggalannya ini.