Jangkitan penyakit yang berpunca daripada virus mampu mengorbankan nyawa tanpa disedari. Virus boleh memasuki sistem badan dan menjejaskan fungsi organ. Sekiranya mahu menghindari diri dari "cengkamannya", kita harus mencari punca penyakit tersebut. Geo dan peserta kem kembara bersama Kay, pelajar perubatan serta Phi Phi, anak Orang Asli tempatan menyertai ekspedisi ke hutan belantara. Malang tidak berbau apabila rakan-rakan dijangkiti penyakit misteri... Bagaimanakah Geo menyelamatkan rakan-rakannya?
Geo dan Phi Phi menyertai satu perkhemahan berdekatan perkampungan orang asli. Tanpa disangka, kampung itu menjadi kawasan bermulanya satu wabak misteri. Geo, Phi Phi dan Kay yang juga merupakan seorang pelajar perubatan perlu mencari jalan keluar dari kawasan tersebut yang sudah diisytiharkan sebagai zon bahaya. Pada masa yang sama, mereka perlu menyelesaikan misteri tentang bagaimana wabak itu menular.
Jalan cerita padu dan intense! Dalam ni banyak cerita pasal cara pencegahan penularan virus, sejarah wabak yang pernah melanda dunia dan secara vaksinasi. Sesuai sangat dengan situasi sekarang ni yang masih bertarung dengan Covid-19.